UMNO Online - “Pembangkang Patut Cermin Diri Sebelum Dakwa Kerajaan Sembunyi Maklumat Kehilangan MH370” plus 9 more

UMNO Online - “Pembangkang Patut Cermin Diri Sebelum Dakwa Kerajaan Sembunyi Maklumat Kehilangan MH370” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pembangkang Patut Cermin Diri Sebelum Dakwa Kerajaan Sembunyi Maklumat Kehilangan MH370

Posted: 04 Apr 2014 04:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 April – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas dan diminta cermin diri terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan bahawa kerajaan menyembunyikan maklumat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin berkata bukankah 'jam omega' juga menjadi misteri sehingga kini yang tidak mampu dirungkai dengan sejelas-jelasnya kepada masyarakat umum.

Menurut beliau dakwaan terbaru Anwar mengenai kehilangan pesawat MH370 bukanlah sesuatu yang baru dan bukanlah perkara yang cukup ajaib untuk diperkatakan dan diperbahaskan.

"Rasa-rasanya misteri jam omega lagi ajaib kerana sepengetahuan saya, ianya masih tidak ditunjukkan kepada umum. Jadi tidak perlulah beliau bercakap secara lanjut mengenai pesawat MH370 itu. Cerminlah diri terlebih dahulu sebelum ghairah membuat pelbagai dakwaaan.

anwar-hilang-jam-omega-you-u-ulang-i-saman-berang-wartawan-media

"Saya cukup hairan dan pelik, dalam keadaan dunia termasuklah negara-negara maju pun sama-sama mencari serta sama-sama berusaha merungkai kemelut berkenaan, tidak semena-mena pula Anwar tampil dengan dakwaaan sebegitu rupa," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Fairus seterusnya menambah ulasan serta pandangan oleh Ketua Pembangkang itu tidak ada nilai untuk diperhalusi secara mendalam.

"Bahkan apa yang didakwanya itu hanyalah semata-mata untuk mencari kelemahan kerajaan dalam soal yang dianggap getir dan memerlukan sokongan serta dokongan semua pihak.

"Ini bukannya masalah yang boleh main-main. Apa yang kita hadapi hari ini berhubung kehilangan pesawat MH370 itu sesuatu yang cukup sukar dan ini diakui oleh negara-negara yang terlibat dalam operasi mencari serta menyelamat. Tetapi bagi saya tidak pelik Anwar sanggup mengeluarkan dakwaan sedemikian rupa," katanya.

Anwar dilapor menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.

“Saya percaya kerajaan tahu lebih daripada kita. Mereka ada kuasa untuk mengarahkan tentera udara atau Malaysia Airlines,” katanya. – MediaUMNO

Misi Jejaki MH370 Masuki Fasa Pencarian Dalam Air

Posted: 04 Apr 2014 03:59 AM PDT

PERTH, 4 April – Usaha menjejaki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 kini diperluas kepada pencarian di dalam air bagi mengesan kotak hitam pesawat yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi itu.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Angus Houston berkata dalam masa sama usaha pencarian dari udara tetap diteruskan.

Beliau berkata kapal Ocean Shield milik tentera laut Australia dan HMS Echo milik tentera laut British akan menumpukan usaha mengesan kotak hitam itu di laluan sepanjang 240 kilometer di selatan Lautan Hindi.

Australia Malaysia Plane

“Menggunakan ‘Towed Pinger Locator’ (TPL) dari tentera laut Amerika Syarikat, kedua-dua kapal akan melakukan pencarian dalam satu laluan sejauh 240 km,” katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.

Ini merupakan kali pertama pencarian bawah permukaan air dilakukan dalam misi mengesan isyarat daripada kotak hitam penerbangan MH370 tersebut.

Sementara itu, Komander Pasukan Petugas Bersama 658 Laksamana Pertama Peter Leavy dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat, berkata usaha mengesan akan dilakukan pada kedalaman sekurang-kurangnya 3,000 meter.

Dalam usaha ini, kedua-dua kapal harus bergerak pada kelajuan yang rendah sekitar tiga knot, katanya.

Beliau juga berkata usaha harus dijalankan secara tersusun dan berhati-hati bagi memastikan TPL dapat mengesan sebarang isyarat termasuk yang sangat lemah daripada ‘pinger’.

Katanya disebabkan tiada bukti kukuh ditemui, pencarian bawah permukaan air itu dibuat berdasarkan analisis data.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan lawatan kerja dua hari ke sini, membincangkan tentang pencarian dalam air dengan rakan sejawatannya dari Australia Tony Abbott.

Beliau juga melihat sendiri usaha pencarian MH370 yang dilaksana dari bandar raya di Australia Barat itu.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac, dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

Susulan itu usaha mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan sebelum diperluas ke Selat Melaka, Laut Andaman dan Lautan Hindi selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal.

Pada 24 Mac, iaitu hari ke-17 misi pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).

Malaysia Ucap Terima Kasih Kepada Vietnam Kerana Beri Bantuan Segera

Posted: 04 Apr 2014 03:57 AM PDT

HANOI, 4 April – Malaysia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Vietnam di atas sokongan dan bantuannya semasa peringkat awal usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Vietnam bersungguh-sungguh membantu Malaysia dengan menggerakkan asetnya dan berkongsi maklumat mengenai kehilangan pesawat itu.

“Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk mengesan pesawat itu dan kami berterima kasih di atas bantuan yang diberi oleh rakan-rakan kami,” katanya dalam sidang akhbar bersama selepas mengadakan mesyuarat dua hala selama sejam dengan rakan sejawatannya, Nguyen Tan Dung di sini, hari ini.

najib-malaysia-terima-kasih-vietnam-nguyen-tan-dung-hanoi-mh370-lawatan

Najib, yang tiba di sini dari Perth, Australia semalam adalah dalam rangka lawatan tiga hari ke Vietnam. Ini adalah lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini sejak menjadi perdana menteri pada 2009.

Pesawat MH370, yang membawa 239 orang ke Beijing, hilang daripada radar pada 8 Mac ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan antara Malaysia dan Vietnam, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Pada 24 Mac, Najib mengumumkan laluan penerbangan pesawat itu berakhir di satu kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi berdasarkan analisis terperinci data satelit.

Dalam sidang akhbar sama, Dung menyampaikan ucapan simpati dan perasaan sedih yang amat mendalam beliau kepada kerajaan dan rakyat Malaysia serta keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang itu.

Mengenai mesyuarat dua hala itu, Najib berkata ia merupakan perbincangan yang amat konstruktif dan berhasil serta memberi peluang kepada mereka untuk saling bertukar pendapat mengenai isu penting dua hala dan perkembangan antarabangsa yang penting buat Malaysia dan Vietnam.

Perbincangan itu bertumpu pada kerjasama erat dua hala yang sedang berterusan dan usaha mengeratkan lagi hubungan sedia ada antara kedua-dua negara dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertanian, pelancongan, pertahanan dan keselamatan serta pendidikan.

Najib berkata Malaysia dan Vietnam sependapat bahawa masanya sudah tiba bagi kedua-dua negara membawa hubungan baik sedia ada ke peringkat yang lebih strategik.

“Dalam hal ini, kami bersetuju untuk menugaskan menteri luar masing-masing menubuhkan sebuah suruhanjaya bersama bagi menyediakan asas dan kandungan yang akan menjadi landasan bagi hubungan baharu itu,” katanya.

Najib berkata Malaysia dan Vietnam juga bersetuju untuk meneroka lebih banyak peluang bagi meningkatkan nilai dan jumlaah dagangan serta pelaburan antara kedua-dua negara.

Antara 2010 dan 2013, jumlah dagangan Malaysia dan Vietnam meningkat 67 peratus dan kedua-dua negara menyasarkan jumlah dagangan mencapai US$11 bilion pada 2015 daripada US$9 bilion sekarang.

“Pagi esok, saya akan mempengerusikan mesyuarat dengan komuniti perniagaan Malaysia dan saya akan menggalakkan mereka mengkaji untuk menambah jumlah pelaburan Malaysia di Vietnam,” katanya.

Terdahulu, Najib dan Dung menyaksikan majlis memandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang bertujuan meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang pertanian.

Malaysia diwakili Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob manakala Vietnam oleh Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Cao Duc Phat.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan menteri-menteri Kabinet Vietnam.

najib-malaysia-terima-kasih-vietnam-nguyen-tan-dung-hanoi-mh370-lawatan-perbarisan-tentera

ESSCOM Kenal Pasti Kumpulan Culik Dua Wanita Dari Resort Di Singgahmata

Posted: 04 Apr 2014 03:54 AM PDT

LAHAD DATU, 4 April – Kumpulan penculik yang melarikan dua wanita termasuk seorang pelancong warga China dari sebuah resort di Pulau Singgahmata, Semporna, Rabu lepas, dipercayai turut terbabit dalam insiden penculikan di Pulau Pom-Pom dan Pulau Sipadan.

Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek berkata seorang daripada penculik itu dipercayai terbabit dalam kes di Pulau Pom-Pom pada tahun lepas manakala bakinya terlibat dengan kes penculikan di Pulau Sipadan pada tahun 2000.

“Kumpulan penculikan untuk wang tebusan ini dipercayai aktif dan agresif di selatan Filipina,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Mohammad pihaknya juga yakin kedua-dua wanita terbabit sudah dibawa ke selatan Filipina dan Esscom sudah mengenal pasti lokasi yang mungkin dijadikan tempat mereka disembunyikan. Kedua-duanya juga dipercayai berada dalam keadaan baik, katanya.

Mohammad berkata pihak Esscom juga tidak menolak kemungkinan penglibatan rakyat tempatan yang berasal dari Filipina yang memberi maklumat kepada anggota kumpulan penculik tersebut.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilapor oleh media sebagai berkata seorang wanita warga China dan seorang pekerja resort rakyat Filipina diculik dari Singgahmata Adventures Reef and Resort oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata, dalam kejadian pukul 10.30 malam Rabu.

Wanita warga China itu yang juga seorang pelajar dikenal pasti sebagai Gao Hua Yua, 29, dari Shanghai manakala pekerja resort pula dikenali sebagai Marcy Dayawan atau Mimi, 40.

Resort di atas air dengan 60 bilik yang beroperasi sejak lebih 10 tahun lepas itu berkedudukan kira-kira dua batu nautika dari pekan Semporna.

Mohammad juga berkata pada 26 Mac lepas, pasukan keselamatan Esscom mengesan lima bot cuba memasuki perairan Semporna, dipercayai untuk melakukan penculikan namun berjaya dipintas oleh pasukan keselamatan.

Sementara itu, Mohammad berkata 15 pekerja asing di Singgahmata Adventures Reef and Resort ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau yang mahu perkara itu disiasat oleh pihak berkaitan turut berkata tindakan tegas akan diambil terhadap majikan dan pengusaha resort yang didapati menggaji pekerja asing tanpa dokumen sah.

“Di sebalik peringatan berulang kali yang diberi termasuk semasa pertemuan dengan pengusaha resort atau pusat pelancongan Sabah baru-baru ini, masih ramai yang enggan mematuhinya. Jadi kita tidak akan berkompromi dalam hal ini lagi,” katanya.

Australia Rangka Perjanjian Jadi ‘Wakil Bertauliah’ Dalam Siasatan MH370

Posted: 04 Apr 2014 03:51 AM PDT

PERTH, 4 April – Australia hari ini berkata pihaknya sedang merangka satu perjanjian komprehensif untuk berkhidmat sebagai ‘wakil bertauliah’ dalam penyiasatan mengenai kehilangan sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Angus Houston, ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di sini, berkata perjanjian itu akan membolehkan Australia membantu Malaysia dalam menjalankan penyiasatan mengenai Penerbangan MH370 dengan berlandaskan undang-undang antarabangsa.

“Selain Australia, United Kingdom, Amerika dan China juga menjadi wakil bertauliah dalam penyiasatan itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Houston berkata Malaysia meminta Australia membantu dalam penyiasatan itu. Usaha mencari pesawat Boeing 777-200ER di selatan Lautan Hindi dijalankan dengan berpusat di luar Perth.

Dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis, Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengumumkan negaranya menerima jemputan Malaysia untuk menjadi wakil bertauliah dalam penyiasatan itu.

Najib mengadakan lawatan dua hari ke Perth bermula Rabu lepas untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada Abbott serta melihat sendiri usaha mencari yang dilakukan di luar pantai bandar raya Australia barat ini.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Usaha mencari yang melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan, apabila dipercayai pesawat berkenaan mengubah laluan dan terbang di sepanjang dua koridor – koridor utara iaitu dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan, dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Berikutan kaedah analisis terhadap data satelit yang pertama kali digunakan, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB) merumuskan bahawa Pesawat MH370 terbang di sepanjang koridor selatan, dengan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Pada 24 Mac, iaitu 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, Najib mengumumkan Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Mengenai operasi mencari pesawat berkenaan, Houston berkata pelbagai simulasi penerbangan dilakukan oleh pakar penerbangan untuk menentukan laluan penerbangan MH370 untuk mengecilkan kawasan tumpuan pencarian.

Katanya simulasi itu dibuat berpandukan hasil analisis terhadap data isyarat ‘ping’ atau nadi elektronik yang dipancarkan sejam sekali oleh pesawat berkenaan kepada satelit Inmarsat dalam tempoh enam jam.

Menurut beliau isyarat komunikasi itu kemudian dimatikan, kecuali isyarat ‘ping’, sebelum MH370 hilang, tetapi isyarat ‘ping’ tidak menunjukkan latitude atau kelajuan pesawat terbabit.

Analisis terhadap data berkenaan kini diteruskan, katanya.

“Semoga, hasil kiraan yang dibuat akan membolehkan kita memberi tumpuan di kawasan pesawat berkenaan berada,” katanya.

Tiang Rumah Kos Rendah Tak Naik-naik, Yang Naik Surcaj Air Di Pulau Pinang

Posted: 04 Apr 2014 01:42 AM PDT

BALIK PULAU, 4 April – Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Muhammad Farid Saad membidas cadangan kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP untuk menaikan surcaj air yang menurut beliau hanya akan menambahkan lagi membebankan penduduk  di negeri tersebut khususnya masyarakat di luar bandar.

Menurut beliau,  sepatutnya kerajaan negeri memikirkan terlebih dulu rancangan untuk membina rumah-rumah kos rendah yang sememangnya amat-amat diperlukan oleh penduduk yang berpendapatan rendah di negeri tersebut.

ADUN_Pulau_Betong_Muhammad_Farid_Saad_UMNO_BN_Pulau_Pinang_Penang

"Kalau nak lihat contoh kebijaksanaan pemerintahan DAP, lihatlah di Pulau Pinang. Inilah contoh kerajaan yang kononnya prihatin terhadap nasib rakyat bawahan. Dulu mereka kata nak bina rumah kos rendah, tetapi hingga kini sudah lima tahun berlalu, tiang rumah kos rendah itu pun tak nampak.

"Sedangkan duit, tanah dan  juga kelulusan ada di tangan mereka. Hari ini mereka berkuasa. Kalau benar-benar kerajaan DAP mahu bantu rakyat marhain, maka sudah lama kerajaan bina rumah kos rendah untuk membantu meringankan beban rakyat.

"Tapi nampaknya, mereka lebih gemar untuk mengikut nafsu pemaju membina rumah-rumah mewah yang tidak mampu dimiliki oleh majoriti rakyat di negeri ini. Inilah kebijaksanaan DAP memerintah, yang hanya tahu mengikut nafsu mereka tetapi tidak pedulikan kehendak dan kesengsaraan rakyat kebanyakan," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Selain itu, beliau turut menyentuh tindakan kerajaan negeri yang bertindak merobohkan gerai-gerai peniaga di situ tanpa memberikan sebarang alternatif lain untuk mereka terus dapat menjalankan perniagaan bagi mencari sesuap nasi.

"Kalau dulu ketika BN memerintah, sekiranya kita mahu merobohkan gerai peniaga maka kita akan pastikan mereka mendapat tempat lain sebagai ganti yang sah berlesen, sebagai ganti untuk mereka meneruskan perniagaan mereka.

"Namun, kerajaan DAP hari ini hanya tahu merobohkan gerai peniaga-peniaga kecil, dan selepas itu mereka biarkan saja nasib peniaga-peniaga yang dirobohkan gerai mereka itu terumbang ambing tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya.

"Pemimpin DAP perlu ingat, apabila mereka merobohkan gerai peniaga kecil yang menjadi punca pendapatan mereka, secara tidak langsung mereka jugalah menjadi punca kepada berlakunya krisis rumah tangga apabila sesebuah keluarga peniaga itu tidak lagi mempunyai pendapatan yang tetap," jelasnya lagi.

Beliau juga meminta agar kerajaan DAP lebih bersikap adil dan saksama dalam membantu peniaga-peniaga kecil di Pulau Pinang dan jangan hanya melebihkan golongan dan kaum tertentu saja.

"Mengapa di sekitar Georgetown, kawasan itu boleh kerajaan negeri gazetkan sebagai tempat perniagaan dan peniaga di sekitar kawasan itu boleh meniaga sehingga larut malam di kaki lima jalan, sedangkan ditempat lain tidak dibenarkan.

"Ini memperlihatkan sikap kerajaan negeri yang berat sebelah dan justeru itu, saya menyeru agar rakyat di Pulau Pinang agar memandangkan perkara secara serius perkara ini dan DAP bukanlah sebuah parti yang benar-benar mahu untuk membela rakyat serta tidak mampu untuk mentadbir kerajaan negeri dengan baik, adil dan saksama," katanya. -MediaUMNO

Tarif Air Naik Di Pulau Pinang VS Barang Naik

Posted: 04 Apr 2014 01:39 AM PDT

Langkah "drastik" Lim Guan Eng untuk menaikkan tarif air di Pulau Pinang secara tidak langsung menggambarkan Pakatan Pembangkang ini merupakan pemerintah yang akan menaikkan harga barangan sesuka hati dan membebankan rakyat tanpa sebab yang cukup kukuh. Ini amat berbeza dengan Kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah dengan sengaja menaikkan sebarang harga barangan melainkan terpaksa.

Rakyat juga perlu ingat bahawa kenaikan harga barangan yang berlaku sekarang adalah akibat dari provokasi mereka yang tidak bertanggungjawab dengan bantuan "tangan ghaib" yang memegang ekonomi negara kita. Namun kenaikan tarif air di Pulau Pinang jelas memang disengajakan oleh DAP.

Isu kenaikan tarif air di Pulau Pinang  menjadi topik hangat ketika ini memandangkang dalam PRU13 baru-baru ini dalam manifesto mereka menegaskan untuk memastikan kerajaan negeri dan Persekutuan mengurangkan tarif air. Pakatan pembangkang turut menyatakan penetapan tarif air pada kos rendah akan mengurangkan beban kos hidup orang ramai.

lim-guan-eng-ketua-menteri-parti-dap-rasis-ketawa-melayu-penang

Pembohongan mereka terbongkar kali pertama apabila  selepas PRU13 kerajaan Pulau Pinang menaikkan kadar surcaj pemulihan air (WSC)  pada 1 September 2013. Kini kerajaan Pulau Pinang sekali lagi memungkiri janji kepada rakyat dengan mengumumkan kenaikan menaikkan tarif air pada tahun ini pula.

Bayangkan sekiranya kerajaan Barisan Nasional membuat kenyataan bahawa KENAIKAN HARGA barangan adalah untuk mengajar rakyat berjimat cermat. Maka pihak pakatan pembangkang tanpa membuang masa akan terus "menjerit" "melolong" macam orang gila "menghentam" kerajaan Barisan nasional.  Namun apabila perkara yang sama dilakukan oleh Lim Guan Eng @ DAP maka mereka pun memberikan justifikasi betapa praktikal dan berhemahnya keputusan mereka itu dan ironinya penyokong pakatan pun dengan "redha" menerima keputusan tersebut.

Dalam kekalutan rakyat menghadapi krisis air, tiba-tiba Lim Guan Eng @ DAP telah mengumumkan kadar tarif air Pulau Pinang akan dinaikkan pada masa depan selepas mengambil kira permintaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk berbuat demikian. Beliau turut menyalahkan penduduk negeri Pulau Pinang kononnya tidak bijak menguruskan penggunaan air sehingga menyebabkan negeri ini menjadi negeri tertinggi penggunaan air dalam kalangan penduduk.

Isu air merupakan antara topik hangat dalam negara ketika ini. Dalam keadaan Selangor melaksanakan pencatuan air akibat dari keputusan "bodoh" Khalid Ibrahim yang sebelum ini bermati-matian menolak  pembinaan "Langat2" maka rakyat Selangor terpaksa menanggung akibatnya.

Rakyat perlu tahu bahawa keputusan menolak projek Langat 2 sebelum ini bukan merupakan keputusan Khalid Ibrahim seorang. Ianya seolah-olah merupakan "ARAHAN" dari pihak tertinggi Pakatan Pembangkang. Dengan ertikata lain tidak ada satu pun kebaikan yang disumbangkan oleh pakatan pembangkang melainkan kesengsaraan kepada rakyat.

Hakikatnya keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan tarif air kononnya bagi mengawal penggunaan bahan itu di kalangan rakyatnya adalah tidak wajar sama sekali. Ianya merupakan satu  tindakan yang cukup tidak bertanggungjawab dalam keadaan syarikat Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) kini meraih keuntungan.

DAP ternyata tidak mementingkan rakyat yang terpaksa menanggung kos kenaikan itu.  Dalam keadaan PBAPP meraih keuntungan DAP masih mahu menekan rakyat.

Mentaliti DAP sebenarnya amat gagal sebagai pemerintah. Mereka lebih mirip kepada organisasi yang berteraskan keuntungan. Percaturan hidup rakyat Pulau Pinang sudah menjadi transaksi perniagaan buat DAP.  Dengan itu sebarang unsur yang mengganggu perancangan memaksimakan keuntungan bakal mengalami mimpi buruk tidak lama lagi. 

Dengan erti kata lain kos hidup di Pulau Pinang bakal melambung tinggi sepertimana Singapura yang merupakan antara negara yang kos sara hidupnya merupakan yang tertinggi di dunia.

Tanggungjawab mereka untuk menjaga kebajikan rakyat seolah-olah menjadi agenda terakhir dalam "list" DAP. Hakikatnya mereka dipilih untuk rakyat untuk menjaga kebajikan bukannya membentuk komuniti rakyat Pulau Pinang sebagai perniagaan. Alasan yang cukup tidak bertanggungjawab DAP kononnya langkah kerajaan negeri untuk menaikkan tarif air merupakan suatu usaha untuk mengelak catuan air terpaksa dilakukan di Pulau Pinang.

Kerajaan negeri terpaksa menaikkan tarif air untuk menggalakkan orang ramai mengurangkan kadar penggunaan air agar generasi akan datang mempunyai lebih banyak peluang untuk tidak mengalami catuan air. Betapa hipokrit dan tidak bertanggungjawabnya kenyataan Lim Guan Eng@DAP.

mykmu.net

New Balingian Assemblyman Pledges To Fulfill Election Promises

Posted: 04 Apr 2014 01:10 AM PDT

KUCHING, April 4 – The newly elected representative of the Balingian state constituency, Yussibnosh Balo, has promised to fulfill all the pledges he made during last month’s by-election.

“I will first return to my constituency and thank the voters for their support,” he told Bernama after taking oath as the Balingian assemblyman before State Legislative Speaker Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar at the State Legislative Assembly Complex here today.

He said he will compile all their requests during the election campaign and prioritise them.

“My priorities are education, infrastructure and communication,” he said.

He said better education facilities would be an urgent matter, as Deputy Prime Minister and Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin had pledged RM79 million to build Sekolah Menengah Kebangsaan Balingian and rebuild Sekolah Kebangsaan Kampung Tellian in Mukah, during his campaign rounds.

During the campaign, Works Minister Datuk Fadillah Yusof had also said that over RM660 million worth of projects were approved in the Mukah parliamentary constituency over the past three years, which included the Balingian and Dalat state seat, he added.

Fadillah further noted that RM216.68 million had been spent on road projects spanning 944.29 kilometres including link roads and bridges, with another RM122.43 million for the supply of clean water, said Yussibnosh.

Piped water has now reached nearly 60,000 people while another 2,000 have access to alternative supply, he said.

Other projects carried out include RM60 million to provide electricity to 285 communities, longhouses and villages; RM48 million in educational funds; RM35 million for poverty eradication and RM180 million for agricultural assistance.

Johor Nafi Khabar Angin Cuti Hujung Minggu Kembali Ke Hari Sabtu Dan Ahad

Posted: 04 Apr 2014 01:07 AM PDT

BATU PAHAT, 4 April  - Kerajaan negeri Johor hari ini menafikan desas-desus kononnya cuti hujung minggu di negeri itu akan kembali semula ke hari Sabtu dan Ahad.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perubahan cuti minggu itu tidak timbul sama sekali walaupun ia heboh diperkatakan oleh rakyat negeri ini serta di laman sosial.

“Tidak ada isu seperti itu…jangan percaya kepada khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial,” katanya selepas melancarkan program ‘Road to MAHA 2014′, peringkat negeri Johor, di Dataran Penggaram, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan wartawan mengenai desas-desus yang hangat diperkatakan dalam laman media sosial sejak dua minggu lepas kononnya cuti hujung minggu di negeri itu akan diubah.

Cuti hujung minggu di Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Jan lepas atas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri sedang melihat potensi daerah Segamat untuk dibangunkan sebagai hab dalam bidang pertanian dan industri asas tani.

“Untuk merealisasikan rancangan ini, kita akan minta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menyediakan pelan induk mengenainya,” katanya.

Beliau juga berkata kerajaan negeri sudah memberikan bantuan bernilai RM11.2 juta kepada 2,558 usahawan menerusi Program Galakan Usahawan sejak tahun 2002 hingga 2011.

Katanya, seramai 40 usahawan telah mencapai tahap pendapatan melebihi RM250,000 setahun dan selaras pencapaian itu, kerajaan negeri bersetuju untuk menambah sebanyak RM1 juta tahun ini bagi program galakan berkenaan.

Buang Pekerja Bukti Betapa Cekapnya Kerajaan Selangor Selesaikan Masalah Ekonomi

Posted: 04 Apr 2014 12:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 April – Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menyifatkan penutupan Quality Hotel di Shah Alam adalah satu tindakan yang tidak wajar sehingga memaksa hampir 120 pekerjanya hilang mata pencarian.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, penutupan Quality Hotel ini membuktikan ketangkasan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam menyelesaikan masalah ekonomi di negeri Selangor.

"Kita difahamkan, banyak lagi anak syarikat Selangor akan gulung tikar pada tahun ini.

gprs-ngo-mb-menteri-besar-selangor-gagal-khalid-ibrahim-kebajikan-rakyat-manifesto

"Dalam masa yang sama, GAPS mendapat khabar angin penutupan Quality Hotel ini akan digantikan menjadi Hub SPA Negeri Selangor," ujarnya mengulas nasib yang menimpa pekerja Hotel Quality di Shah Alam setelah ditamatkan operasinya.

Sehubungan dengan itu, GAPS memberikan amaran untuk bertindak tegas jika khabar angin mengatakan penubuhan Hub SPA Selangor ini benar-benar berlaku mengantikan Hotel Quality ini.

"Bagi kami, Bandar raya Shah Alam tidak sesuai untuk penubuhan Hub SPA negeri Selangor ini.

"GAPS juga mencadangkan agar para pekerja Quality Hotel ini diserapkan ke dalam mana-mana anak syarikat kerajaan Selangor kerana majoriti pekerja ini adalah orang Melayu.

"Adalah tidak adil mereka dibuang kerja kerana kegagalan pengurusan syarikat dan kerana polisi-polisi kerajaan negeri," tambahnya.-MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...