BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! SIAPA YANG MULAKAN PERISTIWA #MEMALI ??? ADAKAH #PAS ATAU #UMNO ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Apr 2014 08:00 AM PDT


Seperti kelaziman,apabila disebut peristiwa Memali,mereka akan kata Kerajaan BN sebuah kerajaan pembunuh.Pelbagai tuduhan-tuduhan kesat akan dilemparkan kepada Umno dan polis.Itu cerita sebelah pihak mereka.Maka sudah tentulah cerita tersebut diputar belit supaya menyebelahi mereka agar rakyat menyokong mereka dan membenci kerajaan yang memerintah.Mereka tak pernah ceritakan punca mengapa perkara ini boleh berlaku.Tak kanlah ianya boleh berlaku tanpa sebab.Tiada sebab takkan ada akibat! Peristiwa ini berlaku akibat dari politik ekstrem dan politik kebencian melampau yang diajar oleh Pas. Agama diguna dan diputar secukup-cukupnya oleh Pas untuk mendapat sokongan orang-orang melayu. Islam dilacur secukup-cukupnya oleh mereka untuk menakutkan orang-orang melayu daripada menyokong Umno.Anak-anak muda pada hari ini mungkin tidak tahu betapa teruknya Pas di tahun 80an dulu. Jihad, syahid dan kafir menjadi mainan di mulut pemimpin-pemimpin Pas pada masa itu. Benda-benda itu semualah yang menjadi kan pengikut mereka ekstrem dan menganggap Umno adalah musuh yang perlu dihapuskan serta melawan Umno adalah jihad.Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini : 

 "Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan JIKALAU MELAWAN UMNO TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA,MAKA KITA DIKIRA MATI SYAHID.Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalam semata-mata".Sumber : سڬالاڽ موڠكين: Amanat Haji Hadi : Buat Kenang-Kenangan

Selain daripada itu Haji Hadi sendiri juga pernah mengeluarkan amanatnya pada 7April 1981 di Kg Banggol Peradong,Kuala Trengganu yang berbunyi ;

Saudara-saudara sekelian percayalah,Kita menentang UMNO,bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan.Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah,mengekalkan undang-undang kafir,mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka.Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.Percayalah saudara-saudara sekelian,Perjuangan kita adalah jihad,ucapan kita adalah jihad,derma kita adalah jihad.Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini,mati kita adalah syahid.Mati kita adalah Islam.Kita tidak perlu masuk Buddha,Kita tidak perlu masuk Hindu,Kita tidak perlu masuk Kristian,Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'. 

Banyak lagi kalau kita nak senaraikan kesesatan-kesesatan yang dilakukan oleh Pas,antaranya sembahyang dua iman,tak boleh pergi kenduri orang Umno,tak boleh makan sembelihan orang Umno dan sebagainya.Semua itu adalah untuk memastikan orang-orang Umno dipulau,dibenci dan sebagainya.Apabila perkara itu berlaku, maka orang-orang Umno yang terasa mereka disisihkan akan menyertai Pas dan akan mengundi Pas.Itulah politik kotor,politik ekstrem dan politik kebencian melampau yang diamalkan oleh Pas dalam usaha mereka menumbangkan Umno.Kejahatan Pas orang tak nampak kerana mereka berselindung di sebalik jubah,ketayap,serban,janggut,tasbih dan sulaman ayat-ayat Quran serta hadis di mulut.Yang orang nampak Umno jahat sepanjang masa,kerana apa ??? kerana itulah yang diulang-ulangkan di atas pentas ceramah Pas selama 365 hari setahun sejak Pas ditubuhkan sehingga kini. 

Berpunca daripada politik ekstrem yang diajar dan diamalkan oleh Pas itulah terjadinya tragedi Memali pada tahun 1985.Ibrahim Libya pada mulanya seorang yang baik.Beliau mulai 'rosak' setelah menyertai Pas pada tahun 1978.Beliau bersekolah pondok di Baling,kemudian belajar pula di madrasah di Kepala Batas.Selepas itu dia melanjutkan pelajaran ke Nilam Puri,Kelantan.Habis di Kelantan beliau ke India dan selepas itu menyambung pelajaran di Libya.Kembali ke tanahair pada awal 70an dan beliau bekerja di Pusat Islam dibawah Jabatan Perdana Menteri.Akhir tahun 1976 beliau letak jawatan dan bekerja dengan Kedutaan Libya sebagai pendakwah.Daripada situlah dia mula dikenali sebagai pendakwah bebas. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.Akhirnya apabila beliau menyertai Pas pada tahun 1978 dan menjadi calon dalam pilihanraya di Dun Bayu,maka mulalah berlaku kerosakkan ke atas dirinya.Semuanya kerana politik ekstremis yang diajar oleh Pas meresapi dirinya. Pas menggunakan sepenuhnya kepakaran dan kehebatan yang ada pada Ibrahim Libya untuk menguatkan pengaruh mereka. 

Sebagai contoh kita lihat Hassan Ali,dulu dia seorang penceramah bebas yang hebat dan dikagumi oleh setiap lapisan masyarakat.Pada waktu kegemilangannya semua orang akan menunggu depan tv setiap khamis malam jumaat untuk menunggu kemuculannya dalam Forum Perdana Ehwal Islam.Hassan Ali mempunyai pengikut dan peminat yang ramai.Pas tarik Hassan Ali sertai mereka dan menggunakan pengaruh yang ada pada Hassan Ali untuk menarik orang ramai menyertai Pas dan menggunakan Hassan Ali semaksimum mungkin di atas pentas-pentas ceramah.Pada masa itu Hassan Ali dipuja,dipuji dan dijilat oleh orang-orang Pas sepanjang masa.Akhirnya Pas dapat memecah kekebalan benteng Dun Selangor daripada ditembusi oleh Pas.Hassan Ali menang dalam pru 1999 di kerusi Sungai Burung.Kemenangannya bukan kerana Pas tetapi kerana personalitinya.Selepas itu rakyat melihat Hassan Ali mula rosak apabila menyertai Pas dan beliau kehilangan sokongan,akhirnya tewas dalam pru 2004. Tetapi pada pru 2008 Hassan menang balik di Gombak Setia.Kemenangannya pada masa itu bukan kerana dia Hassan Ali tetapi kerana kemarahan rakyat kepada kepimpinan negara dan Umno pada masa itu.Dalam pru 2008,bukan setakat Hassan Ali yang menang, ramai lagi pemimpin yang menang sehingga mereka berjaya membentuk kerajaan campuran. 

Lihat apa jadi kepada Hassan Ali sekarang ???

Dari segi pengaruh memang ada persamaan antara Ibrahim Libya dan Hassan Ali.Mereka berjaya menggunakan pengaruh mereka untuk menarik orang menyokong Pas.Bezanya,Pas kurang berjaya mentarbiah Hassan Ali menjadi ekstremis Pas kerana Hassan orang pintar.Manakala Ibrahim Libya pula berjaya digunakan oleh Pas untuk menjadi ekstremis.Suasana zaman juga menjadi faktor bezanya Hassan dan Ibrahim.Berbalik kepada kisah Memali,selepas menyertai Pas,Ibrahim Libya mula berubah mengikut acuan Pas.Kerajaan pada masa itu mendapati Ibrahim Libya mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam melalui ceramah-ceramah agamanya. Lalu kerajaan mengambil keputusan untuk menahannya di bawah ISA bagi memperbetulkan keadaan. Percubaan pertama pihak Polis untuk menahan Ibrahim di bawah ISA pada 2 September 1984,bagaimana pun usaha itu gagal.Dikatakan 100 orang polis telah mengepungnya tetapi dihalang oleh orang-orang kampung yang keluar beramai-ramai.Untuk pengetahuan pembaca Badut Rakyat,pengaruh yang ada pada Ibrahim Libya digunakan sepenuhnya oleh Pas sehingga Ibrahim berjaya menarik hampir 100 % penduduk Baling menyertai Pas pada masa itu.Untuk mengelakkan ketegangan pihak polis berundur dan selepas itu Ibrahim lari menyembunyikan dirinya di satu tempat rahsia di Baling.Setelah sekian lama menyembunyikan diri dan tidak dapat menyampaikan ceramah,maka puak-puak Pas pada masa itu mengambil keputusan membawa Ibrahim kembali kerumah nya dan dia sentiasa dikawal rapi oleh ahli-ahli Pas untuk mengelakkan Ibrahim ditahan di bawah ISA. Dalam tempoh itu juga pihak berkuasa beberapa kali cuba untuk menahan Ibrahim di bawah ISA tetapi semuanya gagal kerana dihalang oleh orang -orang kampung yang bersenjatakan buluh runcing dan pelbagai senjata tajam lagi. 

Pernah berlaku dimana beratus orang kampung mengepung sebuah kereta polis yang di dalamnya ada Ketua Polis Daerah Baling dan kemudiannya orang kampung meletak senjata di tengkuknya.Keadaan berterusan selama lebih kurang setahun.Pelbagai pendekatan yang diambil oleh polis untuk menahan beliau tetapi gagal termasuklah meminta dia menyerah diri secara sukarela.Jika pemimpin Pas pada masa itu ada tanggungjawab sepatutnya mereka menyelesaikan masalah tersebut dengan polis dengan cara yang baik kerana tempoh nya sudah terlalu lama.Tetapi Pas tidak mengambil tanggungjawab itu, mereka sengaja membiarkan keadaan tegang,kerana itu yang mereka kehendaki untuk menggambarkan kerajaan zalim dan mereka memang mahu polis bertindak dengan ganas supaya boleh dijadikan modal politik dan seterusnya boleh menumbangkan BN. Polis tiada pilihan,pelbagai cara lembut dan diplomasi telah digunakan selama setahun tetapi mereka gagal.Akhirnya polis terpaksa menggunakan pilihan terakhir mereka iaitu menyerbu masuk ke kampung berkenaan untuk menahan Ibrahim dan pengikutnya. Maka pada pagi 19.November.1985 polis telah mengepung madrasah tempat Ibrahim Libya dan pengikutnya berkubu dan meminta beliau menyerah diri. 

Permintaan itu tidak diendahkan dan dalam masa yang sama juga penduduk-penduduk kampung telah keluar dengan membawa buluh runcing dan senjata tajam.Langkah pertama yang diambil oleh polis ialah melepaskan gas pemedih mata.Tiba-tiba keluar seorang lelaki dari tempat persembunyiannya di sekitar kawasan yang dikepung membawa sebilah parang untuk menyerang polis dan dia telah di tembak mati. Itulah bukti fahaman ekstremis yang dibawa oleh Pas.Sanggup membawa parang untuk menyerang polis.Sebilah senapang patah dipercayai milik Rela juga turut digunakan untuk menembak anggota polis oleh puak-puak yang berkubu bersama Ibrahim Libya.Dimana pemimpin Pas pada masa itu ??? adakah berita berkenaan tidak sampai kepada mereka ??? mustahil !!! Mengapa mereka tidak memujuk Ibrahim Libya dan pengikutnya agar menyerah diri ??? Mereka memang mahukan polis bertindak sedemikian demi untuk dijadikan modal politik. Itulah bukti pemimpin-pemimpin Pas adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab.Sanggup membiarkan nyawa pengikut menjadi taruhan demi politik. Setakat isteri jadi taruhan taklik adalah perkara kecil.Nyawa ahli pun mereka sanggup gadai asalkan dapat keuntungan politik.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! @REALDRMAZA DIMALUKAN OLEH #KCD !!! PADAN MUKA !!!

Posted: 04 Apr 2014 05:00 AM PDT


Seperti kebiasaan pada sesiapa yang menyokong pakatan pembangkang pastinya mereka cuba cuba memburuk burukkan Kerajaan pada berita yang tidak benar sama sekali dan ini jelas amat memalukan bila orang yang menggelarkan mereka ini sebagai Ulama akan tetapi tidak mencerminkan pribadi yang mulia malah menjadi batu api untuk memecah belahkan perpaduan Ummah selama ini.berita Terbaru,Rakan blogger Admin @pm nak kongsikan cerita tentang DR Maza yang sudah beberapa kali kantoi dalam usahanya memburuk burukkan kerajaan selama ini walhal perkara yang cuba dimainkannya tiada hubung kait dengan kemahiran serta ilmunya.Oleh kerana memuat naik di status fb nya baru baru ini yang kononnya beliau ni arif dalam bab bab Kapal selam ini jadi biar kita tengok apa jawapan yang telah diberikan oleh orang yang benar benar arif menjawab tohmahan yang di lemparkan DR Maza tersebut. Disini Admin @ pm kongsikan jawapan yang di buat Oleh : KCD ketika menjawab tohmahan DR Maza di status fb miliknya :- 

Watch "Ragam Dr. Maza" on YouTube - Ragam Dr. Maza : http://youtu.be/fFgMSQcEQxA 

Adakah status DrMAZA.com ini sudah dipadamkan? Salah seorang ahli KCD sudah tagkan jawapannya ke FB Mohd Asri Zainul Abidin tentang status FB di pagenya,DrMAZA.com ini.Bagaimanapun status FB DrMAZA.com ini gagal ditemui kembali di FB page tersebut.Admin nukilkan kembali jawapan-jawapan yang kemudian telah dikemaskini tersebut : Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, 

1. 'Negara-negara' yang menghantar kapal selam untuk operasi SAR MH370? Setahu saya, baru sebuah negara iaitu Britain yang menghantar kapal selam nuklear kelas Trafalgar,HMS Tireless (S88).Kapal selam ini telah mula beroperasi dan ditauliahkan (commissioned) pada tahun 1985.Ia sepatutnya dilucut tauliahkan (decommissioned) pada tahun 2013 lalu,tetapi sehinggi kini masih beroperasi sehingga April 2014.Mungkin HMS Tireless (S88) ini akan berbakti untuk hari-hari terakhir sebelum 'riwayat'nya ditamatkan. 


2. Untuk pengetahuan semua,dua kapal selam diesel-elektrik jenis Scorpene milik TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak telah beroperasi dan masih boleh berfungsi sehingga kini.Kedua-dua kapal selam tersebut bukan menjadi pameran seperti ditohmah oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab ! 




3. 'Tidak sesuai untuk operasi SAR MH370 seperti kapal selam yang dimiliki oleh jiran sebelah'? Negara jiran manakah yang dimaksudkan itu? Singapura? 

Singapura tidak pernah menghantar mana-mana kapal selamnya untuk operasi SAR MH370! Negara tersebut sebenarnya menghantar kapal sokongan dan penyelamat kapal selam - Submarine Support & Rescue Vessel (SSRV).Sebenarnya Malaysia juga memiliki kapal jenis penyelamat kapal selam dan ia telah digunakan dalam operasi SAR MH370 di Laut China Selatan sebelum ini.Operasi kapal Malaysia itu telah pun bermula sebelum Angkatan Laut Singapura (RSN) menghantar MV Swift SSRV lagi.Kapal SubMarine Escape & Rescue (SMER) yang digunakan oleh TLDM yang dimaksudkan itu ialah MV Mega Bakti. 



4. Penggunaan kapal selam untuk operasi SAR pesawat terhempas masih belum terbukti kejayaannya.Ia merupakan antara alternatif dan kaedah yang digunakan ketika membabitkan tragedi pesawat terhempas di lautan sepertimana dalam kes pencarian kotak hitam pesawat Air France Flight 447. Perancis menggunakan kapal selam nuklearnya, Emeraude (S604) untuk operasi mencari kotak hitam pesawat tersebut di Lautan Atlantik itu pada hari kelima tragedi itu berlaku (5 Jun 2009). Bagaimanapun usaha itu menemui kegagalan. 

5. Australia yang mengetuai operasi SAR MH370 di Lautan Hindi sehingga kini masih belum menggunakan kapal selamnya dalam usaha mengesan pesawat tersebut. Australia sendiri mempunyai 6 kapal selam diesel-elektrik. 


6. Apapun,kita tetap wajar bersyukur kepada Allah Ta'ala dan berterima kasih kepada Tentera Laut Diraja British (Royal Navy) kerana mengerahkan aset mereka iaitu kapal selam HMS Tireless (S88) untuk operasi mencari MH370 ini.Saya mendoakan supaya misi mereka berjaya! Amin... 

"Di akhir zaman akan ada para ahli ibadah yang bodoh dan para ulama yang jahat." (HR at-Tirmidzi).

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PAS SELANGOR SOKONG LAKSANA #HUDUD HASIL KERJASAMA MB DENGAN PM DS @NAJIBRAZAK !!!

Posted: 04 Apr 2014 02:24 AM PDT


PAS Selangor menyokong langkah kerajaan Kelantan untuk membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke Parlimen dalam masa terdekat.Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, PAS Selangor turut menyambut baik hasrat kerajaan Persekutuan mahu membantu hasrat kerajaan Kelantan tersebut. 

"PAS Selangor berharap pembentangan rang undang-undang ini akan mendapat laluan baik untuk diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat bagi memberi kuasa kepada kerajaan Kelantan melaksanakan enakmen tersebut.PAS Selangor yakin kerajaan Kelantan jika diberi peluang menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993,maka negeri Kelantan akan menjadi contoh terbaik negeri yang dapat menyelesaikan masalah gejala sosial dan mendapat keberkatan Allah S.W.T," katanya melalui satu kenyataan media hari ini. 

Beliau mengulas pengumuman Menteri Besar Kelantan,Datuk Ahmad Yakob bahawa kerajaan negeri akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) berhubung hukum hudud. Rang undang-undang itu akan dibawa ke sidang Parlimen bagi mendapatkan kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. 

Kata Ahmad,sebahagian besar jenayah hudud dan qisas seperti mencuri,merompak,merogol,mencedera dan membunuh di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan sebagaimana diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code).

Bekas Pengerusi DAP,Karpal Singh hari ini bagaimanapun menegaskan,DAP bertegas membantah rancangan kerajaan Kelantan tersebut dengan mendakwa hukum hudud tidak sesuai diamalkan pada zaman sekarang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #RAZMANABDULLAH DAH SEDAR !!! PUAK #PKR BILA LAGI ??? TIDUR KERR ???

Posted: 03 Apr 2014 10:57 PM PDT


akhirnya bekas ahli PKR telah kelah dari parti.nampak nya beliau telah sedar dari tidur.bila lagi puak PKR yang lain nak sedar ??? dah kena tipu bulat-bulat baru nak sedar kerr ??? 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#MH370 !!! #LIMKITSIANG NI TAK FAHAM BAHASA KERRR ???

Posted: 03 Apr 2014 07:00 PM PDT


Ahli Parlimen Gelang Patah,Lim Kit Siang berkata ini kerana kenyataan perdana menteri itu bersifat kabur dan boleh mencetuskan pelbagai spekulasi liar mengenai insiden itu.Sebaik sahaja Najib mengumumkan MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi,media baik tempatan atau antarabangsa bingkas menyimpulkan seolah-olah pesawat itu terhempas dan kemungkinan penumpang bersama anak kapal untuk terus hidup adalah terlalu tipis.Malah ada sesetengah stesen tv tempatan menyiarkan laporan ala-ala 'belasungkawa' mangsa-mangsa yang terlibat.

Namun tidak kurang juga terdapat laporan yang mengatakan pesawat itu telah dirampas dan selamat mendarat di suatu tempat yang tidak diketahui,sebelum pesawat itu dicampakkan ke dalam laut.Justeru,bagi Pakatan Rakyat,adalah menjadi keperluan untuk Najib menjelaskan dengan lebih spesifik,apakah mesej yang cuba disampaikan pada sidang medianya baru-baru ini. "Sebenarnya kenyataan perdana menteri pada 24 Mac lalu ialah bahawa pesawat telah mengakhiri penerbangan sangat jelaslah apa ertinya (terhempas)," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.MH370 sepatutnya mendarat di Beijing selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac lalu.Namun pesawat itu hilang jejak selepas hilang dari radar menara kawalan sekitar jam 1.30 pagi. 

INILAH BANGANGNYA CARA PEMIKIRAN LIM KIT SIANG !!! 

ADAKAH ANDA NAK MEROSAKKAN NAMA BAIK PM MALAYSIA DIMATA DUNIA ???

JANGAN NAK JADI HERO LAH !!!

MENYAMPAH BETUL DENGAN KARENAH PEMBANGKANG BUKANNYA NAK MEMBANTU PUN !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#KLIA2 !!! APA MASALAH #AIRASIA NI ??? TAKUT RUGI KER ???

Posted: 03 Apr 2014 05:00 PM PDT


Syarikat penerbangan tambang murah,AirAsia Bhd. (AirAsia) memutuskan untuk terus beroperasi di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) walaupun kerajaan sudah menetapkan penutupan lapangan terbang tersebut pada 9 Mei ini.Pengumuman tersebut bermakna syarikat penerbangan yang diasaskan oleh Tan Sri Tony Fernandez itu, mengingkari ketetapan kerajaan agar semua pengendali penerbangan tambang murah mula beroperasi di klia2 pada 2 Mei ini. 

"Walaupun AirAsia bersedia untuk berpindah ke klia2, perpindahan tersebut hanya akan dilakukan setelah semua isu berbangkit diselesaikan," kata AirAsia dalam kenyataan di sini hari ini.

AirAsia memetik laporan firma pemeriksa Ikram Premier Consulting yang mendedahkan wujud mendapan pada landasan dan laluan serta tempat meletak pesawat di lapangan terbang yang memerlukan langkah-langkah pemulihan dilakukan secara kerap. 

"Ini akan menganggu operasi had penerbangan seperti Kumpulan AirAsia yang memiliki kira-kira 400 pergerakan pesawat sehari dan sekurang-kurangnya 70 pesawat milik kami di LCCT.Tahun lalu sahaja kami mengangkut 22 juta penumpang menerusi LCCT.Kami percaya adalah penting untuk memastikan langkah-langkah pemulihan dilakukan sebelum perpindahan, yang akan mengurangkan risiko berkaitan sebarang kemungkinan insiden penerbangan," katanya lagi. 

AirAsia juga beranggapan tempoh Kesediaan Pengoperasian dan Perpindahan Lapangan Terbang (ORAT) selama dua bulan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebagai tidak realistik dan terlampau optimistik. CEO A ir Asia Aireen Omar berkata jika permintaan Air Asia dipenuhi baru mereka akan berpindah ke KLIA2.

"Dengan saiz operasi AirAsia,kami pasti memerlukan masa yang lebih. Malah ORAT bagi perpindahan kami dari Terminal Utama KLIA ke LCCT pada 2006 mengambil masa lebih dua bulan, dan saiz operasi kami lebih kecil ketika itu.Selain itu,terdapat isu-isu komersial,operasi dan kontrak yang rundingannya masih berjalan antara AirAsia dan MAHB yang perlu diselesaikan sebelum berpindah ke klia2. 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia,Aireen Omar berkata,pihaknya merayu kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak supaya klia2 dapat berfungsi sepenuhnya dengan segera demi memberi manfaat kepada 12,000 kakitangan AirAsia dan peluang penerbangan murah kepada lebih 20 juta rakyat Malaysia setahun. "Kami telah mengetengahkan isu-isu berkaitan kepada Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) dan pihak berkuasa berkaitan.AirAsia akan membuat pengumuman rasmi dan akan memaklumkan kepada para pelanggan sekiranya bersedia untuk berpindah ke klia2," katanya. 

Pada 28 Februari lalu,Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA),Datuk Azharuddin Abdul Rahman menafikan dakwaan mengenai kesan retak dan mendapan di landasan klia2,sebaliknya mendakwa hanya terdapat kesan-kesan tekanan tanah di kawasan landasan,apron dan tempat letak pesawat di klia2. - Utusan

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...