BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


#MH370 !!! KURANG AJAR !!! #CHEGUBARD PERLEKEH DAN MENGHINA KERAJAAN !!!

Posted: 09 Apr 2014 08:00 AM PDT


Status kehilangan pesawat MH370 yang masih tanda tanya sehingga hari ini telah menyebabkan beberapa pemimpin pembangkang menuduh kerajaan Malaysia lemah dan cuba berbohong kepada rakyat.PKR menerusi Ahli Majlis Pimpinan Pusatnya,Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard dalam satu kenyataan dengan angkuhnya mendakwa bahawa pemimpin Malaysia lemah kerana pertahanan negara longgar dan mudah ditembusi.

"Sejak awal lagi kehilangan penerbangan pesawat MH370 telah mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran dan pertahanan negara,"ujar Chegu Bard.

Dalam kenyataanya itu,beliau tetap menggunakan kapal selam sebagai modal untuk terus menghentam kerajaan walaupun penerangan tentang keupayaan sebenar kapal selam milik negara telah diberikan sebelum ini.Beliau menuduh bahawa pembelian kapal selam milik negara ini dilakukan hanya untuk menutup rasuah pihak tertentu dan mustahil kapal selam yang dibeli itu tidak mapu menyertai operasi mencari pesawat MH370 yang didakwa hilang di lautan. 

"Kapal selam yang dibeli dengan begitu mahal adalah hanya untuk menghalalkan pembelian sumber pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sendiri.Maknanya semua kenyataan ketika pembelian hanya untuk menghalalkan Malaysia membazir dan menutup skandal rasuah ketika itu," tegas Chegu Bard lagi. 

Chegu Bard dilihat cuba mencari publisiti murahan dalam kenyataannya itu apabila beliau mengaitkan kes kematian Atlantuya dengan insiden MH370 apabila mempersoalkan ketirisan yang terjadi terhadap identiti pasport yang didakwa palsu sebelum ini. 

"Dari segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga tidak jelas.Ini mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait dengan skandal pembelian kapal selam negara yang ketika perbicaraan kes pembunuhanya dan rekod kemasukan wanita itu didapati hilang," ujarnya lagi. 

Merujuk kepada insiden kehilangan MH370,Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan di Australia telah mengerahkan 28 aset membabitkan 11 pesawat tentera,tiga pesawat awam dan 14 kapal dalam misi pencarian.Menurut kenyataan itu Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengarahkan pencarian meliputi kawasan seluas 77,580 kilometer persegi di kedudukan 2,268 km barat daya Perth.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #ZAHIDMDARIP MEMBELASAH #AZMINALI KAW-KAW !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 09 Apr 2014 05:00 AM PDT


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),Azmin Ali disifatkan tidak layak menjadi memimpin parti itu kerana menjadi 'lembu' kepada Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI),Zahid Md Arip berkata,Anwar akan memastikan kedudukan isterinya stabil.anda nak lagi kenyataan beliau ??? lihat di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! LAPORAN #AUDIT !!! #LIMGUANENG DIDESAK JAWAB PENYELEWENGAN KERAJAAN #PULAUPINANG !!!

Posted: 09 Apr 2014 01:28 AM PDT


Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng harus menjelaskan kepada rakyat berhubung kelemahan dan penyelewengan seperti yang didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013.Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata kegagalan Ketua Menteri Lim Guan Eng mengamalkan urus tadbir yang baik telah menghina konsep keupayaan,akauntabiliti dan ketelusan (CAT) yang cuba diterapkannya. 

"Saya tertanya-tanya sama ada polisi CAT masih diamalkan kerajaan negeri selepas enam tahun di bawah pimpinan Lim.Jika tidak,penyelewengan ini tidak akan berlaku," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata kerajaan negeri perlu melakukan siasatan dalaman dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkenaan daripada mengelak penyelewengan daripada berulang.Chew yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang berkata menurut laporan Ketua Audit itu,Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Pulau Pinang yang dimiliki Majlis Agama Islam Pulau Pinang mempunyai 27 pensyarah tanpa permit. 

Beliau juga berkata kontraktor Majlis Perbandaran Pulau Pinang juga gagal mematuhi kuota asas dalam pungutan sampah seperti yang tertera dalam kontrak,tetapi masih menerima bayaran bulanan berlebihan berjumlah RM1.43 juta.Sementara itu pihak pengurusan Stadium Batu Kawan telah membayar RM25,000 antara 2011 dan 2012 untuk 31 projek tanpa mengeluarkan resit,katanya.

ANDA NAK LIHAT SEMUA LAPORAN AUDIT DAN HIPOKRASI PEMBANGKANG YANG TELAH DIDEDAHKAN ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! LAPORAN #AUDIT 2013 DEDAH #HIPOKRASI #KERAJAAN #PR !!!

Posted: 08 Apr 2014 10:57 PM PDT


Setiap kali bercakap tentang pengurusan kewangan,maka pembangkang menggambarkan seolah-olah mereka lebih bijak dan lebih telus berbanding kerajaan Barisan Nasional.Setiap kali Laporan Audit Negara dibentangkan,pembangkang mengambil peluang untuk mencari kelemahan kerajaan untuk digembar-gemburkan.Sebagai seorang warga yang rasional,kita turut inginkan agar ketirisan di dalam audit negara ditangani segera.Namun,kita juga tidak mudah diperdaya oleh pembangkang yang ingin menonjolkan parti mereka sebagai pengurus ekonomi yang lebih baik.Melihat dari cara parti pembangkang menguruskan proses pemilihan parti mereka sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa parti pembangkang sememangnya pakar dalam memanipulasi fakta.Justeru kita tidak hairan apabila Laporan Audit 2013 mendedahkan kelemahan dalam pengurusan ekonomi di negeri yang diperintah pembangkang.Laporan Audit 2013 telah merekodkan kegagalan parti PKR Selangor dalam melaksanakan pengurusan aset yang baik terhadap rumah kerajaan di negeri itu di seksyen 7 yang melibatkan tanggungan kos utility sebanyak RM5.89 juta. 

Rumah yang dimaksudkan telah ditukar status daripada rumah Exco kepada rumah kerajaan serta dibuka untuk sewaan.Rumah yang turut dilengkapi kolam renang dan rumah kelab tersebut, secara purata hanya diduduki selama empat bulan sahaja dalam sejak April 2008 sehingga Ogos 2013. Pada Julai 2009, Exco kerajaan negeri,Iskandar Abdul Samad menyatakan kerajaan negeri memutuskan tidak akan menjual banglo Exco di Seksyen 7 meskipun ketika kempen pada Pilihan Raya Umum 2008 menguar-uarkan akan menjual kediaman itu jika mereka berjaya menguasai Selangor.Sebaliknya,banglo berkenaan telah diserahkan kepada anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) iaitu De Palma Hotels Sdn. Bhd. untuk mengurus serta memasarkannya bagi sewaan jangka masa pendek dan panjang.Hasil dari dolak dalih ini ialah kos utiliti dan penyelenggaraan yang tidak perlu,kini terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.Laporan Audit Pulau Pinang pula menyerlahkan sikap hipokrit DAP dalam memperjuangkan alam sekitar apabila merekodkan kelemahan MPPP dalam menguruskan pelupusan sisa pepejal yang menjadi penyumbang kepada penyakit berjangkit. Laporan statistik demam denggi, cirit-birit dan malaria dari Jab. Kesihatan Pulau Pinang mengesahkan kebimbangan ini dimana negeri itu mencatatkan bilangan kes tertinggi bagi ketiga-tiga penyakit itu. Analisis Audit juga mendapati bagi tempoh Julai 2012 hingga Jun 2013,pungutan sisa pepejal oleh kesemua tujuh kontraktor yang dilantik tidak mencapai berat minimum sisa pepejal seperti yang ditetapkan dalam kontrak. 

Peratus kekurangan berat sisa pepejal bagi tujuh kontraktor ialah antara 2.8 hingga 40.1 peratus yang melibatkan jumlah perbelanjaan kepada MPPP sebanyak RM3.83 juta.Berdasarkan maklum balas MPPP pada 21 Jan 2014,bayaran yang ditetapkan kepada perkhidmatan kontrak itu dibuat secara 'lump sum' sekali gus menimbulkan persoalan mengenai 'ketelusan' dalam isu ini.'Kredibiliti' turut menjadi persoalan dalam Audit Pulau Pinang di mana pengurusan aktiviti Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (Kitab) oleh sebuah syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang,Usaha Tarbiah (Pulau Pinang) Sdn. Bhd. (UTSB) didapati kurang memuaskan berikutan beberapa kelemahan termasuk menggaji pensyarah yang tidak mempunyai permit mengajar. Menurut Ketua Audit Negara, semakan yang dijalankan antara Mac hingga Jun tahun lalu turut mendapati hanya tiga daripada lima program pengajian diploma yang ditawarkan Kitab mendapat akreditasi sementara daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) manakala permohonan belum dibuat bagi mendapatkan akreditasi bagi tiga program ijazah

Mungkinkah kerajaan negeri tidak mengambil peduli tentang UTSB kerana ia melibatkan umat Islam semata-mata ??? Pulau Pinang juga merekodkan kelemahan dalam pengurusan Stadium Batu Kawan yang mana hanya 35 dari 49 CCTV didapati tidak berfungsi.Selain itu alat pemadam api juga dikhuatiri bermasalah kerana telah luput tarikh. Kerosakan ini berlaku akibat kebocoran air di stadium tersebut dan walaupun laporan telah dibuat pada tahun 2009, sehingga kini masih lagi tiada tindakan diambil bagi menangani kerosakan.Tahap kebersihan stadium juga telah didapati tidak memuaskan walaupun pembayaran penuh dibuat kepada kontraktor pembersihan.Biarpun perkara ini dianggap kecil dan tidak membawa kesan signifikan kepada kewangan negeri, namun ia sudah cukup untuk dijadikan contoh sikap kerajaan DAP dalam menangani isu-isu yang dekat dengan rakyat.Seperti yang kita tahu, DAP begitu sibuk membuat keuntungan serta membuka peluang kepada para pemaju dan peniaga untuk meneroka Pulau Pinang. Mungkin kerana itu, isu-isu mengenai UTSB,Stadium dan penyakit berjangkit di kalangan rakyat dilihat sebagai isu remeh dan tidak wajar diberi perhatian.Kerana begitu tamak mengejar keuntungan juga maka DAP telah bertindak kejam menghalau dan merampas perniagaan kecil-kecilan rakyat marhaen di sekitar Pulau Pinang. 

Hakikatnya,pembangkang tidak mampu menjadi kerajaan yang baik atau lebih baik dari BN. Pengurusan kewangan oleh pembangkang tidaklah sebaik mana,malah persoalan mengenai rasuah dalam negeri yang diperintah mereka juga cukup banyak.Bagaimanapun,kecekapan mereka memanipulasi fakta memungkinkan segala ketirisan tertutup rapi.Apa yang pasti,sehingga kini,pembangkang hanya meraih 'untung' daripada asas ekonomi yang kukuh yang telah dibina oleh BN.Tanpa asas sedia ada,pembangkang tidak mungkin mampu membangunkan satu negeri pun. Buktinya ialah negeri Kelantan,di mana sehingga kini masih lagi berada dua dekad jauh ke belakang berbanding negeri-negeri lain.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...