UMNO Online - “MH370 : Analisis Awal Sahkan Tompokan Minyak Bukan Daripada Pesawat” plus 9 more

UMNO Online - “MH370 : Analisis Awal Sahkan Tompokan Minyak Bukan Daripada Pesawat” plus 9 more

Link to UMNO Online

MH370 : Analisis Awal Sahkan Tompokan Minyak Bukan Daripada Pesawat

Posted: 17 Apr 2014 07:14 AM PDT

PERTH, 17 April – Tompokan minyak dikesan Ahad lepas oleh kapal pertahanan Australia Ocean Shield di selatan Lautan Hindi, kawasan pencarian pesawat Malaysia yang hilang, bukan minyak pesawat atau cecair hidraulik.

Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), yang menyelia operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, berkata perkara itu disahkan berdasarkan analisis awal dilakukan pada sampel diambil di kawasan pencarian yang tiba di   Perth pagi ini.

Pada Isnin, Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata dalam sidang media bahawa tompokan minyak itu ditemui kira-kira 5,500m dalam kawasan isyarat ‘ping’ dikesan sebelum itu oleh alat pengesan pinger ditunda yang digunakan Ocean Shield.

Dua liter tompokan minyak diambil sebagai sampel.

Dalam perkembangan lain, JACC berkata hasil penilaian oleh Phoenix International dengan bantuan Bluefin Robotics mendapati wujud risiko kecil tetapi pada tahap boleh diterima bagi penggunaan Kenderaan Dalam Air Automatik (AUV) dikenali Bluefin-21, pada kedalaman melebihi 4,500 meter.

“Peluasan parameter operasi ini membolehkan Bluefin-21 melakukan pencarian di dasar laut pada had yang dijangkakan di kawasan pencarian ketika ini,” menurut agensi itu dalam kenyataan.

Phoenix International yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah pemilik dan pengeluar Bluefin-21 dan Bluefin Robotics.

JACC turut menafikan laporan beberapa syarikat media sebelum ini bahawa Bluefin-21 akan mengambil masa antara enam minggu dan dua bulan untuk mengimbas  seluruh kawasan pencarian, menegaskan kenyataan itu tidak betul.

Bluefin-21, alat pengesan dilengkapi sonar yang menggunakan bunyi akustik dan peta 3D untuk mengimbas kawasan dasar laut, digerakkan tiga kali sehari bagi pencarian dalam air sejak pertama kali digunakan pada Isnin lepas. Bagaimanapun, data dicerap daripada dua misi sebelum ini tidak menemui apa-apa setakat ini.

Ia dikerahkan dengan harapan dapat mengesan serpihan pesawat itu di dasar laut, susulan tiada lagi isyarat dikesan oleh alat pengesan pinger ditunda sejak 8 April.

Bantah Beri Air Percuma Untuk Halalkan Kenaikan Tarif Air Di Pulau Pinang

Posted: 17 Apr 2014 05:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 April – Akhirnya tindakan populis pakatan pembangkang memberikan air percuma telah memakan diri sendiri apabila wakil rakyat mereka sendiri mengakui perkara itu hanyalah satu keputusan yang kurang bijak selain tidak efisien dalam pengurusan air di Selangor

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan, Muhammad Faizal Sufar berkata hakikatnya kerajaan pakatan pembangkang sebenarnya sedar tindakan memberikan air percuma hanyalah sekadar untuk memancing undi semata-mata.

Jelas beliau sekiranya tindakan memberikan air percuma ini satu langkah yang bijak sudah pasti negeri lain yang turut dikuasai pakatan pembangkang melaksanakan perkara yang sama.

adun-dap-selangor-yeo-bee-yin-pkr-krisis-air

"Tapi ini tidak berlaku malah kerajaan DAP di Pulau Pinang mencadangkan kenaikan tarif air di negeri tersebut. Jelas apa yang mereka janjikan setiap pilihan raya tidak lebih daripada sekadar 'gula-gula' untuk menarik sokongan rakyat semata-mata.

"Akhirnya mereka sudah masuk perangkap yang diciptanya sendiri ," ujarnya mengulas ADUN Dap Damansara Utama, Yeo Bee Yin yang meminta supaya kerajaan negeri Selangor mengkaji semula pemberian air percuma kepada rakyat Selangor.

Yeo Bee Yin meminta supaya kerajaan negeri Selangor mengkaji semula pemberian air percuma kepada rakyat dan menyifatkan tindakan pemberian percuma tersebut hanyalah merupakan satu dasar populis dan bukan keputusan yang bijak selain daripada tidak efisien dalam pengurusan air di Selangor.

Faizal seterusnya percaya tindakan ADUN Dap itu juga dibuat bagi menghalalkan tindakan kerajaan Dap Pulau Pinang yang kini sedang berkira-kira untuk menaikkan tarif air di negeri tersebut.

"ADUN Dap Damansara Utama sudah pasti mahu menjaga reputasi partinya. Kenapa pemimpin Dap bantah perkara ini selepas lebih lima tahun kerajaan Selangor memberikan air percuma? Apakah selama ini mereka tidak berapa bijak untuk menilai tindakan memberi air percuma itu sebagai tidak bijak?

"Jawapannya jelas… mereka pertikaikan pemberian air percuma itu selepas tindakan kerajaan Dap Pulau Pinang mahu menaikkan tarif air. Ini hanyalah mainan politik dan bukti betapa parti dalam pakatan pembangkang sebenarnya mempunyai agenda masing-masing", katanya. -MediaUMNO

bn-adun-dap-selangor-yeo-bee-yin-henti-air-percuma-krisis-polisi-dasar-popular-populis-tak-cekap

Anwar Tidak Perlu Tunggu Jadi PM Untuk Selesaikan Kehilangan MH370 – Shafie

Posted: 17 Apr 2014 04:50 AM PDT

DUNGUN, 17 April  - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu tunggu untuk jadi perdana menteri bagi menyelesaikan misteri  pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Tak perlu tunggu (nak) jadi PM untuk selamatkan Malaysia. Perlu ke dia (Anwar) tunggu untuk selamatkan nyawa (di dalam MH370)?” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program 1Ukhwah 1Misi 1 Organisasi warga kerja Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di sini hari ini.

Shafie yang juga Naib Presiden UMNO mengulas kenyataan Anwar dalam temu bual oleh akhbar China, Southern Weekly bahawa beliau mampu menyelesaikan isu kehilangan MH370 dalam satu saat sekiranya beliau menjadi perdana menteri.

Beliau berkata jika benar Anwar berkata sedemikian, beliau patut tampil membantu dan menyelesaikan masalah tersebut.

Sebagai seorang pemimpin Anwar hendaklah berkhidmat dan menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira apa jua jawatan sekalipun, katanya.

Selesai Misteri MH370 Dalam Sesaat, Cakap Orang Guna Modal Air Liur

Posted: 17 Apr 2014 04:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 April – Pencarian pesawat Malaysian Airlines System (MAS) MH370 masih berlarutan walaupun misi tersebut telah memasuki hari ke-40 dengan kerjasama melibatkan pelbagai negara dan peralatan canggih namun demikian, kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mencari populariti berkaitan kes tersebut dibidas.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad menganggap Anwar sebagai seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab apabila memandang rendah usaha yang dibuat dalam misi terbabit.

"Apa yang diperkatakan oleh Anwar menggambarkan beliau sebagai seorang yang gila kuasa, mahukan populariti dan bercakap tanpa berfikir atau gagal menggunakan akal yang waras, tanpa bukti dan tanpa hujah.  Dia jelas pemimpin yang hanya gunakan modal air liur," katanya kepada UMNO-Online.

anwar-boleh-selesai-misteri-mh370-hilang-1-saat-second-man

Beliau berkata demikian dalam mengulas kononnya pemimpin pembangkang itu mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MAS MH370 dalam satu saat.

Kenyataan ini disiarkan pada 5 April lepas menerusi sebuah akhbar Cina yang menyiarkan sebuah artikel wawancara Anwar dengan majalah Southern Weekly yang menyatakan bahawa jika dirinya Perdana Menteri, beliau hanya memerlukan satu saat untuk menyelesaikan isu kehilangan pesawat MH370.

"Ini adalah satu kenyataan yang angkuh dan tidak sewajarnya keluar dari seorang ahli politik apatah lagi dalam keadaan kerajaan kita dengan dibantu oleh pelbagai negara di peringkat antarabangsa bertungkus-lumus berusaha mencari MH370."

Tegas beliau lagi, sebagai pemimpin politik, Anwar sewajarnya menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada semua walaupun beliau berada dalam kedudukan parti pembangkang.

"Ini bukan isu politik, ini soal kemanusiaan yang memerlukan usahasama maka sepatutnya dia menunjukkan sifat kebersamaan menyokong usaha pencarian tanpa memandang rendah kepada pihak berkuasa dan juga negara-negara maju yang membantu misi tersebut."

Dalam hal ini, beliau turut membidas janji palsu Anwar yang kononnya mempunyai maklumat dan tahu kedudukan pesawat MH370 namun malangnya ia tidak direalitikan biarpun janjinya ketika itu dalam seminggu.

"Dia janji Khamis lepas nak buat pendedahan mengejut kerana kononnya dia tahu dimana lokasi MH370 tetapi sehingga ke hari ini dia tidak berbuat demikian sebaliknya masih lagi berterusan menyalahkan kerajaan termasuklah menuduh kerajaan sembunyikan fakta walhal dia sendiri tidak tahu apa-apa.

"Kerajaan kita usahakan pelbagai cara, bukan hanya tenaga dan kepakaran dari semua anggota keselamatan, wang ringgit tidak diambil kira tetapi juga bantuan dari negara-negara asing dari pelbagai aspek, belum lagi dikira tekanan yang dihadapi oleh pemimpin tertinggi kita namun sebaliknya, pemimpin pembangkang ini hanya tahu memandang rendah dan menjadikan alat untuk populariti politik mereka sahaja."

Tegas beliau lagi, sebagai pemimpin pembangkang di negara ini, Anwar atau mana-mana individu sekali pun perlulah melahirkan sifat bertanggungjawab apatah lagi kehilangan MH370 adalah musibah negara yang tidak pernah dihadapi oleh mana-mana negara lain di peringkat antarabangsa.

"Kenyataan Anwar ibarat bercakap apa-apa sahaja semuanya betul dan orang akan percaya sedangkan sudah banyak janji-janjinya yang tidak dilaksanakan dan hanya tinggal janji-janji kosong semata-mata," bidas beliau lagi.

Pesawat MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dimulakan pencarian di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya apabila dipercayai melencong maka misi diteruskan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi. – MediaUMNO

Pendekatan Cari MH370 Dilihat Semula Jika Masih Gagal Beri Maklumat Konkrit

Posted: 17 Apr 2014 03:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 April – Pendekatan dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang tertumpu di selatan Lautan Hindi mungkin akan dilihat semula jika maklumat hasil pencarian yang kini memasuki hari ke-41 hari ini tidak mencapai matlamatnya, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata perkara itu antara yang dibangkitkan dalam perbualan telefon antara Perdana Menteri Australia Tony Abbott dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.

menteri-pengangkutan-hishammuddin-gambar-bukti-satelit-serpihan-pesawat-mh370-pwtc

“Abbott menyatakan jika dalam masa yang ditentukan bukan dari segi hari tapi  dari segi apa-apa yang maklumat kami terima kalau itu sudah tidak sampai matlamat, satu pengumuman akan dibuat di mana mungkin kita perlu kaji dan timbangkan semula pendekatan yang digunakan.

“…ini tidak bermakna kami akan hentikan operasi mencari tapi ia mengenai bagaimana pencarian dilakukan, mungkin juga di kawasan lain,” katanya dalam sidang media selepas majlis penghargaan sempena penutupan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 di sini hari ini.

Beliau berkata selain membuktikan sebarang tindakan berhubung misi mencari pesawat itu tidak dibuat tanpa melibatkan perbincangan bersama, perbualan Najib dengan Abbott itu juga menunjukkan hubungan istimewa antara kedua-dua pemimpin.

Penerbangan MH370 bersama 239 orang berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Gerakan mencari melibatkan 26 negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu bermula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.

Pencarian di selatan Lautan Hindi bermula 20 Mac lalu iaitu hari ke-13 usaha pencarian antarabangsa ke atas MH370 selepas Abbott mengumumkan imej satelit negara itu mencerap dua objek yang mungkin berkaitan dengan pencarian pesawat berkenaan.

Dalam perkembangan sama Hishammuddin berkata, misi mencari dan siasatan punca kehilangan pesawat MH370 sama sekali tidak dipengaruhi oleh pelbagai spekulasi yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab.

“Kami tidak akan melayan perkara yang boleh menjejaskan siasatan dan misi pencarian, malah percaya setiap spekulasi akan terjawab apabila jawatankuasa siasatan dan panel inkuiri yang dibentuk selesai melakukan siasatan,” katanya.

Hishammuddin berkata cadangan untuk menubuhkan sebuah panel penyiasatan antarabangsa yang sepatutnya dibentangkan kepada Jemaah Menteri semalam terpaksa ditangguhkan hingga ke mesyuarat Kabinet akan datang.

“Kami tidak sempat mengedarkan kertas itu kepada semua kementerian berkaitan untuk mendapatkan komen. Jadi saya akan membentangkan kertas itu lagi kepada Kabinet dan berharap orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai status panel pakar sehingga Kabinet membuat keputusan,” katanya.

Hishammuddin mengulangi adalah tidak adil bagi kerajaan Malaysia untuk hanya memberi tumpuan kepada keluarga warga China dalam insiden yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana pesawat MH370 yang hilang juga melibatkan 14 warga negara lain dalam pesawat itu termasuk rakyat Malaysia.

Beliau juga berkata buat masa ini tidak perlu bagi kerajaan untuk membeli peralatan baharu sepenunhnya seperti satelit dengan radar, hanya kerana tragedy MH370, tetapi yang paling penting ialah untuk menaik taraf semua teknologi yang dimiliki.

“Saya sendiri mendengar taklimat…dan DSA 2014 memberikan peluang bagi saya untuk melihat kekuatan dan kelemahan kita. Tetapi akhirnya kita perlu menyerahkan kepada tentera udara dan pengguna tentang apa yang terbaik,” katanya.

Karpal Singh Pemimpin Yang Tegas, Peguam Yang Komited – Najib

Posted: 17 Apr 2014 03:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 April – Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai memberi penghormatan kepada mendiang Karpal Singh yang terbunuh dalam nahas jalan raya hari ini berkata dalam tempoh kerjaya meliputi lima dekad, kebolehan bekas pengerusi DAP itu menjadikan beliau seorang pembangkang disegani.

“Dalam politik, beliau seorang pemimpin tegas; dalam bidang undang-undang, beliau seorang peguam yang komited,” kata perdana menteri dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat perdana menteri. Beliau kini dalam lawatan rasmi ke Turki.

karpal-singh-nostalgia-mahkamah-1989-gurmit-jagdeep-peguam

Najib berkata beliau terkejut mendengar berita pemergian anggota Parlimen Bukit Gelugor itu.

Karpal Singh maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan sebuah lori di Km306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurong di Kampar, Perak awal pagi ini. Beliau berusia 74 tahun.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya Michael Cornelius, 39.

“Dalam keadaan yang sukar ini, ingatan kita adalah bersama anggota keluarga mereka yang terkorban dalam nahas itu. Saya mengucapkan takziah kepada mereka. Kami berdoa semoga penumpang yang lain segera sembuh,” kata Najib.

Pembantu rumah Karpal Singh, seorangh wanita warga Indonesia, cedera parah sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan C. Selvam, 27, tidak mengalami kecederaan.

Pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45, dari Petaling Jaya cedera ringan sementara dua penumpang kenderaan itu, Nur Azlina Ahmad, 23, dan seorang kanak-kanak perempuan, Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah, 4, tidak cedera.

Awal pagi tadi, Najib berkata beliau mendapat berita mengenai pemergian   Karpal Singh setibanya di Ankara.

“Saya baru tiba di Ankara apabila mendapat berita bahawa YB Karpal Singh terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang,” kata perdana menteri menerusi catatan dalam laman Twitter beliau.

Lawatan Najib ke Turki ialah atas undangan rakan sejawatannya, Recep Tayyip Erdogan.

Pemilihan PKR : Akhirnya Tangan-Tangan Ghaib Yang Akan Tentukan Pemenang

Posted: 17 Apr 2014 03:23 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 April – Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari percaya apa jua kumpulan yang dibentuk dan apa jua gagasan yang dibawa pada pemilihan PKR kali ini tidak akan ke mana kerana akhirnya nanti siapa yang Anwar mahu akan mencapai kejayaan.

Menurut beliau pemilihan PKR bukanlah berdasarkan kepada kehendak akar umbi 100 peratus tetapi ianya adalah berdasarkan kepada siapa yang Anwar mahu manakala demokrasi yang dijulang sekadar wayang politik semata-mata.

anuar_shaari_bekas_pkr_dedah_anwar_keluarga_kroni

"Malah saya percaya mana-mana calon yang bertanding dan ianya berada di luar kemahuan Ketua pembangkang amat sukar dan susah untuk menang di dalam perebutan mana-mana jawatan di dalam PKR itu.

"Dan saya juga percaya akan ada tangan-tangan ghaib yang akan memainkan peranan untuk menghalalkan tindakan tersebut. Bukankah pada pemilihan sebelum ini kita dapat lihat bagaimana berlaku pelbagai kontroversi di pelbagai peringkat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas pemilihan PKR yang memperlihatkan pertembungan yang cukup menarik perhatian umum. Tiga pemimpin tertinggi PKR, Datuk Saifuddin Nasution, Nurul Izzah Anwar dan dan Rafizi Ramli membentuk gabungan bagi menghadapi pemilihan parti itu Mei ini.

Pembentukan pasukan bertemakan "Masa Depan Bersama" itu diumumkan dalam sidang media di sebuah hotel berdekatan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya baru-baru ini.

Manakala penyandang jawatan berkenaan, Azmin Ali malam tadi memperkenalkan gagasan Keadilan Raya yang menjadi tema kempennya dalam pemilihan parti kali ini.

Anuar Shaari yang menyambung kembali persoalan demokrasi dalam PKR seterusnya memberitahu ungkapan yang dilaung-laungkan itu hanyalah sekadar mainan di bibir mereka sahaja dan sebenarnya tidak subur di dalam parti tersebut.

"Mereka nak kata apa pun boleh tetapi realiti dan hakikatnya begitu. Bagi saya itulah yang kita boleh nampak di dalam PKR hari ini dan apa yang cukup menarik pada keputusannya nanti adalah siapa pun yang menang dan kumpulan mana pun yang kalah, yang selamat adalah Anwar Ibrahim.

"Kedudukan Anwar sahaja yang akan semakin kukuh dan kedudukan beliaulah yang akan bertambah kuat. Tidak ada apa yang boleh diperkatakan lagi mengenai pemilihan PKR ini," ujarnya. -MediaUMNO

Federal Gov’t, BN Offer Condolences To Family Of Late Karpal Singh

Posted: 17 Apr 2014 02:24 AM PDT

GEORGE TOWN, April 17 – The federal government and the Barisan Nasional (BN) offered condolences to the family of DAP leader Karpal Singh who died in a road accident in Perak early today.

The condolences were extended by Deputy Prime Minister and BN deputy chairman Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“On behalf of the party (BN) and the (federal) government, I extend condolences to his family,” he told a news conference here. Muhyiddin had earlier met with Penang Umno leaders.

The deputy prime minister described Karpal Singh as a senior member of parliament who had been tenacious and courageous in raising the problems faced by the people.

“His deeds will be remembered for a long time,” he said.

Karpal Singh died in a road accident at Km306.1 of the North-South Expressway near Gua Tempurung in Kampar at 1.10 am. He was 74.

Also killed in the accident, involving an MPV and a lorry, was Karpal Singh’s personal assistant Michael Cornelius, who was in his 40s.

Dr M To Kelantan Govt: Think Deeply On Plan To Implement Hudud

Posted: 17 Apr 2014 02:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 17 – The Kelantan government should think deeply on its plan to implement hudud in the state, as the basic principle that must be emphasised is justice, said former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

He said this was because the Kelantan government was seen to stress more on the forms of punishment in its attempt to implement the Islamic penal code.

“In Islam, the main principle is justice and there are 43 verses in the Quran which touch on justice in meting out punishment. If there is no justice, we cannot penalise.

“There are Muslims and non-Muslims in our country. If a Muslim steals, his hand will be chopped off but when a non-Muslim steals, he goes to jail. Is that justice or not?”

He said this at a press conference after delivering the keynote address at a roundtable session on ‘Managing Rising Costs in the Current Business Environment’, here, today.

Dr Mahathir opined that the implementation of hudud should be thoroughly thought about and not driven by an eagerness to punish (offenders).

“Islam is a religion that preaches justice and compassion. I don’t think the fervency to punish is wanted in Islam,” he said.

The PAS-controlled state government through its parliamentarians will be tabling a motion in the Dewan Rakyat for the implementation of hudud in the state by implementing the Kelantan Syariah Criminal Code Enactment (II) 1993, the latest by December.

Chairman of the Kelantan Syariah Criminal Code Enactment Technical Committee, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah had reportedly said that the draft document for the purpose had been prepared and only required some fine-tuning and the views of legal experts.

On the water issue in the Klang Valley and Selangor, Dr Mahathir said the different ideologies between two governments had led to various problems, not just water.

“The people had chosen a different government. You choose the wrong government, you pay the price,” he said.

Khairy Bidas Zulkifli Kerana Kenyataan Tidak Sensitif Kematian Karpal

Posted: 17 Apr 2014 02:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 17 – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini membidas bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin susulan kenyataan tidak sensitifnya berhubung kematian pemimpin DAP Karpal Singh.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata kenyataan Zulkifli menerusi Twitter itu tidak menggambarkan sikap sebenar seorang Islam atau rakyat Malaysia dan beliau malu dengan perbuatan tersebut.

“Sebarang kenyataan yang mempolitikkan kematiannya (Karpal Singh) dalam bentuk sedemikian rupa yang dilakukan oleh Zulkifli Noordin langsung tidak mencerminkan sikap rakyat Malaysia dan orang Islam.

“Saya malu dengan individu ini dan saya malu beliau bertanding bagi Barisan Nasional dalam pilihan raya lepas dan kita tidak harus meletakkan beliau sebagai calon lagi,” katanya selepas melancarkan Forum ‘Women@Work’ di sini.

Zulkifli dalam entrinya menerusi @zulkiflinoordin berkata: “Dalam keadaan kemelut kerajaan Pas Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya’.

Khairy membuat kenyataan balas menerusi @zulkiflinoordin dengan “Shut up. Really, shut up”. (Diam. Betul-betul, diam)

Dalam pada itu Khairy turut mengucapkan takziah kepada keluarga Karpal Singh.

Bekas Pengerusi DAP Kebangsaan dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu serta pembantu peribadinya terbunuh dalam nahas di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Gua Tempurung, Kampar, awal hari ini.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...