UMNO Online - “Pandang Ke Hadapan Dalam Usaha Mencari MH370, Usah Salahkan Malaysia – Hishammuddin” plus 9 more |
- Pandang Ke Hadapan Dalam Usaha Mencari MH370, Usah Salahkan Malaysia – Hishammuddin
- Laksana Hudud… Jangan Lagi Ada Mainan Drama Politik
- Printing Of Quranic Text Act 1986 To Be Amended This Year – Zahid
- GST Bagi Pembangkang Hanya Agenda Kelirukan Rakyat
- Rural-Urban Education Gap Is Narrowing – Muhyiddin
- Hak Malaysia Lakukan Siasatan Ke Atas Pesawat Hilang
- Tiada Kebocoran Radioaktif Di Kilang Sarung Tangan Di Rawang – Bomba
- Arahan Tutup Mulut Jelas Perlihat PKR Parti Penuh Masalah
- Teng Capable Of Carrying Out Duties As Penang BN Chairman – Hilmi
- Govt Urges Companies And SMEs To Utilise GST Training Grant
Pandang Ke Hadapan Dalam Usaha Mencari MH370, Usah Salahkan Malaysia – Hishammuddin Posted: 15 Apr 2014 05:46 AM PDT KUALA LUMPUR, 15 April - Semua pihak digesa memandang ke hadapan berhubung operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, bukan berpatah balik dan cuba menyalahkan sesiapa, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini. Beliau berkata menuduh Malaysia bersalah berhubung kehilangan pesawat itu adalah tidak berasas dan oleh kerana kejadian itu belum pernah berlaku, maka tiada duluan untuk dijadikan tanda aras dalam usaha mencarinya. Beliau menyatakan demikian apabila ditanya tentang urutan masa Malaysia berkongsi maklumat ketenteraannya yang sensitif dengan pihak berkuasa penerbangan berkaitan kehilangan pesawat itu pada 8 Mac. “Anda melihat terlalu jauh ke belakang, sedangkan ketika ini kami berusaha untuk mengecilkan fasa operasi mencarinya. Malangnya, kita masih membuat spekulasi tentang perkara yang tidak bersifat memandang ke hadapan. “Apa yang ingin saya lakukan mengenai penubuhan jawatankuaaa peringkat kementerian dan panel penyiasat antarabangsa yang akan dibentang kepada Kabinet beberapa hari lagi adalah untuk menangani semua isu itu. “Tapi, apa yang penting sekarang adalah memandang ke hadapan dan kami bergerak ke fasa seterusnya dalam usaha mencari. Adalah tidak wajar bagi anda hendak menyalahkan Malaysia. "Apakah yang akan anda lakukan apabila menghadapi sesuatu yang dunia tidak pernah menghadapinya sebelum ini. Apakah tanda aras yang hendak anda jadikan ukuran?” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. Hishammuddin berkata maklumat akan diberi apabila pesawat berkenaan atau kotak hitam dijumpai. Ditanya tentang keperluan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail ke United Kingdom untuk membincangkan tentang hak milik terhadap kotak hitam dan sama ada terdapat komplikasi dari segi undang-undang mengenainya, Hishammuddin berkata Kabinet mengarahkan Gani meneliti perkara itu memandangkan 26 negara terlibat dalam misi mencari pesawat berkenaan. “Jadi, terdapat cabaran dari segi diplomatik dan undang-undang, ada waris dan sebab itulah kami menubuhkan tiga jawatankuasa berkenaan (melibatkan tiga kementerian) agar tanggungjawab mengenainya boleh diagihkan sesama mereka yang berpeluang mendapat nasihat pakar paling baik,” katanya. Hishammuddin menegaskan sekali lagi bahawa keutamaan beliau adalah mencari kebenaran dan beliau secara peribadi berpendapat siapa yang akan menjadi pemilik kotak hitam berkenaan adalah tidak penting. “Ia untuk mengetahui perkara sebenar dan mendedahkan apa yang terkandung dalam kotak hitam itu,” katanya. Mengenai laporan tentang kehadiran seorang peguam Amerika di rumah keluarga penumpang pesawat MH370, Hishammuddin berkata ia sesuatu yang membimbangkan dan beliau menasihati keluarga terbabit supaya memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan agar ia dapat ditangani dengan sewajarnya. Hishammuddin juga berkata satu pasukan penyiasat akan ditubuhkan, dianggotai tiga jawatankuasa kementerian (Pengangkutan, Pertahanan dan Luar Negeri) yang diketuai tiga timbalan menteri masing-masing, manakala memorandum mengenainya akan dikemukakan kepada Kabinet, mungkin minggu depan. “Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin akan meneliti pelbagai isu berkaitan waris penumpang Penerbangan MH370, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi akan meneliti terma rujukan pasukan antarabangsa dan perkara teknikal dalam penyiasatan, manakala Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri akan menyelia dan memantau penghantaran aset mencari bagi mengesan pesawat berkenaan,” katanya. Pada 5 April, Hishammuddin mengumumkan penubuhan sebuah pasukan penyiasat antarabangsa dan tiga jawatankuasa peringkat kementerian untuk menyiasat dan menyelaras usaha mencari pesawat MH370. Terdapat juga satu kumpulan berkaitan keselamatan penerbangan yang akan mengkaji rekod penyenggaraan, struktur dan sistem; kumpulan operasi yang akan membuat pemeriksaan terhadap alat perakam penerbangan dan meteorologi; dan kumpulan perubatan serta faktor kemanusiaan yang akan meneliti faktor psikologi, patologi dan kelangsungan hidup. |
Laksana Hudud… Jangan Lagi Ada Mainan Drama Politik Posted: 15 Apr 2014 05:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 15 April – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah menganggap dolak-dalik antara kepimpinan dalam pakatan pembangkang berkaitan isu hudud adalah satu lagi mainan drama dalam politik mereka memandangkan sebelum ini pun sudah banyak sandiwara yang berlangsung antara Pas, PKR dan DAP sendiri. Katanya, walaupun dalam Pas itu sendiri memang wujud mereka yang benar-benar serius untuk melaksanakan hukum hudud dalam pentadbiran namun ada juga sebahagian di kalangan pemimpin tertinggi parti itu sendiri yang bermain tarik tali. "Politik Pas mempunyai dua kelompok iaitu antara mereka yang benar-benar berpegang kepada pelaksanaan sebuah negara Islam dengan kelompok kedua yang lebih bertuankan parti sekutu mereka iaitu PKR dan DAP sendiri," katanya kepada UMNO-Online. Beliau berkata demikian dalam mengulas berkaitan perancangan Kerajaan Pas Kelantan yang akan tetap membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu biarpun menerima tentangan DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang. Baru-baru ini DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang. "Soal ketidaksepakatan ini bukan perkara baru dalam pembangkang kerana sememangnya antara Pas, DAP dan PKR pun mempunyai idealogi yang berbeza, masing-masing mempunyai matlamat yang berlainan namun demi kuasa politik mereka membentuk satu kesatuan." Tegas beliau, biarpun kepimpinan Pas di Kelantan berpendirian untuk melaksanakan hudud namun perlu difahami bahawa Pas adalah parti politik dan bukannya membawa pengertian menyokong Pas adalah menyokong Islam apatah lagi apabila Pas memutuskan untuk bersekongkol dengan DAP yang terang-terangan menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam. "Persoalannya mampukah Pas terus teguh pada pendirian mereka untuk melaksanakan hudud sedangkan dalam buku jingga, manifesto pakatan pembangkang malah dalam muktamar parti terbabit pun mereka langsung tidak menyebut berkaitan hudud terbabit? "Jika atas kertas yang menjadi pegangan pakatan pembangkang pun Pas gagal untuk letakkan hudud sebagai keutamaan dalam perbincangan apa lagi untuk dilaksanakan. Buku jingga yang dianggap pelan tindakan pentadbiran mereka pun amat ketara bahawa hudud ditenggelamkan secara langsung." Ujarnya, dalam pakatan pembangkang sendiri dapat dilihat bahawa Pas bukanlah parti dominan yang berani untuk menyatakan pendiriannya malah dalam banyak insiden Pas terpaksa bersikap alah dengan sekutu Dap dan PKR sendiri. "Apa-apa sahaja perancangan yang dibuat pun, pada akhirnya Pas terpaksa mendengar telunjuk DAP dan Ketua Umum PKR iaitu Anwar Ibrahim." Dalam hal ini beliau menyorot insiden bagaimana Dewan Pemuda Pas mendesak Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk memohon maaf ekoran kenyataannya meminta pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum dan agama termasuk Pas, dibatalkan dan sekiranya gagal tindakan susulan akan dibuat namun sehingga ke hari ini hal tersebut didiamkan begitu sahaja. Dalam perkembangan yang lain pula, bekas calon PKR DUN Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin telah menang saman fitnah bernilai RM2 juta yang difailkan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Jika benar mereka satu pakatan bagaimana mungkin semua perkara tersebut boleh berlaku?" soalnya. Bidas beliau lagi, begitu juga dalam soal hudud yang ternyata bahawa Pas menjadikannya sebagai bahan populariti untuk mainkan sentimen rakyat dalam berpolitik dan dalam masa yang sama, Pas sendiri dipermainkan oleh sekutunya. "Kalau dilihat, soal hudud ini biasanya timbul ikut keadaan misalnya apabila menjelang pilihan raya yang mana Pas akan jadikan modal dalam kempen dan meraih sokongan pengundi Melayu, lantas hari ini apabila Pas semakin tenggelam lantaran populariti PKR dan DAP yang lebih menonjol maka ia kembali diperkatakan." Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat keseluruhan terutamanya orang Melayu agar tidak terlalu taksub dan mudah terpedaya dengan tindakan segelintir pihak yang menjadikan agama sebagai satu permainan politik sebaliknya meminta semua bersatu padu dalam berdepan dengan apa-apa sahaja halangan demi agama Islam yang menjadi agama kebangsaan. - MediaUMNO |
Printing Of Quranic Text Act 1986 To Be Amended This Year – Zahid Posted: 15 Apr 2014 05:00 AM PDT PUTRAJAYA, April 15 – The Printing of Quranic Text Act 1986 will be amended and tabled in the Dewan Rakyat this year to curb the abuse of its holy verses. Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the Home Ministry had received input from members of its Quran Text Review and Assessment (Lajnah Tasheh) Committee that many shops and eateries were using Quranic verses as charms to boost their business. In this regard, he said, the amendment was necessary to check the malpractice which could affect the faith of Muslims in the country, he said. “According to Section 12 of the Printing of Quranic Text Act 1986, those who commit an offence could be fined not exceeding RM5,000 or jailed for not more than two years, or both. “Following this light penalty, the members of the committee at a meeting today unanimously agreed that the Act be amended and proposed that offenders be fined up to RM50,000 and jailed not exceeding five years, or both.” He said this at a news conference after attending a meeting with the Lajnah Tashih Committee, here, today. Also present was Perak Mufti, Tan Sri Harussani Zakaria. The role of the committee is to view the Quran and ensure that the copies distributed to the public were genuine and error-free. Ahmad Zahid said before amending the Act and tabling it in parliament, the ministry would meet with the Malaysian Islamic Development Department and Islamic religious departments nationwide to obtain their views and agreement. Subsequently, the proposal for the amendment to the Act would be tabled at a meeting of the Council of Rulers to get their consent, he said. Also during today’s meeting, the Lajnah Tasheh Committee discussed on prevention and action against the spread of the anti-hadith movement via monitoring of publications related to the interpretation of hadith in Malaysia. (Hadith: The collected reports of what Prophet Muhammad said and did during his lifetime.) Meanwhile, Harussani said he backed the proposal to amend the Act because of the rampant abuse of Quranic verses by Muslims. “For example, food outlet operators have abused the Quranic verses by using them as charms to boost their business. “Some place copies of the Quran on the floor for sale, display Quranic verses in their dirty eateries and commit numerous other offences. “The holy Quranic verses are a guide to life for Muslims and not to be used as charms and for display purposes,” he said, adding that if the abuse was not checked, it could affect the faith of Muslims. Harussani also noted that some lecturers at institutions of higher learning quoted Quranic verses with the wrong intention of creating discord and hatred among fellow Muslims. |
GST Bagi Pembangkang Hanya Agenda Kelirukan Rakyat Posted: 15 Apr 2014 02:37 AM PDT KUALA LUMPUR, 15 April – Pakatan pembangkang terserlah bersikap tidak rasional apabila menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang mahu dilaksanakan kerajaan dengan alasan GST ini membebankan rakyat. Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman menganggap penolakan pakatan pembangkang ini dibuat tanpa melakukan kajian atau mempunyai fakta yang kukuh dan tidak bersandarkan penerangan yang dilakukan oleh kerajaan sendiri. "Inilah sikap pakatan pembangkang yang gagal berfikir secara rasional, tidak melaksanakan tindakan berdasarkan kewarasan dan enggan mengakui bahawa BN pentadbir yang baik sebagaimana perancangan GST yang dibuat untuk kepentingan rakyat keseluruhan namun mereka sengaja mahu putar belitkan," katanya kepada UMNO-Online. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata, GST tidak munasabah dilaksanakan selagi pendapatan rakyat tidak ditingkatkan dengan melebarkan jumlah pembayar cukai baru akan lebih membebankan rakyat berpendapatan rendah sedangkan realitinya pelaksanaan GST akan menjadikan Malaysia lebih komprehensif dengan mewujudkan ruang untuk negara menurunkan cukai korporat dan individu. "Pelaksanaan GST yang dibuat sebagai fokus untuk mengenakan cukai kepada golongan yang berkemampuan atau yang banyak berbelanja, bukan pada semua orang kerana barangan keperluan harian akan dikecualikan daripada GST tersebut." Terang beliau, pakatan pembangkang seakan sengaja bertindak menghuraikan fakta sendiri tanpa melihat kepada hujah yang keluarkan oleh kerajaan iaitu memanipulasikan GST sebagai isu politik mereka sedangkan GST tidak melibatkan barang keperluan harian. "GST yang diumumkan oleh kerajaan telah dimanipulasi dengan macam-macam versi, mereka membuat tuduhan kononnya sistem ini adalah zalim ekoran tindakan yang mendera golongan berpendapatan rendah, GST akan menjadikan harga barang semakin naik khususnya barangan makanan dan keperluan harian dan macam-macam lagi. "Ini semua tidak benar kerana GST adalah salah satu usaha kerajaan bagi membela pengguna daripada dikenakai cukai dua kali, selepas GST barangan yang dikenakan cukai hanya akan dikenakan caj sekitar enam peratus sahaja berbanding dengan sebelum GST barangan terbabit boleh jadi nilai cukainya sehingga mencapai kepada 15 peratus." Bidasnya, sikap tidak bertanggungjawab pembangkang ini telah membuat gambaran yang tidak benar terhadap dasar yang bakal dilakukan oleh kerajaan dan ini dibuat agar rakyat keliru dengan kepimpinan BN, enggan mempercayainya lagi dan beralih sokongan kepada pakatan pembangkang. "Pembangkang menganggap mereka sahaja benar, jelas dan tidak melakukan kesalahan sedangkan disebaliknya kepimpinan pembangkanglah yang layak bergelar juara terhadap segala macam tuduhan yang dilemparkan kepada BN." Tegas beliau lagi, sifat negatif pembangkang sememangnya sudah sinonim dengan mereka iaitu akan memutarbelitkan apa sahaja isu untuk kepentingan mereka sendiri misalnya insiden Lahad Datu, keputusan pilihan raya umum sehinggalah kepada nahas pesawat MH370 dengan menyalahkan kerajaan semata-mata. "GST bukan isu politik tetapi ini adalah bukti keprihatinan kerajaan kepada rakyat sebaliknya tindakan pembangkang yang enggan GST dilaksanakan ibarat membela mereka yang berpendapatan tinggi dan menekan golongan yang susah." Difahamkan, Kerajaan tidak akan melaksanakan GST serta merta sebaliknya ia akan dibuat dalam masa sekurang-kurangnya setahun dari tarikh pengumuman pelaksanaannya yang sebenar. - MediaUMNO |
Rural-Urban Education Gap Is Narrowing – Muhyiddin Posted: 15 Apr 2014 02:33 AM PDT KUALA LUMPUR, April 15 - The Malaysian Education Blueprint 2013-2025 has begun to bear fruit as the gap between rural and urban schools is now narrowing, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said. Muhyiddin, who is also Education Minister, said according to the results of the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination last year, it was clear that the national Grade Point Average between the students in rural and urban areas had narrowed by 0.01 point. He said the urban students’ performance had showed an increase of 0.15 points from 4.68 points in 2012 to 4.83 points in 2013, while the performance of rural students had also increased by 0.16 points from 5.44 points in 2012 to 5.28 points last year. “As such, I think the blueprint, which was launched last year, has begun to bear fruit, especially in narrowing the education gap between rural and urban students in stages.” He said this at the national-level 2013 SPM Excellence Award presentation ceremony at Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria here today. Also present were Education director-general Datuk Dr Khair Mohamad Yusof and SMK Victoria principal Maslan Buniran. Muhyiddin said the public confidence in the blueprint must have been intensified after the overall performance of SPM candidates last year had increased by 0.15 points compared to the previous year. Hence, he also expressed hope that the excellent performance would continue to be displayed so that the government’s aspiration to narrow the performance gap by 50 per cent based on sosio-economic status would materialise. He said in order to produce excellent generation, all quarters must play their roles regardless of their location, religion and race. “The ongoing educational transformation requires a high level of commitment from all quarters, especially teachers, who are the executive agents. At the ceremony, Muhyiddin presented Excellence Student Award to 30 outstanding students who scored straight A+ and the Excellence School Award to 20 schools. Fifteen teachers also received Special Teacher Award from Muhyiddin at the event. |
Hak Malaysia Lakukan Siasatan Ke Atas Pesawat Hilang Posted: 15 Apr 2014 02:19 AM PDT KUCHING, 15 April - Malaysia tetap mempunyai hak dan tanggungjawab untuk menjalankan siasatan ke atas pesawat MAS Penerbangan MH370 yang hilang biarpun Australia dibenar menerajui operasi mencari. Menegaskan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata ini berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang memberi hak kepada Malaysia selaku negara pendaftaran pesawat Boeing 777 200ER itu. Pesawat MAS itu yang sepatutnya ke Beijing pada 8 Mac, mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi, kira-kira 2,500km ke barat daya Perth, Australia. Nancy berkata, “Lokasi ini tidak berada di wilayah mana-mana negara. “Oleh itu Malaysia sebagai negara pendaftaran MH370 ini dan negara yang bertanggungjawab di bawah Konvensyen Chicago hendaklah dianggap mempunyai bidang kuasa menjalankan siasatan kemalangan udara serta menerajui siasatan ke atasnya”. “Malaysia hanya meminta Australia untuk menerajui usaha mencari. Ini tidak bermakna Malaysia telah menyerahkan bidang kuasanya (untuk menyiasat insiden) kepada Australia,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut. Sebelum itu beliau merasmikan pejabat baharu Amanah Raya Berhad cawangan Sarawak di sini. |
Tiada Kebocoran Radioaktif Di Kilang Sarung Tangan Di Rawang – Bomba Posted: 15 Apr 2014 02:16 AM PDT KUALA LUMPUR, 15 April - Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor hari ini mengesahkan tidak berlaku sebarang kebocoran radioaktif di sebuah kilang mengeluarkan sarung tangan perubatan di Rawang dekat sini seperti yang tersebar di media sosial. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata khabar angin itu tersebar berikutan kebakaran kecil kira-kira 5.30 pagi tadi, melibatkan beberapa kotak sarung tangan di kilang yang terletak di kawasan perindustrian. “Terdapat penyebaran maklumat palsu berkenaan insiden ini dalam media social seperti WhatsApp dan rasa takut ini mendatangkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat mengenai keselamatan mereka. “Saya harap agar tiada sebarang hebahan dibuat berhubung perkara ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Mohd Sani berkata bomba menerima panggilan daripada orang awam berkenaan insiden itu pada 5.59 pagi. Katanya Unit Bahan Berbahaya dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom mengesahkan tiada kebocoran radioaktif dikesan di kilang itu mahupun kawasan sekitarnya. Lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Rawang tiba di lokasi pada 6.07 pagi, namun tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu. |
Arahan Tutup Mulut Jelas Perlihat PKR Parti Penuh Masalah Posted: 15 Apr 2014 02:04 AM PDT KUALA LUMPUR, 15 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman menyifatkan arahan tutup mulut kepada calon yang ingin bertanding merebut jawatan pada pemilihan PKR sebagai usaha menutup kebocoran terhadap pelbagai kepincangan parti terutama proses pemilihan yang bakal dilaksanakan parti itu nanti. Jelas beliau arahan tersebut juga memperlihatkan wajah sebenar PKR yang kononnya sebuah parti yang mengamalkan kebebasan bersuara, demokrasi serta bersifat adil kepada ahli-ahli mereka. "Bila parti bermasalah inilah jalan keluar terbaik. Mereka tak mahu segala pekong, kudis jadi tontonan umum. Hakikatnya inilah parti yang hidup atas sandiwara…. mereka sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri. "Ini jelas jauh berbeza dengan UMNO yang sentiasa mengamalkan ketelusan dan menerima setiap teguran membina. Seperti contoh pemilihan UMNO yang berlangsung tahun lalu, kita menerima setiap kelemahan yang ada dan pembaikan akan dilakukan pada masa akan datang. "Kita tidak pernah melarang atau menyuruh mereka yang bertanding untuk menutup mulut. Pandangan dan pendapat amatlah kita alu-alukan agar segala kelemahan dapat diperbaiki. Inilah demokrasi dan ketelusan," ujarnya kepada UMNO-Online. Tambah beliau lagi pemilihan PKR ini juga sebenarnya bukan hanya berdepan dengan arahan tutup mulut tetapi berdepan dengan keadaan 'tikam belakang'. "Telah wujud keadaan kem A dan kem B. Untuk naik dan berkuasa ada yang sanggup tikam rakan sendiri. Buruk memburukkan calon lain hanya inginkan kuasa. Tetapi apa yang berlaku ini seboleh-bolehnya ditutup oleh PKR kerana tidak mahu rakyat dapat mengesan bahawa parti mereka sebenarnya sudah goyah dan hilang hala tuju," ujarnya lagi. – MediaUMNO |
Teng Capable Of Carrying Out Duties As Penang BN Chairman – Hilmi Posted: 15 Apr 2014 01:22 AM PDT GEORGE TOWN, April 15 – Deputy Health Minister Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya is confident that Penang Gerakan chairman Teng Chang Yeow is capable of carrying out the duties of Penang Barisan Nasional (BN) chairman based on his experience in politics. Hilmi, who is also Balik Pulau assemblyman, said he also believed that Teng’s re-appointment would strengthen Penang BN to face the 14th general election. “He (Teng) is young and experienced. This is the time for us to start making preparations for the (next) general election, we cannot wait anymore, we must start campaigning and reaching out to the people,” he told reporters here. Hilmi said this in response to the re-appointment of Teng as Penang BN chairman after attending the presentation of medical aid and equipment to 33 patients at Penang Hospital today. Teng received his re-appointment letter from Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak last Tuesday. He was first appointed as the Penang BN chairman in April 2012 to replace former Chief Minister and Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Last May, he resigned as Penang Gerakan secretary-general and BN chairman following the dismal performance of the party in the 13th general election. |
Govt Urges Companies And SMEs To Utilise GST Training Grant Posted: 15 Apr 2014 01:19 AM PDT KUALA LUMPUR, April 15 – The government is urging companies and small and medium enterprises (SMEs) to utilise the RM250 million Good and Services (GST) training grant to gain exposure and detailed knowledge on the tax which would be implemented on April 1, 2015. Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan said a large portion of the allocation was yet to be utilised and companies should grab assistance provided by the government. “The government hopes companies and SMEs will utilise incentives provided especially when they are free. “The RM250 million grant comprises RM100 million for training of staff sent by companies and SMEs. The training is conducted by the Ministry of Finance and the Royal Malaysian Customs. “The remaining RM150 million has been allocated as financial assistance for SMEs to purchase necessary software,” he told reporters after opening Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd’s training centre for agency workforce. He was commenting on the preparedness of retailers to accept the GST and equip themselves with relevant knowledge. Citing a report by the Retailers Association of Malaysia, Ahmad said only 10 per cent of the association’s 250 members were prepared to implement the GST. Meanwhile, Ahmad said it was the government’s target to have 75 per cent of its population covered by insurance policies by 2020 as it was in line with the government’s aspiration to attain developed nation status. Last year, 53.1 per cent of the population were either covered by a personal or family insurance policy against a penetration rate of 40.9 per cent recorded 10 years ago. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment