BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KURANG AJAR !!! HUKUM #HUDUD !!! @LAWYERS4LIBERTY MELAMPAU !!!

Posted: 26 Apr 2014 08:00 AM PDT


ini namanya kurang ajar !!! kalau tak sokong pun jangan kata macam ni !!! sapa anda nak menilai semua ni ??? malas nak komen panjang-panjang pasal tweet ni.anda lihat sendiri apa yang di katakan oleh puak pembangkang ni.sengaja nak cetuskan huru hara di malaysia.kita lihat jawapan di bawah





APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #ANWARIBRAHIM DI MALUKAN OLEH #RAKYAT DAN #JKR !!!

Posted: 26 Apr 2014 05:00 AM PDT


Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim kantoi berbohong sekali lagi.kalau tidak berbohong bukan Anwar Ibrahim namanya.Berdasarkan soalan yang ditanya oleh pemegang akaun laman sosial Twitter @Gguzmen,beliau meminta penjelasan daripada Anwar Ibrahim,yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh,kenapakah jalan di kawasan berkenaan amat teruk terutama dari simpang lebuhraya Kulim sehinggalah sampai ke Bukit Mertajam.Anwar Ibrahim tanpa malu dan segan telah menjawab kononnya jalan berkenaan adalah jalan persekutuan.Lebih meyakinkan beliau menyatakan bahawa beliau telah merujuk kepada Kementerian yang berkenaan.Tidak berpuas hati,pemilik akaun @Gguzman telah mendapatkan jawapan daripada Menteri Kerja Raya,Datuk Fadillah Yusof.Datuk Fadilah menjawab bahawa jalan berkenaan adalah jalan P7,iaitu jalan di bawah seliaan Kerajaan DAP Pulau Pinang.Anwar Ibrahim hanya tahu berpolitik. 


KLIK UNTUK BESARKAN 

Anwar Ibrahim hanya tahu membuat ceramah pusing satu Malaysia.Beliau gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat. Lebih memalukan,sama ada beliau secara sedar dan niat berbohong ataupun beliau tidak tahu bahawa jalan di Permatang Pauh adalah di bawah seliaan Kerajaan DAP Pulau Pinang,mana-mana keadaan sekalipun amat memalukan sekali.Anwar Ibrahim harus bertaubat,seperti kata mendiang Karpal Singh

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! MANA JANJI #LIMGUANENG #PR #PEMBANGKANG NAK MEMBELA RAKYAT ???

Posted: 26 Apr 2014 01:29 AM PDT


Cakap tak serupa bikin,janji macam-macam kononnya nak membela rakyat,akhirnya ini yang terjadi.inilah caranya pemimpinan PR terutama nya Lim Guan Eng dan Pimpinan lain.bila banyak bukti dah ada,akhirnya UMNO jugak disalahkan.ntah-ntah kalau mereka sakit pun UMNO jugak disalahkan kot ??? muahahah

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! BUKTI MELAYU #PEMBANGKANG #PR OTAK KE LUTUT DIDEDAHKAN !!!

Posted: 25 Apr 2014 10:00 PM PDT


Sudah menjadi adat di Malaysia,mana-mana orang Melayu yang kaya akan menjadi sasaran cemuhan.Biarpun hanya segelintir sahaja orang Melayu yang mampu duduk sebaris dengan taikun-taikun Cina,namun,kedudukan mereka sentiasa dipersoal tidak kira oleh bangsa Cina mahupun bangsa sendiri.Antara Melayu yang terpaksa menghadapi semua ini ialah Tun Daim Zainuddin dan Syed Mokhtar Al-Bukhary.Mereka ini dituduh sebagai menjadi kaya kerana UMNO,seolah-olah kekayaan mereka bukanlah dari hasil titik peluh dan kebijaksanaan sendiri.Seolah-olah merekalah manusia paling korup di dalam dunia ini.Hakikat bahawa kekayaan mereka diusahakan dari bawah dan kemudiannya dikongsi dengan rakyat melalui peluang perniagaan,pekerjaan serta kebajikan,langsung tidak diambilkira oleh pendengki mereka.Baru-baru ini,bila senarai 10 orang terkaya di Malaysia diumumkan,maka serangan ke atas Syed Mokhtar AlBukhary yang menduduki tempat ke 6,pun berulang lagi.Apa yang menarik ialah serangan paling hebat datangnya dari puak-puak Melayu PKR dan PAS.Habis semua media sosial digunakan untuk memburukkan Syed Mokhtar.Habis segala hutang Syed Mokhtar dipersoalkan. 

Sebagai pemerhati politik,saya dapat mengesan bahawa PKR dan PAS sebenarnya hanya mengambil batu dari DAP untuk dibaling ke arah Syed Mokhtar AlBukhary.Ini kerana,DAP cukup bijak untuk tidak menyerang Syed Mokhtar secara langsung bagi mengelak dari dituduh rasis.Justeru,PKR dan PAS sebagai anjing yang setia, dengan gembiranya menyerang Syed Mokhtar bagi pihak DAP.Dalam mengutuk Syed Mokhtar,Melayu hasad PKR dan PAS ini bertanya, 'tak ada Melayu lainkah untuk diberi projek itu ???' Atau, 'tidak ada Melayu lainkah yang boleh berniaga gula?' Dan, 'hutang banyak pun dapat projek juga ???' Di sini kita ingin bertanya kepada Melayu PAS dan PKR ini,ada berapa orang Melayu di dalam Malaysia ini yang mempunyai modal yang cukup untuk melaksanakan projek dengan kos jutaan atau berbillion ringgit ??? Dan kenapa Robert Kuok boleh memonopoli pembekalan gula tetapi Syed Mokhtar tidak boleh ??? Kenapakah YTL boleh memonopoli IPP,tetapi Syed Mokhtar tidak boleh dibenarkan memonopoli walau sekadar pembekalan gula ??? Apakah YTL tidak berhutang ??? Kenapa Robert Kuok boleh berada di tangga pertama senarai terkaya di Malaysia dengan harta berjumlah RM54,480 billion tetapi Syed Mokhtar tidak boleh menduduki tangga ke enam pun,dengan harta sebanyak hanya RM11,070 billion ??? Kenapa tidak dipersoal Ananda Krishnan di tangga ke 2,Tan Sri Teh Hong Piow ke 3,Tan Sri Quek Leng Chan ke 4 atau Tan Sri Lee Shin Cheng ke 5 ??? Kenapa yang ditangga ke 6 yang menjadi masalah kepada mereka ??? Apakah yang lain itu tidak mendapat projek atau bantuan kerajaan? Mampukah mereka ini menjadi begitu kaya tanpa sokongan kerajaan UMNO ??? 

Kita semua tahu jawapannya iaitu semua yang terkaya di Malaysia ini pasti menerima bantuan atau sokongan kerajaan dalam beberapa cara.Syed Mokhtar bukan orang politik dan adalah tidak adil nama beliau diheret ke dalam politik.Seperti mana-mana ahli perniagaan lain dari apa-apa bangsa jua,beliau menggunakan cara yang sama untuk berniaga iaitu melalui pinjaman.Beliau juga adakalanya terpaksa melobi.Kadangkala beliau kalah dalam membida tender tetapi ia tidak pernah dihebahkan.Kadangkala beliau tersilap langkah dan rugi,tetapi oleh kerana kedudukan kewangan beliau kukuh,maka kerugian itu dapat diatasi.Kadangkala beliau mendapat tender secara terus seperti juga peniaga lain,contohnya sebagaimana DAP memberi tender terus kepada syarikat yang dipercayai sebagai kroni mereka untuk projek tebatan banjir di Pulau Pinang. 

Pendek kata,Syed Mokhtar hanyalah seorang peniaga yang sama sahaja seperti 5 individu terkaya di Malaysia itu.Yang membezakan beliau dengan mereka hanyalah beliau berbangsa Melayu dan gemar membuat kebajikan kepada umat Islam dan rakyat Malaysia.Sikap Melayu PAS dan PKR terhadap Syed Mokhtar membuktikan bahawa merekalah Melayu haprak, yang masih belum maju pemikirannya,dibelenggu hasad dengki terhadap bangsa sendiri serta mendewa-dewakan dan sanggup menjadi hamba kepada bangsa lain.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

LAWATAN #OBAMA KE MALAYSIA !!! PM DS @NAJIBRAZAK MEMBELASAH #ANWARIBRAHIM KAW-KAW !!!

Posted: 25 Apr 2014 07:41 PM PDT


sebelum ini anwar ibrahim mengatakan kononnya PM Datuk Seri Najib menekan Presiden Amerika,Barrack Obama lepas tu tak nak jumpa Anwar Ibrahim.saya nak tanya jugak,sapa anda nak kata macam tu wahai anwar ibrahim ??? obama berhak jumpa sesiapa pun yang beliau nak.ada faham kaaa ??? jom lihat video di bawah.kita lihat apa jawapan PM




APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...