BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KES LIWAT #ANWARIBRAHIM TERTANGGUH SEJAK 2008 !!! KENAPA NAK SALAHKAN #UMNO ???

Posted: 16 Apr 2014 02:40 AM PDT


"Keadilan yang tertangguh adalah sebenarnya ketidakadilan".Hakikat ini kini sedang diputarbelitkan oleh pembangkang yang masih lagi ingin memanjangkan proses keadilan dalam kes liwat II Anwar Ibrahim.Walaupun kes telah tertangguh sejak 2008 dengan berbagai-bagai alasan,pembangkang masih menganggap ketidakadilan berada di pihak Anwar dan bukannya mangsa,iaitu Saiful Bukhari. Setelah sekian lama keadilan berada di awang-awangan dalam kes ini,mahkamah akhirnya membuat keputusan bersalah terhadap Anwar Ibrahim pada 7 Mac lalu.Pembangkang walaubagaimanapun membuat tuduhan bahawa tarikh prosiding tersebut telah dipercepatkan kerana tarikh sebenar ialah pada 7 hingga 10 April 2014.Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Nancy Shukri menyanggah tuduhan pembangkang dengan memetik rekod rasmi mahkamah pada 28 Februari yang menetapkan tarikh perbicaraan pada 6 dan 7 Mac 2014.Menurut Nancy,tiada sebarang tarikh lain yang dipilih atau direkodkan bagi perbicaraan tersebut.

Justeru,tuduhan pembangkang konon ia sengaja dipercepatkan adalah tidak berasas sama sekali.Jelas,pembangkang hanya ingin membangkitkan keraguan terhadap kerajaan.Kononnya kerajaan sengaja memastikan keputusan kes tersebut dipercepatkan kerana takut Anwar bertanding di PRK Kajang dan menang.Namun,apa yang pasti perletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang bukanlah percaturan kerajaan.Perletakan jawatan itu merupakan perancangan Anwar Ibrahim yang terdesak memerlukan isu baru bagi mengaburi mata rakyat mengenai kes liwatnya yang hampir sampai ke penghujung.Kerajaan tidak perlu mencaturkan apa-apa kerana urusan mahkamah dan politik adalah tiada kena mengena sama sekali.Jika Anwar lebih menumpukan kepada mencari keadilan dan bukannya kuasa politik, maka soal tarikh perbicaraan tentu tidak timbul sama sekali.Seharusnya,sebagai seorang yang berhadapan dengan kes yang berat,Anwar mengenepikan dahulu cita-cita politiknya serta menumpukan sepenuhnya dalam proses membela diri serta membersihkan namanya.Dengan memilih untuk mengutamakan politik dari keadilan,maka Anwar dengan sendirinya membuktikan yang dirinya bersalah.

Anwar tidak mampu melawan hujah pendakwa jauh sekali menepis bukti-bukti forensik.Anwar tidak mampu mengemukakan alibi dan saksi yang kukuh dalam membela dirinya sendiri.Sebaliknya,Anwar telah menggunakan seluruh masa yang tertangguh iaitu hampir 6 tahun dengan mengemukakan hujah-hujah lemah serta tuduhan rambang yang tidak berasas terhadap kerajaan.Pun begitu,Anwar masih lagi ingin merungut bahawa 'keadilan' telah dipercepatkan.Anwar masih lagi ingin memanjangkan perbicaraan. Dalam ertikata lain, Anwar inginkan 'ketidakadilan'.Masalah Anwar ialah,keadilan dalam kes liwat II bermakna dirinya perlu menghadapi hukuman dan Anwar ingin mengelak dari dihukum.Itu saja.Justeru,Anwar sengaja memetik tarikh itu dan ini kononnya untuk menjustifikasi keadilan untuk dirinya.Namun,tarikh yang Anwar sebut itu juga tidak pernah dicatat di mana-mana sekali gus membuktikan yang Anwar hanya berbohong atau berimaginasi sahaja dek kerana terlalu takut kepada penjara.saya faham ketakutan Anwar untuk kembali ke penjara tetapi bukankah Anwar juga yang berangan konon dirinya seperti Nelson Mandela ??? Jika benar setaraf Mandela,kenapa perlu mengelak hukuman ??? Kenapa tidak menerima sahaja takdir serta berjuang secara aman ??? Kenapa perlu menipu serta membuat kecoh semata-mata untuk mengelak dipenjarakan ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RNEUNGKAN

BONGKAR !!! #KOYAKPASPORT !!! 500 PENGKHIANAT NEGARA BAKAL DIBAWA PULANG DAN UNDI #DAP ???

Posted: 15 Apr 2014 10:00 PM PDT



Media Britain,The Independent,pada 10 April lepas melaporkan berkenaan 1000 etnik Cina yang telah menggugurkan kewarganegaraan Malaysia sekitar penghujung tahun 80an dan terkandas di Britain, kini bakal kembali menjadi warganegara ini atas bantuan pihak kerajaan.Kes ini pertama kali dibangkitkan pada tahun 2009 di mana akhbar pada ketika itu melaporkan bahawa beratus-ratus etnik Cina yang telah mengoyakkan passport Malaysia mereka dan berlepas ke Britain untuk menuntut hak kerakyatan di bawah undang-undang kolonial dengan Status Kerakyatan Luar Negara Britain (BOC).Bagaimanapun,tuntutan mereka telah ditolak,yang mana menyebabkan mereka menjadi pendatang haram serta tidak mempunyai negara untuk kembali.Akibatnya,mereka terpaksa melakukan kerja-kerja rencam seperti mencuci pinggan mangkuk sejak bertahun-tahun lamanya di negara bekas penjajah itu.Pada 4 April baru-baru ini,kisah mengenai mereka ini berbangkit lagi apabila Menteri Dalam Negeri,Datuk Zahid Hamidi memberi maklumbalas positif kepada DAP yang berusaha untuk membawa mereka kembali ke Malaysia.Menurut Zahid,pihaknya akan berbincang dengan kerajaan British mengenai kes ini dan memberi jaminan akan membantu menguruskan kepulangan 500 orang mereka yang terlibat.Sebuah kaunter khas akan diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membolehkan mereka melapor diri sebaik tiba di Malaysia dan mereka akan dibantu oleh pegawai imigresen di KLIA.Tidak ada syarat ketat atau ujian-ujian tertentu yang dikenakan, melainkan kemudahan semata-mata. 

Jaminan Zahid ini disambut dengan sorakan kemenangan oleh DAP tetapi cemuhan oleh majoriti rakyat Malaysia.Ramai yang tidak puas hati dengan keputusan Zahid kerana kesemua mereka yang terlibat telah menunjukkan sikap permusuhan dan kebencian yang jelas terhadap negara ini dengan mengoyakkan passport mereka tanpa berfikir panjang.Pastinya,tiada di antara mereka yang mempunyai walau sebesar hama pun rasa sayang terhadap Malaysia.Apatah lagi,dengan meminta bantuan DAP,maka kita percaya,mereka turut memburuk-burukkan negara ini dan juga kerajaan ketika berada di luar negara.Cerita mereka di sana juga pasti sama saja dengan DAP,iaitu Malaysia telah menganaktirikan kaum Cina serta menutup peluang mereka untuk menjadi lebih kaya dari sedia ada.Tindakan mereka membuktikan bahawa perjuangan bermati-matian mempertahankan hak sekolah vernakular atau hak untuk bahasa ibunda di negara ini adalah hipokrasi semata-mata kerana mereka telah memilih untuk bermastautin di negara yang langsung tidak memberi mereka semua hak ini.Jelas,apa yang berlaku di sini bukanlah satu kesilapan,tetapi pengkhianatan dan pengkhianat tidak seharusnya dimaafkan apatah lagi apabila mereka tidak sedikitpun menunjukkan kekesalan. Memandangkan DAP yang merupakan pejuang kepada nasib mereka,maka jelaslah bahawa mereka tidak mungkin akan berterima kasih kepada kerajaan,jauh sekali kembali menyokong BN atau menyayangi Malaysia walaupun setelah dibawa pulang nanti. 

Justeru,kepulangan mereka nanti,tidak lain tidak bukan hanya menambahkan lagi jumlah rakyat yang tidak setia pada negara.Tindakan mereka mengoyak passport telah secara langsung membuktikan yang mereka tidak ingin lagi tinggal di malaysia.Oleh itu,jika kerajaan BN atau DAP ingin sangat membantu mereka,maka kerajaan BN dan DAP seharusnya membantu mendesak kerajaan British agar menerima mereka, bukannya mengembalikan status warganegara Malaysia kepada mereka dan nampaknya,kerajaan British juga tidak ingin mengambil manusia-manusia tamak ini untuk menyemakkan negara mereka.saya pasti,British juga mempunyai masalah tersendiri dengan kaum Cina yang sedia ada di negara itu dan tidak ingin menambahkan lagi masalah dengan menerima pengkhianat dari kaum itu dari Malaysia pula. 

Kesimpulannya,apa yang berlaku kepada 'warga tanpa negara' ini adalah atas pilihan mereka sendiri dan mereka sendiri tidak merasa bersalah atas apa yang mereka lakukan.Sebaliknya,mereka menganggap apa yang berlaku adalah berpunca dari nasihat undang-undang yang salah, selain sikap tidak bertimbangrasa kerajaan British.Manakala kerajaan Malaysia,sudah pastinya tidak ada yang baik di mata mereka. Justeru, kita tidak faham 'kebaikan' apakah yang cuba ditonjolkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam hal ini.Ingatlah bahawa 'kebaikan' dan 'kelemahan' kadang-kadang sukar untuk dibezakan.Janganlah kerajaan pula yang keliru antara kedua-dua perkataan itu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

RUMAH #PR1MA !!! KUOTA #BUMIPUTERA 30 PERATUS !!! ADAKAH SERIUS ATAU LAWAK JENAKA ???

Posted: 15 Apr 2014 07:10 PM PDT


Seperti yang kita sedia maklum,bumiputera mewakili 65% dari rakyat negara ini.Justeru,bumiputera merupakan kumpulan pengguna tertinggi dan menjadi tonggak kepada kitaran ekonomi dalam negara.Bagi memastikan kitaran ini tidak terputus atau terjejas,maka hak-hak bumiputera perlu dipelihara selagi jurang ekonomi antara kaum kekal ketara.Sekiranya hak-hak bumiputera dihapuskan,adalah dikhuatiri mereka tidak lagi mampu menjadi 'daya beli' tertinggi lalu akhirnya menjejaskan kitaran ekonomi.Andainya bumiputera dibiarkan terus ketinggalan dari segi ekonomi,ia akan menyumbang kepada masalah sosial yang teruk termasuk masalah jenayah yang tinggi, sekali gus membantutkan usaha untuk membina negara.Oleh itu,suka atau tidak,kita harus mengakui bahawa Hak Istimewa Bumiputeralah yang telah memungkinkan Malaysia berdiri teguh dan mencapai tahap yang dicapai pada hari ini.Selama ini,perjuangan memelihara hak bumiputera dijuarai oleh UMNO,terutamanya Pemuda UMNO dengan bersandarkan semangat kebangsaan serta pemahaman mengenai kitaran ekonomi dalam negara.Walaubagaimanapun,saya semakin musykil dengan hala tuju Pemuda UMNO hari ini apabila Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dikhabarkan telah menghantar memorandum kepada Prima untuk meminta kuota khas 30% kepada orang muda bumiputera.

Inilah ditekankan bahawa kadar 30% yang dipinta bukanlah satu perjuangan,malah satu bentuk penindasan.Dalam keadaan di mana kaum lain menuntut 1000% dari hak bumiputera,Pemuda UMNO W.P pula ingin menuntut hanya 30% sahaja.Bagaimana saya dapat menjustifikasi tuntutan ini sedangkan ratio bumiputera adalah pada kadar 65% ??? Bukankah sekurang-kurangnya kita perlu menuntut sehingga 70% kalau pun tidak 100% ??? Dengan meletakkan kuota 30% untuk bumiputera,maka kita sebenarnya telah memberikan 70% kepada bukan bumiputera.Sedangkan,sasaran Prima adalah rakyat yang kurang berkemampuan yang mana rata-ratanya adalah dari kalangan bumiputera.Amatlah malang apabila pagar yang diharap untuk menjaga padi juga telah reput dan hampir runtuh menyembah bumi.Pemuda UMNO bukan sahaja tidak lagi mampu mempertahankan hak bumiputera tetapi dengan sengaja menafikan hak sendiri sambil memberikan sisa yang ada kepada orang lain.Pemuda UMNO perlu ingat bahawa bumiputera sedang berhadapan dengan ketamakan kaum lain yang enggan bertolak ansur atau berkongsi kek ekonomi dengan kita.Barangan bumiputera telah diboikot mereka sejak azali.Perniagaan bumiputera disabotaj dengan menggunakan kuasa ekonomi yang ada pada mereka. 

Kisah bumiputera didiskriminasi di sektor swasta pula bukanlah perkara baru atau asing lagi,malah telah menjadi hakikat kehidupan di Malaysia.Pemuda UMNO harus belajar memahami bahawa bumiputera bukan hanya mewakili pekerja kerajaan atau politik semata-mata.Sejak Malaysia melalui era industri lagi,ramai bumiputera telah mewakili golongan professional atau pertengahan di dalam sektor swasta dan tahukah Pemuda UMNO bahawa telah menjadi kebiasaan di dalam sektor swasta,pendapatan bumiputera dan bukan bumiputera adalah berbeza biarpun pangkatnya sama ??? Oleh itu, mengikut pendapat Pemuda UMNO,bagaimanakah agaknya akan dapat diimbangi isu diskriminasi di sektor swasta dengan tuntutan kuota Prima yang hanya 30% kepada bumiputera ??? Apakah ini satu sindiran,ejekan,penghinaan atau sekadar kebodohan ??? 

Jelas,Pemuda UMNO pada hari ini tidak lagi membawa watak anak jantan atau pejuang sejati.Mereka juga tidak bijak memahami fakta dan angka,mahupun persepsi dan emosi.Pergaulan Pemuda UMNO yang terhad di kalangan orang-orang politik dan kerajaan telah mengakibatkan mereka tidak lagi berpijak di bumi nyata.Persaingan antara kaum dalam dunia pekerjaan yang sebenar adalah sesuatu yang amat asing bagi mereka.Jika Pemuda UMNO terus berada di awang-awangan,maka lambat laun kaum bumiputera akan melihat UMNO sebagai tidak lagi relevan kepada mereka.Seharusnya,dalam keadaan di mana pembangkang memilih untuk mengabaikan bumiputera, UMNO wajib bingkas bangkit menjadi penyelamat bangsa.Malang sekali ini tidak berlaku.Pemuda UMNO hanya bersimpuh tersipu-sipu bagai anak dara dirisik tauke Cina,sedang kita mengharapkan mereka menjadi wira.Entah apalah nasib bumiputera jika negara berada di tangan mereka.jangan marah saya jika anda baca artikel ini dan anda terasa pedih nya wahai pemuda UMNO.ini adalah nasihat dari saya,rakyat malaysia yang tinggal di luar negara.anda faham kan maksud saya wahai pemuda UMNO ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...