Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Khidmat Masyarakat Mohon Bantuan Segera Kepada Adik Muhammad Habib! @MukhrizMahathir @SabrinaAzizan @TajudinSik

Posted: 15 Apr 2014 08:35 AM PDT

Bersama Adun Bandar Baharu YB Sabrina

Khidmat Masyarakat.. Mohon Sebarkan..

Rosli Mohd Noh dan Isterinya Azlina Ahmad memerlukan bantuan segera bagi menjalani pembedahan hati anak mereka Muhammad Habib yang menelan belanja sehingga RM500,000.

Semoga dengan bantuan rakyat Malaysia dapat membantu adik Muhammad Habib yang menghidap penyakit kegagalan hati yang kronik untuk menjalani pembedahan dengan segera.

Sambung baca petikan akhbar dibawah,



Untuk menderma boleh salur ke akaun bank yang diberi


HOT!! Reformis 98 akan Berdemo Tuntut Wang RM100Juta Dari SUARAM?

Posted: 15 Apr 2014 06:12 AM PDT


Bukti bukti yang dilampirkan semenjak tahun 2012 langsung tidak disiasat malahan tiada sebarang tangkapan atau tindakan yang dibuat keatas individu yang menerima dana asing ini semenjak 1998 yang diakui sendiri oleh pihak SUARAM.

SUARAM adalah sebuah syarikat. Ianya ditubuhkan untuk menyalurkan dana dana kepada parti yang dikehendakinya iaitu PKR, Jadi PKR tidak pernah mengalami masalah kewangan kerana dana yang disalurkan semakin hari semakin banyak?! Pernahkah anda lihat PKR menjaja tabung disetiap ceramahnya? Berbeza dengan PAS yang terpaksa mengais kocek sendiri untuk survival pemimpin parti. Kata blog Daeng Selili

Duit itu juga digunakan untuk membocorkan maklumat negara kepada pihak pembangkang.


Maknanya SUARAM mengunakan wang tersebut untuk merasuah pegawai kerajaan, untuk membocorkan maklumat sulit.

Tapi, jumlah rm100juta tu banyak, pihak Reformis 98 pun dah mula bersuara, dimana wang tersebut hilang? Guna sendiri ka? Atau songlap terus?

Sehingga hari ini dua individu yang disyaki masih berdiam diri walaupun ada yang mendakwa wang RM100juta untuk parti dari SUARAM disonglap oleh dua inidividu yang cukup lantang mempertahankan SUARAM?

Mereka tahu tapi sengaja buat senyap?!

Puak PKR taknak buat demo ka, tanya kemana hilang duit tersebut?

PANASS!! Pas Selangor TOLAK #Hudud? @KhalidSamad #PRSelangor

Posted: 15 Apr 2014 01:12 AM PDT


Di saat rakan seperjuangannya di Kelantan berjuang sekian lama mahu melaksanakan hudud di kerajaan naungan mereka, nampaknya Pas Selangor tidak berhasrat untuk mencadangkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu meskipun mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, cadangan tersebut tidak akan dibangkitkan buat masa ini sebaliknya mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' mengenai perkembangan pelaksanaan hukum itu yang sedang diusahakan Kerajaan Pas Kelantan ketika ini.

"Kita tunggu perkembangan (cadangan pelaksanaan hukum hudud) di Kelantan dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Iskandar diminta mengulas sama ada Pas Selangor akan mengikut jejak langkah kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Bukankah kerusi PAS di DUN Selangor lebih banyak dari PKR, mengapa PAS Selangor tidak mahu mengikut jejak langkah PAS Kelantan? Apakah ada beza dasar PAS di Selangor dengan Kelantan? Apakah takut dengan DAP dan PKR hingga PAS Selangor tidak berani untuk bentang hudud dalam Sidang DUN Selangor? sumber

P/s: Pas dah mula cakap tak serupa bikin.. he he


McTheory:
Apa dah jadi ni?

INFO! Ternakan Gamat Langkawi di Bangunkan Semula! @IsmailSabri60 #Dsis

Posted: 14 Apr 2014 11:12 PM PDT


Langkawi memang terkenal dengan gamat. Dulu ianya semulajadi dan pengeluar perubatan tradisional hanya mencari, menangkap dan mengunakan gamat untuk perubatan.

Bila industri gamat ni membesar, pasaran meluas dan permintaan pun semakin meningkat, gamat pernah hampir pupus di Langkawi ni.

Hinggakan ada nelayan yang cuba menternak secara kecil-kecilan namun ianya tak menjadi jika tidak dilakukan dengan betul. Bila Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani memberi fokus kepada ternakan gamat, Mc rasanya ianya tepat dan membangunkan semula industri yang boleh pupus jika tidak dijaga dengan betul.

Objektif utama projek ternakan gamat ini adalah untuk menambah pendapatan (sampingan) nelayan melalui aktiviti ternakan dan pemprosesan gamat, memulihara sumber gamat di Pulau Langkawi dan menjadi produk pelancongan.

Malaysia bersedia menjadi negara pengeluar gamat (Holothuria scabra) utama di dunia, khususnya bagi memenuhi permintaan China, Amerika Syarikat, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Dubai dan beberapa negara Arab yang lain.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keyakinan itu bersandarkan kepada potensi besar yang ditunjukkan tiga kawasan ternakan gamat yang dikenal pasti di Langkawi.

Katanya, bagi tujuan itu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk memulakan projek perintis ternakan gamat di Teluk Yu, Langkawi.

Keprihatinan Dato Sri Ismail untuk membangunkan industri gamat di Langkawi, merupakan satu berita baik pada nelayan di sana. Jika ianya membangun, sudah pastilah rakyat juga akan merasa kesan positif peningkatan ekonomi disana.

Dibawah, gambar sekitar lawatan Dato Seri Ismail Sabri ke Langkawi, melihat kawasan pembangunan ternakan gamat.



HOT!! Akhirnya Tian Chua di TANGKAP Atas "Menghasut"

Posted: 14 Apr 2014 09:16 PM PDT


Akhirnya, setelah lama menunggu, kena juga ya si Tian Chua.

MP Batu Tian Chua mendakwa polis merampas satu komputer tablet dan telefon mudah alih miliknya dalam satu operasi pada malam tadi, didakwa berhubung tulisan MP Batu itu di Twitter yang didakwa "menghasut".

Chua mendakwa sepasukan polis berpakaian preman bertindak demikian pada kira-kira jam 7.30 semasa beliau sedang menyertai satu mesyuarat di Hotel Armada di Petaling Jaya.

"Pasukan serbuan polis mengepung Hotel Armada seolah-olah mereka mahu menangkap penjenayah besar dan mereka memalukan saya di khalayak umum di hadapan tetamu saya.

"Kawan-kawan, saya kini tidak boleh dihubungi... Celakalah negara polis!," katanya di Twitter.

Naib presiden PKR itu berkata, pasukan polis berkenaan membawa waran geledah.

Dalam tulisannya di Twitter pada bulan lalu, Chua menyebut bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan digulingkan dalam tempoh lima bulan.

Kenyataannya itu berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang menyabitkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan Liwat II.

Beberapa jam sebelum polis merampas alat elektronik berkenaan, Chua menulis mengenai Black 14, yang merujuk kepada tarikh 14 April 1999 apabila Anwar disabitkan kesalahan untuk kali pertama atas tuduhan rasuah.

Beberapa hari sebelum perhimpunan untuk memperingati Black 14, pejabat Chua digeledah dan beliau seterusnya ditahan mengikut ISA.


McTheory:
Ohh.. rupanya cuma barang dirampas.. Tian Chua still bebas..

HOT!! Air Asia Punca Ustaz Haron Din Jatuh Sakit? @TonyFernandes #AirAsiaSuck

Posted: 14 Apr 2014 07:32 PM PDT


Kita tak tahu punca sebenar kenapa Ustaz Haron Din sakit dan masuk IJN. Yang kita tahu pun bila PM Najib datang melawat Ustaz Haron Din.

Baca luahan anak Ustaz Haron Din yang mendedahkan kisah sebenar,


Agak terkilan apabila Air Asia mengenakan 'cas' kerusi roda pada yang memerlukan. Maknanya OKU atau orang sakit dipaksa bayar 'lebih' untuk mengunakan kerusi roda?? Pehh.. apa punya mangkuk Air Asia ni? Nak murah dan jimat pun agak-agakla.

Rasanya pentadbiran Air Asia kena pergi hantar belajar 'sivik' 'moral' dan jadi sukarelawan. Mangkuk hayun sungguh bila manusia hanya nampak wang dari mengamalkan sikap 'jadi manusia'.

Dulu kes wanita yang ditinggalkan di airport, ini kes kerusi roda. Rasanya dah banyak kes, tapi kita taktau, sebab ramai yang tak buat bising atau tak lapor.

Namun kes kerusi roda ni membuktikan Air Asia memang benar-benar BUSUK daa..

McTheory:
Sponsor benda mengarut-garut boleh.. kerusi roda pun nak kena bayar? puii!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...