UMNO Online - “M’sia Perlu Pertingkat Sistem Pertahanan – Hishammuddin” plus 9 more |
- M’sia Perlu Pertingkat Sistem Pertahanan – Hishammuddin
- Mansuh Diskaun Tujuh Peratus Hadiah Kerajaan Negeri Untuk Rakyat Selangor
- Need For Malaysia To Upgrade Defence System – Hishammuddin
- Kesedaran Generasi Muda Terhadap Bidang Keusahawanan Meningkat
- Najib Reiterates Gratitude For Singapore’s Participation In Search For MH370
- KKMM Boleh Bantu ESSCOM Guna ICT Perketat Keselamatan Di Sabah – Ahmad Shabery
- MH370 : ADUN Terangganu Mahu Tindakan Tegas Terhadap Penyebar Fitnah
- Damage To Sabah’s Infrastructure Due Floods Estimated At RM97.44 Million
- Beranikah Pas Membelakangi DAP, PKR Untuk Laksana Hudud Di Kelantan?
- Sikap Hodoh Pemimpin Pembangkang Jadi Ikutan Pengikut Jadi Kurang Ajar
M’sia Perlu Pertingkat Sistem Pertahanan – Hishammuddin Posted: 14 Apr 2014 02:46 AM PDT KUALA LUMPUR, 14 April – Wujud keperluan untuk menaik taraf sistem pertahanan negara bagi memperkukuh kawalan keselamatannya pada masa depan susulan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Katanya langkah itu perlu selepas ada keperluan mendedahkan maklumat sulit radar ketenteraan dalam pencarian pesawat yang hilang pada 8 Mac lepas. “Kita telah membuat keputusan berani dengan mengetepikan kepentingan dan keselamatan negara apabila mendedahkan sebahagian maklumat sulit radar ketenteraan pada peringkat awal misi mencari dan menyelamat. “Situasi sekarang menuntut kita melihat semula keperluan kita pada masa depan dan lebih penting kita juga melihat dalam konteks rantau Asean sebagai satu kumpulan,” katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Global Komited Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Weststar Group of Companies and Thales UK, di sini hari ini. MoU yang bertujuan mempromosi, memasar dan mengedar pelbagai jenis system pertahanan udara berpangkalan di bumi kepada Angkatan Tentera Malaysia itu dimeterai di Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014. Menjawab satu soalan, Hishammuddin berkata teknologi pengawasan ialah antara bidang yang diteliti berikutan tragedi MH370. Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 239 orang hilang daripada imbasan radar ketika di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac. Pesawat sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Analisis data satelit menunjukkan pesawat yang melencong ribuan kilometer daripada haluan sebenar, terbang di sepanjang laluan dikenali sebagai koridor selatan ke Lautan Hindi. Pada 24 Mac, hari ke-17 pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”. Pencariannya kini bertumpu di situ. Hishammuddin berkata negara anggota Asean tidak berupaya menangani ancaman pada masa depan secara bersendirian. “Kita perlukan kreativiti dalam pendekatan kita, bekerja lebih rapat ke arah mencegah ancaman yang mungkin menjejaskan kawalan keselamatan rantau kita,” katanya. Beliau menegaskan matlamat akhir industri pertahanan bukan sekadar mencari keuntungan tetapi juga menjadikan dunia ini lebih aman. Mengenai DSA 2014, beliau berkata program diadakan kena pada masanya memandangkan semua perkakasan berkaitan dihimpun di bawah satu bumbung. Terdahulu Hishammuddin meninjau gerai pameran yang disifatkan sebagai pameran pertahanan terbesar Asia. Pameran berlangsung bermula hari ini hingga 17 April di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). |
Mansuh Diskaun Tujuh Peratus Hadiah Kerajaan Negeri Untuk Rakyat Selangor Posted: 14 Apr 2014 01:49 AM PDT KUALA LUMPUR 14 April – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah melihat pemansuhan diskaun tujuh peratus melibatkan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Selangorku baru-baru ini merupakan 'hadiah' terbaru kepada rakyat negeri itu khususnya Bumiputera selepas pilihan raya umum ke-13. Sambil menjangkakan akan ada 'hadiah-hadiah' lain yang akan menyusul selepas ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong seterusnya menambah sepatutnya kerajaan negeri memikirkan bagaimana lagi cara meningkatkan lagi diskaun bagi mengurangkan harga rumah kerana perkara tersebut merupakan keperluan asas. "Namun nampaknya tindakan sebaliknya dilakukan dan saya melihat ia adalah tindakan yang jelas tidak membela kepentingan golongan bawahan dan ianya lari daripada menifesto mereka yang kononnya mahu membela rakyat bawahan. Dan kerana itu saya fikir tidak mustahil di masa hadapan akan ada lagi 'hadiah-hadiah' lain di Selangor. "Dan ketika Kerajaan Barisan Nasional (BN) peringkat persekutuan menyediakan pelbagai Skim Perumahan termasuk Skim Myhome dan sebagainya bagi membantu rakyat pelbagai golongan dan kelompok memiliki rumah, Kerajaan Selangor pula bertindak sebaliknya. "Nampaknya mereka sekali lagi telah membuat keputusan yang tidak memberikan keuntungan kepada rakyat bawahan. Malah kalau kita lihat banyak isu lain termasuk kenaikan sewa dan lain lain sebenarnya membebankan rakyat," katanya kepada UMNO-Online di sini. Menurutnya lagi, walaupun sebagai Ahli Parlimen daripada negeri berlainan, namun dirinya turut terpanggil untuk menyatakan perkara tersebut kerana ianya adalah satu perkara yang harus diperkatakan. "Perumahan merupakan keperluan penting terutamanya di kalangan anak muda di Selangor. Kenaikan harga rumah menyebabkan golongan itu berada dalam dilema malah ianya juga amat membebankan kita semua tanpa mengira kaum dan agama. "Setiap anak muda yang berada di Selangor sedikit sebanyak terasa dibebani dengan masalah perumahan sehinggakan ianya menjejaskan kualiti hidup mereka. Sudah tentulah tanggungjawab dan penyelesaian isu perumahan ini perlu diberikan keutamaan malah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menyediakan perumahan yang mampu dimiliki oleh golongan ini. "Makanya dengan langkah penghapusan diskaun tujuh peratus ia tidak menyelesaikan masalah mereka. Ini amat menyedihkan kerana kerajaan negeri bukan sahaja mengabaikan tanggungjawab ini malah tergamak berjanji bulan dan bintang demi meraih kepentingan politik sendiri malah banyak janji hanya tinggal kenangan," katanya. Sebelum ini dilaporkan Selangor memansuhkan pemberian diskaun tujuh peratus melibatkan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Sela¬ngorku. Pemansuhan itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar negeri, Iskandar Abdul Samad yang memberi alasan pemansuhan dibuat berikutan harga rumah mampu milik yang ditawarkan kerajaan negeri di bawah skim berkenaan adalah lebih rendah daripada harga pasaran. -MediaUMNO |
Need For Malaysia To Upgrade Defence System – Hishammuddin Posted: 14 Apr 2014 01:25 AM PDT KUALA LUMPUR, April 14 – In light of the Malaysia Airlines MH370 tragedy, Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein notes there is a need to upgrade the country’s defence system to strengthen its security in the future. He said such a move was needed in view of the necessity to disclose sensitive military radar information in the search for the Boeing 777-200ER aircraft which vanished on March 8. “We’ve made a very courageous decision to put aside national security and interests by disclosing some of our sensitive military radar information in the early stages of the search and rescue mission. “The situation now requires us to relook our needs in the future and, more importantly, we’re also looking in the context of the Asean region as a group,” he said. He told reporters this after witnessing the signing of a memorandum of understanding (MoU) between Global Komited Sdn Bhd, a wholly-owned subsidiary of the Weststar Group of Companies, and Thales UK here today. Aimed at promoting, marketing and distributing a wide range of ground-based air defence systems to the Malaysian armed forces, the MoU was inked at the Defence Services Asia Exhibition and Conference (DSA) 2014. To a question, Hishammuddin said that surveillance technology was an area of interest, given what had happened in the MH370 incident. The aircraft with 239 passengers and crew on board disappeared from radar screens while over the South China Sea, about an hour into its Kuala Lumpur-Beijing flight on March 8. It was to have arrived in Beijing at 6.30am on the same day. Analysis of satellite data indicated that the aircraft, which veered thousands of kilometres off its intended flight path, flew along what is called the ‘southern corridor’ in the direction of the Indian Ocean. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced on March 24 – 17 days after the plane’s disappearance – that Flight MH370 “ended in the southern Indian Ocean”. The hunt for the plane continues there. Noting that Malaysia was due to take over Asean’s chairmanship next year, Hishammuddin said one Asean country on its own would not be able to deal with future threats. “We need creativity in our approach, working more closely towards preventing threats that may jeopardise the security of our region,” he said. The minister said the sector also promised more job opportunities and might contribute in strengthening Asean’s economic outlook. Hishammuddin pointed out that at the end of the day, the defence industry was not just about making money as it should also be about making the world a more peaceful place. On DSA 2014, he said the timing of the event was just right, given that it gathered all relevant hardware under one roof. Earlier, Hishammuddin toured the booths at DSA 2014, billed as Asia’s largest defence exhibition. The four-day show ends on April 17 at the Putra World Trade Centre. |
Kesedaran Generasi Muda Terhadap Bidang Keusahawanan Meningkat Posted: 14 Apr 2014 01:22 AM PDT KUALA LUMPUR, 14 April – Kesedaran generasi muda terhadap potensi bidang keusahawanan semakin meningkat apabila bilangan mereka yang menceburi bidang itu bertambah setiap tahun, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Menurutnya, institusi pembangunan usahawan yang menyediakan pinjaman perniagaan menerima banyak permohonan daripada usahawan muda untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan mengemukakan pelbagai rancangan kreatif. “Dulu sewaktu saya jadi Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memang susah kita nak dapat permohonan untuk pinjaman dalam kalangan usahawan muda. “Tetapi, tahun lepas PUNB berjaya meluluskan pinjaman berjumlah RM14 juta kepada usahawan muda di bawah Skim Prosper Usahawan Muda (PUMA), melepasi sasaran RM10 juta yang ditetapkan,” katanya selepas menyampaikan anugerah Pertandingan PUNB Biz Plan Challenge 2013, di sini hari ini. Sebanyak 12 usahawan muda yang mengemukakan 10 rancangan perniagaan menerima hadiah berupa geran perniagaan dengan nilai keseluruhan RM170,000. Khairy berkata kementerian itu akan terus menggalakkan agensi seperti PUNB dan SME Bank untuk meningkatkan promosi skim pembiayaan perniagaan untuk golongan muda memandangkan keusahawanan adalah satu daripada empat teras pembangunan belia yang ditekankan kementerian. “Pelbagai inisiatif telah disediakan kerajaan, jadi saya amat berharap agar golongan muda terutamanya bumiputera yang berminat untuk berniaga agar berani mengambil risiko, tidak mudah putus asa, berwawasan dan yakin pada kebolehan diri. “Ini kerana bidang keusahawanan menjanjikan kedudukan ekonomi yang tinggi jika kita bijak dan berani merebut peluang apabila adanya laluan mencapai perkara tersebut,” tambahnya. |
Najib Reiterates Gratitude For Singapore’s Participation In Search For MH370 Posted: 14 Apr 2014 01:07 AM PDT KUALA LUMPUR, April 14 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has once again expressed gratitude to Singapore for its assistance and support to Malaysia in the search for the missing Malaysia Airlines flight, MH370. “I thank our neighbour again for their friendship and solidarity during our trying time,” he wrote on his Facebook account. The posting coincided with Singaporean Defence Minister Dr Ng Eng Hen’s courtesy visit on Najib at the Prime Minister’s Office in Putrajaya this afternoon. Najib noted that the city state had been one of the many nations that had assisted and supported Kuala Lumpur following the disappearance of the Malaysian jetliner. Beijing-bound Flight MH370 with 239 people aboard left the KL International Airport at 12.41 am on March 8 and disappeared from radar screens about an hour later while over the South China Sea. It was to have arrived in Beijing at 6.30 am the same day. A multinational effort to locate the plane is currently underway in the southern Indian Ocean off the Australian city of Perth after it was learnt that the plane had veered off course. |
KKMM Boleh Bantu ESSCOM Guna ICT Perketat Keselamatan Di Sabah – Ahmad Shabery Posted: 14 Apr 2014 01:04 AM PDT KUALA LUMPUR, 14 April – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian itu boleh membantu pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mempertingkat kawalan keselamatan dengan menggunakan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi. Beliau berkata kecanggihan ICT terkini seperti penggunaan satelit pemantauan, kamera pintar dan sensor boleh membantu pihak Esscom. “KKMM akan memberikan cadangan bagaimana untuk memantapkan lagi peranan Esscom misalnya untuk menjaga keselamatan dan mengurangkan jenayah melalui peranan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi),” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan KKMM di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (Ipptar) di sini hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha II Datuk Che Azemi Haron dan Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong. Soal peningkatan kawalan keselamatan di kawasan Esscom timbul susulan kes penculikan dua orang iaitu seorang pelancong China dan seorang pekerja Filipina di sebuah pusat peranginan berhampiran Semporna pada 2 April. Ahmad Shabery berkata dalam konteks dunia kini, peranan ICT tidak boleh dilupakan dan ia dapat membantu pihak berkuasa sekiranya digunakan secara maksimum. Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery berkata beliau mengalu-alukan inisiatif pihak berkaitan dalam membantu kerajaan menjelaskan tentang faedah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) kepada rakyat. Beliau diminta mengulas cadangan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan supaya ditubuhkan tentera siber untuk memberikan penjelasan yang sahih kepada masyarakat dalam isu yang sering diputarbelitkan pembangkang seperti isu CBP. Pada majlis itu, lebih 35 kakitangan KKMM yang dilahirkan pada bulanApril turut diraikan melalui acara memotong kek. Pada majlis sama, Ahmad Shabery turut melancarkan pertandingan mereka cipta logo Hari Kemerdekaan ke-57 yang bermula hari ini hingga 14 Mei. |
MH370 : ADUN Terangganu Mahu Tindakan Tegas Terhadap Penyebar Fitnah Posted: 14 Apr 2014 12:53 AM PDT KUALA TERENGGANU, 14 April - Pihak yang menyebarkan spekulasi, maklumat palsu dan fitnah terhadap pemimpin negara berhubung peristiwa kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 perlu dikenakan tindakan tegas. Anggota Dewan Undangan Negeri (BN-Kota Putera) Mohd Mahdi Musa berkata perkara tersebut melibatkan kepentingan awam dan perbuatan itu telah menyebabkan berlaku perpecahan rakyat apabila disebarluaskan dalam media, khasnya media sosial. “Fitnah ini juga semakin serius apabila ia melibatkan hubungan Malaysia dan negara lain menjadi dingin…dan jika tidak ditangani dengan tegas dan serius akan mengancam keselamatan dalam negara dan rakyat kita di luar negara,” katanya ketika berucap mengemukakan usul itu di persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini hari ini. Beliau berkata langkah pencegahan perlu dilakukan segera sebelum perasaan marah rakyat terhadap pemimpin negara berlarutan kepada pepecahan masyarakat. Menurutnya perbuatan itu bertentangan dengan prinsip rukun negara yang menjadi asas idealogi dan falsafah negara dalam melahirkan perasaan cinta dan setia kepada negara serta kelangsungan permuafakatan dan perpaduan rakyat. |
Damage To Sabah’s Infrastructure Due Floods Estimated At RM97.44 Million Posted: 14 Apr 2014 12:48 AM PDT KOTA KINABALU, April 14 – The floods that affected several districts in Sabah from late last year to Feb 18 this year had caused damages to the infrastructure, valued at an estimated RM97.44 million, said Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman. Replying to Datuk Seri Lajim Ukin (PKR-Klias), Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Bingkor), Dr Edwin Bosi (DAP-Kapayan) and Datuk Samsudin Yahya (BN-Sekong), he said, out of the total amount, the preliminary estimation of RM39,946,710 was incurred in Beaufort, Keningau, Tenom and Nabawan and the rest in other districts that were also hit by rain and floods. He said the Works Department, Sabah state Railway Department and district offices reported that the damages incurred had included roads, slopes, bridges, infrastructure, railway facilities as well as public amenities such as hanging bridges and community halls. “The farmers, livestock breeders and fishermen also incurred losses due to damage to crops, loss and death of livestock. According to the Sabah Veterinary Services and Animal Industry Department the damages and losses were estimated at about RM16,265,255,” he told the state legislative assembly sitting here today. On steps taken by the government to ensure the safety and welfare of the 11,032 flood victims, including 5,257, who were moved to the flood evacuation centres, Musa said it had channelled various aids to the affected victims. He said the aid for rescuing and evacuating victims were done by the relevant government agencies while those at the evacuation centres were provided with basis facilities such as mats, blankets, cooked food supply and medical care. Upon the state government’s request, Musa said the National Security Council had deployed assets and logistics from the Fifth Brigade base in Lok Kawi like mobile kitchen and 100 military personnel, including military medical doctors to assist the other agencies to face the floods. “The expenditure for the affected districts is RM2,352,257.50 while the disbursement of the Ihsan Bencana aid of RM500 for each family head had been and being managed by the federal government through the council,” he said. He said the overall federal allocation for flood victims in Sabah during the monsoon season this year was RM902,000, which was distributed to flood victims in the Kota Belud, Nabawan and Keningau districts. Similar disbursement would be held in the Tenom and Beaufort districts soon, he said. |
Beranikah Pas Membelakangi DAP, PKR Untuk Laksana Hudud Di Kelantan? Posted: 13 Apr 2014 10:52 PM PDT KOTA KINABALU, 14 April – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak mempersoalkan apakah kepimpinan Pas berani membelakangkan sekutu mereka, DAP dan PKR dalam usaha perlaksanaan hukum hudud di Kelantan sepertimana yang ditegaskan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub. Menurut beliau, sewaktu bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menimbulkan isu berhubung perlaksanaan hudud sebelum ini, DAP dan PKR jelas tidak mahu berkrompomi dalam soal tersebut dan secara lantang menolak perlaksanaan hukum Islam tersebut secara terang-terangan. "Baru-baru ini, DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya Tony Pua dan Naib Presiden PKR, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas, bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan sebarang cubaan untuk membentangkan usul rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat akan ditentang. "Sebelum itu pula, bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, lantang memberi ingatan kepada Dewan Rakyat agar jangan membenarkan usul tersebut diluluskan dengan alasan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. "Dan yang terbaru, Penasihat DAP, Lim Kit Siang tampil dengan kenyataan tegas menolak cadangan tersebut serta berkata DAP menganggap pelaksanaan hukum hudud tidak sesuai untuk sebuah negara majmuk selain ianya tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Berdasarkan senario tersebut menurut Salleh, nampak gaya perjalanan Pas dalam usaha perlaksanaan hukum hudud ini bukanlah mudah. Dan beliau yakin bahawa pimpinan parti itu sendiri sememangnya mengakui hakikat ini. "Apakah kepimpinan Pas berani untuk berpisah dengan DAP dan PKR untuk mencapai cita-cita ini? Saya secara peribadi kurang yakin Pas mampu berpisah dari DAP dan PKR. Tetapi ya,dari sudut politik, Pas mendapat `political mileage’ terutama dalam kalangan pengikut tegar. Sekurang-kurangnya, mereka boleh mendakwa telah melakukan sesuatu bagi perlaksanaan hudud. "Justeru itu, jika hudud yang Pas canangkan ini gagal dilaksana, kesalahan tidak akan diletakkan kepada mereka, sebaliknya kesalahan tersebut akan dialihkan kepada sekutu mereka DAP dan PKR, dan mungkin juga Barisan Nasional (BN) turut akan dituduh menjadi puncanya. "Kesimpulannya bagi saya, Pas membangkitkan semula isu hudud ini tidak lain daripada sekadar sebuah sandiwara. Mereka mahu memperlihatkan kepada ahli dan penyokong tegar mereka, bahawa Pas berjuang untuk agama. Namun, hakikat sebenarnya perlu diakui hakikat bahawa Pas itu hanya sebuah parti politik dan perjuangannya untuk mendapat kuasa semata-mata. "Maka, kisah hudud ini sebenarnya hanyalah sebuah sandiwara untuk `survival’ politiknya tatkala Barisan Nasional kian mendapat tempat di hati segenap lapisan rakyat," ujarnya. Salleh juga beranggapan bahawa isu hudud ini hanyalah sandiwara lama Pas yang diulang tayang. Jalan ceritanya sama. Skripnya tidak berubah. Dan pastinya, penghujung cerita seperti dulu-dulu juga. "Bagi saya, isu ini sekadar lakonan semula dalam pakatan pembangkang. Nampak jelas, ada sekurang-kurangnya tiga tujuan tersirat. Pertama, untuk mengaburi mata rakyat. Kedua, untuk mengalihkan perhatian. Dan ketiga, untuk “refresh” semula perhatian rakyat kepada parti tersebut. "Saya tidak yakin, sandiwara ini akan berakhir dengan `happy ending’ seperti dalam filem-filem Bollywood. Kerana Pas tidak mungkin berjaya. Sebaliknya, Pas akhirnya akan terpaksa juga mengikut telunjuk rakan-rakan sekutu mereka iaitu DAP dan PKR," akhiri beliau. -MediaUMNO |
Sikap Hodoh Pemimpin Pembangkang Jadi Ikutan Pengikut Jadi Kurang Ajar Posted: 13 Apr 2014 10:49 PM PDT KUALA LUMPUR, 14 April – Tindakan pemimpin-pemimpin pembangkang yang suka memaki hamun, mencerca dan memberikan gelaran-gelaran negatif terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan jelas menunjukkan kepada dunia bahawa pembangkang yang ada di negara ini bersifat pra matang dan mengamalkan politik emosi. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Mohd Farid Mohd Nor berkata berbanding pembangkan di negara-negara luar, pembangkang di sana memainkan peranan penting selaku pihak yang mengimbangi kuasa kerajaan melalui peranan mereka mengkritik dan mengutarakan cadangan munasabah untuk menidakkan sesuatu keputusan kerajaan. "Bagaimanapun, ini tidak berlaku di Malaysia. Kenyataan-kenyataan berbentuk penghinaan yang dikeluarkan oleh pemimpin pembangkang di sini mereka lebih menjurus kepada dendam peribadi. “Budaya yang mereka pupuk seolah-olah mereka mahu rakyat memilih pendekatan bercorak jalanan dalam menumbangkan kerajaan. Emosi rakyat dibakar dengan harapan rakyat bangkit melalui kaedah keganasan bagi mewujudkan pemerintahan baru di Malaysia," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis. Dalam masa yang sama jelas beliau tindakan dan sikap pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang ini dilihat sebagai amalan dan contoh untuk mengajar penyokong dan pengikut mereka untuk bersikap kurang ajar dan biadap terhadap pemimpin kerajaan termasuk membuat berbagai-bagai fitnah dan cacian. "Tengok sahaja bagaimana seorang yang memuatkan gambar ngeri kononnya isteri pemimpin yang mati ngeri dalam laman media sosial baru-baru ini, ia antara contoh bagaimana sikap kurang ajar pengikut pakatan pembangkang ini yang terikut-ikut rentak pemimpin mereka yang saban hari memaki-hamun pemimpin UMNO tidak kira di pentas ceramah ataupun di laman-laman media sosial," ujarnya lagi. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment