BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! BOLEHKAH #UMATISLAM UCAP #RIP PADA #KAFIR ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 17 Apr 2014 08:00 AM PDT


Apakah ucapan jika mendengar orang kafir meninggal dunia ???

Soalan :

Bila seorang lelaki atau wanita kafir yang mati,apakah dibolehkan kita mengucapkan 'Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un' (Sesungguhnya kita adalah milik Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sesungguhnya hanya kepada-Nya kita dikembalikan ) ??? 

Jawapan : 

Fadhilatusy Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz rahimahullahu menjawab : 

"Bila seorang kafir meninggal dunia tidak mengapa kita mengucapkan kalimat istirja' tersebut, walaupun dia bukan dari kalangan karib kerabat anda. Karena memang semua manusia hanya kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan semua manusia adalah milik Allah Subhanahu wa Ta'ala.Akan tetapi kita tidak boleh mendoakan kebaikan untuknya bila ia mati dalam keadaan kafir. 

Bila orang kafir yang meninggal itu dari kalangan kerabat anda,tidaklah menjadi masalah orang mendoakan anda dengan mengatakan : "Semoga Allah memberikan pahala yang besar untukmu dengan kematiannya dan memberikan hiburan/pelipur lara untukmu sebagai pengganti kematiannya." 

Memang hidupnya si kafir terkadang tidak memberi maslahat bagi anda.Namun adakalanya pula bermaslahat bagi anda di mana ia berbuat baik dan memberi manfaat kepada anda. Dengan demikian, tidak menjadi masalah anda didoakan seperti itu. Akan tetapi terhadap si kafir sendiri tidak boleh didoakan kebaikan, tidak boleh dimintakan ampun, dan tidak boleh bersedekah atas namanya, bila ia mati dalam keadaan kafir." (Fatawa Nurun 'ala Darb, hal. 374-375) - Sumber

 Soalan : 

Adakah dibolehkan orang-orang Islam mengucapkan RIP kepada orang kafir yang meninggal dunia ??? 

Jawapan : 

Sebagai seorang Islam kita tidak boleh mengucapkan "rest in peace" kepada org kafr yg telah mati kerana perbuatan ini bercanggah dengan Al-Quran.Di dalam Al-Quran dan hadis banyak di ceritakan azab² bagi orang kafir. Persoalannya ampa tau mana dia nak rest??? ampa tau mana dia peace??? 

1- Ali-Imran [131]: Dan peliharalah diri kamu dari api Neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir. 2- An-Nisaa [56]: Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka.Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana 2- An-Nisaa [56]: Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

3- عن عائشة رضي الله عنها قَالَتْ: إِنَّمَا قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: إِنَّ اللهَ عز و جل يَزِيْدُ اْلكَافِرَ عَذَابًا بِبَعْضِ بُكَاءِ أَهْلِهِ عَلَيْهِ 

Dari Aisyah radliyallahu anha berkata, Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla akan menambah adzab kepada orang kafir dengan sebab tangisan keluarganya kepadanya". [HR an-Nasa'iy: IV/ 18, 19. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: Shahiih]. Beberapa dalil dan bukti saya bawakan bahawa sesungguhnya mereka tidak akan rest dan tidak akan peace 

Wallahu alam...

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PEMILIHANPKR !!! #ANWARIBRAHIM VS #WANAZIZAH !!! INI SEMUA DRAMA SEMATA-MATA !!!

Posted: 17 Apr 2014 05:00 AM PDT


Ini kisah 'parti keluarga'.Jadi apa nak hairan sangat tentang isu kononnya Anwar Ibrahim nak berentap bagi jawatan Presiden PKR langgar isterinya,Wan Azizah Ismail.Apa saja drama yang berkisar tentang pemilihan jawatan nombor satu PKR.ibarat kata sudah terang lagi bersuluh.Pokok pangkalnya tidak mungkin akan berlaku pertandingan lawak jenaka antara suami dan isteri yang boleh masok buku Malaysia Book Of Records.Malah para pemerhati politik melihatnya tidak lebih saja untuk bikin riuh untuk tarik perhatian pada isu Anwar dan kes liwatnya.ada ker anda nampak di mana-mana suami lawan isteri dalam parti ??? tak ada lagi kerrr yang hebat selain wan azizah ???

 Seperti diduga makin dekat pemilihan ayat sudah makin berubah.Kalau Anwar tak cakap sendiri pun ramai orang sudah jangka pada kemungkinan ini. Dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR pada Rabu lalu,Anwar sudah jelas membayangkan samaada beliau atau wan Azizah akan tarik diri dari pemilihan itu. "Kalau Anwar kekal, Azizah tarik diri, kalau Azizah kekal Anwar tarik diri.Kami pasukan yang 'utuh' (formidable).Hidup mati kami bersama," katanya yang jelas dilihat untuk mengkaburi drama ini.Menurut beliau peraturan parti membenarkan membenarkan calon menarik diri dari bertanding.Hebat !!! sebelum ini untuk jawatan wakil rakyat boleh main engkau lepas pada aku.aku lepas pada engkau. Ini dalam kontek mereka main passing jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang anatra satu sama lain. 

Seperti biasa dalam sidang akhbar itu Anwar cuba menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang didakwa menggunakan kuasa mereka untuk menyekat perjalanan politiknya menggunakan mahkamah dan juga Pendaftar Pertubuhan (ROS).Ini terus cuba dijadikan modal politiknya untuk raih simpati sedangkan kes liwat adalah kes antara beliau dan bekas pembantu peribadi,Saiful Bukhari Azlan yang menuntut keadilan menerusi proses rayuan di Mahkamah Rayuan.malas nak cerita panjang-panjang.kepada puak PKR yang dungu tu cuba fikir apa yang saya nak katakan ini !!! tak ada lagi kerr yang hebat akan menentang wan azizah ??? tak ada lagi kerr orang lain ??? kenapa nak anwar ibrahim ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! CUBAAN PENGHULU #PAS AMBIL #BR1M KALI KE 2 GAGAL !!!

Posted: 17 Apr 2014 01:30 AM PDT


Seorang Penghulu Mukim Wakaf Bharu telah dikesan mengambil BR1M 3.0 sebanyak dua (2) kali.Menurut laporan,pada 01.04.14 beliau telah mengambil surat BR1M di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kota Bharu dan telah menukar tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) Pengkalan Kubor dengan nilai sebanyak RM650.Penghulu berkenaan yang dikenali sebagai Mohd Sanusi Mohammad (KP No. 620805-03-5575) yang beralamat di Lot 224, 1A, Jalan Baru Wakaf Bharu adalah seorang Penghulu Mukim Wakaf Bharu merangkap Bilal di Masjid Wakaf Bharu.

Pada 14.04.14 beliau telah hadir ke Majlis Penyampaian BRIM 3.0 yang diadakan oleh UMNO Bahagian Tumpat di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pengkalan Kubor untuk menerima baucer dan menukar wang tunai bernilai RM650.Kakitangan Maybank telah dapat mengesan hal ini dan membuat semakan di BSN Pengkalan Kubor dan didapati beliau telah mengambil wang BR1M tersebut.Setelah didesak beliau membuat pengakuan dan pada mulanya beliau tidak mahu mengaku tetapi setelah diugut utk membuat laporan polis beliau mengaku mengambil 2 kali dan akan menyerahkan kembali wang tersebut.Kita fikir baiklah perkara ini.Mungkin Penghulu berkenaan berfikir bahawa BR1M yang disediakan untuk Penghulu adalah 'double' kot :-)

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

ISU #HUDUD !!! PAS KATA TAK ADA PERJANJIAN DENGAN #DAP DAN #PKR ??? PULAK DAHHH !!!

Posted: 16 Apr 2014 10:00 PM PDT


PAS akan tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh DAP dan PKR,rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang,kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Sambil menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Kelantan mahu melaksanakan undang-undang itu,Abdul Hadi berkata hudud sudah wujud dalam PAS sebelum penubuhan pakatan. 

"Ini benda yang (wujud) terlebih awal daripada pakatan pembangkang.Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan (laksana hudud)," katanya yang ditemui di luar persidangan DUN Terengganu, Selasa. "Kita (PAS) tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR mengatakan kita tidak boleh laksana hudud," katanya lagi. 

Pada Isnin,Setiausaha Agung PKR,Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata PAS terikat dengan janji yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) yang antara lain tidak akan melaksanakan hukum hudud.Isu undang-undang hudud menjadi 'duri dalam daging' dalam pakatan pembangkang apabila PAS tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum itu sementara DAP dan PKR berkeras menolak. Isu itu kembali panas susulan keputusan kerajaan Kelantan yang diteraju oleh PAS bercadang membawa usul hudud ke Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.Susulan itu,Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor beberapa kali membuat penegasan bahawa hudud tidak ada tempat dalam dasar pakatan pembangkang. 

Sementara itu di KOTA BAHARU,Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS Kelantan akan bertemu dengan sekutu mereka bagi membincangkan isu berkenaan. "Kita nak berjumpa dan kita nak dengar apa alasan dia (DAP dan PKR) untuk tidak bersetuju dan mereka juga perlu dengar penjelasan kita. Soal dia nak setuju atau tidak, itu hak dia, kita tak paksa. "(Cadangan) undang-undang itu sendiri sudah diterima di Kelantan dan sudah lama sebelum adanya pakatan, sebab itu sudah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.Jadi (isu itu) tidak berbangkit kerana Pakatan Rakyat datang kemudian dan tidak berhasrat untuk laksana di peringkat negara cuma minta di Kelantan sahaja," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Bharu. 

Mengulas lanjut,Mohd Amar berharap anggota parlimen daripada DAP dan PKR,terutama yang beragama Islam dapat menyokong anggota parlimen PAS Kelantan apabila usul khas berhubung hudud itu dikemuka di Dewan Rakyat kelak.Beliau juga berharap Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bekerjasama memberi penerangan mengenai hukum itu kepada bukan Islam. "DHPP dari awal lagi dia sokong PAS dan dia tahu PAS ini nak menegakkan undang-undang Islam dan bila dia sokong PAS, makna dia bersedia menerima perjuangan PAS... jadi dia kena mainkan peranan menjelaskan kepada orang bukan Islam (mengenai hukum, hudud)," katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BREAKING NEWS !!! #KARPALSINGH MENINGGAL DUNIA !!! LAPORAN KEMALANGAN DIDEDAHKAN !!!

Posted: 16 Apr 2014 07:00 PM PDT



Ahli Parlimen Bukit Gelugor,Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6,Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau,Michael Cornandez.Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

di bawah adalah laporan penuh kemalangan



LAPORAN KEMALANGAN MAUT JALANRAYA 

1. No Rpt:Trafik Kampar Rpt: 960/14 
2. Tkh : 17/04/2014 
3. Masa : 0110hrs 
4. Lokasi : KM 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah (Utara) 
5. Sek APJ : Sek 41 (1) APJ 1987 
6. Kend Terlibat : 
K1 : M/Mpv No.KS 9898 (Toyota Alphard)
K2 : M/Lori No. WTL 9909 (Mitsubishi Canter - 5 tan) 

7. Mangsa : 
M1 : Nama: Karpal Singh A/L Ram Singh (penumpang MPV/maut) Kpt: 400628-07-5079 Umur:74thn Alamat: No.144 A, Jalan Utama 10450, Georgetown, Pulau Pinang 

M2 : Nama : dikenali sebagai Michael - pembantu peribadi (penumpang MPV/maut) 

M3 : Nama : (1) (P) Indonesia - pembantu rumah (penumpang/cedera parah) dirawat d Hospital Permaisuri Bainun Ipoh Kpt: belum diperolehi Umur: - Alamat:- 

M4 : Nama: Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (penumpang MPV/tidak cedera) Kpt: 760409-07-5211 Umur: 38thn Alamat: 14-1-4 City Gardens Persiaran Raja Chulan, 50200, W. P. 

M5 : Nama: C.Selvam. (pemandu MPV /tidak cedera) Kpt: Warganegara India Umur: 27thn Alamat: - 

M6 : Nama: Abu Mansor bin Mohd (pemandu M/Lori/cedera) Kpt: 690830-05-5 053 Umur: 45thn Alamat: No 528 Blok B, Flat Petaling Utama 13, 46000 Petaling Jaya,Selangor 

M7 : Nama: Nur Azlina Ahmad (penumpang M/Lori/tidak cedera) Kpt: 910829-08-6356 Umur: 23thn Alamat: No 17-12 Blok C PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya,Selangor 

M8 : Nama: Nurieman Diana Qhaleesha binti Abdullah (penumpang M/Lori/tidak cedera) Kpt: 101230-10-2508 Umur: 4thn Alamat: No 17-12 Blok C PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor 

8. Ringkasan/Siasatan Awal : 

Pada 17/04/2014 jam lebih kurang 0110hrs satu kemalangan maut telah berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (Hala Utara/Gua Tempurung) melibatkn sebuah M/MPV jenis Toyota Alphard dgn sebuah M/Lori jenis Mitsubishi Canter (5 tan/muatan simen,besi,mozek).Berpandukan siasatan awal mendapati M/MPV yang dipandu bersama 4 orang penumpang yang datang dari arah K/Lumpur menghala ke Ipoh apabila sampai ditempat kejadian telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan M/Lori di lorong kiri jalan yang menghala ke arah yang sama. Akibat kemalangan penumpang hadapan M/MPV (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Pembantu Peribadi beliau penumpang belakang belakang sebelah kiri telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang perempuan Indonesia dipercayai pembantu rumah mengalami kecederaan parah dan dirawat di Zon Merah HRPB,Ipoh. 

Siasatan : 

1) Keadaan jalan lurus / mendaki bukit 
2) Cuaca baik / gelap tanpa lampu 
3) Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri manakala M/Lori rosak di bahagian belakang sebelah kanan. 
4) Semakan keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas - pandu laju di bawah Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas) 

Peg Penyiasat : ASP Abd Aziz Abd Rahman 
KBKA/KTD 
IPD Kampar

Utk mkluman YDH Dato/Tuan...

itu laporan penuh dari polis IPD Kampar.Untuk rekod,Karpal sebelum ini menjadi kontroversi apabila membantah pelaksanaan hudud.Selain itu beliau juga merupakan antara orang yang terkehadapan dalam menentang keputusan Mahkamah melarang penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu di Semananjung Malaysia

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...