BADUT RAKYAT |
- #PRKKAJANG !!! #ISLAM VS #KRISTIAN !!! APA MASALAH #ANWARIBRAHIM NI ???
- KANTOI !!! KETUA PEMUDA #PAS #KELANTAN KENA BELASAH KAW-KAW !!!
- #PRKKAJANG !!! ISLAM MUNDUR DI #KAJANG KERANA #ANWARIBRAHIM ??? WAJIB BACA !!!
- PESAWAT TERHEMPAS !!! TERBUKTI !!! TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG #PAS BUAT #FITNAH !!!
- #PRKKAJANG !!! KANTOI !!! PENGANUT #KRISTIAN MAKI #ANWARIBRAHIM KAW-KAW KERANA MASUK #GEREJA !!!
- #PRKKAJANG !!! APA KATA #BN TAKYAH BERTANDING !!! NAK TAU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!
#PRKKAJANG !!! #ISLAM VS #KRISTIAN !!! APA MASALAH #ANWARIBRAHIM NI ??? Posted: 19 Feb 2014 07:00 AM PST Telah banyak diperkatakan mengenai kempen Anwar di PRK Kajang yang menyentuh isu kalimah 'Allah' dalam ceramah-ceramahnya.Seperti biasa,Anwar membawa hujah yang berbeza berdasarkan kaum yang hadir dalam ceramah berkenaan.Di dalam sebuah gereja Holy Family di Kajang,Anwar memberitahu penganut Kristian bahawa 'Allah' adalah nama Tuhan universal dan sekali gus bermaksud tiada salahnya bagi sesiapa dan agama mana pun untuk menggunakan nama yang sama bagi merujuk kepada Tuhan mereka.Namun,di dalam ceramahnya di hadapan orang-orang Melayu di Batu 10 Jalan Cheras Kajang,Anwar menyatakan 'tidak mungkin pihaknya akan membiarkan agama lain menggunakan nama 'Allah' sewenang-wenangnya'.sayaa tidak terkejut dengan isi kandungan ceramah Anwar yang bertentangan kerana beliau sudah mendapat 'pengiktirafan' di peringkat antarabangsa sebagai tokoh sesumpah atau talam yang bermuka-muka.Seluruh dunia tahu bahawa Anwar boleh menyokong zionis dan berdiri di belakang Yusuf Qardawi dalam masa yang sama. Anwar boleh menjadi pemimpin Islam yang warak dan membela LGBT dalam masa yang sama juga.Justeru,saya tidak hairan jika Anwar boleh mempertahankan kalimah Allah dan menggadaikannya dalam masa yang sama.Apa yang pasti ialah Anwar boleh berkata apa saja kerana beliau belum lagi menang pilihanraya.Anwar boleh berjanji akan menghapuskan hak istimewa bumiputera di hadapan orang-orang Cina tetapi berjanji akan mempertahankannya di hadapan orang- orang Melayu pada masa yang sama kerana beliau belum lagi mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa.Bagaimanapun,kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan yang Anwar akan menang dalam PRK Kajang lalu menjadi Menteri Besar Selangor dan mempunyai kuasa untuk berbuat sesuatu.Oleh itu,dengan kenyataan Anwar yang bertentangan,berbeza,berbelit-belit atau samar mengenai isu kalimah Allah,bagaimanakah caranya untuk kita tahu apakah pendirian Anwar sebenarnya ??? Perlu diingatkan,bahawa sekiranya beliau benar-benar berjaya menjadi Menteri Besar,Anwar tidak mungkin akan dapat meneruskan hujah bertentangan,berbeza,berbelit dan samar mengenai isu ini.Mahu tidak mahu, lambat laun,Anwar perlu membuat keputusan sama ada untuk bertegas agar pihak Kristian akur dengan perintah mahkamah atau agar pihak Islam meredhokan penggunaan nama Allah oleh Kristian.Anwar tidak boleh terus-terusan bersikap talam dua muka sekiranya beliau benar-benar berkuasa.Anwar perlu menunjukkan warna sebenarnya iaitu sama ada beliau seorang liberalis-pluralis atau Islamis-moderat.Apa yang pasti,Islamis-moderat tidak mungkin dapat menerima idea-idea liberalis- pluralis dan begitu juga sebaliknya.Jika Anwar memilih untuk membawa imej liberalis-pluralis maka Anwar perlu memihak kepada Kristian dan membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah.Jika Anwar memilih untuk menonjolkan imej Islam-moderat, maka beliau perlu mempertahankan kalimah tersebut dari disalahgunakan sebagai alat untuk menyebar agama Kristian.Sehingga kini,nampaknya penganut Kristian dan masyarakat bukan Islam, terutamanya kaum Cina begitu yakin yang Anwar menyebelahi mereka. Rata-rata media pro- Kristian memuji-muji Anwar.Masyarakat Cina juga,melalui DAP,memberi 'kelulusan' kepada Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor.Anwar diangkat mereka sebagai harapan ke arah perpaduan yang mampu membawa keadilan dari segi menyama- ratakan semua agama di Malaysia.Mereka yakin Anwar akan menyelesaikan isu kalimah 'Allah' dengan membenarkan penggunaannya oleh Kristian.Sebaliknya,penyokong Anwar di kalangan orang-orang Islam pula yakin yang Anwar tidak akan menggadaikan nama 'Allah' dan bahawa tuduhan tersebut hanyalah mainan politik UMNO.Mereka tidak percaya yang Anwar menyatakan apa yang dikatanya di dalam gereja dan kononnya kenyataan Anwar telah diputarbelitkan oleh UMNO.Mereka yakin yang Anwar akan menyelesaikan isu kalimah 'Allah' dengan mempertahankannya dari digunapakai oleh Kristian. Kedua-dua pihak Kristian dan Islam sama-sama mempercayai Anwar sedangkan Anwar tidak mungkin mempersetujui kedua-dua pihak yang bertentangan. Isu kalimah Allah dalam Islam VS Kristian merupakan satu-satunya isu yang tidak ada jalan tengah bagi membolehkan mana-mana politikus mengambil jalan selamat.Anwar tidak boleh tidak,perlu berpihak, dan akhirnya akan terpaksa mengakui yang beliau hanya menipu pihak yang satu lagi.Soalnya,pihak manakah yang tertipu di sini ??? Islam atau Kristian ??? Jawapannya hanya mampu diperolehi setelah Anwar berkuasa dan pada waktu itu,siapa pun yang tertipu akan mendapati bahawa mereka sudah terlambat untuk menghalang Anwar. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! KETUA PEMUDA #PAS #KELANTAN KENA BELASAH KAW-KAW !!! Posted: 19 Feb 2014 04:00 AM PST tu diaaa.sebelum ini saya berikan sikit gambaran,kali ini saya berikan komen untuk anda.lihat komen dari pengikut PAS sendiri.Inilah akibat apabila parti yang menerima masuk pelbagai jenis puak dalam parti seperti Syiah,khawarij dan sebagai nya.Jadi saya tak hairan jika ada setengah pemimpin dalam parti itu dengan gah menghukum pemerintah kafir mutlak kerana itu memang amalan mereka dari dulu lagi.kepada pemimpin PAS,tolong kembali ke jalan asal APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
#PRKKAJANG !!! ISLAM MUNDUR DI #KAJANG KERANA #ANWARIBRAHIM ??? WAJIB BACA !!! Posted: 19 Feb 2014 12:30 AM PST Nampak sangat seperti terdesak,apabila Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan isu Islam sebagai modal untuk menarik simpati para pengundi.Dia yang berkata demikian ketika program kempennya mengatakan ingin mengembangkan agama Islam sekiranya berjaya memenangi kerusi Dun Kajang.Dia turut mengatakan,ia kerana majoriti penduduk Kajang berbangsa Melayu dan beragama Islam iaitu seramai 48 peratus,manakala 41 peratus kaum Cina dan selebihnya orang India.Persoalannya ialah,apakah selama ini ajaran Islam tidak berkembang di Selangor khususnya Kajang ??? Apakah hanya dengan kemenangan Anwar sahaja,ajaran Islam akan berkembang ??? Mungkin Anwar merasakan selama ini semua penduduk Islam di Kajang terutama tokoh dan ilmuwan Islam GAGAL memainkan peranan yang sewajarnya sehingga memaksanya untuk mengambil alih peranan tersebut.Sekiranya ia ingin dijadikan sebagai hujah,bagaimana pula dengan tempat-tempat yang TIDAK ditandingi oleh Anwar ??? Dan sekiranya populasi penduduk di jadikan sebagai kayu pengukur,bagaimana pula dengan kawasan yang mempunyai populasi Islam melebihi 60 peratus atau di bawah 40 peratus ??? Sebagai seorang yang beragama Islam,kita dituntut untuk sentiasa bersangka baik terhadap niat seseorang.Mungkin Anwar memang betul-betul ikhlas dengan kenyataan tersebut.Namun bagaimana pula dengan kenyataan Anwar sebelum ini yang dilihat begitu cenderung menyokong ideologi pluralisme ??? Bukankah pendirian dan fahaman yang mengatakan semua agama itu sama, amat bertentangan dengan ajaran Islam ??? Sebagai contoh,Anwar ketika menyampaikan ucapan di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 pernah menyatakan sokongan terhadap fahaman tersebut. Di dalam ucapan tersebut antara lainnya mengakui fahaman The Transcendent Unity of Religions melalui konsep universal sufism (satu kebenaran banyak jalan),KONSEP KESAMARATAAN AGAMA,menafikan konsep benar dan sesat,terpengaruh dengan faham Falsafah Abadi (Perennial Wisdom) serta Kesatuan Metafizik (Metaphysical Unity). "Today,freedom of religion without which there can be no religious pluralism,is an entrenched constitutional liberty in the established democracies.As such,favouring one religion over another or granting it a position at the expense of others may be considered as being against the spirit of religious pluralism.Yet this still happens even in certain established democracies in Europe while in the Middle East and in Southeast Asia this ambivalence has been virtually taken for granted until recently". (LSE London, Mac 2011) Selepas itu,Institut Kajian Dasar (IKD) yang merupakan sebuah badan pemikir kepada Anwar juga banyak menerbitkan buku-buku yang dianggap 'bahaya' kerana sering mempromosikan fahaman Liberal-Pluralisme. Kesimpulannya ialah,Anwar sedar rakyat khususnya pengundi di Kajang telah mula muak dan jijik dengan semua pembohongan yang di lakukan sebelum ini.Tambahan pula pilihan raya kecil Kajang ini bukannya untuk memperjuangkan isu rakyat,tetapi lebih kepada untuk memenuhi nafsu politik Anwar untuk menjadi Menteri Besar di Selangor. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
PESAWAT TERHEMPAS !!! TERBUKTI !!! TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG #PAS BUAT #FITNAH !!! Posted: 18 Feb 2014 09:00 PM PST Ramai yang panik seketika apabila dimaklumkan mengenai berita kononnya sebuah pesawat Air Asia AK5110 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur telah terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.Ada di kalangan masyarakat yang segera membuka televisyen untuk melihat laporan berita mengenainya dan ada yang menghubungi rakan-rakan untuk kepastian.Malah ada juga yang mula sedih dan risau,kerana khuatir sekiranya ia melibatkan keluarga atau saudara terdekat yang secara kebetulan mungkin menggunakan pesawat yang sama untuk ke Kuala Lumpur.Namun apabila diperiksa dengan pihak Perhubungan Korporat Air Asia,ternyata berita mengenainya adalah FITNAH dan PALSU.Tambah mengejutkan apabila ia disebarkan oleh wakil rakyat dari parti yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam. Berita mengenainya mula disebarkan oleh Timbalan Setiausaha Agung Pas,Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi melalui laman twitternya yang kemudiannya turut disebarkan oleh para pengikutnya di laman sosial tersebut.Dia yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 111.55 malam itu mengatakan,'Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality.Ya Rabb'.Paling menarik,Naib Presiden PKR,Nurul Izzah turut bertanggungjawab menyebarkan berita FITNAH dan PALSU itu.Menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu Nurul segera memadamkan tweet tersebut dan menyatakan maaf secara terbuka kerana tidak memeriksa kesahihan berita tersebut.Namun apa yang dikesalkan ialah,sehingga artikel ini ditulis tiada sebarang kenyataan maaf dari Adun Pas itu. Seolah-olah dia langsung tidak merasa bersalah atau bertanggungjawab atau penyebaran berita FITNAH dan PALSU itu.Ini kerana sekiranya laporan FITNAH dan PALSU ini tidak mencetuskan kekecohan ia mungkin tidak perlu dipersoalkan.Namun apabila ia disebarkan oleh mereka yang mempunyai jawatan tinggi dalam parti politik yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam ia perlu dipandang serius.Ia bagi mengelakkan pandangan negatif masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam.Paling mengecewakan apabila,ini bukanlah kali pertama Syed Azman menyebarkan fitnah dan berita palsu. Pada 16 Mei tahun lepas,dia turut dilaporkan pernah menyebarkan satu berita palsu mengenai kenaikan harga barang yang akhirnya terbukti ia tidak berlaku.Malah Adun Batu Burok turut dikatakan menyebarkan dakyah mengenai kenaikan harga gas memasak selepas Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-13 tahun lepas. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
#PRKKAJANG !!! KANTOI !!! PENGANUT #KRISTIAN MAKI #ANWARIBRAHIM KAW-KAW KERANA MASUK #GEREJA !!! Posted: 18 Feb 2014 06:00 PM PST kempen Anwar bagi Pilihanraya Kecil DUN Kajang diteruskan lagi dari sehari ke sehari.kelmarin,Gereja Holy Family,Kajang pula menjadi medan politik Anwar bagi menarik sokongan pengundi terutama dari penganut agama Kristian kerana masjid pun dah tak boleh dijadikan medan politik kerana cerita pasal politik tak boleh masuk masjid. selepas kejadian tersebut rakyat mengamuk kerana tidak senang apabila 'pemimpin bangsat' ini menjadikan rumah-rumah ibadat seperti gereja sebagai medan berpolitik.Seperti mana juga kita sebagai umat Islam yang tidak mahu rumah Allah,masjid dan surau dicemarkan dengan kempen politik,begitu juga sebilangan penganut agama Kristian di Malaysia ini yang tidak senang dengan kehadiran Anwar di salah sebuah gereja di Kajang demi untuk mendapatkan undi dari mereka. KLIK UNTUK BESARKAN Rumah ibadat adalah untuk beribadat dan bukannya tempat untuk berpolitik dan memecahbelahkan keharmonian sesama masyarakat.Itulah yang dikatakan oleh salah seorang penganut agama Kristian yang tidak senang apabila tempat suci mereka digunakan oleh orang luar untuk berpolitik.Ini bukan soal siapa Anwar.Sedangkan kita tahu yang Anwar memang mengamalkan pluralisme agama dan turut mengaitkan isu kalimah Allah dalam ceramah politiknya di gereja agar api kemarahan penganut Kristian marak dan menentang kerajaan sedia ada.Ini memang kelebihan Anwar dalam berceramah.Menjadi batu api supaya beliau lebih senang untuk menjadi Perdana Menteri.Penganut agama Kristian bukanlah 100% menyokong Anwar.Jadi tidak perlu lagi timbul isu perkauman dan perbalahan antara agama.Kita harus menjadi satu titik persamaan dan persefahaman semula agar rakyat Malaysia yang majmuk ini dapat bersama-sama menolak Anwar. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
#PRKKAJANG !!! APA KATA #BN TAKYAH BERTANDING !!! NAK TAU KENAPA ??? WAJIB BACA !!! Posted: 18 Feb 2014 04:00 PM PST Pilihanraya Kecil Kajang yang bakal berlangsung bolehlah dianggap sebagai simbol kegagalan PR menterjemah demokrasi.PRK 'yang tidak perlu' itu membuktikan bahawa PR adalah sebuah parti yang tidak bertanggungjawab dan sanggup membelakangkan pilihan rakyat bagi memenuhi percaturan politik peribadi seorang pemimpin tertinggi.Pilihanraya,tidak kira kecil atau besar,bukanlah satu perjudian atau permainan untuk merebut kuasa.Pilihanraya adalah platform bagi membolehkan pentadbiran dijalankan dengan sempurna untuk kesejahteraan rakyat.Tindakan ADUN Kajang meletak jawatan tanpa sebab konkrit,semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim mengatur langkah politik,secara langsung menjadikan segala slogan perjuangan PR berkenaan demokrasi,integriti,ketelusan dan kepertanggungjawaban tidak ada erti sama sekali. PR kini tidak layak lagi bercakap mengenai nilai murni mahupun moral dalam sesebuah pentadbiran kerajaan.Berdasarkan hakikat ini,Barisan Nasional punya pilihan untuk turut bermain permainan yang dimulakan oleh PR atau hanya menjadi pemerhati.Namun,sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab,adalah lebih baik jika BN menjauhkan diri dan mengelak dari turut sama mempermainkan rakyat.Antara yang dikatakan akan bertanding di Kajang ialah S Nallakaruppan di bawah tiket MIUP iaitu sebuah parti mesra BN,Yuktes Vijay iaitu bekas pembantu peguam Anwar Ibrahim dan juga seorang calon dari MCA memandangkan Kajang merupakan kawasan 'tradisi' parti itu.Selain itu,Zaid Ibrahim juga dikhabarkan akan turut bertanding.Yuktes dan Nalla diketahui sebagai 'menyimpan' berbagai rekod buruk mengenai Anwar.Pencalonan mereka pasti akan mendedahkan lebih banyak kisah-kisah hitam Anwar yang mungkin masih ada yang belum tahu. Walaubagaimanapun,adalah tidak adil kepada rakyat Kajang jika PRK itu dijadikan pentas untuk Anwar bersilat menepis serangan terhadapnya.Lagipun,kita tahu bahawa sememangnya inilah yang Anwar inginkan iaitu untuk membuat persembahan pencak silat di atas pentas,mencari publisiti,menonjolkan diri dan meraih simpati.Dalam kita melayan karenah Anwar,kita tidak harus tersasar dari objektif sesebuah PRK.Perlu diingatkan bahawa PRK bukanlah berkenaan dengan individu, tetapi berkenaan rakyat.Yang diperjudikan di sini bukan nasib Anwar, tetapi nasib penduduk Kajang.Sedangkan Permatang Pauh juga Anwar tidak dapat memberi masa,sehinggakan terjadinya kes penemuan daging khinzir di masjid berhampiran kawasannya pun Anwar tidak mampu memberi sebarang komen,apatah lagi memulihkan ketegangan di dalam masyarakat setempat.Maka,apakah masyarakat di Kajang masih boleh mengharapkan beliau untuk memberi khidmat bakti ??? Senarai calon-calon yang dikatakan akan bertanding mengukuhkan lagi pendapat bahawa PRK ini adalah mengarut sama sekali kerana jelas ia merupakan satu pertandingan yang berkisar mengenai Anwar Ibrahim semata-mata,sementara Zaid Ibrahim menempek di belakang menumpang publisiti murahan.Jika BN turut sama 'bermain masak-masak' dengan mereka ini,maka dibimbangi lebih banyak wang rakyat yang akan dibazirkan.Untuk PRK Kajang,SPR dijangka menggunakan dana sehingga RM1.5 juta.Itu belum lagi dikira perbelanjaan untuk mengawal keadaan oleh PDRM.Sekiranya BN bertanding,maka dikhuatiri,parti akan perlu mengumumkan beberapa peruntukan baru di samping program-program kemasyaratakan bagi memenuhi aktiviti kempen.Semua ini pasti memakan belanja yang banyak.Justeru,adalah lebih baik jika BN tidak bertanding dan membiarkan sahaja Anwar dan bekas-bekas kuncunya serta bekas sahabatnya bertanding sesama sendiri.Biarkan Anwar berhempas pulas membela diri sehingga menggadai maruah agama dan bangsa demi publisiti.BN tidak perlu merendahkah diri ke tahap PR dengan terlibat dalam pertandingan yang membazir dan mengarut ini.Kukuhkan imej BN di mata rakyat sebagai parti yang bertanggungjawab,matang dan serius dalam menghulurkan khidmat.ini adalah pandangan saya,terpulang kepada pemimpin atasan untuk memikirkan mana yang baik dan mana yang buruk APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment