Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Video Buktikan Anwar Mampu Selesaikan Misteri Pesawat #MH370 Hanya Dalam 1 Minit!! #PrayForMH370

Posted: 16 Apr 2014 08:37 AM PDT



Anwar kalau bab sembang riak, KLCC pun boleh tengelam.. Tapi bile mintak bukti, tergagap gagap nak jawab.. Kenyataan Anwar Ibrahim kepada majalah Southern People Weekly yang dimiliki Southern Weekly China pada 5 April lalu mendakwa beliau mampu menyelesaikan krisis kehilangan MH370 dalam masa 1 Saat,

Persoalannya, betulkah Anwar mampu selesaikan dalam masa 1 saat ?? Adakah Anwar hanya berdrama kononnya dialah paling pakar dalam dunia ?? Sedangkan sebelum ini bila adanya kes melibatkan Anwar, bila disoal wartawan, Anwar melompat macam orang gila..

Tapi dalam soal MH370 ni Anwar yakin pulak dia mampu selesaikan, betul ka dia mampu ni?

Tau nak mampu ka dak, meh sambung baca kat blog Medan Tempur Kedah

HOT!! Hadi Awang Tegas Laksana #Hudud Hanya Dalam Mimpi ka?

Posted: 16 Apr 2014 06:12 AM PDT


Hadi Awang nampaknya bertegas Pas akan melaksanakan hudud! Bagus.. Alhamdulillah, walaupun ditekan oleh rakan-rakan dalam Pakatan, Pas tetap utuh dengan janjinya!

PAS tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh rakannya dalam Pakatan Rakyat kerana parti Islam itu "tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR" untuk tidak melaksanakan undang-undang jenayah Islam itu, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
Tegas Abdul Hadi, undang-undang jenayah Islam itu telah ada dalam perjuangan PAS lama sebelum penubuhan pakatan politik tiga parti itu. 
"Ini benda yang (wujud) terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan (laksana hudud)," katanya lagi. 
"Kita (PAS) tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR mengatakan kita tidak boleh laksana hudud." 
Abdul Hadi ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini pada Selasa. 
Beliau membuat kenyataan itu sebagai menyokong langkah kerajaan negeri Kelantan mahu mengemukakan dua rang undang-undang persendirian ke Parlimen bagi membolehkan undang-undang jenayah Islam dilaksanakan di negeri itu seawal-awalnya tahun depan. 
Langkah kerajaan negeri Kelantan itu adalah sebagai menyahut keterbukaan yang disuarakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa kerajaan Persekutuan sedia menyokong mana-mana negeri yang mahu melaksanakan hudud dan qisas. 
Rang undang-undang persendirian itu dijangka akan dibawa ke Dewan Rakyat pada Jun ini. 
Jawatankuasa teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan sebelum itu dijangka akan memberi penerangan dan taklimat kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti politik yang mereka anggotai berhubung hasrat kerajaan negeri Kelantan itu. 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam reaksinya sebelum ini berkata pendirian DAP berhubung pelaksanaan hudud tidak berubah dan beliau tidak mahu hasrat kerajaan negeri Kelantan itu dieksploitasi oleh Barisan Nasional. 
"Semua orang tahu pendirian kami. Tidak ada apa lagi yang hendak ditambah," katanya semasa menjawab soalan pemberita mengenai pendirian DAP berhubung langkah PAS Kelantan itu. 
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng daripada DAP pada Isnin menegaskan 38 ahli parlimen parti itu telah secara terbuka menegaskan tidak akan menyokong langkah kerajaan negeri Kelantan itu. 
"Pendirian kami jelas, ahli parlimen DAP tidak akan mengundi menyokong undang-undang hudud," katanya. 
Timbalan Presiden PKR, Mohd Azmin Ali pada Ahad lalu memberitahu langkah kerajaan negeri Kelantan itu masih belum dibincangkan secara rasmi antara pemimpin Pakatan Rakyat dan akan dibincangkan pada pertemuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan datang.

"Saya pasti jika terdapat sebarang kebimbangan daripada pihak tertentu, Pakatan akan membincangkan perkara tersebut. Kami tidak pernah menyembunyikan apa-apa, kita mahu orang ramai untuk mendapatkan penerangan yang jelas, " kata Azmin. 
Beliau juga menjelaskan pendirian PKR mengenai isu itu tetap sama: bahawa hudud bukan sebahagian daripada rangka polisi umum bersama Pakatan Rakyat, dan ia tidak dapat dilaksanakan tanpa konsensus daripada rakan Pakatan.

Merujuk kepada kenyataan wakil parti PKR dan Dap, peluang Pas untuk mendapat sokongan mereka bagi melaksanakan hudud ni memang takdak langsung.

Tak guna kalau Hadi Awang berkeras atau tegas nak laksanakan hudud, tetapi ianya tak disokong oleh rakan sebantalnya sendiri!!



Datuk Fuad Hassan sendiri dah jelaskan pada kita. Soo.. macam mana pun, Pas tetap kena minta sokongan dari dua parti dalam PR. Jangan cakap saja, kena buktikan bahawa mereka memang sepakat!

Kalau tak, ianya takkan jadi dan Pas hanya akan laksanakan hudud ni dalam mimpi saja la. Cakap kosong!

HOT!! Ustaz Don Amal Hadis Sesat? Ujar Wardina

Posted: 16 Apr 2014 01:12 AM PDT


Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, mengecam ceramah Ustaz Don Daniyal dengan memuatnaik video yang telah diedit kerana dikatakan tidak membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat ceramah.

Menurut Wardina dalam status facebooknya meminta para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula isi kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana kononnya dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan yang sahih.

Wardina Safiya merupakan antara 29 individu yang dilantik menjadi ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) dan pernah mempertikaikan DBKL menyatakan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memperuntukkan RM15 juta untuk sambutan tahun baru 2014 adalah membazir.

Perkongsian video yang telah diedit itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada kalangan orang ramai sehingga menegur tindakan Wardina mengecam Ustaz Don Daniyal menegur Ustaz Don secara terbuka.

Mari baca status panjang lebar beliau di facebook.

"Saya bukanlah orang alim. Namun saya menyeru kepada para ulama'..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah... It is an amazing mukjizat on its own. We don't need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran.

Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam.

KOMPILASI HADIS PALSU & PENYELWENGAN DON DANIYAL

Mana2 yg sekadar dtg kat wall ni nak ckp :

1.Ini aib
2.Mengumpat
3.Pergi jumpa dulu face to face
4.Ini cela ulama
5.Ini ustaz dh kira bnar

Maka baca dulu riyadhus salihin bab ghibah yg dibenarkan dlm islam

Saya juga tak teragak2 utk BLOCK siapa saja yg berkata 5 benda yg dh pun jadi modal lama...Bab penyelwengan dlm agama ISLAM wajib yg tahu sebarkan...

Please sy akan terus blok siapa yg dtg ke rumah saya buat benda yg dilarang...

Jika ada hujah berikan secara ilmiah bahawa don daniyal ni mmg sedang membawa kebenaran...

Must See sampai habis video ini...

Mohon rakan2 doakan Encik DOn supaya kembali kpd quran dan sunnah bukannya dengan aqal dan hawa nafsu serta ikut kalam tok sheikh yg jauh dgn quran dna sunnah...

Hentikan menyebarkan hadis2 palsu..Takutlah ancaman dari nabi s.a.w apabila berbohong ats nama baginda maka tempatnya di bangku neraka...

Pendustaan ini cukup berat sampai kini DON belum menjawabnya berkenaan hadis mana yg dia sebutkan,dalilnya mana ???

Please hentikan pembohongan kesian pd org ramai yg anda dh tipu mereka mentah2...




Video Yang telah diedit berdurasi selama 19 minit

Sejak akhir-akhir ini Ustaz Don Daniyal menjadi popular dikalangan umat islam dengan menampilkan ceramahnya yang agak santai dan mudah difahami oleh pendengar.

Ceramahnya di TV Alhijrah menjadi popular dan sering diikuti oleh golongan muda dan dewasa.

Walaubagaimanapun Wardina pernah memuji ceramah yang dibuat oleh Ustaz Azhar Idrus yang menampilkan gaya rock dengan gitar. SUMBER

HOT!! Pemuda UMNO Kedah Teliti Masalah Pelajar di Jordan!

Posted: 16 Apr 2014 12:20 AM PDT



PEMUDA UMNO NEGERI KEDAH DENGAR PERMASALAHAN PELAJAR DI JORDAN :

Pemuda UMNO Negeri Kedah telah menerima aduan daripada Pelajar-pelajar Kedah di Amman, Irbid dan Mafraq, Jordan mengenai permasalahan yuran dan kenaikan kos pengajian diketiga-tiga Universiti ini.

Menurut YBhg Dato Shaiful Hazizy Zainol Abidin, Ketua Pemuda UMNO Negeri, perkara ini harus dipandang serius dan beliau akan berlepas ke Amman, Jordan bagi membuat pertemuan khas bersama 370 pelajar Kedah disana.

Diantara permasalahan-permasalahan yang diadu oleh pelajar-pelajar disana adalah

1) kenaikan yuran pengajian yang telah dinaikkan sekali ganda iaitu daripada 136 Jordan Dinar (RM 640) kepada 336 Jordan Dinar (RM 1580). Buat masa sekarang setiap pelajar Kedah menerima pinjaman daripada Pusat Zakat negeri dan Yayasan Islam Kedah hanya RM5000 untuk setiap semester dimana ianya tidak mencukupi bagi setiap pelajar yang menampang sewa kediaman yang semakin meningkat dan kos buku-buku yang semakin membebankan.

2) Para pelajar mengadu bahawa proses penerimaan pinjaman daripada kedua-dua agensi tersebut menghadapi kelewatan yang amat ketara sehingga penghujung semester hingga mengakibatkan para pelajar terpaksa meminjam daripada sumber lain dan secara tidak langsung ianya juga membebankan ibu bapa yang kurang berkemampuan.

Pemuda UMNO Kedah akan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci hasil daripada pertemuan bersama pelajar di ketiga-tiga universiti ini nanti. Pemuda UMNO Negeri juga akan membuat perjumpaan susulan bersama Exco Pendidikan Negeri dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha membantu para pelajar negeri Kedah diperantauan.

Adalah diharapkan agar permasalahan para pelajar ini dapat diselesaikan dengan baik dan Pemuda UMNO Negeri optimis Kerajaan Negeri yang sedia ada sentiasa akan mendengar dan perihatin dengan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.


Kenyataan Rasmi dari Pergerakan Pemuda UMNO negeri Kedah

HOT!! Video Teresa Kok Lawan Peragut Depan Rumah!!

Posted: 15 Apr 2014 09:47 PM PDT



Semalam Ahli Parlimen Dap Seputeh Teresa Kok, 50, berdepan dengan detik cemas apabila bergelut dengan dua peragut yang cuba merentap rantai emas dipakainya.

Dalam kejadian jam 7 petang itu, Ahli parlimen yang popular dengan rasis ya amat tu dikatakan diragut oleh penjenayah yang menaiki sebuah motosikal berhampiran Taman Rainbow, Jalan Ipoh, Sentul di sini.

Teresa mendakwa sedang membawa dua anak saudaranya berusia lima dan 11 tahun bersiar-siar di kawasan taman berkenaan ketika cubaan diragut.

Menurutnya, dua lelaki tiba-tiba menghampiri beliau dan cuba menarik rantai leher dipakai Teresa ketika itu tetapi gagal apabila wanita itu melawan dan terjatuh.

Katanya, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan menjerit meminta tolong menyebabkan dua suspek terbabit melarikan diri.
Aksi cemas terbabit boleh anda tengok dalam video kat bawah ni,




Hebat juga si Teresa ni melawan si peragut tu. Lepas kena ragut tu, rasanya Teresa terus buat laporan polis. Jangan pulak dalam laporan tu dikatakan salah UMNO juga dah la. Mana la tau.. apa saja benda buruk yang jadi di Malaysia sekarang ni, semuanya salah UMNO!



McTheory:
Tapi kenapa Terasa report polis ya? hmm..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...