UMNO Online - “Tarikh Penamaan Calon Dan Pengundian Parlimen Belia Ditangguhkan” plus 9 more

UMNO Online - “Tarikh Penamaan Calon Dan Pengundian Parlimen Belia Ditangguhkan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Tarikh Penamaan Calon Dan Pengundian Parlimen Belia Ditangguhkan

Posted: 19 Feb 2014 03:17 AM PST

PUTRAJAYA, 19 Feb – Tarikh penamaan calon dan pengundian Parlimen Belia Malaysia (PBM) terpaksa ditangguhkan sehingga diberitahu kelak ekoran masalah teknikal pada laman sesawang PBM.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata keputusan penangguhan itu bagi mengelak berlakunya masalah yang boleh menimbulkan pertikaian terhadap kredibiliti PBM.

khairy-ketua-pemuda-mesyuarat-exco-januari-2014-pwtc

“Jangan rumah siap pahat berbunyi. Saya amat kesal dengan segala kesulitan dan masalah yang dihadapi oleh semua pendaftar PBM,” katanya dalam ucapan Sempena Majlis Penyerahan Cek Bantuan Pentadbiran kepada Pertubuhan Belia Kebangsaan, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah bagi tahun 2014 di sini hari ini.

Namun beliau amat teruja kerana banyak belia yang telah meluahkan hasrat dan berminat untuk bertanding sebagai ahli PBM dan sehingga kini sebanyak 210,000 belia berusia antara 18 hingga 40 tahun telah berdaftar sebagai pengundi.

Berdasarkan cadangan asal, penamaan calon bagi 119 kerusi PBM akan berlangsung akhir bulan ini sementara pengundian pula diadakan Mac, manakala persidangan pertama dijangka diadakan pada April.

Khairy berkata masalah timbul sejak Jumaat lepas dan kini laman itu terpaksa diturunkan ekoran timbul banyak persoalan tentang simulasi yang sepatutnya diadakan pada minggu ini.

“Kami mendapati laman web tersebut mempunyai beberapa kelemahan yang perlu diatasi sebelum pengundian dijalankan dan kami sudah menjangka akan muncul beberapa masalah teknikal,” katanya.

Kementerian sedang bertungkus-lumus untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti sewaktu proses audit dilakukan terhadap sistem pengundian baru-baru ini, katanya.

Beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab berhubung perkara berkenaan memohon maaf dan berharap mereka yang sudah berdaftar dapat bersabar sehingga masalah ini selesai.

Penyerahan cek bantuan bernilai RM10.10 juta itu disampaikan Timbalannya Datuk M. Saravanan kepada 142 buah pertubuhan belia yang terdiri daripada pertubuhan belia, Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah serta badan beruniform.

Rakyat Wajib Tolak Parti Politik Penjaja Api Perkauman dan Agama – Fairus

Posted: 19 Feb 2014 02:55 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Rakyat di negara ini perlu menolak parti politik yang menjadikan isu perkauman sebagai modal politik mereka kerana pendekatan politik perkauman seperti ini tidak boleh diterima serta tidak akan mendatangkan sebarang keharmonian dan kemakmuran bagi sebuah negara majmuk seperti Malaysia, demikian jelas bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Fairus Khairuddin.

Menurut beliau, parti  Tindakan Demokratik (DAP)  dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan dua buah parti di negara ini yang begitu aktif menjaja dan memomokkan  isu-isu sensitif yang melibatkan perkauman dan agama, dan parti seperti ini perlu ditolak sehabisnya oleh rakyat.

perhimpunan-haram-505-stadium-kelana-jaya-anwar-bantah-pru-pecah-belah-negara-harmoni

"DAP dan PKR tidak boleh nafikan perkara ini kerana jelas berdasarkan senario politik negara hari ini, ternyata kedua parti inilah yang menjadi penjaja kepada sentimen perkauman dan agama yang menjadi modal politik mereka.

"Pendekatan yang dibawa oleh kedua-dua parti ini amat-amat  merbahaya dari sudut keharmonian dan kestabilan negara kita sebagai sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum dan pelbagai penganut agama," katanya kepada UMNO Online di sini hari ini.

DAP misalnya, seringkali membangkit isu-isu perkauman yang menimbulkan keresahan antara kaum di dalam negara, bahkan sudah beberapa kali kepimpinan mereka membuat kenyataan berhubung kaum dan agama yang menyinggung perasaan kaum tertentu.

"Kenyataan pemimpin DAP di dalam ceramah-ceramah mereka, mahupun kenyataan akhbar mereka adalah lebih banyak kepada syak wasangka dan fitnah semata-mata. Malah, kenyataan kepimpinan mereka berhubung isu bangsa Melayu dan Islam telah menyemarakkan lagi  rasa tidak selesa di kalangan bangsa Melayu di negara sejak akhir ini.

lim_kit_siang_racist_dap_we_chinese_people

"Begitu juga tentang  isu kalimah Allah, di mana kepimpinan DAP jugalah yang menjadi batu api dalam cubaan mereka untuk melaga-lagakan umat Islam dan penganut Kristian demi kepentingan dan agenda politik peribadi dan kepartian mereka," ujarnya.

Begitu juga dengan PKR, di mana kepimpinan mereka seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat amat gemar memperlekehkan, menghina dan merendah-rendahkan pemimpin Melayu di hadapan bukan Melayu di dalam ceramah beliau, yang jelas merupakan satu tindakan yang boleh mencetuskan suasana yang tidak harmoni di dalam negara.

"Malah PKR sebuah parti yang menjadi penyebar fahaman pluralisme dan liberalisme juga  begitu komited berhubung isu kalimah Allah dalam mendesak kerajaan agar membenarkan penggunaannya di kalangan bukan Islam yang jelas bertentangan dengan perlembagaan pusat dan negeri.

"Sedangkan Anwar sebagai seorang yang berbangsa Melayu pastinya tahu bahawa isu ini amat-amat menyinggung perasaan majoriti umat Islam di negara ini.

"Pendekatan yang diambil oleh PKR, dengan menghina pemimpin negara dan UMNO semahu-mahunya, dengan membangkitkan isu-isu sensitif berhubung agama sehingga terjadinya kekalutan seperti kes rampasan Bible di Selangor, tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada negara," jelasnya.

Justeru itu, beliau meminta agar rakyat di negara ini menolak parti-parti politik yang membawa pendekatan perkauman dan agama sepertimana yang dilakukan oleh DAP dan PKR dalam arena politik negara.

"Tidak ada gunanya kita menyokong parti seperti ini yang bersifat perkauman yang ekstrimis serta berpolitik hanya untuk kepentingan peribadi tanpa memikiran kesan jangkasama panjang kepada rakyat di negara ini.

"Menyokong parti seperti ini boleh diibaratkan bagai menempah masa depan yang gelap dan kelam yang pastinya akan mengundang ketidakstabilan politik dan ekonomi di dalam negara yang hanya akan merugikan negara dan juga rakyat itu sendiri," tegasnya. -MediaUMNO

BN Kekal Menang Di Kerusi Parlimen Bagan Datoh

Posted: 19 Feb 2014 02:50 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen Bagan Datoh, Perak selepas Mahkamah Pilihan Raya  hari ini membenarkan bantahan awal penyandangnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen pilihan raya yang difailkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

zahid-naib-presiden-umno-transformasi-politik-demokrasi-ramai-pemilihan-pertandingan

Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim membuat keputusan itu selepas membatalkan petisyen yang difailkan calon PKR, Madhi Hassan dan pengundi Azmi Sulaiman yang memohon keputusan pilihan raya umum ke-13 itu diisytiharkan batal dan tidak sah.

Mahkamah turut mengarahkan setiap pempetisyen membayar kos sebanyak RM25,000 kepada Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri.

Dalam penghakimannya, Hasnah berkata kedua-dua pempetisyen itu tidak mempunyai fakta yang mencukupi untuk menyokong dakwaan yang mengaitkan Ahmad Zahid terlibat dalam melakukan rasuah dan menyalahi undang-undang.

Beliau berkata mahkamah mendapati kedua-dua petisyen yang difailkan itu adalah bersifat pramatang, cacat dan tidak sah.

“Ahmad Zahid masih belum dinamakan sebagai calon pada 19 April tahun lepas, ketika dakwaan rasuah itu dibuat kerana apa juga yang berlaku sebelum penamaan calon tidak boleh dikaitkan dengan pemberian rasuah,” katanya.

Hasnah berkata dakwaan Madhi bahawa Ahmad Zahid melakukan rasuah dengan memberikan wang tunai RM100 dan lima kampit beras dengan cetakan logo BN melalui seorang yang dikenali sebagai R. Supramaniam kepada seorang bernama Mustofa Saifudin yang merupakan pemilih berdaftar di kawasan itu, dilihat tidak mempunyai fakta yang mencukupi untuk menyokong dakwaan tersebut.

“Siapakah R. Supramaniam? “Adakah beliau ejen kepada responden (Ahmad Zahid). Tidak dinyatakan sama ada Supramaniam dilantik sebagai ejen untuk membuktikan dakwaan amalan rasuah itu,” katanya.

Hasnah berkata mahkamah juga menyedari bahawa Supramaniam adalah calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang, Perak.

“Adalah penting untuk menjelaskan hubungan dengan Supramaniam dan sama ada Mustofa dipengaruhi oleh rasuah itu untuk mengundinya (Ahmad Zahid),” katanya.

Hasnah berkata rasuah adalah dakwaan serius yang perlu dibuktikan melampaui keraguan munasabah.

Mengenai dakwaan Azmi bahawa Ahmad Zahid telah melantik 24,000 petugas dengan bayaran wang tunai dan pemberian beras bagi bertugas di pilihan raya Bagan Datoh, katanya pempetisyen gagal mengenal pasti petugas yang dimaksudkan dan gagal menunjukkan hubungan antara petugas itu dengan Ahmad Zahid.

Sementara itu, Madhi, yang diwakili peguam Edmund Bon ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata beliau dan Azmi akan berbincang dengan  peguam mereka sama ada untuk membuat rayuan berhubung keputusan itu dan mereka mempunyai 14 hari untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak hadir pada prosiding hari ini dan diwakili barisan peguam yang diketuai Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Pada 23 Dis tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh dua pempetisyen itu diremit semula ke Mahkamah Pilihan Raya untuk mendengar merit kes itu selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan PKR.

PKR memfailkan rayuan itu di Mahkamah Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Ipoh menolak petisyen pilihan raya itu.

Ahmad Zahid memperoleh majoriti 2,108 undi mengalahkan Madhi pada pilihan raya umum lepas.

Najib Looking Forward To Open Second Penang Bridge

Posted: 19 Feb 2014 02:45 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 19 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is looking forward to the opening of the Second Penang Bridge which is scheduled early for next month.

“Plans for the Second Penang Bridge was first unveiled in 2006. I am looking forward to opening it to the public next month,” he said in his latest tweet today.

The 24-km bridge – of which 17km is above the sea and seven kilometres over land – was designed with environmental sustainability in mind and links Batu Kawan on the mainland to Batu Maung on the island.

Once opened, it is expected to reduce congestion on the existing Penang Bridge by 25 per cent.

The RM4.5-billion bridge, a Federal government project, is the longest in Southeast Asia and is expected to be able to handle 100,000 vehicles daily.

The bridge was originally planned for completion on Nov 8 last year and to be opened to the public by the end of November, but was postponed to this year.

Sikap Waytha Salahkan PM Hanya Mainan Politik Tutup Kegagalan Diri Sendiri

Posted: 19 Feb 2014 01:39 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Feb –  Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan Pengerusi Barisan  Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P.  Waythamoorthy yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur hanya kerana tidak memenuhi tuntutan beliau, adalah biadap dan melampaui batas.

Tegas Hishammuddin lagi sikap pemimpin Hindraf itu yang cuba menyalahkan kerajaan khususnya Perdana Menteri pada hakikatnya merupakan mainan politik beliau dalam menutup sikapnya yang lebih mementingkan diri sendiri.

hishammuddin-menteri-umno-bn-pemilihan-naib-presiden

"Tindakan P. Waythamoorthy selaku Timbalan Menteri yang menuntut agar semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah kawalannya mencerminkan sikap tamak dan tidak ikhlas beliau dalam memperjuangkan nasib kaum India secara holistik, seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

"Dia perlu ingat, ramai lagi pemimpin masyarakat dan pertubuhan NGO di Malaysia yang telah memperjuangkan nasib kira-kira 2 juta kaum India di negara ini. Saya sendiri selaku Ahli Parlimen Sembrong telah banyak membantu kaum India di kawasan saya selama ini.

"Selaku Menteri Kabinet dan Naib Presiden UMNO, saya tidak dapat menerima tindakan Waythamoorthy menyerang kembali kerajaan selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri", katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan seterusnya berkata keputusan P.  Waythamoorthy memilih meletakkan jawatan setelah hanya 9 bulan di dalam pentadbiran merupakan satu perbuatan khianat yang ternyata membelakangkan semangat setiakawan dalam kerajaan.

"Beliau (P.  Waythamoorthy) sendiri tidak pernah datang berjumpa dan berbincang dengan saya dalam hal ini, apatah lagi membentangkan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan atau kebajikan kaum India.

"Ternyata, Waythamoorthy masih terpengaruh dengan corak pendekatan politik yang dilakukan oleh Hindraf iaitu melalui desakan dan tekanan. Beliau perlu memahami bahawa corak kepimpinan kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengamalkan sikap demokrasi dan toleransi tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.", ujarnya

Jelas beliau lagi peluang berada dalam kabinet kerajaan sepatutnya digunakan sebaik mungkin jika benar-benar pemimpin Hindraf itu ikhlas mahu membantu membela nasib kaum India.

"Saya yakin majoriti masyarakat India amat menghargai sumbangan Perdana Menteri dan kerajaan BN kepada mereka serta tidak akan terpengaruh dengan pemimpin berfikiran sempit seperti Waythamoorthy.

"Kerajaan BN, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab  sejak dulu lagi telah dan sentiasa berusaha membantu membela masyarakat India tanpa mengira fahaman politik mereka", katanya.

Sebagai contoh tambah beliau lagi dalam usaha membangun dan meningkatkan jumlah sekolah jenis kebangsaan tamil di negara ini, kerajaan sudah memperuntukkan RM540 juta untuk pembangunan infrastruktur Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sejak tahun 2009.

Ini juga katanya termasuk peruntukan RM100 juta setiap tahun bagi tahun 2012 dan tahun 2013.

"Kerajaan juga memperuntukkan peruntukan khas RM20 juta kepada 13 SJKT bagi tujuan pembangunan infrastruktur dan penyelengaraan bangunan pada tahun 2013", ujarnya.

Usaha Kerajaan BN Bantu Rakyat Tidak Ikut Musim

Posted: 19 Feb 2014 12:16 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Feb. – Usaha berterusan kerajaan untuk membantu rakyat dalam berdepan dengan beban kehidupan tidak pernah putus malah ia berterusan dengan kesinambungan bantuan berdasarkan kepada keperluan semasa, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping, Asmaiza Ahmad.

Ujar beliau, dalam apa jua yang berlaku tentunya Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan tetap mengutamakan rakyat sebagaimana slogan dalam Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

najib-umno-bn-kerajaan-bantuan-sumbangan-tak-bermusim-agama-bangsa-fahaman

"Apa yang dilakukan oleh kerajaan amat berbeza dengan tindakan pembangkang kerana mereka lebih banyak melakukan propaganda dan manipulasi pelbagai aspek termasuklah usaha-usaha kerajaan sedangkan dalam masa yang sama mereka sendiri tidak berbuat apa-apa selain beretorik untuk kepentingan sendiri," katanya kepada UMNO-Online.

Dalam hal ini beliau mengajak rakyat untuk melihat kembali pelbagai program, langkah dan dasar yang dibuat oleh kerajaan sebagai usaha membantu rakyat berdepan dengan kenaikan harga barang yang diakibatkan oleh penglibatan orang tengah selain bencana banjir yang melanda.

"Ketika awal tahun, bagi mereka yang mempunyai anak-anak bersekolah diberikan bantuan awal persekolahan, kemudian BR1M diberikan kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah yang rendah selain penguatkuasaan dan pemantauan macam-macam harga barang di pasar yang dibuat sendiri oleh menteri dan timbalan menteri."

Antara langkah yang telah dilaksanakan secara berterusan oleh kerajaan ialah melakukan pemantauan harga di pasaran termasuklah di pasar basah dan kering serta restoran dan dalam masa yang sama melaksanakan kempen penurunan harga barang serentak di seluruh negara selain langkah tidak menaikkan kadar tol di semua lebuh raya.

"Inilah kerajaan yang bertanggungjawab, melakukan macam-macam perkara demi kepentingan rakyat sedangkan pembangkang… apa yang mereka laksanakan untuk bantu rakyat selain hanya tahu menyalahkan kerajaan dan mencari populariti dengan melakukan provokasi dan putar-belit."

Ujar beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Padang Besar, usaha kerajaan tidak pernah terhenti malah dalam keadaan rakyat berdepan dengan pelbagai kesulitan, pemimpin BN jugalah yang akan ke hadapan untuk menghulur bantuan.

"Kita lihat, ketika banjir besar melanda negeri-negeri di Pantai Timur, pemimpin-pemimpin BNlah yang mula-mula turun padang, hulur bantuan, lakukan pemindahan, buat bancian dan kemudian menyampaikan barang-barang keperluan, begitu juga apabila banjir di Keningau, Beaufort dan Tenom yang mana tak nampak pun pemimpin-pemimpin pembangkang bagi pertolongan.

najib-umno-bn-kerajaan-bantuan-sumbangan-tak-bermusim-agama-bangsa-fahaman-bahasa

"Waktu negara berdepan ancaman musuh sebagaimana insiden di Lahad Datu pun, kerajaan tidak lepas tangan sebaliknya nasib rakyat menjadi keutamaan sedangkan pemimpin pakatan pembangkang hanya tahu menuding jari dan mencari salah untuk dijadikan sebagai bahan politik mereka."

Lebih teruk lagi katanya, sikap pemimpin pembangkang lebih cenderung kepada menyusahkan rakyat semata-mata untuk memenuhi kehendak dan memuaskan nafsu politik mereka.

"Lihat apa yang berlaku di DUN Kajang apabila rakyat terpaksa berdepan lagi dengan pilihan raya kecil hanya kerana pembangkang tunduk kepada 'boss' mereka untuk mendapat kuasa, pangkat dan kedudukan."

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Adun kawasan itu, Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan secara tiba-tiba pada 27 Januari lepas dan kemudiannya menamakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil yang bakal diadakan pada 23 Mac depan.

"Pakatan pembangkang hanya lebih kepada retorik untuk kepentingan nafsu mereka sahaja sedangkan yang benar-benar berusaha dan bertungkus-lumus memastikan kesejahteraan dan keselesaan rakyat ialah kepimpinan BN."

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat untuk menolak pakatan pembangkang dan terus memberikan sokongan kepada BN. – MediaUMNO

Financial Aid Available For Hardcore Poor Private Pre-School Pupils

Posted: 18 Feb 2014 10:23 PM PST

KUCHING, Feb 19 – Many parents are unaware of the financial aid provided by the government to subsidise the private pre-school fees of children whose parents’ income does not exceed RM500 a month, said Sarawak Welfare, Women and Family Development Minister Datuk Fatimah Abdullah.

She said pupils aged four and five who attended private pre-schools registered with the Education Ministry were eligible for the aid under a programme implemented in 2010.

The maximum amount of the aid was based on the per capita household income – RM150 for income of up to RM300 a month; RM112.50 for income of up to RM400 a month and RM75 for income of up to RM500 a month, she said.

The aid for physically challenged pupils was RM500 for household income of up to RM300 a month; RM400 for income of up to RM400 and RM300 for income of up to RM500 a month, she told a news conference yesterday.

“No aid is given to pupils whose parents’ household income exceeds RM500, and the aid is based on the actual fee but not exceeding the stipulated maximum value,” she said.

Fatimah said parents must apply for the aid through schools and the payments would be made directly to the schools.

BN Boleh Menang PRK Kajang – Abdullah

Posted: 18 Feb 2014 10:17 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 Feb -  Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah halangan besar untuk Barisan Nasional menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada pilihan raya kecil 23 Mac itu.

BN boleh memenanginya jika berjaya menjelaskan isu-isu semasa yang dibangkitkan terutama daripada pembangkang, katanya.

tun-pak-lah-abdullah-badawi-kepala-batas-penang-pulau-pinang

“Peluang itu ada kalau kita (BN) boleh menjelaskan dan memberi keterangan dengan baik kepada pengundi di sana. Jika perlu kita menghadapinya, kita perlu buat dengan baik.

“Jika kita mampu menyampaikan hujah-hujah yang baik kepada pengundi untuk meyakinkan mereka, saya percaya kita tidak akan menghadapi masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar ‘Memperingati AllahyarhamProfesor Datuk Dr Mohamed Mackeen Abdul Majid’, bekas pensyarahnya ketika diUniversiti Malaya, di sini Rabu.

Abdullah berkata, sekiranya BN gagal memberi penerangan atau tidak bersatu padu dalam melaksanakan kempen pilihan rayanya, maka peluang untuk merampas kerusi DUN Kajang itu, yang sebelum ini disandang PKR, agak sukar.

Ditanya mengenai tindakan BN yang masih belum mengumumkan calon untuk bertanding di PRK DUN Kajang itu, Abdullah berkata, terpulang kepada pimpinan tertinggi BN untuk mengumumkannya pada bila-bila masa yang mereka rasakan sesuai.

PRK DUN Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lepas.

PKR menamakan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu, sementara bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, turut menyatakan hasrat bertanding di PRK itu sebagai calon bebas.

Projek Kajang Untuk Selamatkan Kemelut Dalaman PKR Yang Makin Karam

Posted: 18 Feb 2014 08:33 PM PST

KUALA LUMPUR 19 Feb –Penganalisa Politik dan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat percaya  tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di DUN Kajang bukanlah menjurus untuk menjadi Menteri Besar Selangor semata-mata tetapi lebih kepada untuk menyelamat pentadbiran dan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui pakatan pembangkang.

"Tindakan pengosongan tiba-tiba DUN Kajang adalah tindakan drastik yang terpaksa dilakukan bagi menyelamatkan kemelut yang berlaku di Selangor, dan cara yang terbaik adalah memasukkan Anwar dalam pentadbiran negeri sebagai Adun," katanya kepada UMNO-Online di sini.

kepimpinan_selangor_khalid_azmin_musuh_rakyat_mangsa

Jelas beliau lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang adalah antara sandiwara yang dicipta oleh Anwar bagi menyelamatkan partinya dari terus dilanda masalah yang membabitkan dua nama besar PKR (Khalid Ibrahim dan Azmin Ali), sedangkan parti berkenaan akan mengadakan pemilihan pucuk kepimpinan pada tahun ini.

Tambahnya percaturan yang dilakukan oleh Anwar itu telah dirancang dengan rapi dan sebab itu DUN Kajang dipilih kerana peluang Anwar untuk menang di situ lebih berbanding dengan DUN lain yang majoritinya pengundi Melayu lebih tinggi daripada bukan Melayu.

"Permasalahan antara Menteri Besar Selangor dengan Azmin sudah diketahui umum, dan Anwar merasakan perkara itu sebagai sesuatu yang tidak sihat jika perkara itu ditangani segera kerana boleh menyebabkan berlakunya kemelut dalam antara penyokong Khalid dan Azmin.

"Dan cara yang terbaik untuk meredakan masalah itu, ialah Anwar harus berada dalam kepimpinan pentadbiran Selangor kerana ia boleh bersuara berbanding sekarang.

"Selain itu dengan kehadiran Anwar di Selangor, diharap dapat mengimbagi apa jua tindakan Menteri Besar  kerana sebelum ini apa yang dilakukan oleh pentadbiran Khalid tidak disenangi oleh rakan sekutu dalam pakatan pembangkang," ujarnya. -MediaUMNO

Politik Anwar… Asal Boleh Jual, Yang Penting Untung – Dr Noor Sulastry

Posted: 18 Feb 2014 08:20 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 Feb. – Sekali lagi, Penasihat PKR dan juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menggunakan taktik biasanya sebagai gula-gula bagi menarik perhatian khususnya dalam berdepan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Penganalisis politik tempatan, Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad menganggap tiada apa-apa yang berbeza kepada Anwar biarpun pemimpin pembangkang itu menawarkan diri untuk bertanding di Kajang.

"Rentak dan permainan politiknya masih sama sebagaimana kebiasaannya menggunakan pentas retorik dengan bezanya kali ini adalah untuk berdepan dengan masyarakat di DUN Kajang," katanya kepada UMNO-Online.

Ujar beliau, kelibat Anwar ibarat 'salesman' yang akan menggunakan apa jua cara untuk meyakinkan orang ramai bagi membeli barang yang dijualnya.

penganalisis-politik-dr-noor-sulastry-umno-bn-politik-malaysia

"Ibarat orang berniaga yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata maka akan disajikan macam-macam cerita yang belum tentu betulnya, asal saja boleh jual dan laku untuk dibeli.

"Ini bukan perkara baru kerana ke mana sahaja Anwar pergi sebelum ini pun maka cerita yang disajikan adalah perkara-perkara yang disukai oleh khalayak di tempat terbabit tanpa melihat kepada kebenaran atau ketepatan cerita yang disampaikannya," katanya.

Beliau yang juga pensyarah di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya berkata demikian dalam mengulas berkaitan Anwar yang cenderung bercakap berubah-ubah sebagaimana dalam berkempen di DUN Kajang dengan cenderung memburuk-burukkan kerajaan selain menjanjikan hal-hal yang berbeza mengikut keadaan atau tempat yang dikunjunginya.

Antara lain, Anwar dilaporkan memberi ucapan dalam sebuah gereja di Kajang yang dikatakan mengulas pelbagai isu termasuklah penggunaan kalimah Allah yang disifatkan sebagai isu UMNO dan tetap dengan pendirian semua pihak boleh menggunakan kalimah berkenaan.

"Ini adalah cara beliau berpolitik yang akan menjanjikan apa-apa sahaja yang disenangi oleh khalayaknya di situ untuk menunjukkan kononnya dia prihatin dan sebagai 'peniaga', dia akan menjual dirinya kepada sesiapa sahaja agar rakyat yang dianggap pelanggan akan tertarik dan akhirnya 'membeli' pada hari mengundi kelak."

Tambah beliau lagi, apabila Anwar Ibrahim membuat kenyataan yang negatif berkaitan sesuatu isu yang kemudiannnya disiarkan dalam media bercetak dengan implikasi negatif yang tidak disenangi rakyat maka tuduhan juga dilemparkan kepada BN/UMNO kononnya melakukan manipulasi.

"Apa lagi yang nak dilakukan oleh beliau kerana sebagai ahli politik pembangkang beliau mempunyai masa yang sangat banyak dan bercerita macam-macam perkara tanpa peduli sama ada cerita terbabit benar atau tidak. Ini amat berbeza dengan pemimpin BN yang menjawat menteri kabinet, mempunyai tanggungjawab yang besar kepada rakyat dan tidak akan sesekali bercakap atau berjanji sesuatu yang tidak pasti."

Dalam hal tersebut, beliau menyorot kembali pelbagai perkara yang berkait dengan Anwar sehinggakan membawa nama negara ke peringkat antarabangsa untuk diburukkan.

Antaranya apabila beliau berkunjung ke Turki pada awal tahun 2012, media turut melaporkan Anwar telah menafikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi selain tidak ada satu pun media yang ada di negara ini bebas untuk beroperasi serta mendakwa bahawa dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu adalah kerana mengkritik kepimpinan Perdana Menteri ketika itu.

Dalam situasi yang lain pula Anwar pernah mempropagandakan Malaysia sebagai sebuah negara yang negatif dan tidak selamat, kemudian mengeji pakaian batik Malaysia ketika berada di Indonesia sedangkan ia tidak sewajarnya dipolitikkan.

Lebih dari itu, Anwar Ibrahim turut dilapor pernah mengeluarkan kenyataan dalam temuramah dengan The Wall Street Journal (WSJ) dengan menyatakan komitmennya untuk melindungi negara Israel.

"Sememangnya dia suka menarik perhatian semua pihak khususnya pihak luar agar mereka campurtangan dalam politik tempatan sedangkan realitinya semua pihak termasuklah masyarakat antarabangsa sedar bahawa Anwar lebih bertumpu kepada pangkat dan kuasa, maka kerana itu jugalah beliau memilih UMNO sebelumnya."

Sehubungan itu, beliau melahirkan keyakinan bahawa rakyat juga turut tidak endah dengan pelbagai gelagat Anwar hari ini yang mula berkempen di Kajang biarpun belum sampai waktunya.

"Tak ada apa-apa tentang Anwar, tak ada perkara baru dan semuanya hanya biasa-biasanya sahaja. Dia masih sama biarpun beralih ke Kajang," tegasnya lagi. – MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...