BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! #MH370 !!! 6 SYARIKAT MENGAWAL #MEDIA DUNIA DIDEDAHKAN !!!

Posted: 08 Apr 2014 08:00 AM PDT


Ketika Malaysia sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari MH370,media asing begitu galak memainkan spekulasi dan mencipta berbagai teori untuk menaikkan 'rating' masing-masing.Hari demi hari berlalu,media asing ini kelihatan semakin 'prihatin' terhadap kerajaan Malaysia berbanding penumpang dan krew pesawat tersebut.Ketika mereka berusaha untuk melaporkan sesuatu yang tidak wujud,mereka memastikan yang ianya disimpulkan kepada satu persoalan iaitu,kredibiliti kerajaan Malaysia.Bagi media asing,ia bukannya berkenaan apakah yang terjadi kepada pesawat tersebut tetapi berkenaan hubungan Malaysia-China.Ia bukan berkenaan MH370 langsung tetapi tentang apakah Malaysia mampu berdiri dengan sendirinya sebagai sebuah negara berdaulat.Jelas,MH370 hanyalah satu permainan bagi media asing.Bagi memahami permainan ini,kita harus terlebih dahulu memahami pemain-pemainnya.

Pada tahun 1983,90% daripada media Amerika dimiliki oleh lebih 50 syarikat.Bagaimanapun,pada tahun 2011,90% daripada media Amerika dikawal oleh hanya 6 syarikat seperti berikut :

1. NEWSCORP : Fox,WSJ,The New York Post etc..
2. TIME WARNER : CNN,HBO,Time,Warner Bros etc..
3. CBS : Showtime,Smithsonian Channel,NFL,Jeopardy,60 Min. etc..
4. GENERAL ELECTRIC : Comcast,NBC,Universal Pictures, Focus Features etc..
5. DISNEY : ABC, ESPN, Pixar, Miramax,Marvel Studios etc..
6. VIACOM : MTV,Nick Jr.,BET,CMT,Paramount Pictures etc..

Kita tahu bahawa pada dasarnya,sesiapa yang menguasai maklumat,menguasai dunia dan sesiapa yang mengawal media,mengawal pemikiran manusia.Jadi,siapakah yang mengawal media-media di dunia ??? Terdapat 7 orang Yahudi Amerika yang mengawal majoriti rangkaian televisyen,akhbar,industri perfileman Hollywood,industri percetakan buku-buku dan juga industri rakaman.Kebanyakan industri ini pula bergabung di bawa konglomerat media yang diterajui oleh :

1. Gerald Levin,CEO and Director of AOL Time Warner 
2. Michael Eisner, Chairman and CEO of the Walt Disney Company 
3. Edgar Bronfman, Sr., Chairman of Seagram Company Ltd 
4. Edgar Bronfman, Jr, President and CEO of Seagram Company Ltd and head of Universal Studios 
5. Sumner Redstone,Chairman and CEO of Viacom, Inc
6. Dennis Dammerman,Vice Chairman of General Electric 
7. Peter Chernin, President and Co-COO of News Corporation Limited 


Pendapatan konglomerat ini mampu mencapai sehingga USD300 billion yang mana cukup untuk 'membeli' sebuah negara kecil.Jika kita melihat lebih jauh,kita akan memahami kaitan antara konglomerat media ini dengan bagaimana mereka membantu Amerika atau lebih tepat,pihak Neo-Conservative untuk menguasai dunia.Untuk itu,media asing sering mengabaikan isu sebenar tetapi gemar menyemarakkan isu panas untuk membakar isu-isu politik yang membawa agenda tertentu di negara-negara sasaran.Modus Operandinya sama saja iaitu jika mereka tidak mampu membuat rakyat negara itu percaya kepada mereka, maka mereka akan mengelirukan fakta. Kebanyakan kerajaan yang telah berjaya dijatuhkan oleh pihak Neo-Con ini mendapati rakyat mereka tidak mampu membezakan mana yang benar dan mana yang tidak, sehingga akhirnya memilih untuk mempercayai penipuan media asing. Satu rangkaian berita mungkin tidak mampu menggerakkan satu kumpulan yang besar,tetapi dengan beratus-ratus rangkaian dengan berjuta penonton dan pembaca di seluruh dunia,media asing mampu membuat manusia percaya kepada berita yang paling mengarut sekali pun. 

Ditambah lagi dengan pembikinan filem,program TV dan juga muzik sebagai makanan sampingan minda, media ini mampu membuat umat Islam dilihat sebagai pengganas,malah mampu membuat umat Islam sendiri percaya bahawa Islam adalah berkenaan keganasan. Media asing ini kini secara bersepadu menyerang Malaysia melalui modus operandi yang sama iaitu memanipulasi berita mengenai MH370.Setiap hari mereka cuba membuatkan Malaysia kelihatan lemah dan tidak berupaya.Mereka tidak menuding jari kepada teknologi Satelit Amerika yang tidak berguna, atau aset negara itu yang ternyata tidak secanggih mana tetapi sengaja menyalahkan kerajaan Malaysia yang begitu merendah diri dan ikhlas hanya ingin mencari pesawat tersebut secepat mungkin.Mereka cuba melagakan China dengan Malaysia serta rakyat dengan kerajaan. 

Di masa yang sama,mereka cuba menggambarkan Malaysia sebagai berpotensi menjadi tempat melahirkan pengganas.Kesemua gambaran buruk ini direka bagi menyediakan alasan awal untuk campurtangan asing, apabila tiba masanya.Jika ada sesuatu yang positif dari apa yang berlaku pada MH370,maka ia telah membantu mendedahkan permainan media asing ini,bersama dengan pemain dan pemain simpanannya sekali gus.Kita dapat melihat kini media manakah atau politikus manakah atau parti politik manakah yang sedang membantu pihak asing untuk menghancurkan kita.Melalui pendedahan ini,diharap kita mampu menyelamatkan Malaysia iaitu dengan dengan mengkaji maklumat yang diterima serta tidak mempercayai kesemuanya yang disampaikan oleh media.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR SIAPA ANAS ALAM FAIZLI DIDEDAHKAN !!!

Posted: 08 Apr 2014 05:03 AM PDT


saya baru sahaja membaca buku karya Anas Alam Faizil.Ternyata beliau sememangnya berbakat dalam dunia penulisan,terutamanya penulisan kreatif.Buku yang bertajuk "Rich Malaysia & Poor Malaysian" itu didatangkan dalam dua bahasa.Untuk Bahasa Melayu ia bernilai RM 20.00,manakala untuk Bahasa Inggeris ianya bernilai RM 23.00.terima kasih kepada yang postkan buku itu kepada saya ke Washington DC,dapat lah saya membaca buku ini.saya pun nak lihat isi kandungan dalam buku ini.tapi,kenapa Bahasa Melayu lebih murah dari Bahasa Inggeris ??? Jangan tanya saya,tanya Anas Alam Faizil.Kata-kata penghantar yang ditulis oleh Nurul Izzah Anwar Ibrahim dan Syed Husin Ali (kedua-duanya tokoh gerakkan Reformasi) telah menyebabkan saya bernostalgia tentang perjuangan.Ya,teringat semula bagaimana zaman 1998 dan laungan reformasi yang bergema di seluruh pelusuk Malaysia.Namun,realiti menerjah semula apabila,laungan reformasi itu disentak kuat oleh patriotisma sebenar yang dibawakan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad. 

Pada ketika itu,Komanwel sedang berlangsung dan laungan Reformasi telah terbenam dengan sorakan "Malaysia Boleh" dan lagu nyanyian Ella "Standing In The Eyes of The World".Di tambah lagi dengan imej seorang peninju negara (Sapok Biki) yang menggigit pingat Emas sambil memegang gambar Tun.Dalam keheningan menyelak muka surat kata penghantar,satu demi satu perkataan retorik dan pujian-pujian meninggi kepada Anas diberikan oleh kedua-dua tokoh ini.Seperti biasa Nurul Izzah akan menekankan perkataan seperti RAKYAT,EKONOMI,KEZALIMAN dan sebagainya untuk menarik emosi pembaca.Manakala,Syed Husin Ali pula menjadi dirinya yang sosialis sentiasa menganggap ini satu perkhabaran penting yang perlu dilontarkan ke gegendang telinga para marhaein supaya terus menggigit tangan yang selama ini membantu mereka yang susah.

Siapa Anas Alam Faizil ??? 

Dalam biografi pendek beliau di pendahuluan buku itu,diceritakan bahawa Anas Alam Faizil ini merupakan seorang pelajar pintar yang berasal dari keluarga sederhana.Sejurus mengakhiri pembelajaran di universiti beliau telah dipinang oleh Syarikat Petroleum Nasional Berhad atau Petronas.Wah !!! Untungnya hidup seperti beliau.Sudah habis kerja terus dapat masuk Petronas dan bekerja bukan sebagai kuli tetapi terus bertaraf pegawai.Setelah lama di Petronas,beliau kini terus berjaya dalam hidup dan bekerja sebagai pegawai besar di Talisman (juga sebuah syarikat minyak dan gas).Syabas kepada Anas Alam Faizil sebagai seorang anak Melayu yang telah berjaya mendapat tempat di gelanggang korporat hasil daripada kebaikkan DEB dan produk-produk kerajaan yang lain untuk memastikan Melayu masih berdaya saing di pentas dunia.Dalam kehidupan beliau selama beberapa tahun ini,saya ingin juga bertanya kepadanya,mana tahu beliau baca artikel ini.Sudah berapa lama beliau tidak jalan kaki atau menaiki LRT untuk berjalan-jalan di Kuala Lumpur.Atau,pernahkah beliau merasakan belajar tanpa apa-apa bantuan ??? Apa hak Anas Alam Faizil untuk berbicara tentang kemiskinan di Malaysia sedangkan beliau sendiri sudah tidak ingat kesusahan dan kepayahan hidup yang perlu ditanggung sesetengah rakyat Malaysia.

Betulkah Rakyat Malaysia Miskin ??? 

Secara peribadi penulis merasakan bahawa Malaysia adalah bumi yang amat bertuah jika ingin dibandingkan dengan mana-mana negara di sekitarnya.Malah jika hidup di negara seperti Singapura yang kononya terlebih maju pun Malaysia tetap menang dari sudut kebahagiaan yang dirasai oleh para penduduknya.Lihat sahaja para pendatang asing yang terus menerus datang ke negara ini.10 tahun dahulu mereka hanya pekerja mengangkat barang, kini mereka telah menjadi peniaga berjaya.Bukan sedikit rakyat Indonesia,Pakistan,Bangladesh dan banyak lagi rakyat negara asing yang telah menjadi kaya raya di negara ini.Kenapa kita tidak melihat dari sudut itu ??? Adakah rakyat Malaysia miskin sebab tiada peluang, ataupun sesetengah rakyat Malaysia yang sudah terbiasa dan hidup selesa dengan keadaan seperti sedia ada.Adalah satu dosa besar bagi seorang rakyat Malaysia untuk memfitnah negara dan bangsanya sendiri dengan mengatakan bahawa rakyat negara ini MISKIN kerana kerajaannya.Ini kerana kemiskinan di Malaysia sering disalah tafsir dengan kurangnya keinginan untuk maju dan berdaya saing.Sebagai rakyat Malaysia,kita telah disajikan dengan pelbagai bantuan terutamanya dalam bidang keusahawanan.Namun berapa ramai rakyat terutamanya yang berstatus bumiputera telah menggunakan sebaik mungkin bantuan-bantuan ini ??? Istilah kemiskinan juga perlu diperbetulkan dan dinilai seadil-adilnya,ini kerana kemiskinan di bandar dan kemiskinan di kampung juga memerlukan pentakrifan berbeza.Kita tidak boleh samakan keadaan di bandar atau di kampung.Jika di dalam hutan pula, orang asli yang tidak mempunyai harta material tidak boleh dikatakan sebagai miskin,kerana kekayaan yang mereka tafsirkan adalah amat berbeza dengan orang seperti kita yang pagi petang kerjanya menghadap komputer,telefon pintar dan mengharungi kesesakkan lalulintas setiap hari.Perkara ini tidak dinyatakan di dalam buku atau mana-mana artikel Anas Alam Faizil.Jika kita ingin menggelarkan kerakusan sesuatu pihak,kita perlu membuktikannya dengan menunjukkan fakta yang betul.Perbandingan yang ada hendaklah adil dan tidak berat sebelah.Kita tidak boleh membuat pertandingan lumba lari antara kuda dan ikan paus diatas jalan raya.Sudah tentu lah kuda yang akan menang.

Anas dan Petronas 

saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya nukilan Anas Alam Faizil tentang Petronas.Sebuah syarikat yang pernah mengambil beliau bekerja dan menjadi tapak untuk beliau bergerak maju di dalam dunia perdagangan.Mungkin ya dan mungkin tidak,namun persoalannya,sekiranya Petronas benar-benar melakukan semua perkara yang telah ditulis oleh Anas,apakah beliau tidak berupaya untuk membuat satu aduan kepada pihak polis ataupun kepada SPRM tentang perkara tersebut.Adakah sekadar menulisnya di dalam esei-esei tertentu,Anas telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang manusia yang "suci dan mulia".Tak usah berkata bahawa tiada tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa.Sejak merdeka pada tahun 1957,sudah beribu penyelewengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang telah dibawa kemuka pengadilan.Sekiranya penyelewengan benar-benar berlaku di dalam Petronas, apakah Anas hanya berdiam diri semasa di dalam dan hanya "bising" apabila telah keluar dari syarikat gergasi milik Malaysia tersebut ??? Dimana perginya tanggungjawab beliau sebagai "pejuang & pembela" rakyat Malaysia ??? 

Sindrom Anwar Ibrahim 

Nampaknya Anas Alam Faizil telah terkesima dek penangan sindrom Anwar Ibrahim.Sindrom Anwar Ibrahim (SAI) ini biasanya menjangkiti mereka yang berkuasa di dalam sesuatu organisasi.Semasa di dalam organisasi tertentu,para pesakit SAI akan menjadi pak turut dan patuh kepada semua arahan.Selepas dibuang atau berpindah ke tempat lain,barulah para pesakit SAI ini menonjolkan diri mereka dengan menuduh ini dan itu kepada organisasi milik kerajaan Malaysia tersebut.Adalah tidak bertanggungjawab bagi seorang manusia yang berjawatan untuk menghina satu organisasi yang pernah mengangkat mereka. "From Zero to Hero" namun akhirnya bagai anjing yang tak mengenang budi,mereka terus mengigit orang yang telah memberikan mereka permulaan yang baik. 

Kesimpulannya,siapakah sebenarnya yang miskin di Malaysia ??? Adakah kemiskinan itu disebabkan ke"kejam"an kerajaan.Ataupun ia disebabkan oleh kehadiran rakyat dan individu yang tidak pernah bersyukur dalam menikmati pemberi Tuhan kepada mereka.Maka ditentanglah orang yang pernah membantu mereka untuk berjaya,hanya kerana hajat tak sampai dan hati yang tidak pernah puas dengan dunia.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#MH370 !!! SIAPA #ANWARIBRAHIM NAK CERITA PASAL #MH370 ??? MANA JAM OMEGA ???

Posted: 08 Apr 2014 02:00 AM PDT


dalam kenyataan dalam akhbar,The Daily Telegraph di London,Anwar mendakwa Malaysia telah menyembunyikan maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370.Ekoran itu,Menteri Pertahanan,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein lantas menjawab, kenyataan tersebut seolah-olah menuduh kesemua 26 negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak 8 Mac lalu turut menyorokkan maklumat sebenar.Bidas beliau yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan,dakwaan berkenaan tidak masuk akal,sempit fikiran dan sepatutnya dia berpijak di bumi nyata.Hishamuddin turut menyindir,yang nyatanya pencarian jam Omega sampai ke hari ini tidak berhasil.Kata beliau lagi,kalau hendak berpolitik ada had batasannya.Tergamakkah kita mengambil kesempatan politik dalam keadaan nyawa penumpang dalam pesawat itu masih tidak menentu? 

Tergamakkah kita berpecah-belah dalam dunia sekarang telah bersatu untuk melakukan sesuatu yang baik ??? Dalam pada itu saya pun tidak mudah hendak percaya kenyataan Chin Yi,bekas penggubal undang-undang parti pemerintah Taiwan yang mendakwa Ketua Umum PKR itu adalah dalang di sebalik kehilangan pesawat MH370.Anwar sepatutnya menyaman Chin Yi kerana ia adalah tuduhan yang berat.Sejak kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang lagi Anwar dan isterinya,Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengambil pendirian berbeza terhadap isu MH370 ini. Meskipun rakyat umumnya memperlihatkan sokongan yang tinggi kepada usaha kerajaan ini namun Anwar tidak mengambil sikap sedemikian.Tidak cukup dengan sindiran dan perlian dibuat di media Malaysia, Anwar melakukan hal yang sama di luar negara.Media asing diketahui cuba memutarbelitkan kenyataan yang sebenar dan melakukan sensasi dan provokasi dan meremehkan usaha yang berlaku walaupun melibatkan kuasa-kuasa Britain,Amerika Syarikat (AS),Jepun,Cina dan Australia dengan segala peralatan dan aset yang canggih.Hubungan Anwar dengan pihak-pihak luar adalah sesuatu yang nyata dan tidak boleh disembunyikan lagi.Kunjungan Anwar ke London atas undangan Al Gore,untuk bermesyuarat dengan kumpulan Generations dan pasukan akademik pendidikan tinggi Universiti Cambridge. Al Gore melantik Anwar sebagai salah seorang Ahli Lembaga Penasihat Generations,bersama-sama Simon Zadek,James Wolfenshoun dan Marry Robinson. 

Al Gore pernah melawat Malaysia waktu di puncak reformasi 1998 dan menyatakan sokongannya kepada perjuangan Anwar. Apa yang sedang dilakukan oleh Malaysia dan 26 negara lain di dunia menggunakan peralatan canggih dalam bidang pengesanan dan menyelamat pesawat dianggap perkara remeh.Sebagai bekas Menteri Kabinet kanan, Anwar patutnya memahami pengurusan krisis.Krisis kewangan yang berlaku pada 1997 umpamanya, Anwar cuba mengambil strategi ekonomi dan kewangan tetapi akhirnya merujuk kepada pedoman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia juga.Mujur Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai kemampuan mengurus ekonomi dan kewangan negara menyebabkan maruah negara dapat diselamatkan. Kalau diserahkan kepada Anwar kita tahu apa yang akan terjadi.Pendukung Anwar masih tidak nampak mengapa Anwar merujuk kepada pemimpin dan media Barat untuk menyatakan kritiknya terhadap Malaysia.Anwar yang pernah terkenal sebagai pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang memperjuangkan Islam tiba-tiba bertukar menjadi Barat dan media yang dikritiknya suatu ketika dulu sebagai teman mendapatkan sokongan dan perlindungan. Mustahil tidak ada sedikit pun saki-baki patriotisme atau kewatanan pada diri Anwar terhadap Malaysia. Semua dilihat oleh Anwar sebagai negatif.Sewaktu dalam UMNO pihak pembangkang menjadi sumber kecaman Anwar terutama Pas.Apabila menjadi pembangkang UMNO disalahkannya dalam semua perkara yang terjadi.Semasa dalam kerajaan dulu Anwar pemimpin unggul yang mempertahankan Dr. Mahathir. Bila tidak bersama dengan kerajaan,Dr. Mahathir menjadi sumber kecamannya sehingga kini.

Itulah Anwar Ibrahim !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! LUAHAN DAN KESEDIHAN #TUNMAHATHIR DIDEDAHKAN !!!

Posted: 07 Apr 2014 11:32 PM PDT


Saya sedih.Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa.Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya-perasaan apabila melihat kaum bangsa saya,orang Melayu,begitu sekali tidak tahu bersyukur,begitu sekali mudah lupa,begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu.Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.Jika mereka sudah lupa,jika mereka tidak dapat memahami pahit maung,pedih perit bangsa yang dijajah,izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah. 

Rata-rata mereka miskin,tidak berilmu pengetahuan,tidak memiliki apa-apa kecekapan,tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka.Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri.Mereka bukan tuan rumah.Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.Orang putih,secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas,tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka.Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap. Datang Jepun.Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun,mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh.Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun.Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu,Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu,iaitu Kedah,Perlis,Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam. 

Di bawah pemerintahan Siam,orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam.Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan,ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan.Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh.Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.Kemudian,British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British.Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu.Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan,tidak mempunyai senjata,tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar,lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu,tanah tumpah darahnya orang Melayu.Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair.Tidak ada masa depan bagi mereka. 

Alhamdulillah. 

Di saat itu mereka tiba-tiba sedar.Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka.Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British.Perpaduan Melayu yang tumpat ini,pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu.Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka. Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu,maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan.Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan. Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu.Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri.Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.Tetapi Tuhan Maha Kaya.Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. 

Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi,nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.Tanpa merampas hak orang lain,pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu.Alhamdulillah.Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan.Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.Semua ini terang dan nyata.Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia.Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak.Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka,untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa,terutama untuk menjadi Perdana Menteri.

Untuk ini mereka membohong,menyalahtafsir agama,menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan,kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan.Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka,sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma.Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan,tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain.Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai.inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu. Siapakah yang membawa malapetaka ini.Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar,orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu,yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka. 

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur,mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan.Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka. Sebab inilah yang saya sedih.Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur.Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain. Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya.Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri,dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! APA MASALAH #TIANCHUA NI ??? INI DAH #RASIS !!!

Posted: 07 Apr 2014 10:36 PM PDT


anda lihat sendiri kenyataan Tian Chua diatas.pembangkang dengan angkuhnya mengatakan bahawa UMNO adalah rasis dan macam-macam lagi.habis tu yang statement atas macam mana ??? bukan rasis kerr ??? Tak kisah lah nak cakap apa pun pasal menaikkan harga air,tapi statement pada hari jumaat tu bukan rasis kerrr ??? nampak tak permainan tian chua ???nampak nya tian chua telah mengikut jejak langkah lim kit siang,statement yang dikeluarkan nampak biasa tapi sakit dari dalam.lihat apa yang dikatakan oleh lim kit siang di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...