UMNO Online - “Kerajaan Tekad Bantu Nelayan Daripada Cengkaman Orang Tengah – Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Kerajaan Tekad Bantu Nelayan Daripada Cengkaman Orang Tengah – Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kerajaan Tekad Bantu Nelayan Daripada Cengkaman Orang Tengah – Najib

Posted: 10 Feb 2014 04:11 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Feb  - Kerajaan, melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sememangnya bertekad untuk membantu golongan nelayan daripada dibelenggu cengkaman orang tengah dalam perniagaan hasil perikanan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata kerajaan telah menggariskan lapan strategi utama dalam usaha menjayakan misi itu, termasuk mengambil alih hutang nelayan sebanyak RM40 juta daripada orang tengah menerusi Tabung Ekonomi Usahawan Malaysia (Tekun).

“Saya percaya dengan pendekatan yang komprehensif, kita akan dapat membantu golongan nelayan dalam meningkatkan pendapatan mereka,” kata Najib dalam catatan terbaharunya di Facebook.

Semalam, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melancarkan jihad memerangi orang tengah dalam sektor perikanan dengan lapan strategi utama bagi membebaskan golongan nelayan daripada golonan itu.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menerusi pengambilalihan hutang itu, pihak Tekun akan membayar secara langsung hutang nelayan terbabit daripada orang tengah dan selepas itu mereka hanya akan berhutang dengan tabung itu.

Hasil kajian yang dilakukan, dianggarkan kebanyakan 47,000 nelayan Zon A dan Zon B berhutang dengan orang tengah menyebabkan mereka terikat dan terpaksa menjual hasil kepada pihak berkenaan.

Gerakan Sabotaj Pas Di DUN Kajang Bukan Perkara Mustahil – Prof Dr. Fuad

Posted: 10 Feb 2014 03:18 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Seorang penganalisa geopolitik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Mohd Fuad Mat Jali,  tidak menolak kemungkinan berlakunya sabotaj daripada penyokong dan kepimpinan Pas di dalam pilihanraya kecil DUN Kajang ini, memandangkan wujudnya perasaan tidak puas hati di kalangan mereka berhubung tindakan bersendirian PKR yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pengosongan DUN Kajang.

Ini memandangkan, tindakan PKR yang membuat keputusan mengosongkan DUN Kajang untuk memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar untuk bertanding, telah menimbulkan pelbagai persoalan dan rasa tidak puas hati di kalangan kepimpinan peringkat akar umbi.

Prof-Mohd-Fuad-Mat-Jali-Penganalisis-Politik

"Apatah lagi, apabila jelas bahawa hari ini Anwar telah membayangkan matlamatnya untuk bertanding adalah bagi membolehkan beliau duduk di kerusi MB Selangor, di mana perkara inilah yang telah menimbulkan pelbagai persoalan serta rasa tidak puas hati di kalangan kepimpinan dan penyokong parti pembangkang, khususnya Pas.

"Malah, saya juga dimaklumkan bahawa ramai di antara profesional di dalam PKR sendiri tidak bersetuju dengan langkah pengosongan DUN Kajang semata-mata mahu memberikan laluan kepada Anwar untuk duduk di kerusi MB," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Menurutnya lagi, ramai di kalangan profesional di dalam Pas, mahupun di dalam PKR beranggapan bahawa tindakan PKR itu tidak mencerminkan sikap profesional dan tidak beretika,seolah-olah mahu memaksa pengundi di DUN Kajang memilih Anwar semata-mata untuk beliau menjadi MB.

"Ramai diantara mereka meluahkan perasaan tidak setuju dengan tindakan tersebut, terutama apabila DUN tersebut dikosongkan semata-mata untuk Anwar menjadi MB dan bukannya atas alasan tidak mampu berkhidmat, sakit atau pun kematian sepertimana yang biasa berlaku," ujarnya.

Berdasarkan gelombang penolakan serta rasa tidak puas hati yang timbul dikalangan kepimpinan parti pembangkang khususnya Pas, beliau membayangkan bahawa akan berlakunya beberapa sabotaj dikalangan ahli dan penyokong pembangkang ketika PKR DUN Kajang nanti.

"Biarpun kepimpinan tertinggi Pas telah membuat kenyataan akan membantu serta menyokong kempen di DUN Kajang, namun saya berpendapat bahawa jentera yang turun kelak tidak akan memberikan komitmen sepenuhnya, kerana tidak bersetuju Anwar menjadi MB.

"Malah, ada kemungkinan besar di mana penyokong-penyokong pembangkang, yang juga merupakan pengundi di DUN Kajang akan berpaling tadah sebagai tanda protes terhadap keputusan PKR dan juga keputusan Datuk Seri Anwar yang membayangkan bahawa beliau akan mengambil alih jawatan MB Selangor sekiranya menang dalam PRK ini," ujarnya. -MediaUMNO

Gerakan Youth Wants Firmer Action Against Elected Reps Who Vacate Seats

Posted: 10 Feb 2014 02:42 AM PST

PUTRAJAYA, Feb 10 – Gerakan Youth today reiterated its stand for firm action to be taken against elected representatives who vacate their seats without valid reasons.

Its leader, Tan Keng Liang, said the resignation of the elected representatives would lead to wastage of public funds as a by-election had to be held.

He proposed that the Election Commission (EC) amend the law to provide for a fine of RM100,000 and RM200,000 for state assemblymen and MPs, respectively, who resigned without valid reasons.

“The party which is represented by the elected representative concerned should also be barred from contesting in elections for five years,” he told reporters after handing over a memorandum to the EC, here.

Under existing law, he said, only the individual concerned was barred from contesting for two years.

In 2009, the movement submitted a similar proposal to the EC, but the proposed fine was RM50,000 for state assemblymen and RM100,000 for MPs who manipulated the democratic system for their personal interests.

Tan said the money spent for a by-election, which he claimed amounted to RM2 million, could be used for the people’s benefit.

He said that in 2008, Parti Keadilan Rakyat (PKR) president Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail vacated her Permatang Pauh seat to enable her husband, Datuk Seri Anwar Ibrahim, to contest the seat and become an MP.

The following year, in 2009, then Penanti assemblyman Mohammad Fairus Khairuddin, who was also a Penang deputy chief minister, resigned without giving valid reasons and, recently, Kajang assemblyman Lee Chin Cheh did the same thing.

“Within a period of five years, three PKR elected representatives had vacated their seats.

“We can accept it if the reason is death, illness, bankruptcy or because they are not able to discharge their responsibilities,” he said.

He said it was time for the EC to make the necessary changes and amendments to the law to uphold the democratic system and stop people from taking advantage of the system.

Politik Machiavelli Jadi Amalan Pembangkang Halalkan Perkara Negatif

Posted: 10 Feb 2014 02:07 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Pelbagai perkara negatif dilakukan oleh pemimpin pakatan pembangkang dalam usaha mereka memburuk-burukkan kerajaan dan meraih sokongan rakyat sehinggakan sanggup bertingkah tidak matang dan kebudak-budakan, kata penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Dr Zainal Abidin Borhan.

Katanya, pemimpin pembangkang mengamalkan politik machiavellian iaitu sanggup melakukan apa-apa saja asalkan matlamat untuk mendapatkan kuasa tercapai.

Prof-Zainal-Abidin-Borhan-Penganalisis-Politik

"Sikap pembangkang ini samalah dengan peribahasa 'padang orang awak berlari, padang sendiri awak berjingkit' kerana apabila mereka mengata kerajaan, memburukkan pemimpin UMNO dan macam-macam sindiran dibuat dianggap tidak apa-apa sedangkan sebelum ini ketika apabila ada cerpen satira berkaitan pemimpin mereka diterbitkan maka disamannya dan dianggap biadap," katanya kepada UMNO-Online.

Dalam hal ini, beliau merujuk kepada artikel yang bertajuk 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan 'ba-alif-ba-ya' yang diterbitkan Utusan Malaysia tetapi telah dianggap bertujuan memperkecilkan pemimpin pembangkang, sebagai Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan juga anggota Exco kerajaan negeri Selangor sehinggakan tindakan mahkamah diambil.

"Namun apabila mereka berbuat sindiran yang secara jelas memperkecilkan kepimpinan kerajaan dan dasar-dasar yang dilaksanakan maka tidak ada salahnya pula?

"Ini sikap macam budak-budak, kalau dia semua tak apa tetapi kalau kita dipersalahkan pula, yang mana menunjukkan sikap tidak matang dalam kepimpinan pakatan pembangkang, jadi bagaimana pula nak jadi pemimpin negara?" soalnya lagi.

Tegasnya sikap ketidakmatangan ini bukan hanya terserlah pada kepimpinan pakatan pembangkang dan ahli-ahlinya sahaja tetapi banyak perkara yang berlaku dalam parti mereka turut mengheret rakyat untuk terlibat kesusahan.

"Contohnya pilihan raya kecil Kajang yang bakal berlangsung bulan Mac ini adalah hasil daripada sikap tidak matang pemimpin pembangkang yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan rakyat yang telah memilih mereka sebelum ini," katanya.

Ujar beliau, sewajarnya semua sikap buruk pembangkang ini dibaca oleh rakyat kerana apa yang terhasil daripada tindakan mereka adalah melambangkan ketamakan mereka sendiri tanpa melihat kepada keperluan masyarakat.

"Secara tidak langsung mereka melaksanakan machiavellian tanpa memikirkan sama ada perkara yang dilakukan waras atau tidak, mereka mempersendakan pihak yang berlaku jujur, mereka memburukkan orang yang benar kerana matlamat mereka adalah untuk kedudukan, pangkat dan kuasa semata-mata."

Dalam hal ini beliau turut menyorot pelbagai tingkah pembangkang yang juga dianggap terlalu 'kebudak-budakan' sebagaimana sebelum ini bersikap kurang sopan dengan ada anggotanya menunjukkan punggung pada gambar Perdana Menteri, DS Najib Razak dan isteri di perhimpunan, memijak gambar pemimpin dan mendesak supaya bendera Malaysia ditukar sebagaimana pada malam ambang merdeka di Dataran Merdeka 2012 selain mengganggu ketenteraman awam pada ambang tahun baru 2014.

"Semua perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana sebagai pemimpin yang bukan baru dalam arena politik maka tentunya tahu berkaitan perkara-perkara yang patut dan yang tidak patut dilakukan apatah lagi yang diluar batas kesopanan."

Dilaporkan, sebelum itu, pada Konvensyen DAP Perak 2009, para pemimpinnya termasuk Lim Kit Siang juga telah bertindak memijak gambar tiga bekas ADUN pakatan pembangkang yang melompat menyokong Barisan Nasional (BN) iaitu Hee Yit Fong (Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) yang diletakkan di pintu masuk bertujuan agar perwakilan yang menghadiri konvensyen itu meminjaknya.

Insiden lain, ketika sewaktu istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agung, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 2012, dikatakan pemimpin pembangkang yang juga Ahli Parlimen telah mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu sebagaimana didedahkan oleh pegawai perubatan Dr. Rahman Kadir yang kebetulannya berada di barisan dif-dif kehormat dan duduk di Balairong Seri dengan mendakwa melihat sendiri perilaku mereka ini.

Baru-baru ini juga, ADUN PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon turut bersikap biadap apabila bertindak menyumbat kangkung ke dalam mulut replika patung Perdana Menteri dalam satu himpunan di Pulau Pinang. – MediaUMNO

Pengunduran Abdul Taib Bukan Agenda UMNO Masuk Ke Sarawak – Shafie

Posted: 10 Feb 2014 01:59 AM PST

KAPIT, 10 Feb  - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal hari ini menolak andaian dan tuduhan jahat pihak tertentu bahawa UMNO akan melebarkan sayapnya Sarawak berikutan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri.

Beliau juga menafikan tuduhan bahawa pengunduran Taib merupakan agenda UMNO bagi membolehkan parti itu melebarkan sayapnya ke Sarawak.

shafie-apdal-dokumen-saman-mahkamah-umno-bn

Bercakap kepada media selepas meninjau kerja fasa kedua projek pembinaan Jalan raya Kapit/Song/Kanowit di sini, beliau menyelar pembangkang kerana menuduh UMNO memaksa Taib meletak jawatan.

“UMNO sentiasa berpegang teguh dengan pendiriannya. Kami tidak akan melebarkan sayap kami ke Sarawak.

“Keadaan di Sarawak berbeza sepenuhnya dengan di Sabah ketika UMNO masuk ke sana. Kerajaan negeri Sarawak amat stabil, jadi kenapa perlu kami masuk campur? Kami hanya masuk ke sesuatu negeri apabila terdapat keperluan untuk kami berbuat demikian,” katanya.

Mengenai hasrat Taib untuk berundur setelah menerajui Sarawak selama 33 tahun, Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata keputusan ketua menteri itu perlu dihormati semua pihak.

Beliau berkata kerajaan persekutuan amat menghargai dan menyanjung tinggi sumbangan besar Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak dan ketika berkhidmat dengan kerajaan persekutuan suatu ketika dulu.

Needless To Have Produced Video Clip Linked To Seputeh MP – Dr M

Posted: 10 Feb 2014 01:52 AM PST

PUTRAJAYA, Feb 10 – Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said today the ‘Onederful Malaysia CNY 2014′ video clip linked to Seputeh MP Teresa Kok did not contribute to harmony among the communities or peace in the country.

He said he did not understand the need to have such a video clip produced.

teresa-kok-video-hina-sindir-dap-rasis-pm-kerajaan-onederful-tahun-baru-raya-cina-2014

Dr Mahathir spoke to reporters after solo cyclist Wan Hashim Wan Mahmood, 68, called on him at the Perdana Leadership Foundation, here. Wan Hashim launched his mission on Jan 26 to cycle solo around peninsular Malaysia.

The former prime minister said politicians had to endure the criticism hurled at them, so long as the criticism was within the law.

“This is because the government is said to be more liberal now. This is the effect of the freedom; we have to accept (the criticism) because we chose to have the freedom,” he said.

The video clip, which went viral on YouTube, has Kok allegedly making satirical statements about the government and on matters such as the security issue in Sabah.

Melaka’s Crime Index Drops By 12.04 Per Cent Last Year

Posted: 10 Feb 2014 01:49 AM PST

MELAKA, Feb 10 – The crime index in Melaka recorded a drop of 12.04 per cent last year compared to 2012, Melaka police chief Datuk Chuah Ghee Lye said.

He said a total of 4,187 crime cases were reported in three districts in Melaka last year compared to 4,760 cases reported in the previous year.

“The success followed the emphasis given by the Melaka police to motorcycle-theft and house break-in cases,” he told reporters after attending the Melaka police contingent monthly assembly here today.

In another development, Chuah said Melaka police would recruit 500 new members of Police Volunteer Reserve (PVR) this year in addition to its existing 500-member team.

He said this would enable more PVR members to be stationed in residential areas, hence reducing the crime rates in those areas.

Earlier, Chuah also presented certificate of appreciation to a trader, Mohd Sanusi Kamalludin from Kampung Tembakau Jasin here, for assisting the police in arresting five suspects of a luxury car-theft case in Bandar Sungai Long, Kajang, in September 2012.

Information channeled by Mohd Sanusi had enabled the suspects, aged between 20 and 40, to be detained near Anjung Batu Umbai jetty here.

UMNO Will Not Spread Its Wings To Sarawak With Taib’s Retirement – Shafie

Posted: 10 Feb 2014 01:32 AM PST

KAPIT, Feb 10 – It is mere assumption and a bad intention to claim that UMNO will spread its wings to Sarawak with the eminent retirement of its chief minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

UMNO vice-president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said today that it was not UMNO’s agenda for Taib to retire so that the party could enter the state.

shafie-apdal-dokumen-saman-mahkamah-umno-bn

Speaking to the media after inspecting the construction work on the second phase of the Kapit/Song/Kanowit Road project here, he said it was the opposition’s assumption that he (Taib) was forced to retire.

“UMNO’s stand is consistent. We will not spread our wings to Sarawak as we do not want to disunite the people.

“The situation in Sarawak is completely different from Sabah when UMNO entered it. Sarawak has a very stable state government, so why should we interfere? We only enter into a system when there is the need for us to do so.”

Shafie said what was of paramount importance was continuation of the state’s development and progress.

On Taib’s desire to step down after helming the state for 33 years as its chief minister, Shafie who is also Rural and Regional Development Minister, said his decision should be respected.

“He had in fact stated his desire to step down on a number of occasions but was waiting for the right time. After discussing the matter with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, he believes now is the right time for him to do so.

“We really appreciate his efforts in turning Sarawak into one of the most developed and progressive states in the country. This is something not easy to accomplish,” he said.

Shafie said it was important too that the power transition proceeded smoothly.

“Whoever replaces him should not be seen purely from his personality but that he can further enhance Taib’s sterling efforts for Sarawak.

“In BN, the transition of power has always been smooth with no conflict. We don’t quarrel like the opposition in Selangor where they even go to the extent of wanting to call for a fresh by-election, which is a sheer waste of public funds,” he said.

Shafie said the federal government deeply appreciated Taib’s many contributions not only to the state but to the federal government as well which he had also served.

Pengundi DUN Kajang Bosan Dengan Sandiwara Pembangkang – Dr Mahathir

Posted: 10 Feb 2014 01:27 AM PST

PUTRAJAYA, 10 Feb – Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berharap pengundi Dewan Undangan Negeri Kajang sudah cukup bosan dengan sandiwara sebuah parti yang sengaja hendak mengadakan pilihan raya kecil walaupun ia tidak ada halangan dari segi undang-undang.

mahathir-tegas-isu-agama-bangsa-negara-islam-malaysia

Beliau berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai calon pilihan raya kecil itu baru-baru ini, sebenarnya tidak menghormati undang-undang apabila terus memperkatakan dalam ceramahnya soal perbicaraan kes yang sedang dihadapinya di mahkamah.

"Orang tak hormat undang-undang tak ada hak jadi pemimpin. Pemimpin mesti orang yang pegang kepada undang-undang dan peraturan, barulah negara aman. Kalau kita dapat seseorang yang tidak hormati undang-undang sebagai pemimpin, Negara akan rosak," katanya.

Dr Mahathir ditemui pemberita selepas menerima kunjungan pengayuh basikal solo, Wan Hashim Wan Mahmood, 68, di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini ekoran peletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Jan lepas.

DR M Praises Taib For Having Served Sarawak Well

Posted: 09 Feb 2014 11:11 PM PST

PUTRAJAYA, Feb 10 – Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad today praised outgoing Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud for having provided excellent service to enable the Barisan Nasional (BN) administer the state for a long time.

He said Sarawak under the leadership of Taib had garnered the strong support of the people and had won many elections.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

He also said that Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), as the principal partner of the Sarawak BN, had made the coalition strong and more united and contributed much to the state through various development projects.

Dr Mahathir said that any leader who was advanced in age would have to step down to give others a chance to lead.

“I hope the successor (of Taib) will get the support that he has received so far and there will be no enmity among the potential successors,” he said after solo cyclist Wan Hashim Wan Mahmood, 68, called on him at the Perdana Leadership Foundation, here. Wan Hashim launched his mission on Jan 26 to cycle solo around peninsular Malaysia.

Taib, 78, who is PBB president and Sarawak BN chairman, had announced that he was stepping down soon as the chief minister, a post he has held since 1981.

Speculation is rife that Taib will step down by the end of this month and be appointed as the next Yang Dipertua Negeri of Sarawak.

Replying to a question, Dr Mahathir said Taib’s departure as the chief minister would have an effect on PBB but added that he felt that the party would continue to excel, given the strong unity it possessed.

“I feel PBB is strong. We have to also take the party into account. The party has served Sarawak well; much development was implemented by the party under Abdul Taib Mahmud. I am confident his successor will also be able to do the same,” he said.

In KUCHING, former PBB publicity chief Datuk Peter Minos said Taib would surely select as his successor someone who would be able to continue to maintain unity in the party and state BN.

Taib would also like to see that his successor was able to lead the many races in the state to live in unity and harmony, safeguard Sarawak’s basic interests to the best of his ability and maintain Sarawak’s autonomy within Malaysia.

"Definitely, he also wants someone who can keep up the good work done so far in the social and economic sectors, if not better it.

"We will miss Abdul Taib for all the good things he has done for the state and its people.

“Whatever critics and cynics say, Abdul Taib has truly done his best in keeping Sarawak safe, stable, peaceful and progressive," he said.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...