Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Wahai Sinar Harian, Sejak Bila Jamil Khir dan Azeez Rahim Ke Himpunan Derita PR? @SinarOnline

Posted: 08 Apr 2014 02:12 AM PDT



Maaf gambar agak kelabu, tapi cuba tengok betul-betul, ini gambar kat Malam Cinta Rasul, Baling Berselawat. Tapi caption gambar akhbar Sinar tulis lain. Editor Sinar tak check ka? Atau saja-saja buat ni?

Baca tajuk dah ok dah..
Tapi tengok caption gambar tulis apa?

Sejak bila Jamil Khir, Azeez Rahim dan Md Noor pi himpunan derita, harap akhbar Sinar perbetulkan fakta ini. Jangan sampai orang salah faham.

P/s: Maaf gambar kurang jelas, orang kirim..

McTheory:
Editor tak buat kerja ka? :P

INFO!! Isu Bendera Israel Berkibar di Resort Sabah Selesai!!

Posted: 07 Apr 2014 10:08 PM PDT



Beberapa hari lepas heboh mengenai pengibaran bendera Israel di sebuah pusat peranginan di Tuaran, Raintree Beach Resort. Maklumat yang diperolehi daripada Ketua Polis Tuaran, menyatakan pihak resort memberitahu bahawa mereka tidak menyedari pemasangan bendera tersebut. Pihak resort memaklumkan sebuah syarikat perfileman daripada China yang telah membuat pengambaran 'The World Stewardess Contest' di hadapan resort sejak seminggu yang lalu.

Filem berkenaan menceritakan perihal pramugari dari seluruh dunia mengadakan pertandingan di resort tersebut. Bendera tersebut kemungkinan mewakili negara pramugari yg bertanding. Wakil pihak resort, Encik Roslani Abdullah telah membuat laporan polis terhadap pengibaran bendera tersebut di Balai Polis Tuaran, petang semalam. Pihak Pergerakan Pemuda UMNO Tuaran telah pergi ke resort itu petang semalam untuk memastikan bendera Israel tersebut diturunkan dengan segera. Mereka juga memaklumkan bendera tersebut telah diturunkan.

sumber Cucu Tok Selampit

McTheory:
Melompat juga dengar bila ada bendera Israel berkibar di Malaysia..

HOT!! Masih Menunggu Bila Tian Chua akan di Tangkap, Menteri KDN Masih Tidor Ka? @PDRMsia

Posted: 07 Apr 2014 07:42 PM PDT


Semakin hari semakin menyampah pulak tengok muka Tian Chua ni. Disebabkan dia rasa diri tu kebal undang-undang, Tian Chua berani bertindak dan mencabar pemimpin dan pihak berkuasa. Rasanya macam dah banyak kali taip pasal mangkuk ni.

Tengok video kat bawah,


Kalau orang lain rasanya dah lama kena angkut dengan pihak berkuasa. Tapi disebabkan nama dia Tian Chua, mangkuk ni mempunyai kekebalan dari segi undang-undang dan mampu menyebut apa saja yang dia suka tanpa risau dia akan ditangkap nanti.

Mc menunggu juga respon dari Menteri KDN, sampai sekarang ni, macam-macam kes dah timbul, tapi KDN masih lagi berdiam diri dan tak bertindak proaktif. Apakah KDN juga sudah jadi macam NATO? No Action Talk Only.

Kan bagus kalau Pemilihan UMNO dibuat setiap tahun, barulah Menteri KDN akan kembali menjadi SINGA.

Satu Malaysia ahli UMNO kena tipu dengan lakonan bengis, garang dan tegas Menteri KDN yang akhirnya tidur mengalahkan ular sawa yang kenyang.

Ketika Malaysia diserang hebat berikutan kes MH370, Menteri KDN? Tidor.. Tian Chua nak guling kerajaan? Tidor.. Reformasi 2.0? Menteri KDN juga tidor.. kes Himpunan Derita Baling? Menteri KDN masih lagi tidor! Kes penculikan di Pulau Sipadan? Tidor jugak ka?

Berdoalah kita supaya Menteri KDN kita bangun dan tegas seperti sebelum pemilihan UMNO yang lepas.

P/s: Jangan bangun bagi hadiah kat portal pembangkang lagi sudah laa..

McTheory:
Ke mana dia menghilang ya?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...