BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! CUBAAN #TONYPUA MEMBURUKKAN #MALAYSIA DI #AUSTRALIA TAK BERJAYA !!!
- FAKTA !!! HIMPUNAN #REFORMASI2.0 HANYA UNTUK #ANWARIBRAHIM BUKAN UNTUK RAKYAT !!!
- EKSKLUSIF !!! HUKUM #HUDUD !!! KENAPA #UMNO ASYIK DISALAH KAN ???
KANTOI !!! CUBAAN #TONYPUA MEMBURUKKAN #MALAYSIA DI #AUSTRALIA TAK BERJAYA !!! Posted: 15 Apr 2014 08:00 AM PDT Baru-baru ini,kecoh di suara rasmi DAP iaitu Roketkini berkenaan Tony Pua yang dihalang daripada berucap dalam Persidangan Malaysia Summit Australia (MASA) 2014,di Australia.Dalam email bertarikh 14 Oktober 2013 yang dihantar oleh penasihat pelajar Jabatan Perkhidmatan Awam Shahrezan Md Sheriff kepada penerima biasiswa JPA,pelajar-pelajar 'dinasihatkan' supaya tidak menghadiri program Festival of Ideas,Adelaide,Jika tidak mahu dikenakan sebarang 'tindakan tegas'MASA yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 24 April di Melbourne itu merupakan program yang ditaja bersama oleh Kelab UMNO Australia.DAP menyifatkan halangan terhadap Tony Pua sebagai bukti yang penaja dari pihak kerajaan Malaysia takut dengan mereka serta ingin menutup minda pelajar-pelajar Malaysia di sana.Walaubagaimanapun,kebanyakan pelajar di sana yang saya temui dan juga rakyat Malaysia berkata,tindakan penaja menghalang Tony Pua sebagai bertepatan berdasarkan sikap pembangkang yang gemar menggunakan pentas yang diberikan kepada mereka untuk memburukkan negara sendiri.Lagipun,saya percaya,sekiranya Tony Pua dibenarkan berucap sekali pun,beliau tidak mampu memberikan apa-apa idea yang bernas yang mana menjadi 'tema' program tersebut,iaitu 'Festival of Ideas'. Jika Tony Pua sekadar ingin berucap menuduh kerajaan lemah,korup dan gagal menangani isu MH370 seperti yang sering dimomokkan pembangkang di setiap pentas ceramah,maka itu bukanlah idea.Menuduh pilihanraya tidak telus atau pemimpin UMNO boros juga bukan idea.Selain perkara ini,saya yakin Tony Pua tidak ada apa-apa lagi untuk diperkatakan selain menipu hadirin kononnya DAP berkhidmat dengan Cekap,Amanah dan Telus (CAT).Malangnya,puji-pujian terhadap parti sendiri juga, bukanlah idea.Justeru,tanpa sebarang idea untuk diketengahkan,maka untuk apa Tony Pua perlu dibenarkan berucap ??? Apatah lagi jika ucapan itu mampu membawa kepada perpecahan di kalangan pelajar di sana serta merosakkan imej negara. Rakyat Malaysia berpecah belah pada hari ini kerana pembangkang telah diberi ruang yang terlebih luas untuk berucap.Saban hari mereka menggunakan semua platform yang ada untuk memfitnah dan menghentam,dalam usaha untuk menggambarkan Malaysia sebagai negara paling buruk dan teruk sekali di dunia.Tidak ada satu pun dari ucapan pembangkang yang membina, sebaliknya hanya berniat untuk memusnahkan segala yang telah dibina. Dalam pembangkang menghentam,menuduh,memfitnah dan menipu itu,negeri yang diperintah mereka pula dilanda berbagai masalah. Harapan agar pembangkang menggunakan kebebasan bersuara itu untuk menjadi alternatif atau pengimbang kepada kerajaan ternyata sia-sia.Oleh itu,tidak hairanlah jika penaja program MASA melihat bahawa sudah tiba masanya suara sumbang pembangkang disekat sedikit agar perpecahan sesama rakyat Malaysia dapat dibendung.Kita tentu sekali tidak mahu pelajar-pelajar kita di Australia pulang nanti dengan membawa semangat prejudis sesama kaum,keliru dengan sejarah serta bencikan negara sendiri.Lebih dari itu,saya ingin bertanya Tony Pua,apakah kelayakan bagi mana-mana pemimpin DAP untuk ke sana ke mari memberi ucapan,mengkritik dan menghentam itu dan ini sedangkan Ahli Jawatankuasa Pusat parti sendiri juga masih belum sah ??? Tidak malukah bercakap mengenai CAT,jika pemilihan parti sendiri terbukti berjalan keadaan yang begitu kotor sekali ??? Tidak malukah bercakap mengenai 'bersih' sedangkan muka sendiri bersalut najis ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
FAKTA !!! HIMPUNAN #REFORMASI2.0 HANYA UNTUK #ANWARIBRAHIM BUKAN UNTUK RAKYAT !!! Posted: 15 Apr 2014 05:00 AM PDT nampaknya anwar ibrahim dah kerahkan semua penyokong untuk turun membuat demo Reformasi 2.0 sekarang di semua negeri,lepas tu 1 mei 2014,di dataran merdeka.saya pun tak faham kenapa penyokong yang dungu ni ikut jerr telunjuk anwar ??? anda tahu kan himpunan ini untuk apa ??? bukan untuk rakyat pun !!! bukan untuk selamatkan malaysia pun,tapi nak selamatkan anwar ibrahim dari penjara.lepas tu nak tolak keputusan mahkamah yang diputuskan.ohhh bila kena kat anwar mahkamah tak adil,ini semua salah UMNO.habis tu yang pemimpin PR bebas dari tuduhan tu macam mana pulak ??? ingat,keputusan yang dibuat di mahkamah adalah adil,bukan sesukahati nak buat keputusan.kalau ada bukti yang kukuh kalau keputusan mahkamah A,A lahhh jawabnya. ada faham kaahhh wahai puak PR yang baca artikel ni ??? tapi saya rasa penyokong PR ni mana faham,semua nak di salahkan hanya UMNO,semua nak di bantai adalah UMNO.puak-puak PR.kesian kerajaan yang dipimpin oleh UMNO/BN.semua untuk rakyat dah diberi pun salah UMNO.memang betul itu adalah tanggungjawab kerajaan.macam mana pulak kerajaan negeri di bawah PR ??? apa yang CM Pulau pinang buat untuk rakyat ??? apa yang MB Selangor buat untuk rakyat ??? apa yang MB kelantan buat untuk rakyat ??? ingatlah wahai puak PR.segala keputusan mahkamah di buat secara adil berdasarkan bukti,harap faham yekkk ??? jangan salahkan UMNO APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! HUKUM #HUDUD !!! KENAPA #UMNO ASYIK DISALAH KAN ??? Posted: 14 Apr 2014 10:33 PM PDT UMNO dlm perlembagaannya jelas memperjuangkan agama (Islam), bangsa (Melayu) dan negara (Malaysia).Pemimpin UMNO adalah berbangsa Melayu.Ikut perlembagaan persekutuan,Melayu itu beragama Islam.Suatu kekuatan dan kelebihan yang istimewa dlm perlembagaan Malaysia yg tidak ada di mana-mana perlembagaan negara lain yang menyatakan dengan tegas dan jelas,Melayu itu beragama Islam.Dari sudut agama dan akidah,perlembagaan persekutuan secara tidak langsung dapat menyelamatkan umat Melayu dari menjadi penganut kristian,buddha dll.Walau bagaimanapun perlembagaan Malaysia juga membenarkan penganut agama-agama lain bebas mengamalkan amalan agama masing-masing.Dalam konteks Malaysia sebuah negara majmuk, setiap pelaksanaan perlu mengambil kira sensitiviti pelbagai kaum dan bangsa di Malaysia.UMNO/BN telah melaksanakan dasar-dasar Islam dalam pentadbiran kerajaan secara perlahan iaitu memahamkan rakyat pelbagai kaum tentang Islam lebih penting daripada memaksa secara kekerasan tetapi gagal.Dasar penerapan nilai-nilai Islam yg diperkenalkan oleh Tun Mahathir akhirnya banyak perubahan telah berlaku tanpa disedari parti-parti komponen MCA,MIC,Gerakan dan lain-lain menerima Malaysia sebuah negara Islam. Malangnya PAS dan DAP tidak mengikhtiraf Msia sebuah negara Islam.DAP ada agenda menskularkan negara Malaysia dan PAS ada agenda politiknya tetapi kedua-duanya mempunyai agenda tersendiri yg tidak sealiran.Ini adalah halangan-halangan kerajaan pimpinan UMNO/BN hadapi dari parti pro komunisme dan parti Islam yg tidak konsisten dlm perjuangan.Islam hadhari diperkenalkan oleh Pak Lah dimomokkan sbg agama baru yg diperkenalkan oleh UMNO/BN.anda perlu lihat secara rasional.Islam di Malaysia berkembang pesat baik dari sudut pendidikan rendah hingga kolej dan universiti,ekonomi,sistem perbankan Islam,insurans takaful,sistem pajakan islam,undang-undang syariah,pengurusan zakat dan haji dan pelbagai lagi.Suatu perkembangan yang perlu disokong dan dilihat secara positif.Tanpa disedari kaum lain sudah menerima sistem kewangan, insurans secara Islam di Msia dan untuk maklumat sdr kaum bukan Islam pula yang lebih ramai enggunakan siste kewangan Islam di Msia. Oleh itu kenapa UMNO dipersalahkan dlm pelaksanaan hudud di Msia. UMNO tidak menolak hudud. Cuba anda ikuti penjelasan oleh pemimpin UMNO.Jangan dengar penceramah-penceramah PAS yang ahu mencari keuntungan poltik sempit mereka.PAS pun faham tapi sengaja buat-buat tak faham bahawa hudud belum dapat dilaksanakn di negara ini sehingga rakyat pelbagai kaum faham hudud dan bersedia untuk menerimanya.Selaku umat Islam kita harus matang berpolitik.Dalam perjuangan kita tidak mahu bangsa Melayu terkebelakang dan Islam pula ke hadapan selari kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu dalam perlembagaan.Kenapa TG Haji Hadi semasa mnjadi MB terengganu menyatakan hukum hudud cuma 0.0001% dalam syariaat Islam setelah didesak oleh penyokong-penyokong PAS ??? Kenapa itu tidak dijadikan isu oleh PAS ??? Itu sebabnya PAS semakin matang dalam politik Malaysia yg berbilang kaum.Dulu mengkafirkan UMNO kerana bersubahat dgn MCA dan MIC sebaliknya apa dah jadi bila PAS pula bersama DAP yang jelas menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.Jelas PAS terpaksa ikut rentak DAP sanggup menidakkan perjuangan negara Islam dn hukum hudud dalm Buku Jingga.Masalahnya,bila PAS berhadapan dgn penyokong-penyokong umat Islam berdegar-degar atas pentas menyakinkan umat Islam bahawa PAS tetap memperjuangkan negara Islam dan hukum hudud ketika menjelangnya PRU13. Cuba ingat,selepas PRU12 dulu,PAS pun diam bercakap pasal hukum hudud,sekarang baru bersuara balik tapi kena hentam balik dengan DAP.UMNO juga tidak berbuat apa-apa kerana perubahan perlembagaan persekutuan utk melaksanakan hukum hudud perlu sokongan 2/3 ahli parlimen.Daripada anda hentam UMNO lebih baik anda tanya PAS kenapa PAS gugurkan negara Islam.Walupun UMNO/BN belum dapat melaksanakan hukum hudud tapi sudah berjaya mendapat pengiktirafan dunia sebagai sebuah negara Islam contoh.InsyaAllah,saya juga orang Islam cinta dan sayangkan negara memang berhasrat mahu melihat negara Malaysia secara total mengamalkan perlembagaan Islam.cuma perpecahan UMNO dan PAS dan kedegilan PAS bergabung dengan UMNO menjadi penghalang ke arah itu.PAS dalm PR pun tak dpt berbuat apa-apa.PAS bukan parti dominan dlm PR.Ahli-ahli PAS yg menyokong DAP/PR seolah-olah membantu memperkuatkan kuasa DAP yang menyokong polisi kesamarataan,LGBT dan anti Islam dan hukum hudud.Semakin ramai golongan ulama dlm PAS bersikap membisu akhir-akhir ini krn melihat perjuangan PAS sudah tersasar.Saya merayu dan mengajak umat Islam bersatu,tak kiralah PAS mahupun PKR dan UMNO.Jika umat Islam kuat,insyaAllah apa yang dirancang akan mudah dilaksanakan tanpa banyak bantahan. Saya bukan pemimpin UMNO sekadar rakyat biasa yang tinggal di luar negara dan saya mahu melihat umat Islam di Malaysia bersatu.Elakkan tuduh menuduh antara satu sama lain.Melayu akan lemah kerana perpecahan sesama sendiri.Kaum lain bersatu dan kuat walaupun bukan rakyat majoriti. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment