Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Video Ustaz Don Jawab Kecaman Wardina Terhadap Beliau!
- HOT!! 29 Pelajar Permata Insan Solat Hajat Pesawat #MH370 Di Hadapan KAABAH! @NajibRazak
- INFO!! 80% Pusat Sembelih Ternakan Tidak Punyai Lesen?? @IsmailSabri60 #Dsis
- HOT!! Kenapa Ds Rosmah Terkejut, Mengigil dan Mengeletar? #MH370
- INFO! Mukhriz Mahathir Ucap Takziah Kepada Keluarga Karpal Singh! #RIPKarpalSingh
- HOT!! Karpal Singh Maut, Laporan Penuh Kemalangan Tersebut! #RIPKarpalSingh
PANASS!! Video Ustaz Don Jawab Kecaman Wardina Terhadap Beliau! Posted: 17 Apr 2014 08:13 AM PDT Semalam Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, menggunaka media sosial menghentam Ustaz Don Daniyal dengan memuatnaik video yang telah diedit kononnya dikatakan tidak membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat ceramah. Hari ini Ustaz Don Daniyal tampil untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Wardina Fadlullah Wilmot terhadap dirinya. Ustaz Don mengatakan adalah tidak adil dengan memuatnaik video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya kemudian menggunakan video tersebut untuk menghentam dirinya. Menurut Ustaz Don, Wardina pernah membuat kenyataan supaya pemilik media sosial supaya tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang tetapi beliau sendiri yang melakukannya. "Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda", kata Ustaz Don Wardina disarankan supaya berjumpa ustaz atau alim ulama bukannya menggunakan ustaz goggle, facebook atau twiteer. Apakah video itu menjadi satu dalil kepada Wardina untuk menghentam orang lain. Ustaz Don saran Wardina hadir dalam ceramahnya bukannya mengambil daripada video sekerat-sekerat supaya wardina tahu sepenuhnya apa yang beliau inginkan itupun jika beliau ikhlas. Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut. Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa tetapi ada orang yang memilih untuk menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk. Ustaz Don hairan kena wardina memilih individu untuk dihentamnya, apabila kafir menghina Agama Islam kenapa Wardina diam. Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah. Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah. Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis. Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata, 'Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah.' Sebab utama Wardina mengecam Ustaz Don adalah kerana ada staf dalam TV Alhijrah yang tidak mendapat surat jemputan ke United Kingdom seperti yang diperolehi oleh Ustaz Don sakit hati, kemudian staf tersebut dikatakan mengedit video itu dan meminta Wardina menghentam Ustaz Don Daniyal melalui video tersebut. Ustaz Don Daniyal menasihati, kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ceramah saya sila berjumpa dengan saya dan bukannya dengan melihat hanya pada video yang diedit sekerat-sekerat kerana itu merupakan propaganda untuk menjatuhkan seseorang. Tengok video yang Mc ambil dari FB. |
HOT!! 29 Pelajar Permata Insan Solat Hajat Pesawat #MH370 Di Hadapan KAABAH! @NajibRazak Posted: 17 Apr 2014 06:12 AM PDT Seramai 29 pelajar Permata Insan, yang sedang mengadakan lawatan ilmiah ke Arab Saudi sejak Jumaat lalu, turut mengadakan solat hajat di hadapan kaabah Masjidil Haram untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac. "Solat hajat yang dipimpin Ustaz Muhammad Hafiz Saleh Al Hafiz dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendoakan moga pesawat itu diketemukan," menurut kenyataan Permata di sini, hari ini. Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada8 Mac lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Pelajar Permata Insan itu, yang dalam lawatan belajar selama lapan hari ke Jeddah, Madinah dan Makkah, turut melawat beberapa universiti tersohor dalam bidang Sains Islam, antaranya Universiti Umm Al-Qura' di Makkah, Universiti Taibah di Madinah dan Universiti King Abdul Aziz di Jeddah serta American International School di Jeddah. Semasa di sana, peserta program itu juga berpeluang menemui tokoh Islam yang disegani seperti Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Abdur Rahman As Sudais, mengadakan sesi bertalaqi di masjid di Madinah dan Makkah serta melawat tempat bersejarah dan menarik termasuk Menara Jam Diraja Makkah atau Abraj Al-Bait iaitu menara jam tertinggi dan terbesar di dunia. Lawatan itu adalah projek perintis Permata Insan, yang juga satu cabang Program Permata yang ditubuh khas di USIM sejak 2010, bagi kanak-kanak seawal usia lapan tahun yang bertujuan melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. - BERNAMA |
INFO!! 80% Pusat Sembelih Ternakan Tidak Punyai Lesen?? @IsmailSabri60 #Dsis Posted: 17 Apr 2014 01:12 AM PDT KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mahukan negeri-negeri menguatkuasakan Enakmen Perladangan Unggas masing-masing supaya semua pusat penyembelihan mempunyai lesen bagi memudahkan pemantauan oleh pihak berkuasa, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. "Semua negeri yang ada enakmen itu perlu menguatkuasakannya supaya memudahkan pihak berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar memantau operasi mereka seterusnya boleh mengambil tindakan sekiranya melanggar syarat lesen," katanya. Setakat ini hanya dua negeri iaitu Terengganu dan Pulau Pinang yang masih belum mempunyai Enakmen Perladangan Unggas, katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat bersama Exco Pertanian negeri-negeri di sini Selasa. Beliau berkata hampir 80 peratus daripada 2,000 pusat sembelihan ayam di seluruh negara tidak berlesen dan belum berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Kesemua pusat sembelihan ayam yang tidak berlesen berkenaan merupakan pengusaha kedai kecil-kecilan yang diragui status halal dari segi cara penyembelihannya. Sementara itu Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata sekiranya semua kerajaan negeri menguatkuasakan Enakmen Perladangan Unggas, maka mudah untuk pihaknya memantau serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pengusaha pusat sembelihan ayam yang gagal mematuhi peraturan. "Mengikut Enakmen Perladangan Unggas, pengusaha pusat sembelihan ayam yang gagal mematuhi peraturan boleh didenda sehingga RM2,000 dan pusat itu boleh ditutup," katanya. Penguatkuasaan enakmen ini juga adalah untuk memastikan semua pusat sembelihan ayam, termasuk itik, puyuh dan ayam belanda mematuhi sembelihan cara Islam, menjaga kebersihan, menguruskan pengolahan kumbahan dan produk dikeluarkan dapat dijamin kualitinya serta halal, katanya. - BERNAMA |
HOT!! Kenapa Ds Rosmah Terkejut, Mengigil dan Mengeletar? #MH370 Posted: 16 Apr 2014 10:12 PM PDT "Hentikan segala spekulasi bagi menjaga hati keluarga penumpang dan anak kapal" - itulah hasrat Datin Sri Rosmah Mansur kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak 40 hari yang lalu. Walaupun ramai sering mengutuk serta mengeji beliau, saya tersentuh melihat keikhlasan Datin Sri Rosmah bila bertemu dengan seluruh keluarga mangsa MH370 tempoh hari. Majoriti rakyat masih meletakkan harapan agar semua penumpang dan anak kapal ditemui dalam keadaan selamat walaupun telah memasuki 40 hari kehilangan. Ikuti luahan hati Datin Sri Rosmah Mansur bila terkenangkan peristiwa MH370 : Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap masyarakat menghentikan sebarang spekulasi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 demi menjaga hati dan emosi anggota keluarga penumpang dan anak kapal. "Saya rasa helpless (tidak berdaya)...nak tolong tapi tak boleh tolong. |
INFO! Mukhriz Mahathir Ucap Takziah Kepada Keluarga Karpal Singh! #RIPKarpalSingh Posted: 16 Apr 2014 08:12 PM PDT Menteri Besar Kedah , Dato Seri Mukhriz Mahathir pagi ini mengucapkan Takziah kepada Keluarga Karpal Singh di atas pemergian beliau awal pagi tadi akibat kemalangan jalan raya di Ipoh. Menerusi laman twitter Dato Seri Mukhiz beliau berkata : "My heartfelt condolences to the family of YB Karpal Singh on his untimely demise" . Menurut BERNAMA , Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian. Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu. "Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit. Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya Untuk baca laporan penuh dan gambar kemalangan boleh klik SINI |
HOT!! Karpal Singh Maut, Laporan Penuh Kemalangan Tersebut! #RIPKarpalSingh Posted: 16 Apr 2014 06:31 PM PDT Semalam Karpal Singh meninggal dalam satu kemalangan maut di lebuhraya utara selatan dekat Gua Tempurung. Kenderaan jenis Alphard milik Karpal dikatakan telah melanggar belakang sebuah lori yang tiba tiba keluar membuatkan kenderaan yang dinaiki oleh Karpal melanggar bahagian belakang lori tersebut. Walaupun Karpal adalah pembangkang dalam politik di negara ini, kita seharusnya merasakan kehilangan seorang ahli parlimen dan peguam yang disegani. Minta para penyokong pro Kerajaan menghormati mendiang. Biar pun mendiang pernah melakukan beberapa perkara yang kita tak suka, tetapi sebagai orang Islam, pegangan kita tetapi pada ajaran Islam, mendiang dah pun meninggal, biarkan perkara tu berlalu. Ucapkan takziah, semoga perjalanan hidup Karpal Singh menjadi pengalaman pada semua. Laporan Kemalangan Laporan dari Balai Polis Kampar 1. No Rpt:Trafik Kampar Rpt: 960/14 2. Tkh: 17/04/2014 3. Masa: 0110hrs 4. Lokasi: KM 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah (Utara) 5. Sek APJ: Sek 41 (1) APJ 1987 6. Kend Terlibat: K1: M/Mpv No.KS 9898 (Toyota Alphard) K2: M/Lori No. WTL 9909 (Mitsubishi Canter - 5 tan) 7. Mangsa: M1: Nama: Karpal Singh A/L Ram Singh (penumpang MPV/maut) Kpt: 400628-07-5079 Umur:74thn Alamat: No.144 A, Jalan Utama 10450, Georgetown, Pulau Pinang M2: Nama: dikenali sebagai Michael - pembantu peribadi (penumpang MPV/maut) M3: Nama: (1) (P) Indonesia - pembantu rumah (penumpang/cedera parah) dirawat d Hospital Permaisuri Bainun Ipoh Kpt: belum diperolehi Umur: - Alamat:- M4: Nama: Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (penumpang MPV/tidak cedera) Kpt: 760409-07-5211 Umur: 38thn Alamat: 14-1-4 City Gardens Persiaran Raja Chulan, 50200, W. P. M5: Nama: C.Selvam. (pemandu MPV /tidak cedera) Kpt: Warganegara India Umur: 27thn Alamat: - M6: Nama: Abu Mansor bin Mohd (pemandu M/Lori/cedera) Kpt: 690830-05-5 053 Umur: 45thn Alamat: No 528 Blok B, Flat Petaling Utama 13, 46000 Petaling Jaya,Selangor M7: Nama: Nur Azlina Ahmad (penumpang M/Lori/tidak cedera) Kpt: 910829-08-6356 Umur: 23thn Alamat: No 17-12 Blok C PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya,Selangor M8: Nama: Nurieman Diana Qhaleesha binti Abdullah (penumpang M/Lori/tidak cedera) Kpt: 101230-10-2508 Umur: 4thn Alamat: No 17-12 Blok C PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor 8. Ringkasan/Siasatan Awal: Pada 17/04/2014 jam lebih kurang 0110hrs satu kemalangan maut telah berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (Hala Utara/Gua Tempurung) melibatkn sebuah M/MPV jenis Toyota Alphard dgn sebuah M/Lori jenis Mitsubishi Canter (5 tan/muatan simen,besi,mozek). Berpandukan siasatan awal mendapati M/MPV yang dipandu bersama 4 orang penumpang yang datang dari arah K/Lumpur menghala ke Ipoh apabila sampai ditempat kejadian telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan M/Lori di lorong kiri jalan yang menghala ke arah yang sama. Akibat kemalangan penumpang hadapan M/MPV (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Pembantu Peribadi beliau penumpang belakang belakang sebelah kiri telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang perempuan Indonesia dipercayai pembantu rumah mengalami kecederaan parah dan dirawat di Zon Merah HRPB, Ipoh. Siasatan: 1) Keadaan jalan lurus / mendaki bukit 2) Cuaca baik / gelap tanpa lampu 3) Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri manakala M/Lori rosak dibahagian belakang sebelah kanan. 4) Semakan keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas - pandu laju di bawah Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas) Peg Penyiasat: ASP Abd Aziz Abd Rahman KBKA/KTD IPD Kampar Utk mkluman YDH Dato/Tuan... |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment