Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Cabaran Mahfuz BIKIN Pas Kedah Boleh Bunuh Diri!

Posted: 19 Feb 2014 05:12 AM PST


Nampaknya pepecahan dalam unit media Pas semakin kritikal. Semuanya berpunca apabila Mahfuz Omar mencabar Kerajaan negeri Kedah yang ditadbir oleh Dato Seri Mukhriz membuat laporan polis/sprm mengenai salahlaku atau penyelewengan kerajaan negeri Pas terdahulu.

Mahfuz mencabar, apabila MB Kedah DS Mukhriz membuat kenyataan mahu mendedahkan segala pekung busuk Pas ketika menjadi kerajaan terdahulu.

Paling menarik, berita Mahfuz mencabar kerajaan negeri keluar pagi, tapi petangnya bekas SETPOL MB iaitu Sanusi dan Ketua Unit Penerangan Pas Kedah telah disaman oleh seorang individu kerana mendakwa kedua-dua mereka ini berniat jahat keatasnya.

Selepas itu, Pemuda UMNO Kedah yang diketuai oleh Dato Shaiful telah menghantar memorandum kepada SPRM, supaya SPRM mempercepatkan siasatan terperinci keatas kes Papua New Guinea yang melibatkan kerajaan negeri Pas terdahulu rugi hingga RM13 juta.

Pelaburan jutaan ringgit kerajaan negeri Pas lakukan, tanpa merujuk kepada pihak kementerian, malah mendatangkan sangsi dan paling tak masuk akal apabila projek PNG tu belum jalan tapi duit dah keluar!

Apakah projek tu merupakan salah satu cara kerajaan negeri Pas Kedah nak sapu duit? Atau kerajaan negeri Pas Kedah ketika itu memang bodoh dan sombong hingga taknak rujuk pada kementerian menyebabkan duit rakyat Kedah dirugikan berbelas juta ringgit.

Berbelas juta ringgit tu, bayangkan berapa luas kawasan balak yang Pas tebang untuk cover balik kerugian tersebut. Jika diselia dengan betul, berapa puluh ribu rumah kos rendah dapat dibina di Kedah untuk membantu rakyat susah yang tidak mempunyai rumah.

Tapi itulah Pas, dia punya salah tak nampak. Kalau kita, bagi dia nak kentot pun salah!

Disebabkan itu ramai unit media Pas dan kelompak kerajaan negeri Pas yang lama, marahkan Mahfuz kerana mencabar Kerajaan negeri sekarang.

Mahfuz memang la tak kena apa-apa, sebab dia tak terbabit dengan kerajaan negeri. Tetapi bagi bekas Exco, bekas SetPol dan bekas-bekas yang pernah pegang jawatan besar dan kerajaan negeri, cabaran Mahfuz tu umpama nak bunuh depa! he he he..

Soo.. sekarang ni Mahfuz dikecam hebat oleh golongan ini, malah ada yang menganggap Mahfuz ni mereng kerana cuba cabar kerajaan yang mempunyai kuasa!

Kononnya depa nak tunjuk terer hingga cabar kerajaan, akhirnya depa sendiri yang berselerak bila kerajaan dah mula ambil tindakan! he he he..

P/s: Kesian Pas.. disebabkan kebodohan Mahfuz, yang lain jadi mangsa..

McTheory:
Last sekali.. pakat dok bergaduh sesama sendiri.. hahaha

INFO! Tubuhkan Suruhanjaya Menangani Ajaran Sesat!

Posted: 19 Feb 2014 01:12 AM PST


Ajaran sesat makin lama makin melampau hidupnya. Siap ada yang mengaku dia nabi pun ada. Tak terkejut kalau ada yang sanggup biar tubuh diratah dek kerana ajaran sesat. Mc bersetuju dengan apa yang UFB sarankan.



Bahaya Ajaran Sesat di Malaysia.

Ciri-Ciri Utama Ajaran Sesat


  • Mempercayai orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya
  • Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya.
  • Mengagung-agungkan keturunan Yahudi
  • Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi
  • Mengakui Dirinya Memiliki Barang-barang Peninggalan Rasulullah s.a.w.
  • Mempercayai Semua Ajaran Adalah Sama.
  • Mengaku Dirinya Sebagai Wali Atau Mempunyai Keramat.
  • Meninggalkan Sembahyang Jumaat Kerana Bersuluk.

Suatu ancaman besar kepada agama dan umat Islam di Malaysia masa kini ialah penyebaran ajaran-ajaran sesat dikalangan umat Islam yang terus berjalan dari masa ke semasa. Ajaran-ajaran ini dapat bertapak apabila saja ianya diperkenalkan.

Sehingga kini hampir seluruh pelusuk rantau negara ini diresapi oleh berbagai-bagai bentuk ajaran sesat, yang datang dari berbagai-bagai tempat. Sebilangan daripada ajaran-ajaran tersebut terang-terang boleh mengheret pengikutnya keluar dari akidah dan syariah agama Islam tetapi tidak disedari oleh pengikutnya putus hubungan dengan saudara-saudara Islamnya yang lain di dalam masyarakat.

Ada pula ajaran-ajaran di mana pengikutnya sanggup keluar dari agama Islam kerana mempercayai bahawa ajaran itu betul, dan pula yang sanggup menceraikan isteri, meninggalkan rumahtangga dan seterusnya melakukan kekejaman ke atas orang lain dan kadang-kadang melakukan pembunuhan.

Keadaan-keadaan beginilah yang benar-benar mengancam agama dan keselamatan umat Islam di negara ini dan amat sukar diatasi sekiranya tindakan yang betul-betul berkesan tidak diambil dengan segera.

Latar Belakang

Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukanlah suatu perkara baru tapi ianya telah bermula sejak sebelum wafat Nabi Muhammad s.aw di mana telah lahir beberapa orang mendakwa dirinya sebagai Nabi selepas Rasulullah s.a.w. dan menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islam pada masa itu seperti Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asad dan al-Aswad al-Anusi di Yaman.


Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang muncul dari semasa ke semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapat dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran asal seperti tragedy Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai 912 orang telah sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan Jim Jones.


Di kalangan umat Islam Malaysia ajaran-ajaran sesat yang telah dikesan dan dipercayai paling lama usianya ialah ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang. Setelah Haji Ahmad Matahari meninggal ajaran ini dipimpin oleh anaknya dan setelah meninggal ia telah dipimpin oleh cucunya dan setelah cucunya juga meninggal maka ia telah dipimpin oleh orang-orang kanannya hingga ajaran ini merebak ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Takrif Ajaran Sesat


Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya berdasarkan kepada ajaran Islam, tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

Bentuk-bentuk Ajaran Sesat

Pada masa ini terdapat beberapa jenis ajaran sesat yang dapat dibahagikan kepada tiga bentuk utama iaitu:


Bentuk Ajaran


Ajaran ini biasanya lahir melalui ajaran-ajaran yang direka atau dicipta oleh seorang guru atau penganjur ajaran sesat yang menggunakan berbagai-bagai nama atau pengamalan tertentu.

Bentuk Tarikat


Melalui bentuk tarikat ini biasanya mereka menggunakan nama-nama tarikat yang masyhur di kalangan umat Islam kerana tarikat ini telah pun diamalkan oleh ulama-ulama yang mana mereka ini mengamalkan amalan-amalan tarikat ini dengan berpandukan kepada al-Quran dan sunnah. Dengan ini meraka menggunakan nama-nama tarikat ini seperti Ahmadiah, Naqsyabandiah Sazaliah, Samaniah, Qadariah, Muffaridiah dan berbagai-berbagai lagi. Kadang-kadang nama-nama tarikat ini diciptakan mengikut ajaran tarikat ini.

Walaupun terdapat nama-nama yang bersamaan antara tarikat-tarikat yang direka dengan tarikat asal tetapi ternyata daripada ajaran-ajaran yang diamalkan oleh mereka dan konsep yang terdapat dalam ajaran tarikat itu terdapat unsur-unsur ataupun bahan-bahan yang boleh membawa penyelewengan akidah Islamiah dan boleh membawa pengikut-pengikutnya terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubungan dengan amalan mistik dan kultus.
Bentuk kepercayaan ini telah menjadi satu perkara lumrah dikalangan orang-orang Melayu Islam di negara ini kerana ianya bersifat:

a. Pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat.
b. Pemujaan kepada orang-orang yang dianggap wali dan mempunyai kelebihan.
c. Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan seni mempertahankan diri dan sebagainya.
d. Kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan daripada mimpi-mimpi atau orang-orang halus (bunian ataupun sampingan) melalui amalan cara menurun dan sebagainya.

Jika dilihat daripada bentuk-bentuk yang disebutkan di atas adalah menunjukkan bahawa orang-orang Islam di negara ini masih mencampuradukkan di antara pola-pola kepercayaan tradisi mereka dengan unsur-unsur agama Islam dan sekiranya pola-pola yang sedemikian tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan umat Islam pada hari ini, maka krisis akidah umat Islam makin meruncingkan.


Sumber Keris7Lok

HOT! Bila Mukhriz Mahathir di Suruh Jadi TUHAN? #HanyaDiKedah

Posted: 18 Feb 2014 09:18 PM PST


Puak PR ni memang pelik. Dulu puak Pas mengaku boleh ambil alih kerja tuhan dengan tentukan surga dan neraka seseorang. Tapi bab bencana macam kemarau ni, depa tak pulak boleh jadi tuhan dengan turunkan hujan. Depa LANTIK pula UMNO/BN buat kerja tuhan!!

Sahih puak ni tak cukup wayar kat otak depa, atau memang dah jadi 3 suku kot?

Baca apa yang Mc ambil dari blog Medan Tempur


Susah betui nak explain kat puak pakatan ni.. bila kata bodoh marah, nak kata cerdik tak brapa cerdik. Tapi itulah gambarannya.

Bencana alam seperti kemarau dan banjir pun disalahnya BN..Apa yang terjadi dimuka bumi ini semuanya salah BN..

Dasyat sungguh BN kan? Boleh ambil alih kerja tuhan..

Baru baru ni masa aku letak gambar YAB MB Kedah turun Padang di Daerah Kuala Muda pun ada manusia totok hijau masuk komen kata

"suruh Mukhriz mai melawat tempat kami, dah lama tak hujan, nak menoreh pun tak boleh, suruh MB buat sesuatu.."

Maaf cakaplah, aku bukan nak hina, tapi tak masuk akal lah.Takkan sebab tak hujan pun nak disalahnya BN?

Seeloknya berdoalah agar Allah menurunkan hujan dibumi kita..jangan buat doa pecah perut sudah.


McTheory:
Awat orang Pas tak mintak kat Nik Aziz haa?

HOT! Tun Mahathir TAKUT Dengan Anwar Ibrahim?

Posted: 18 Feb 2014 06:12 PM PST


Pertarungan politik Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya tidak pernah berakhir.

Walaupun, kalangan pemimpin UMNO tahu Anwar anak emas Mahathir satu ketika dahulu tetapi mantan Perdana Menteri itu tetap mengecam Anwar tatas krinsip yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul.

Beliau yang banyak tahu pasal Anwar ibarat hanya jauhari mengenal manikam.

Justeru itu, ketika membalas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang mengatakan Dr Mahathir takut sekiranya beliau menjadi menteri besar Selangor, mantan Perdana Menteri itu mengakuinya.

Dr Mahathir berkata, beliau memang "takut" sekiranya Anwar menjadi menteri besar kerana orang ramai tidak akan berasa selamat sekiranya Anwar menjadi pemimpin kerana perlakuan beliau yang didakwa "tidak bermoral".

"Tentulah saya takut (Anwar jadi MB) kerana orang akan rasa tak selamat bila dia ada di sekitar.

"Tengok apa jadi kepada kakitangan beliau," kata Mahathir sinis.

Beliau dipercayai merujuk kepada kes membabitkan Anwar dan beberapa pembantunya termasuk Saiful Bukharin Azlan yang mendakwa diliwat pada 2008.

Menurut Dr Mahathir, Anwar bukan sahaja tidak layak menjadi menteri besar malah perdana menteri sekalipun.

Katanya, Anwar hanya menubuhkan parti sema-mata untuk jawatan itu bukan untuk perjuangkan bangsa, agama atau apa-apa.

"Beliau masuk UMNO dulu pun hanya untuk jadi PM," katanya dalam sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, Selasa.

Dr Mahathir sekali lagi menegaskan, bahawa Barisan Nasional (BN) perlu bertanding menentang Anwar sama ada diwakili UMNO, MCA, MIC, atau Gerakan pada pilihanraya kecil DUN Kajang 23 Mac depan.

Beliau turut mengalu-alukan calon bebas seperti bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan penyanyi dangdut Herman Tino "layak" bertanding atas semangat demokrasi.

"Bekas menteri dan orang seperti Herman Tino semua layak bertanding kalau ikut sistem kita. Mereka mungkin hilang deposit tapi tak apalah," kata beliau.

Kelmarin, Dr Mahathir memberi amaran jika mahukan kerajaan yang pro Amerika Syarikat, rakyat atau boleh mengundi Anwar.

Anwar dan Dr Mahathir pernah bersama-sama memimpin kerajaan dan UMNO sebelum dipecat atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa pada 1998. - bnbbc.my
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...