UMNO Online - “Malaysia Mahu Jadi Destinasi Pilihan Pelajar Timur Tengah” plus 9 more

UMNO Online - “Malaysia Mahu Jadi Destinasi Pilihan Pelajar Timur Tengah” plus 9 more

Link to UMNO Online

Malaysia Mahu Jadi Destinasi Pilihan Pelajar Timur Tengah

Posted: 09 Apr 2014 05:04 AM PDT

DUBAI, 9 April -  Malaysia berhasrat menjadi destinasi pendidikan tinggi pilihan pelajar rantau Timur Tengah termasuk Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan meningkatkan profilnya melalui penyertaan pada pameran pendidikan berprestij dan menjalin kerjasama kerajaan dengan kerajaan dalam bidang pendidikan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata dalam pertemuan beliau dengan pemimpin UAE, sempena lawatan kerja lima harinya ke Dubai bermula Isnin lepas, mereka menyatakan hasrat agar kerjasama Malaysia dan UAE dalam bidang pendidikan dapat dipertingkatkan.

Muhyiddin pada Rabu menerima kunjungan Menteri Pelajaran UAE Humaid Mohammed Al Qatami dan Menteri Kebudayaan, Pembangunan Belia dan Masyarakat Sheikh Nahyan Mubarak Al Nahyan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Dubai.

Muhyiddin yang diiringi dua menteri UAE itu kemudian menghadiri Pameran Pendidikan dan Latihan Teluk (Getex) 2014 di pusat konvensyen itu serta merasmikan pavilion Education Malaysia yang mengambil bahagian.

“(Pemimpin) UAE dalam perbincangan tadi amat menghargai kerjasama kita dan mahu kita meluaskan skop kita dalam bidang-bidang (pendidikan) yang perlu kita kembangkan.

“Saya nyatakan memang itulah hasrat kita dan mereka bangga dan mahu kita perluaskan dalam pelbagai bidang,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerjanya itu.

Muhyiddin berkata UAE menyatakan rasa bangga dengan penyertaan Malaysia pada Getex 2014 kerana ia menunjukkan hubungan rapat antara Malaysia-UAE dalam bidang pendidikan selain menjadi antara negara terbesar yang menghantar penyertaan.

Pavilion Education Malaysia disertai 27 universiti awam dan swasta dan institusi pengajian tinggi dari Malaysia antaranya Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Sunway University dan Kolej Universiti SEGi.

Muhyiddin berkata penyertaan dalam pameran pendidikan berprofil tinggi seperti Getex dan jalinan hubungan dengan pemimpin UAE dapat memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi di rantau Timur Tengah.

Katanya ini sekali gus dapat meningkatkan minat lebih banyak pihak untuk menyertai program pendidikan di Malaysia dan membolehkan negara menjalin kerjasama dengan institusi luar negara dalam bidang tertentu seperti sains dan teknologi.

Lebih 160 pelajar UAE sedang menuntut di Malaysia antaranya dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi dan jumlah itu diharapkan dapat dipertingkatkan di masa hadapan, katanya.

“Mereka (pemimpin UAE) berjanji pada masa akan datang, bertambah lagi pelajar (UAE) dan mereka juga mahu pelajar kita ke sini (UAE), sebab itu kita mahu jalinkan kerjasama ini untuk jangka panjang,” katanya.

Muhyiddin berkata antara bidang kerjasama pendidikan yang boleh dipertimbangkan antara Malaysia dan UAE adalah seperti sains, teknologi, minyak dan gas dan bahasa.

Antara faktor tarikan Malaysia dalam bidang pendidikan ialah kos yang kompetitif, katanya.

Muhyiddin berkata Malaysia yang telah menyertai Getek sejak 2004 berhasrat untuk meneruskan penyertaan dalam pameran pendidikan itu pada masa hadapan kerana ia mampu menarik lebih ramai pelajar terutama dari Timur Tengah untuk menuntut di Malaysia.

Anggaran 25,000 hingga 27,000 penuntut dari Asia Barat melanjutkan pelajaran di Malaysia pada masa ini.

Drop In Chinese Tourists To Malaysia Following MH370 Incident

Posted: 09 Apr 2014 04:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 9 – There has been a dip in the number of Chinese tourists arriving in Malaysia, following the disappearance of Malaysia Airlines (MAS) MH370 aircraft in the southern Indian Ocean.

Tourism and Culture Minister Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said to date, many Chinese tourists had cancelled their visit to Malaysia.

In fact, no future flight booking had been recorded for the China-Malaysia flight, he said.

As such, Mohamed Nazri said the ministry would postpone all promotions and and 2014 Visit Malaysia Year roadshows to give due respect to the incident.

“We were doing well for January and February. But of course, the MH370 incident (the aircraft carrying 239 passengers and crew vanished on March 8) has definitely affected (Malaysia’s) tourism.

“But what is important is that we sympathise with the families of the passengers on board MH370, and the question of whether we will continue our campaign in China does not arise for the moment. I think we must respect the sensitivity issue.

“… so long as there is no closure to MH370, I do not see the suitability of us continuing the campaign in China,” he told a media conference before opening the Asean Socio-Cultural Community Session here today.

Tomorrow, Mohamed Nazri will visit the Chinese Ambassador to Malaysia, Dr Huang Huikang, as a mark of respect over the fate of the Chinese passengers involved in the MH370 incident.

Last year, tourists from China made up the third largest group after Singapore and Indonesia, with a record 1.6 million people.

In conjunction with the 2014 Visit Malaysia Year, the government targeted 28 million tourists to visit Malaysia.

Flight MH370 left the KL International Airport at 12.41am on March 8 and disappeared from radar screens about an hour later while over the South China Sea. It was to have arrived in Beijing at 6.30am on the same day.

On March 24, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced that the flight path of the Boeing 777-200ER aircraft “ended in the southern Indian Ocean”.

The search for MH370 is currently continuing there.

EC Prepared Tom Consider Shorter Polling Process, Longer Cooling Off Period

Posted: 09 Apr 2014 04:32 AM PDT

JAKARTA, April 9  - A shorter polling process and a maximum cooling off period of three days may be introduced in the Malaysian election system in the future.

Election Commission chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said the commission was prepared to carry out a review on the system and consider the possibility of introducing the new regulations if they could really help in making the election system in the country more effective.

“The two new regulations can be made without amendments (of election-related articles) as stipulated in the Federal Constitution,” he told reporters after visiting several polling centres in conjunction with the Indonesian Parliamentary Election 2014 here today.

On the shorter polling process, Abdul Aziz said the proposed period to be introduced was from 8 am to 3 pm, compared to the current period from 8 am to 5 pm.

“Based on our experience, the voters turnout percentage will decrease by two per cent after 3 pm until the end of polling time…for me, the ideal (polling) period is seven hours.

“We have actually introduced shorter polling period in remote areas of Sabah and Sarawak where the number of voters was really small,” he said.

Abdul Aziz said from his observation, the three-day cooling off period as practised in the Indonesian elections, was very effective, including in preventing party supporters from campaigning outside the campaign period.

He said voters would also be ‘calmer’ as they would have ample time to make their decisions.

In Malaysia, he said the cooling off period would only begin at midnight on the last day of the campaign period until the time the winners of the elections were announced.

Meanwhile, Abdul Aziz who led the EC delegation invited to witness the Indonesian Elections here, commended the whole process and described it as being implemented in a proper and courteous manner.

Bernama checks also found that the process involving 400 voters at every polling centre here ran smoothly without any incident.

Over 500,000 polling centres across the republic were opened at 7 am and closed at 1 pm to enable a total of 185.5 registered voters to cast their votes to elect their representatives for the 560 parliamentary seats.

Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-Undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013

Posted: 09 Apr 2014 04:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 April  - Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 bagi melayakkan golongan hakim yang meletak jawatan sebelum mencapai umur 60 tahun tetapi telah berkhidmat sebagai hakim tidak kurang daripada lima tahun mendapat faedah persaraan.

Fasal empat rang undang-undang itu pula memperuntukkan pelaksanaan dasar kenaikan pencen dan faedah lain yang diberikan kepada hakim dan orang tanggungan mereka sebanyak dua peratus setiap tahun.

Rang undang-undang itu diluluskan selepas dibacakan buat kali ketiga oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Nancy ketika menggulung rang undang-undang itu berkata kerajaan akan meneliti cadangan seorang anggota Parlimen supaya satu rang undang-undang digubal bagi melarang bekas hakim daripada terlibat dalam politik dan kembali kepada profesion peguam selepas mereka bersara.

“Untuk makluman, hakim yang telah bersara berhak untuk menjalankan apa juga urusan selagi ia tidak melanggar undang-undang, ini termasuklah hak untuk bercakap dan berpersatuan, selaras dengan peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Sekiranya bekas hakim ingin kembali menjadi peguam, mereka adalah tertakluk kepada Akta Profesion Undang-undang 1976, yang pada masa ini tidak menghalang mereka daripada berbuat demikian…namun begitu cadangan ahli yang berhormat ini akan diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

Nancy berkata pelantikan pesuruhjaya kehakiman wajar dikekalkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan demi kebaikan pentadbiran dan keadilan undang-undang.

“Antara tujuan pesuruhjaya kehakiman dilantik kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu misalnya kewangan Islamik, perbankan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata kenaikan tahunan pencen sebanyak dua peratus adalah selaras dengan faedah kenaikan pencen sama yang telah dinikmati pesara perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam negeri serta pihak berkuasa berkanun dan tempatan.

“Kenaikan ini juga adalah selaras dengan kenaikan indeks harga pengguna sebanyak dua peratus pada tahun-tahun yang lalu,” katanya.

Pencarian MH370 : “Marilah Kita Sama-sama Berdoa” – Najib

Posted: 09 Apr 2014 04:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 April  - “Marilah kita sama-sama berdoa,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan Twitternya sebagai respons kepada mesej mengenai usaha mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang.

Beliau membalas tweet yang dihantar pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

pm-najib-doa-berdoa-solat-sembahyang-jemaah-hajat-masjid-surau

Hishammuddin menghantar tweet: “Melalui Angus Houston JACC (Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Bersama Agensi) memaklumkan kepada kami tentang dua isyarat baharu pagi ini. Kami agak lebih yakin”.

Kedua-dua isyarat itu dikesan oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield pada pukul 4.27 petang dan 10.17 malam, dan pakar-pakar mengesahkan bahawa isyarat getaran itu ialah dari sebuah alat buatan manusia, seperti sebuah kotak hitam, dan bukannya bunyi semula jadi dari laut.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada isyarat-isyarat itu datang dari kotak hitam pesawat MAS MH370 yang hilang.

Isnin lepas, Ocean Shield mengesan dua isyarat selepas mengesan satu pada Ahad, sementara sebuah kapal China, Haixun 01, mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac ketika di atas Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam. Ia dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Misi mencari melibatkan pelbagai negara digerakkan, yang pada mulanya di Laut China Selatan dan kemudian diketahui bahawa pesawat itu telah melencong dari laluannya di sepanjang dua koridor – koridor utara meliputi dari sempadan  Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Berdasarkan sejenis analisis data yang tidak pernah digunakan, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) UK merumuskan bahawa MH370 telah terbang sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi , di barat Perth.

Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu, bahawa laluan penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Mansuh Tujuh Peratus Diskaun Pencabulan Konsep Negara Berkebajikan

Posted: 09 Apr 2014 04:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 April – Pemansuhan diskaun tujuh peratus melibatkan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Selangorku dilihat pencabulan kepada konsep Negara Berkebajikan yang diwar-warkan oleh pembangkang sebelum pilihan raya umum lalu.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan Pemuda UMNO, Nazir Hussein Akhtar Hussein berkata bukanlah menjadi satu kesalahan perkara itu dikekalkan kerana ianya memberikan banyak manfaat kepada bumiputera tanpa menafikan hak yang lain.

nazir-hussin-akhtar-hussin-exco-pemuda-umno-bn-malaysia

Menurut beliau mengekalkan harga pada harga yang rendah adalah satu perkara yang seharusnya menjadi keutamaan kerajaan negeri khususnya membantu mereka mendapatkan rumah mampu milik.

"Atas alasan apa sekali pun tidak wajar pemansuhan berkenaan dan kita melihat ianya satu pencabulan kepada konsep Negara Berkebajikan yang mereka laungkan-laungkan. tahniahlah kepada rakyat Selangor.

"Dan itulah harga yang perlu mereka bayar setelah memberi mandat sekali lagi pada penggal kedua pemerintahan selepas pilihan raya umum yang lalu dan kita sedikit pun tidak terkejut dengan apa yang diperkatakan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pemansuhan pemberian diskaun tujuh peratus melibatkan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Selangorku.

Pemansuhan itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar negeri, Iskandar Abdul Samad yang memberi alasan pemansuhan dibuat berikutan harga rumah mampu milik yang ditawarkan kerajaan negeri di bawah skim berkenaan adalah lebih rendah daripada harga pasaran.

Nazir seterusnya menegaskan atas alasan apa sekali pun perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku malah apa yang dikesalkan ianya melibatkan soal perumahan yang menjadi tuntutan serta keperluan masyarakat umum khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

"Begitu juga dalam konteks golongan muda… dalam keadaan kerajaan pusat di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib memperkenalkan PR1MA dan sebagainya untuk membantu rakyat mendapatkan rumah sendiri, lain pula yang difikirkan oleh kerajaan Selangor.

"Justeru rakyat Selangor termasuklah golongan muda perlu sedar dalam soal-soal sebegini terutama segala janji yang ditabur pada pilihan raya umum lalu… Bukankah tidak lain ianya sekadar untuk mendapatkan undi semata-mata.

"Lagi satu tidak pelik dengan pemansuhan berkenaan kerana bukankah kita pernah didendangkan sebelum ini bahawa manifesto bukanlah janji," ujarnya. -MediaUMNO

Laporan Audit Bukti Kerajaan Telus, Perinci Aktiviti Tanpa Sembunyi Fakta

Posted: 09 Apr 2014 02:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 April – Setiap tahun laporan audit berkaitan perbelanjaan negara akan dibentangkan tanpa sebarang aktiviti yang disembunyikan sekalipun berlaku ketirisan dalam perbelanjaan dan pengurusan yang mana ini adalah bukti ketelusan kerajaan dalam memaparkan laporan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luit, Norhidayah Mohamad Shahaimi.

Katanya, berlandaskan laporan audit dapat diperincikan segala aktiviti kerajaan persekutuan, badan berkanun persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri dengan sangat komprehensif.

"Ini membuktikan kerajaan bersikap jujur tanpa berselindung terhadap semua jumlah perbelanjaan dan nilai yang dimiliki sedangkan jika kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) tidak bertanggungjawab maka tentunya segala kepincangan yang berlaku akan disembunyikan," katanya kepada UMNO-Online.

yb-nurhidayah-shahaimi-adun-luit-pahang-umno-bn

Ujar beliau, dengan laporan yang dibentangkan Isnin lalu, bermakna kerajaan perlu melakukan penambahbaikan dan mencari setiap kelemahan agar kepincangan yang berlaku dapat ditangani dan diperbaiki untuk masa hadapan.

"Laporan audit ini adalah bukti kebertanggungjawaban kerajaan dalam melaporkan segala aktiviti yang dilaksana namun malangnya ada pihak yang lebih gemar mengambil dari aspek negatif untuk dijadikan sebagai bahan politik murahan untuk memburuk-burukkan kerajaan," katanya.

Jelas beliau, sememangnya seakan menjadi kebiasaan kepada pakatan pembangkang untuk memanipulasi segala fakta berkaitan aktiviti kerajaan untuk dijadikan sebagai isu politik sedangkan nilai integriti melaporkan segala aktiviti diketepikan.

"Inilah fungsi audit dilakukan iaitu untuk memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan berlangsung lancar tanpa sebarang ketirisan dan sekiranya berlaku maka pembetulan atau tindakan perlu dibuat.

"Jika kita tidak telus, laporan itu tidak akan dibuat malah dengan audit tersebut juga kerajaan dapat mengenalpasti sebarang kelompongan dan melakukan siasatan untuk mencari punca agar ia tidak berulang lagi pada masa-masa hadapan."

Tegas beliau lagi, sekiranya kerajaan mahu menyelewengan maka tentulah bukan dengan melaksanakan audit secara telus dan memperincikan setiap apa yang berlaku. – MediaUMNO

Krisis Air Berlaku Akibat Kedegilan Kerajaan Selangor Terima Pandangan Profesional

Posted: 09 Apr 2014 02:46 AM PDT

SHAH ALAM, 9 April – Krisis bekalan air yang sedang melanda Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur kini, berikutan kedegilan kerajaan Selangor  menerima pandangan dan ramalan golongan profesional mengenainya sebelum ini.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berkata tindakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenepikan pandangan golongan berkenaan menyebabkan rakyat terpaksa menerima kesannya sejak dua bulan lepas.

gprs-ngo-mb-menteri-besar-selangor-gagal-khalid-ibrahim-kebajikan-rakyat-manifesto

“Sebelum ini, golongan profesional berkaitan industri air telah menjangkakan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan hadapi krisis air tahun ini tetapi diketepikan kerajaan negeri Selangor dengan mengatakan ia (krisis) hanya akan berlaku pada 2019.

“Tetapi bila tengok hari ini, ternyata ramalan itu benar-benar berlaku menyebabkan rakyat pula menerima kesannya dengan terpaksa dicatu bekalan air sedangkan kerajaan negeri sepatutnya melihat masalah ini dengan lebih serius,” katanya kepada pemberita di lobi dewan di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang mempamerkan kelemahannya sendiri apabila tiada pelan tindakan rapi disediakan menunjukkan mereka masih tidak dapat mengambil pengajaran menerusi krisis air sama yang berlaku pada tahun 2008.

Katanya, pelaksanaan cadangan projek HORAS (Hybrid off River Augmentation System) jika dilakukan lebih awal sekurang-kurangnya dapat mengelakkan krisis air daripada berlaku atau pun berlarutan.

“Terowong air sudah ada dan air sungai dari Pahang juga sudah sedia disalurkan tetapi mengapa masih belum dilakukan? Sekurang-kurangnya, pelaksanaan ini dapat membantu menambah bekalan air di empangan kita.

“Kalau kerajaan negeri prihatin dengan rakyat, isu ini sepatutnya dapat diatasi. Menteri Besar sarankan bantuan bekalan air disalurkan melalui paip dan bukan menerusi lori-lori tangki Syabas, jadi itu (HORAS) adalah caranya,” katanya.

Malaysia Tadbir Negara Tepati Maqsid Syariah – Bekas Mufti Wilayah Persekutuan

Posted: 09 Apr 2014 02:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 April – Malaysia kini berada pada landasan yang betul serta menepati konsep maqasid syariah dalam sistem pentadbiran negara, kata bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Beliau berkata prinsip maqasid syariah telah dilaksanakan di negara ini berlandaskan lima prinsip utama iaitu menjaga agama, nyawa, akal, maruah keturunan dan harta benda.

bekas-mufti-wilayah-wan-zahidi-wan-teh

“Kita sudah laksanakan namun kita perlu menjaga daripada dicemari pelbagai perkara yang boleh merosakkan serta memesongkan negara daripada landasan tersebut.

“Asasnya adalah akidah yang perlu dijaga serta dihayati semua pihak selain mengharamkan perkara-perkara yang boleh merosakkan keamanan dan akal masyarakat di negara ini,” katanya selepas membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Hubungan antara Wasatiyah dengan Maqasid Syariah: Suatu Pengamatan’ pada seminar antarabangsa ‘Penghayatan Wasatiyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah’ di sini, hari ini.

Seminar itu dihadiri 700 peserta dan sejumlah 10 kertas kerja dalam pelbagai bidang dibentangkan.

Ditanya mengenai hubungan antara wasatiyah dan maqasid syariah, Wan Zahidi berkata wasatiyah membawa maksud suatu sifat kesederhanaan, hak benar dan adil yang perlu diamalkan setiap umat Islam manakala maqasid syariah ialah mewujudkan kebaikan, menolak keburukan serta menghilangkan kemudaratan.

Katanya, kedua-dua konsep itu perlu disatukan oleh sesebuah kerajaan dalam memerangi pelbagai unsur negatif yang boleh merosakkan agama secara halus serta mampu menjejaskan akidah.

“Perlu ada satu kerajaan yang kuat untuk urus tadbir negara dibantu pasukan keselamatan seperti polis dan tentera untuk menjaga keamanan negara manakala agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama Islam di setiap negeri bagi menjaga akidah umat Islam,” katanya.

Selain Malaysia, seminar dua hari anjuran Institut Wasatiyah Malaysia (IWM) dengan kerjasama Felda itu melibatkan ilmuwan dari Jordan, Kuwait, Arab Saudi, Qatar dan Indonesia.

Majlis penutup seminar ini akan disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom esok.

Kerajaan P.Pinang Perlu Beri Penjelasan Dakwaan “Bandar Seks”

Posted: 09 Apr 2014 02:38 AM PDT

BUTTERWORTH, 9 April – Kerajaan Pulau Pinang perlu member penjelasan berhubung laporan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa negeri ini ‘bandar seks’ berikutan kononnya terdapat sekurang-kurangnya 200 kawasan panas yang menawarkan perkhidmatan seks.

Ketua-Pembangkang-Pulau-Pinang-Penang-Teluk-Air-Tawar-Jahara-Hamid-UMNO-BN-Dewan

Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid berkata semua pihak terutama rakyat negeri ini mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng tampil member penjelasan mengenai perkara itu berikutan laporan itu memberi imej buruk kepada Pulau Pinang.

“UMNO mahu Lim beri penjelasan mengenai perkara itu dan jika beliau enggan berbuat demikian, kami akan bangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan bersidang bulan depan.

“Laporan itu bukan sahaja memberi imej buruk malah menunjukkan pihak berkuasa tempatan tidak buat kerja mereka kerana saya difahamkan 200 premis yang menawarkan perkhidmatan berkenaan mempunyai lesen dan bagaimana perkara itu boleh terjadi,” katanya selepas merasmikan Program Kembara  Kebajikan 1Malaysia Family Care (IMFC), di Dewan Sungai Dua, di sini hari ini.

Jahara yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MPWKM) mengulas dakwaan Jaringan Utara Migran dan Pelarian (Jump) itu.

Laporan kajian itu berdasarkan temu bual membabitkan 172 pemandu teksi di negeri ini yang mendakwa  pernah membawa penumpang ke kawasan panas berkenaan sekurang-kurangnya sekali.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...