Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT!! Untuk Laksanakan Hudud, Pas Perlu Restu Dari DAP dan PKR??
- PANASS!! Rupanya Azmin Ali Dah Isi Borang Untuk Cabar Presiden PKR!! #PemilihanPKR
- PANASS!! Pekarja Hotel 5 Bintang Di Larang Tutup Aurat? @DSJamilKhir
- HOT!! Rupanya Ahli Pas yang Buat Laporan Polis, Kononnya Azan Masjid Bising!! #Sesat
HOT!! Untuk Laksanakan Hudud, Pas Perlu Restu Dari DAP dan PKR?? Posted: 14 Apr 2014 07:12 AM PDT Hudud : PAS Perlu Sokongan 40 Ahli Parlimen Bukan Islam PR – PAS bakal berdepan kesukaran dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana dijangka ditentang DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak mahu berganjak daripada keputusan mereka menolak pelaksanaan hukum itu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata PAS perlu mendapatkan sokongan 40 anggota Parlimen bukan Islam termasuk DAP dan PKR agar persetujuan dua pertiga di Dewan Rakyat diperoleh bagi melaksanakan hukum itu di Kelantan. Beliau berkata 30 anggota Parlimen PAS dan 79 Anggota Parlimen Umno ketika ini masih belum cukup kerana untuk mendapat majoriti dua pertiga memerlukan 148 undi. "Perkara ini bukan soal kaum atau agama tetapi pelaksanaannya memerlukan persetujuan semua kaum. Kalau PAS masih mendapat bantahan DAP dan PKR, maka masalah ini perlu diselesaikan terlebih dahulu," katanya selepas merasmikan bangunan baru, Hari Keusahawan dan Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sultan Abu Bakar di sini, Ahad petang. Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah McTheory: Mampukah Pas memujuk rakan-rakan seperjuangannya untuk memyokong hudud? | ||
PANASS!! Rupanya Azmin Ali Dah Isi Borang Untuk Cabar Presiden PKR!! #PemilihanPKR Posted: 14 Apr 2014 04:41 AM PDT Betul la kabar angin bertiup kencang selama ni. Sememangnya Azmin Ali berniat untuk merampas takhta Presiden PKR dari tangan Wan Azizah. Seandainya Anwar tak bertanding bersama merebut kerusi Presiden sudah tentu Azmin akan bertanding. Bak kata Chegu Bard Azmin yakin boleh menang dengan Wan Azizah, tapi dia takkan boleh menang kalau lawan Anwar Ibrahim! He he he.. kesian Azmin.. Kalau Anwar tak masuk bertanding Presiden, rasanya ramai lagi yang akan tawar diri menjadi presiden PKR. Ye laa.. siapa la sanggup berpresidenkan seorang boneka yang langsung tak membawa kemajuan atau perubahan pada parti kann?? | ||
PANASS!! Pekarja Hotel 5 Bintang Di Larang Tutup Aurat? @DSJamilKhir Posted: 14 Apr 2014 12:14 AM PDT
"Ketika mula bertugas di hotel kira-kira 5 tahun lalu, saya tidak bertudung. Kesedaran timbul dan saya kemudian cuba untuk menutup aurat. Malangnya bekerja sebagai front liner, pihak pengurusan hotel tidak membenarkan saya bertudung ketika bertugas," ujar 'Lia'. "Larangan dibuat secara bertulis?," soal saya. "Tidak, lisan," balasnya. Tambah Lia, beberapa rakan sekerja juga mendepani halangan sama. "Kami tidak berpeluang untuk menutup aurat ketika bertugas sebagai front liners. Setiap hari, sebelum pulang ke rumah, kami bertudung. Sebenarnya kami tidak faham mengapakah pihak pengurusan melarang kakitangan beragama Islam bertudung? Adakah prestasi kerja menurun sekiranya kami menutup aurat tatkala melayan pelanggan hotel? Tentunya tidak. Pelik, Islam dinobatkan sebagai agama rasmi Malaysia namun masih wujud segelintir majikan mengamalkan diskriminasi agama," ujar Lia kesal. "Kebebasan beragama termaktub dalam perlembagaan negara," celah saya. "Tidak di hotel tempat kami bekerja biarpun hotel itu dimiliki individu beragama Islam," balas Lia pantas. Saya difahamkan, majoriti individu berjawatan tinggi hotel, bukan beragama Islam. Barangkali pemilik hotel itu tidak menyedari masalah menghimpit sebilangan kakitangan hotel terbabit. Saya kemudian meminta Lia menghubungi persatuan hotel negeri dan mengemukakan perincian kes. Lia dan rakan hanya memenuhi tuntutan agama Islam. Izinkanlah. Amat molek juga jika menteri bersuara dalam hal ini sekaligus mengeluarkan arahan tegas, melarang pemilik sebilangan hotel meneruskan diskriminasi melampau. Datuk Seri Jamil Khir Baharom? Kudis jangan dibiarkan, kelak bernanah. Sumber | ||
HOT!! Rupanya Ahli Pas yang Buat Laporan Polis, Kononnya Azan Masjid Bising!! #Sesat Posted: 13 Apr 2014 06:12 PM PDT Susulan kes seorang ahli pas seumur hidup membuat laporan polis membantah bacaan tahrim dan laungan azan ketika waktu subuh di masjid berdekatan rumahnya.. Sekumpulan orang dari badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak polis telah datang ke rumah beliau untuk menasihati beliau akan perilaku buruk dan tak masuk akal itu. Sebagai seorang ahli Pas yang mengagung- agungkan perjuangan Islam dan lebih penting sebagai seorang islam sendiri beliau tidak sepatutnya membuat perkara yang menunjukkan peribadi buruk seorang muslim di Malaysia. Negara ini negara bertuah, rakyatnya berbilang kaum, berbagai agama bebas dianuti. Agama Islam sebagai Agama Rasmi. Jika orang Islam sendiri gagal menghormati azan bagaimana kita hendak tengok penganut agama lain menghormati Islam itu sendiri seterusnya minat untuk mengetahui tentang islam? Walau apa pun dalam setandan pisang pasti ada satu atau dua yang rosak. Kita harapkan PAS agar mengajar ahli ahlinya tentang ajaran Islam yang sebenar. Setidak tidaknya ajarlah mereka tentang erti hormat. Lazimnya mereka pandai membantah namun kali ini tidak kena tempat sejujurnya menunjukkan kejahilan sendiri. Tuan rumah yang disewa oleh Pak Lebai ini telah memberi kata dua, jika tidak suka kepada bacaan tahrim dan laungan azan ketika waktu subuh di masjid Pak Lebai itu dipersilakan keluar daripada rumah sewa tersebut. Kita sama sama berdoa agar perkara tidak masuk akal seperti ini tidak berulang lagi.. Sementara itu berbeza pula dengan seorang individu yang bukan beragama Islam ini, jadikan azan subuh sebagai panduan waktu untuk mereka memulakan hari bekerja. Joseph Tan Yuk Chiong menjadikan waktu azan sebagai panduan waktu kepadanya ketika dia terlupa membawa jam atau telefon bimbit Sumber Mc petik daripada blog SgRapat. Pada yang nak tengok muka orang yang report polis pasal Azan ni, cer tengok kat bawah ni, McTheory: Sapa sangka, ahli Pas seumur hidup ni boleh buat laporan polis, kononnya bising dengar Azan.. gilaa sungguh. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment