UMNO Online - “MPM Ajak Lim Kit Siang Desak Kerajaan Laksana Satu Sistem Pendidikan” plus 9 more

UMNO Online - “MPM Ajak Lim Kit Siang Desak Kerajaan Laksana Satu Sistem Pendidikan” plus 9 more

Link to UMNO Online

MPM Ajak Lim Kit Siang Desak Kerajaan Laksana Satu Sistem Pendidikan

Posted: 08 Apr 2014 04:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 April – Majlis Perundingan Melayu (MPM) mengajak Penasihat DAP Lim Kit Siang supaya bersama-sama dengan majlis itu mendesak kerajaan supaya melaksanakan satu sistem pendidikan di negara ini.

Setiausaha Agungnya Datuk Dr Hasan Mad berkata pelawaan itu dibuat selepas Lim menyuarakan kebimbangan berhubung prestasi pendidikan kebangsaan yang kononnya merudum berbanding pencapaian Singapura.

Lim mencerca Malaysia dan memuji Singapura berikutan Laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) yang meletakkan Malaysia di tangga ke-39 berbanding Singapura yang menduduki tangga teratas daripada 44 negara yang terlibat dalam penilaian itu, kata Dr Hasan dalam satu kenyataan.

lim_kit_siang_parti_rasis_dap_kami_kaum_cina_we_the_chinese_people

Sambil berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada Lim kerana berani menyuarakan perkara itu, Dr Hasan berkata MPM sependapat dengan Lim dalam perkara itu kerana kemerosotan prestasi pendidikan itu satu krisis nasional yang wajib ditangani dengan segera.

Justeru, MPM mengajak Lim untuk bersepakat mendesak Kerajaan Malaysia supaya meneladani Singapura dengan hanya melaksanakan satu sistem pendidikan di negara ini dan memansuhkan segera sistem pendidikan lain yang bukan aliran pendidikan nasional di Malaysia.

Pelawaan supaya Lim bersama-sama MPM mendesak kerajaan Malaysia meneladani Singapura melaksanakan satu sistem pendidikan nasional, kata Dr Hasan dibuatnya kerana Lim tidak menyatakan punca berlakunya krisis itu tetapi sekadar membandingkan prestasi pendidikan di Malaysia dengan di Singapura.

“Bila satu sistem pendidikan diamal guna, lebih mudah untuk melaksanakan dasar pelajaran yang ada serta dapat melaksanakan PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia) dengan lebih berkesan tanpa banyak halangan.

“Jika sebelum ini sistem dan dasar yang ada itu mampu membangunkan Negara ini menjadi maju sepertimana yang kita lihat hari ini, tentunya dengan penyelarasan sistem pendidikan menjadi satu aliran sahaja, ia akan jauh lebih berkesan dalam melahirkan warganegara yang lebih cemerlang dan bernilai budaya murni,” kata beliau.

Dr Hasan berkata bahawa menurut Lim Malaysia kononnya berundur ke belakang dalam prestasi pendidikan dan beliau telah menyalahkan sikap kerajaan sebagai punca krisis itu dan kononnya jalan keluar daripada kemelut itu ialah dengan menukar kerajaan sedia ada.

“Untuk menukar kerajaan hanya kerana satu krisis ini saja amat sukar. Jika Kit Siang serius mahukan perubahan sistem dilaksanakan segera, bukan kerajaan yang sepatutnya ditukar tetapi sistem pendidikan yang kini pelbagai (macam rojak) hendaklah ditukar,” katanya.

Sabah Minister Hopes To Hold Dialogue With Resort Operators Following Abduction Case

Posted: 08 Apr 2014 03:40 AM PDT

KOTA KINABALU, April 8 – Sabah Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Masidi Manjun hopes to hold a special dialogue session with resort operators in the state following the abduction case in Semporna last week.

He said there was a need to relook into the implications of the incident, which occurred nearly five months after a murder-abduction case at a resort in the same district that led to a special dialogue session with state tourism industry players, which included resort operators, in November last year.

“Hopefully, I will be able to call for a meeting with the resort operators in the near future so that I will have another round of dialogue with them to fine-tune what we had agreed on last year.

“We should not be downhearted following what had already happened. We should take this incident as lesson learnt and we would like to move from there,” he said when met by reporters after the topping up ceremony for Gleneagles Hospital, here today.

On April 2, a Chinese tourist and a Filipino resort worker were abducted by a group of armed men from a resort at Pulau Singamata, Semporna.

The incident came just months after a murder-abduction case in which a Taiwanese man was shot dead at a resort at Pulau Pom Pom, Semporna on Nov 15 last year, while a Taiwanese woman was abducted by a group of men in the 1am incident.

Meanwhile, Masidi was optimistic Sabah would be able to achieve its target of 3.4 million visitors by the end of this year, despite the missing Malaysia Airlines MH370 aircraft tragedy and the abduction case.

“Obviously, there is a need for some adjustments (in boosting the state tourism industry) to ensure that we are able to accomplish the target that we have set upon ourselves,” he said.

Tolak Usul ADUN BN Tindakan Sembunyi Cerita Sebenar

Posted: 08 Apr 2014 03:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 April – Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh menolak usul dari Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) sememangnya sudah dijangka kerana tentunya kerajaan Negeri terbabit tidak akan mahu hal-hal yang menimbulkan keraguan rakyat untuk dibincangkan, kata bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar.

"Apabila hal-hal yang penting tidak diberi perhatian maka tentunya mereka tidak mahu membincangkan perkara-perkara terbabit apatah lagi dalam persidangan yang akan membawa kepada keburukan pentadbiran kerajaan negeri terbabit sendiri," katanya kepada UMNO-Online.

bekas-mb-menteri-besar-selangor-abu-hassan-omar

Antara usul yang ditolak adalah isu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan isu kalimah Allah berhubung rampasan Bible berbahasa Melayu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) daripada Persatuan Bible Malaysia di Damansara pada 2 Jan lepas.

Manakala isu PKNS pula membabitkan penamatan perkhidmatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali sebagai Anggota Lembaga Pengarahnya dan penamatan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).

"Kemungkinan besar mereka enggan membahaskan isu-isu terbabit kerana ada perkara yang mahu disorok atau dirahsiakan dari pengetahuan ramai kerana penerimaan usul tersebut akan membuka ruang dan peluang kepada anggota pembangkang di DUN Selangor untuk mempersoalkannya dengan panjang lebar."

Tegasnya yang juga Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Selangor, penolakan usul tersebut dibuat oleh Speaker DUN adalah sebagai taktik politik mereka untuk mengelakkan hal-hal berkaitan dibincangkan.

"Secara jelas, mereka sengaja menolak usul tersebut bagi mengelakkannya daripada terdedah kepada pengetahuan ramai biarpun ketika insiden memababitkan hal-hal tersebut berlaku, pelbagai persoalan masih tidak terjawab sehingga ke hari ini.

"Tentunya ada sesuatu yang mereka takut untuk dedahkan secara terbuka berkaitan hal-hal yang cuba di bawa oleh Adun BN kerana mungkin akibatnya akan memberi kesan buruk kepada pentadbiran mereka sendiri," katanya lagi.

Semalam, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias dilapor berkata sepatutnya usul ini tidak tolak kerana ia dilihat berkait kepada kepentingan awam dan berlaku banyak polemik yang membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat sepanjang tempoh isu berkenaan berlaku.

Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Sidang DUN Selangor ke-13 telah disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Dewan Negeri Selangor semalam.

Dilaporkan, antara usul yang dibenarkan untuk dibahaskan adalah mengenai tuntutan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) bagi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).- MediaUMNO

Pemuda UMNO Puji Langkah DBKL Guna Kuasa Batalkan Parti Liar

Posted: 08 Apr 2014 03:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 April – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang bertindak tegas dengan mengarahkan DBKL menggunakan segala kuasa pembatalan ke atas parti liar yang dinamakan 'Topless Friday Beach Party'.

naib-ketua-pemuda-khairul-azwan-azwanbro-umno-bn

Naib Ketua Pergerakannya, Khairul Azwan Harun menyatakan bahawa penganjuran parti tidak bermoral seumpama itu perlu ditentang oleh semua pihak supaya tidak menjadi ikutan anak-anak muda terutama orang Islam kerana ia boleh merosakkan akidah.

"Pergerakan Pemuda UMNO ingin mengingatkan mana-mana penganjur dalam negara supaya tidak menganjurkan parti seumpama itu pada masa akan datang dan sentiasa menghormati budaya dan adab sopan masyarakat."

Sehubungan itu, katanya pihak berkuasa juga seperti Kementerian Pelancongan, JAKIM atau mana-mana majlis agama Islam negeri diminta untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini di media sosial berkenaan parti sedemikian serta membuat tindakan selanjutnya dengan segera. - MediaUMNO

Tiada Yang Konklusif Dalam Siasatan Ke Atas Penumpang Dan Kru Pesawat Yang Hilang

Posted: 08 Apr 2014 03:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 April – Walaupun maklumat yang ada tidak menunjukkan pembabitan penumpang berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines, status siasatan boleh disemak apabila menerima input baharu, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata tiada yang konklusif buat masa ini berhubung siasatan ke atas penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370 yang hilang itu.

“Kami ingin mengulangi bahawa siasatan masih berjalan. Siasatan dipertingkatkan dalam banyak segi dengan mengambil kira juruterbang, pembantu juruterbang dan anggota kru (yang lain),” katanya selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Penempatan Aset berhubung usaha mencari dan menjejaki.

menteri-hishammuddin-sidang-media-mh370-mas-hari-21-pwtc

Hishamuddun mengulangi kenyataannya bahawa berdasarkan pemeriksaan latar belakang dan risikan yang diterima daripada agensi penguatkuasaan dan risikan tempatan dan antarabangsa, tidak ada rekod atau risikan yang berbeza berhubung mana-mana 227 penumpang yang boleh menunjukkan pembabitan mereka dalam kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu.

Berhubung apa yang dikatakan isyarat serupa dengan yang dipancarkan oleh kotak hitam yang diterima kapal carian di selatan Lautan Hindi, Hishammuddin berkata beliau tidak menerima sebarang perkhabaran tentang perkembangan berhubung perkara itu dan sedang menunggu maklumat daripada pasukan mencari di Australia.

Hishammuddin sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang kesimpulan atau spekulasi terhadap sesiapapun berhubung kehilangan pesawat itu.

Usaha mencari pesawat yang hilang itu memasuki hari yang ke-32 hari ini dan 11 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 14 kapal sedang menjejaki pesawat itu di selatan Lautan Hindi apabila mereka membuat susulan berdasarkan petunjuk-petunjuk baharu.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam, kira-kira sejam kemudian semasa pesawat itu berada di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Operasi membabitkan pelbagai negara dikerah untuk mencari MH370, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di dua koridor – koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand – dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi.

Berdasarkan analisis terbaharu data satelit yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan bahawa Penerbangan MH370 terbang melalui koridor selatan dan bahawa kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, tujuh belas hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200ER, bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Kerajaan Selangor Dibidas Mansuh Diskaun Harga Rumah Untuk Bumiputera

Posted: 08 Apr 2014 03:05 AM PDT

SHAH ALAM, 8 April  - Para Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Selangor membidas keputusan kerajaan negeri Selangor memansuhkan diskaun tujuh peratus yang diberikan kepada bumiputera untuk pembelian kediaman mampu milik di bawah Skim Rumah Selangorku.

Ketua Pembangkang Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata kerajaan negeri sepatutnya mempertimbangkan perkara itu sebelum membuat keputusan yang membebankan golongan bumiputera untuk memiliki kediaman sendiri.

ketua-pembangkang-selangor-adun-sungai-burong-shamsudin-lias-umno-bn

“Ketika BN mentadbir Selangor sebelum ini, kerajaan negeri tetap memberi diskaun tujuh peratus itu kepada bumiputera walaupun telah memberi subsidi terhadap pembinaan rumah mampu milik di bawah RM42,000. Ini kerana kedudukan kewangan golongan itu masih lagi rendah.

“Bagaimanapun kerajaan negeri hari ini memansuhkan diskaun tujuh peratus itu, yang pasti akan membeban dan menyukarkan bumiputera yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Mohd Shamsuddin mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri, Iskandar Abdul Samad pada siding DUN hari ini bahawa kerajaan negeri tidak lagi memberi diskaun antara lima hingga tujuh peratus bagi pembelian perumahan mampu milik, yang sebelum ini diberikan kepada golongan bumiputera di negeri itu.

Iskandar berkata diskaun itu tidak lagi diberikan kerana harga rumah mampu milik yang dibina kerajaan negeri adalah mengikut harga pasaran dan telah diberikan subsidi.

Sementara itu, Adun Dengkil Shahrum Mohd Sharif pula mempersoalkan komposisi bilangan unit rumah mampu milik oleh kerajaan negeri di bawah skim itu, yang hanya memperuntukkan 10 peratus rumah jenis A, iaitu di bawah harga RM42,000.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan negeri menetapkan peratusan lebih besar untuk pembinaan rumah mampu milik jenis B dan C yang berharga antara RM100,000 hingga RM200,000 iaitu 30 peratus.

Begitu juga untuk perumahan mampu milik jenis D berharga antara RM220,000 hingga RM250,000, yang tidak mengehadkan peratusan pembinaannya kepada pemaju, katanya.

“Mengapa kerajaan negeri hanya bina 10 peratus sahaja rumah mampu milik di bawah harga RM42,000. Ramai lagi bumiputera tidak mampu memiliki kediaman mampu milik melebihi harga RM42,000, terutama yang berpendapatan rendah.

“Sepatutnya kerajaan negeri bina lebih banyak rumah mampu milik di bawah harga berkenaan. Jika ini keadaannya bagaimana usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam pemilikan perumahan,” katanya.

Security Aspect Vital in Tourism Industry – Nazri

Posted: 08 Apr 2014 12:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 8 – Security is an important aspect that needs to be given priority, especialy in the east coast of Sabah, said Tourism and Culture Minister Datuk Seri Nazri Aziz.

He said the incident, involving the abduction of two women, including a Chinese tourist from a resort in Semporna, Sabah last April 2, was evident that the level of security in the area was still not satisfactory.

“If foreign tourists wish to visit the Sabah East Coast, the security level of the place must be satisfactory and their welfare well taken care of because they are our guests.

“To me the level of security is still wanting because two people have been abducted and the safety of not only the tourists but also locals would be jeopardised if security is not being tightened,” he told reporters after officiating the Digital Library International Conference here today.

In the incident at about 10.30 pm on April 2, a group of seven armed men intruded a resort at Singgahmata island next to the Bum-Bum Semporna island and abducted Gao Hua Yuan, 29, from Shanghai and a resort worker Marcy Dayawan, 40.

Meanwhile Nazri said his ministry had temporarily postponed the promotion of the Visit Malaysia Year (VMY) 2014 roadshow to China following the Flight MH370 tragedy.

“As long as the MH370 case is not close, we will postpone it and until there is some indication then we decide on whether to continue VMY 2014 or not.

“We cannot deny it because the reality is that the tourist arrivals from China are affected by the MH370 tragedy even though almost 1.6 million of its nationals visit our country every year,” he said.

In conjunction with VMY 2014, the National Library in co-operation with his ministry organised the three-day conference, which started today, at a hotel here.

Themed ‘Preserving and Sharing Digital Resources Through Co-operation and Collaboration,’ the conference is attended by about 250 librarians from 20 countries, including Malaysia as the host organiser to lead the service development of the digital library system among the participants.

Earlier Nazri said more than 100,000 hours of local contents, including audio visual arts, artifacts, documents and analogue movies and documentaries, were digitalised by agencies under his ministry as well as the Communication and Multimedia Ministry under the Economic Transformation Programme.

“It is expected that by the year 2020, the Creative Contents Industry will contribute some RM30 billion towards Malaysia’s gross national income (GNI),” he said.

Kerajaan Pertimbang Cadangan Wujud Harga Lantai Untuk Getah – Uggah

Posted: 08 Apr 2014 12:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 April – Kerajaan sedang mempertimbang cadangan untuk menetapkan harga lantai komoditi getah bagi mengelakkan pekebun kecil terbeban dengan harga komoditi itu yang tidak stabil.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata kerajaan melalui kementerian itu telah mengadakan satu makmal pada Mac lalu untuk membincangkan mekanisme ‘Social Safety Net’ yang sesuai sebagai satu pendekatan membantu pekebun kecil.

“Cadangan-cadangan (dalam makmal) ini sedang dalam pertimbangan kerajaan dan sama ada kita akan melaksanakan harga lantai atau tidak bergantung kepada hasil rumusan makmal ini,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Nawawi ingin tahu perancangan kementerian untuk menetapkan harga lantai atau cara lain yang difikirkan sesuai agar pihak pekebun getah menerima pendapatan yang stabil bagi menampung kehidupan keluarga mereka.

Uggah berkata kerajaan turut mengkaji opsyen yang sesuai termasuk menggalakkan aktiviti sampingan bagi menjana pendapatan tambahan kepada pekebun kecil getah untuk menangani kesan negatif daripada penurunan harga dan pendapatan.

RM180.54 Juta Diperuntuk Untuk Selenggara, Baik Pulih Sekolah Tahun Ini

Posted: 07 Apr 2014 11:14 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 April  - Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan sebanyak RM180.54 juta bagi keperluan kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih bangunan serta kerja tanah untuk sekolah seluruh negara tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P. Kamalanathan berkata peruntukan yang diluluskan itu hanya kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan kementerian iaitu sebanyak RM1.7 bilion.

Oleh itu, beliau berkata permohonan penyelenggaraan daripada sekolah-sekolah diputuskan berdasarkan kemampuan kewangan yang ada serta tahap kerosakan yang berlaku memandangkan senarai sekolah untuk diselenggarakan terlalu banyak.

“Bagi bekalan perabot pula, semua permohonan berkenaan maklumat keperluan kerusi dan meja di sekolah diselaraskan di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri sebelum dikemukakan kepada kementerian.

“Agihan adalah berdasarkan keutamaan, kritikal dan tertakluk kepada jumlah siling diperuntukkan yang disediakan pada tahun semasa,” katanya menjawab soalan Khoo Soo Seang (BN-Tebrau) di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Khoo ingin tahu mengapa sesetengah sekolah menghadapi masalah memohon projek penyelenggaraan kecil dan bekalan meja serta kerusi daripada PPD.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan laluan khas basikal di jalan Persekutuan FT06 dari Tanjong Tokong ke Balik Pulau tidak dapat diberi pertimbangan atas faktor keselamatan awam.

Beliau berkata Arahan Teknik Jalan 1986 menetapkan pelebaran minimum untuk reka bentuk lorong basikal atau motosikal ialah 2.5 meter, tetapi cadangan kerajaan negeri hanya memperuntukkan 1.5 meter daripada 3 meter kelebaran jalan berkenaan.

“…FT06 untuk lorong basikal adalah tidak mematuhi piawaian reka bentuk jalan mengikut Arahan Teknik Jalan 1986,” katanya menjawab soalan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) yang ingin tahu mengapa kementerian tidak meluluskan cadangan laluan berbasikal tersebut.

Kerajaan Terus Pantau Isu Intipan Pihak Asing – Shahidan

Posted: 07 Apr 2014 10:56 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 April  - Kerajaan terus memantau perkembangan isu intipan pihak asing terhadap Malaysia dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika ada bukti kukuh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Katanya Malaysia menolak sebarang bentuk pengintipan oleh mana-mana pihak kerana perbuatan itu menjejaskan kedaulatan negara dan hubungan dua hala.

Kerajaan telah bekerjasama dan berbincang bersama agensi-agensi yang terlibat bagi menyusun langkah seperti menghantar nota bantahan kepada pihak yang didakwa mengintip negara ini, katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) yang ingin tahu laporan aktiviti pengintipan membabitkan beberapa buah Negara terhadap Malaysia.

Shahidan berkata pada 2006 kerajaan menggubal Dasar Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSP) bagi melindungi Infrastruktur Sistem Maklumat Kritikal Negara.

“Dasar ini memfokus kepada penggunaan teknologi yang selamat ke arah penggunaan dan pengeluaran teknologi tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar,” katanya

Shahidan berkata 10 sektor kritikal dikenal pasti oleh NCSP iaitu pertahanan dan keselamatan; perbankan dan kewangan; maklumat dan komunikasi; tenaga; pengangkutan; air; perkhidmatan kesihatan; kerajaan; perkhidmatan kecemasan dan makanan; dan pertanian.

Mengulas pendedahan yang dibuat oleh bekas kakitangan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Edward Snowden, Shahidan berkata Amerika Syarikat sedang membuat penyiasatan terhadap semua kegiatan pengintipan dan akan memaklumkan kepada Malaysia dan negara-negara terlibat mengenai hasil kajian itu.

Tahun lepas, media asing melaporkan mengenai pendedahan Snowden bahawa risikan dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan Internet.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...