tun faisal dot com

tun faisal dot com


#PemilihanPKR - Skandal Seks MB Selangor dikesan sejak 2010 lagi?

Posted: 09 Apr 2014 09:00 PM PDT


Siapakah wanita ini? Khabarnya maklumat ini disebarkan oleh kem yang menentang Khalid  Ibrahim di dalam PKR.


Sebelum ini pada 25 September 2010, kisah kamera tersembunyi dalam pejabat Khalid Ibrahim terbongkar





Seperti yang saya nyatakan di dalam sesi bual bicara di BFM Radio dalam video di atas, sumber kepada berita-berita sebgini tidak datang daripada UMNO, sebaliknya daripada dalam PR sendiri. Sama seperti kisah Red Bean Army, ia datang daripada bekas ahli DAP sendiri. Kelucahan, fitnah, pembohongan, pembunuhan karektor dan kebejatan yang berlaku dalam dunia perang siber di Malaysia hari ini berpunca dan diwarisi daripada pembangkang. Templatnya daripada pembangkang sejak tahun 1999 lagi.



The Selangor Chronicle

Tuesday, 8 April 2014
Menjelang Pemilihan PKR, Cerita Perempuan Simpanan Menteri Besar Mulai Ditimbulkan

Sebelum ini, kisah perceraian Nurul Izzah telah dibocorkan oleh puak dari dalam PKR sendiri terdiri daripada kumpulan pro-Azmin Ali termasuklah Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin. Cerita tersebut disampaikan kepada blogger pro-UMNO dan apabila berita tersebut viral, cytro pro-UMNO dipersalahkan kerana kononnya melakukan fitnah.

Walau bagaimanapun cerita tentang perceraian Nurul Izzah dan suaminya, benar-benar berlaku dan Nurul Izzah sendiri yang memohon mahkamah syariah agar membenarkan dia menceraikan suaminya yang dikatakan mengalami kegagalan syahwat, sekaligus gagal memenuhi keperluan batinnya.

Hari ini, gempar pula dengan berita bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar menuntut agar diberikan RM3 juta selepas Menteri Besar tersebut gagal menepati janjinya. (BACA DI SINI)

Siapakah perempuan simpanan itu dan siapa pula Menteri Besar yang dimaksudkan?

Berita berkenaan dipangkalkan di PETALING JAYA. Sekaligus cuba memberi petunjuk bahawa Menteri Besar itu adalah Menteri Besar Selangor. 'Perempuan simpanan' yang paling terkenal walaupun kesahihannya belum diketahui adalah seorang wanita bernama Rahimah yang khabarnya adalah Pegawai Koordinator di Pejabat Menteri Besar Selangor selain turut memiliki beberapa buah syarikat perniagaan.

Mengapa berita ini dikeluarkan dan apakah kesannya kepada Khalid Ibrahim?

Khalid Ibrahim dikenali sebagai Menteri Besar kedekut yang gagal mengeluarkan duit Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai operasi PKR. Beberapa kali cubaan menggulingkan Khalid Ibrahim gagal oleh para pemimpin PKR termasuklah yang terbaru, yang diketuai oleh Anwar Ibrahim sendiri.

Semalam, Wan Azizah melafazkan ikrar bahawa dia tidak berniat hendak menjadi Menteri Besar Selangor. Namun seperti biasa, setiap kali ada pengumuman yang dibuat oleh Wan Azizah, maka perkara sebenar yang berlaku adalah sebaliknya.

Berita tentang Menteri Besar serta perempuan simpanannya, sebenarnya adalah adalah berita yang bertujuan untuk memalukan Khalid Ibrahim, sekaligus menekannya agar segera melepaskan jawatan, selain ugutan agar tidak meneruskan niatnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Kumpulan pro-Azmin Ali yang dibantu oleh Ketua Wanita PKR sebelum ini telah berjaya mengenakan Nurul Izzah, anak perempuan Anwar Ibrahim sendiri. Justeru, mereka cuba mengulanginya terhadap Khalid Ibrahim agar tidak meneruskan niatnya untuk menentang Azmin Ali. Apatah Khalid Ibrahim bagi mereka tidak cukup bijak untuk berpolitik dan seringkali boleh dijadikan lembu yang dicucuk hidung.

Agak menarik ialah, pro-PKR kelihatan tidak begitu teruja dengan berita ini walaupun ada seorang dua yang memetiknya sambil cuba menghalakan kepada beberapa orang Menteri Besar dari kalangan pimpinan UMNO. Ramai yang melihat berita ini sebenarnya lebih tertumpu dan terkait dengan Khalid Ibrahim serta wanita bernama Rahimah yang sebelum ini telah dikhabarkan menjalin hubungan terlarang semenjak dari PNB lagi.

Ironinya, 'skandal' Khalid Ibrahim dengan wanita itu juga, mempunyai kaitan langsung dengan Azmin Ali yang dibantu oleh Zuraidah Kamaruddin!

Komen Pelajar UiTM Kes Prof Izzi - Sejak Dulu Berapa Ramai Jadi Mangsa Pensyarah IPTA & IPTS?

Posted: 09 Apr 2014 07:31 PM PDT




Ini antara kes yang terbongkar. Terima kasih kepada media sosial. Berapa banyak kes yang tidak kita ketahui sejak dulu sampai sekarang di IPTA dan di IPTS?


Kes Prof Izzi: Komen Pelajar Bekas UiTM Dungun Rata-Rata Negatif
Shah Alam: Rata-rata komen dari pelajar bekas penuntut UiTM Dungun menceritakan perkara negatif mengenai Prof. Izzi. Prof. Izzi merupakan seorang ikon motivator yang agak terkenal di Malaysia yang baru-baru ini dikaitkan dengan skandal gangguan seksual ke atas salah seorang pelajar beliau. 



Kebanyakan dari bekas pelajar UiTM Dungun menceritakan perkara yang hampir sama. Yang beliau memang sedikit terkenal dengan tabiat beliau yang boleh dianggap gatal dalam berinteraksi dengan pelajar beliau.

Ada juga yang menceritakan yang bahawa pernah hampir separuh dari kelas beliau gagal dalam subjek mereka yang diajar Prof Izzi apabila mereka membuat laporan kepada pihak pentakbiran UiTM mengenai perangai beliau tersebut. Laporan pelajar-pelajar tersebut turut dikatakan menyebabkan hubungan beliau dengan salah seorang isteri beliau menjadi sedikit retak dan menyebabkan berlakunya perceraian. Prof. Izzi dikatakan telah berkahwin lebih 3 kali dan juga pernah berkahwin dengan pelajar beliau sendiri. Sebahagian sumber terpaksa dirahsiakan nama mereka atas permintaan peribadi mereka pada UNC.

Jika ada mana-mana pelajar ataupun staff pernah mengalami perkara yang sama anda diminta tampil ke hadapan bagi membantu siasatan biarpun secara rahsia.









Masihkah kita ingat kes ini?

KISAH NURUL IZZAH DAN PENSYARAH
http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/05/kisah-nurul-izzah-dan-pensyarah.html

Nurul Izzah, Pembangkang Kerah Gangster Untuk Cari Pensyarah 
Read more: http://www.jeringdaily.com/2013/05/skandal-seks-nurul-izzah-pembangkang.html#ixzz2yQrXmbXz

@RazaliIbrahim - Tiada provokasi perkauman dalam kursus BTN @NajibRazak

Posted: 09 Apr 2014 07:32 PM PDT


Embedded image permalink


Tiada Provokasi, Perkauman dalam BTN


KUALA LUMPUR: Tidak timbul isu provokasi dan perkauman yang didakwa kononnya berlaku dalam kursus Biro Tatanegara (BTN) di bawah Jabatan Perdana Menteri, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana banyak program BTN yang dijalankan sebelum ini meliputi semua kaum termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Kita sebenarnya mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk memohon menyertai program ini, tidak ada masalah dari segi itu...tidak timbul perkara tersebut (provokasi dan perkauman) bagi mereka yang pernah hadir," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Rubiah Wang (BN-Kota Samarahan) yang ingin tahu adakah kerajaan berhasrat melakukan transformasi BTN selepas banyak maklum balas yang diterima daripada masyarakat kononnya program BTN lebih berbentuk provokasi.

Razali berkata, kerajaan mengambil serius dakwaan yang dilemparkan pihak tertentu itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita (BTN) tidak pernah membangkitkan semangat benci membenci, bersakit-sakit hati dalam kalangan peserta.

"Kalau ada aduan yang boleh dikemukakan kepada pihak kami, saya akan ambil tanggungjawab tersebut, tidak pernah kita membezakan peserta atas asas politik dan kepentingan peribadi," katanya.

Beliau berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai penambahbaikan dan pembaharuan dari semasa ke semasa bagi mengembalikan kecemerlangan BTN dalam menyemai rasa cintakan negara dan semangat patriotisme rakyat.

Menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang ingin tahu berapakah perbelanjaan untuk aktiviti BTN serta kriteria untuk memilih penceramah dan pensyarah dalam program itu, Razali berkata setakat ini kerajaan membelanjakan sekitar RM30 juta setahun.

Beliau berkata, pada tahun 2011 kerajaan membelanjakan RM30.2 juta, pada tahun 2012 (RM27.5 juta) dan pada tahun 2013 (RM26.4 juta).

"Bagi penceramah pula kita lihat kepada latar belakang peserta yang terbabit dalam program yang dianjurkan kerana kita (BTN) ada banyak program yang berbeza dan ada kumpulan sasarnya termasuk daripada mahasiswa, pemimpin masyarkat, kepimpinan korporat, kakitangan awam dan mereka yang ingin ke luar negara," katanya.

- BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...