Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Komen Mufti Perak Tentang Misteri Kubur Bercahaya!

Posted: 27 Apr 2014 06:12 AM PDT



Ipoh: "Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih," kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.

Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.

Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.

Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.

"Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah," katanya. ketika dihubungi Harian Metro.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

Liang lahad bersinar

Taiping: "Sepanjang dia sakit sehingga menghembuskan nafas terakhir, mulutnya tidak henti-henti berzikir. Jadi, bukan mustahil jika Allah berikannya keistimewaan dengan menampakkan kepada kita kubur arwah bercahaya."

Demikian kata Salahuddin Sulaiman, 91, datuk kepada Allahyarham Haslinatul Adzlin Abdullah Halimi yang gambar liang lahadnya dikatakan bercahaya ketika kerja pengebumian, tersebar luas di Internet, semalam.

Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 35 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 8 Cangkat Jering di sini, Ahad lalu selepas solat Asar. petang Ahad lalu.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, dia tidak melihat liang lahad dikatakan bercahaya itu kerana dia berada sedikit terkebelakang dan agak jauh daripada liang lahad.

"Masa di tanah perkuburan saya tidak melihat cahaya berkenaan, namun sangat terkejut apabila dimaklumkan cucu (abang arwah) yang ada cahaya di dalam kubur cucu saya itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. Sumber: HM


INFO! Bilal Rogol Budak Sekolah Dalam Kereta?

Posted: 27 Apr 2014 02:12 AM PDT


Nanti ada orang kata Mc main cerita lucah. Sebenarnya tak, Mc cuma nak tunjuk contoh, pakaian dan jawatan seseorang, tak memungkinkan orang tu jadi maksum dari berbuat salah. Bilal pun ada nafsu!
Seorang bilal yang tempang kakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan dua dan memaksa mangsa melakukan seks oral, bulan lalu. 
Shary A. Rahman, 50, yang juga penjual sate didakwa merogol mangsa yang merupakan anak kepada pembeli tetap sate yang dijualnya di dalam sebuah kereta Proton Wira di depan sebuah klinik di Setapak, di sini kira-kira pukul 11 malam, Mac lalu. 
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. 
Dia yang akan menjalani pembedahan jantung pada Isnin depan juga mengaku tidak bersalah melakukan seks oral terhadap mangsa yang berusia 14 tahun itu di tempat, masa dan tarikh yang sama. 
Bagi pertuduhan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 377C kanun tersebut yang memperuntukkan hukuman yang sama. 
Terdahulu tertuduh yang memakai jubah biru dan kopiah berwarna merah gelap mempertikaikan pertuduhan seks oral yang didakwanya tidak dilakukan di tempat tersebut.
"Saya memang masuk kemaluan saya ke dalam mulut dia tapi saya bukan buat kat tempat itu, tempat kejadian tu salah," katanya. 
Ekoran itu, jurubahasa terpaksa membacakan semula pertuduhan berkenaan sebelum tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah. 
Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie tidak mencadangkan sebarang ikat jamin kerana tertuduh mengenali mangsa yang pernah membeli sate daripadanya. 
Walau bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon jaminan diberikan dengan alasan dia menanggung anak yang masih bersekolah selain mengalami kecacatan lutut dan memakai kaki palsu. 
Hakim Dazuki Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Mei ini untuk sebutan semula kes. - Utusan

P/s: Jangan fikir.. pakaian luaran menjaminkan kebaikan, kadang-kadang ia hanya lakonan!

INFO!! Bertani Dalam Bandar Jana Lebih Ekonomi Kendiri!! @IsmailSabri60 #Dsis

Posted: 26 Apr 2014 08:31 PM PDT

Pertanian dalam bandar

Mc ada baca, Menteri Pertanian dan Asas Tani Dato Seri Ismail Sabri, galakkan orang kita dalami Pertanian dalam bandar. Bagi mereka yang minat dengan pertanian, dan tinggal daam bandar, topik ni agak menarik. Kerana dalam kehidupan bandar yang semakin lama semakin tinggi kosnya. Bertani di kawasan rumah sendiri merupakan salah satu pilihan yang terbaik.

Ramai yang tak tahu, bertani di bandar tidak memerlukan tanah yang besar, hanya ruang sebesar bilik boleh tanam berpuluh atau beratus jenis pokok cili dan sayur.


Jika kerajaan war-warkan perkara ni, Mc rasa yang berminat patut sertai.

Warga bandar di negara ini diseru menyertai Program Pertanian Bandar kerana mampu mengurangkan kos sara hidup dan secara langsung sebagai strategi menangani cabaran kemiskinan bandar. 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi program itu warga bandar digalakkan menanam empat jenis tanaman iaitu sayur-sayuran, buah-buahan, herba dan bunga-bungaan. 
Menurutnya, bagi melaksanakan program tersebut pihaknya ­menyasarkan jabatan dan agensi kerajaan, swasta, komuniti bandar dan individu untuk melaksanakan projek tersebut. 
"Seperti yang kita tahu, kira-kira 72 peratus daripada rakyat di negara ini tertumpu di bandar raya utama, kadar urbanisasi yang tinggi mengakibatkan berlaku kemiskinan bandar yang menjadi satu cabaran utama kerajaan untuk mengatasi masalah mereka. 
"Maka pertanian bandar ini jika dilaksanakan dengan baik dapat memastikan komuniti bandar mendapat bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang berterusan. 
"Kita dapati purata hasil amalan pertanian bandar di negara maju dapat menampung 10 hingga 20 peratus permintaan bandar seperti yang diamalkan di London, Singapura dan Tokyo," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pertanian Bandar peringkat Kebangsaan, di sini hari ini. 
Yang turut hadir, Ketua ­Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah dan Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI, Datuk Mohd. Fadil Osman. 
Ismail Sabri berkata, bagi memastikan program tersebut berjalan lancar pihaknya melantik MARDI selaku penganjur utama dengan dibantu Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa serta syarikat swasta yang dilantik oleh kerajaan. 
"Sebagai contoh, pihak berkuasa tempatan boleh menyediakan kawasan terbiar untuk dijadikan kawasan pertanian bandar. Bagaimanapun, berjaya atau tidak program ini banyak bergantung pada menta­liti masyarakat setempat di bandar. 
"Sebagai tanda sokongan dan komitmen kerajaan, kita juga telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi menyokong program ini khususnya untuk tujuan pembelian benih, baja dan kelengkapan pertanian yang diperlukan," katanya. 
Katanya, jika masyarakat bandar mengamalkan pertanian bandar se­perti yang diamalkan negara maju, sumber bahan mentah makanan tidak lagi menjadi isu utama negara pada masa akan datang, malah memberi pelbagai manfaat termasuk mengatasi aspek keselamatan dan nutrisi makanan.
Dulu pun PM ada sebut tentang perkara ni semasa di UPM. Tapi mungkin tak ramai yang benar-benar faham atau berminat. Sebab bila sebut pertanian, orang akan fikir, tanah, kotor, remeh. Tapi pada hakikatnya tak.



Cuba fahami apa sebenarnya pertanian bandar, kalau yang berminat boleh bergerak dari sekarang, sebab kerajaan nak bagi bantuan pada yang mengusahakannya, patut kita rebut peluang ni untuk tingkatkan ekonomi diri. Kalau taknak jual pun, tanam untuk kegunaan sendiri pun dah ok.

Contoh bertani dalam bandar, yang tak memerlukan ruang yang luas, ada yang tak pakai tanah pun, boleh tengok gambar dibawah,

Rak bertingkat

Tanam cili dalam polibag

Ini rak kayu tapi cantik.. nampak macam pokok hiasan

ini mudah, cuma kos agak tinggi sikit la..

Gambar diatas cuma contoh, sebenarnya banyak lagi sayur dan cara tanaman yang boleh dibuat. Jangan sangka dibandar tak boleh jadi pekebun sayur, sebab dan ada yang berjaya dan kaya walaupun hanya tanam cili di belakang rumah!


McTheory:
Serius benda ni memang bagus..

INFO! Kerajaan akan Mengarusperdanakan Institusi Pondok di Malaysia!! @NajibRazak @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

Posted: 26 Apr 2014 07:12 PM PDT


PENGUMUMAN Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk memberi 50 tempat kepada pelajar dan guru pondok di institusi pengajian tinggi dengan pembiayaan sepenuhnya sewaktu merasmikan penutupan Ijtimak Pondok Malaysia semalam adalah berita cukup menggembirakan.

Buat masa ini, ramai pelajar pondok yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, seperti ke Pakistan, India, Mesir dan negara-negara Timur Tengah.

Namun, kerana pergolakan politik dan pelbagai masalah sosioekonomi di negara-negara tersebut, maka difikirkan lebih baik dan lebih selamat untuk pelajar-pelajar pondok yang berpotensi belajar di kolej atau universiti tempatan yang sesuai.

Hakikat bahawa Perdana Menteri sendiri hadir untuk membuat pengumuman ini adalah sangat signifikan. Ini adalah satu pengiktirafan kepada pondok sebagai institusi pendidikan yang mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dan berpotensi.

Untuk melengkapi, Najib juga mengumumkan peluang kepada 50 guru agama yang berkelayakan untuk mengikuti latihan perguruan di Institut Pendidikan Perguruan di Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

Guru-guru pondok yang terpilih juga akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Kesediaan kerajaan untuk membuka ruang lebih besar kepada pelajar dan guru pondok dengan sendirinya menyanggah persepsi bahawa institusi pondok dipinggirkan.

Malah, tema ucapan Najib yang bertajuk Mengarusperdanakan Institusi Pondok di Malaysia jelas memperlihat usaha dan komitmen kerajaan untuk mendorong transformasi pondok agar terus relevan dan berkekalan.

Anugerah Kasih YAB Perdana Menteri kepada 10 buah pondok seluruh negara adalah lanjutan kepada anugerah sama yang diberi kepada 11 pondok dua tahun lalu.

Beliau juga memberi anugerah kepada Pusat Pendidikan Al-Baraqah, Perak yang dinobatkan sebagai Pondok Progresif 2014. Turut diraikan adalah tiga pemenang Anugerah Warga Emas Contoh dan tiga pemenang Anugerah Pelajar Contoh.

Kehadiran lebih 1,500 orang dari seluruh negara, yang mana dua pertiga adalah warga pondok, adalah sambutan yang cukup mengujakan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) sebagai penganjur. Mereka tekun mengikuti dan berinteraksi dengan tok guru pondok, tokoh profesional dan ahli akademik yang turut membentang enam kertas kerja serta menjadi panelis diskusi.

Sambutan orang ramai terhadap ijtimak ini juga terbukti dengan penuhnya dewan di Kolej Universiti Insaniah semasa berlangsungnya Forum Perdana bertajuk Aku Terror Bukan Terroris.

Dalam ucapan alu-aluan, saya mengumumkan kerjasama antara YPPM dengan Universiti Utara Malaysia dan Malaysian Multimedia Development Corporation (MDeC) untuk membuat kajian yang lebih menyeluruh dan saintifik ke atas institusi pondok.

Maklumat yang lengkap dengan data empiris boleh membantu YPPM menyediakan laporan lebih realistik dan meyakinkan bagi mendapat komitmen kerajaan untuk membantu serta menyokong pembangunan dan pengembangan institusi pondok.

Di bawah pelan ini, YPPM dan MDeC akan mengenal pasti program digital yang boleh dilaksanakan bagi tujuan memartabat dan mengarusperdanakan pondok menjelang 2020.

Program ini akan guna kaedah Social Crowd Funding. Kita akan merangka dan melaksanakan pelan yang membolehkan penyertaan dan penglibatan orang ramai untuk membantu menyelesaikan permasalahan, kekangan dan keperluan pondok terutama kemudahan prasarana menerusi kaedah digital.

Pendekatan Social Crowd Funding juga akan digunakan bagi menggalakkan individu dan syarikat melabur dalam pembangunan modal insan yakni pelajar-pelajar pondok yang cemerlang dan boleh melanjutkan pelajaran.

Video ucapan dibawah,


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...