tun faisal dot com

tun faisal dot com


Malaysiakini terus memanipulasi berita selepas dapat anugerah dari Menteri?

Posted: 28 Feb 2014 06:39 PM PST



Punya la banyak kementerian dan agensi terlibat.....



Penganjur pula tidak sensitif dan masih nak beri anugerah kepada Malaysiakini..




Sedangkan Menteri sendiri pertikai kredibiliti Malaysiakini. Tindakan penganjur dilihat seperti sengaja mensabotaj Menteri Dalam Negeri dan membuka ruang untuk beliau dikritik oleh ramai pihak yang turut mempertikaikan kredibiliti Malaysiakini. Tak pasal-pasal Menteri terbabit kerana penganjur tidak sensitif.. kes naya.. 


Dan Malaysiakini, yang terima anugerah portal terbaik meneruskan manipulasi berita... nama pun terbaik kan? 





40 saat je bagi memenuhi maksud memanipulasi berita...


Sebab apa mereka teruskan? Sebab walaupun Menteri pertikai kredibiliti Malaysiakini dan walaupun mereka banyak memanipulasi berita sebelum ini, penganjur masih memberikan anugerah Best Online Media.


Baca seterusnya daripada blogger Double-Y


Manipulasi Setiap Aktiviti Rosmah Mansur Skop Laporan Malaysiakini Selepas Raih Anugerah Portal Terbaik


Bagi pihak pembangkang berita mengenai Rosmah Mansur adalah satu rahmat kerana ia dianggap sebagai 'peluru' untuk menjatuhkan BN.

Jika diteliti gelombang serangan terhadap isteri PM telah digerakkan oleh portal Malaysiakini sebaik saja DS Najib Razak memegang jawatan Perdana Menteri sehingga kempen PRU13 yang lalu.

Satu contoh manipulasi ke atas isteri PM sebelum PRU13 :





Setelah menyepi, Rosmah Mansur kembali dijadikan target oleh portal malaysiakini, media portal yang meraih anugerah portal terbaik semalam.

Ia dilihat berdasarkan imej di portal berkenaan di mana karikatur yang menggambarkan imej Rosmah Mansur kembali menjadi subjek dalam karya Zunar.



Ini kisah benar atau fiksyen dan penipuan yang disiarkan oleh Malaysiakini?



Modus operandi ialah memerhati dan merakam segala gerak-geri, percakapan, kelakuan Rosmah Mansur  dengan mengikuti segala program-program yang dihadiri oleh beliau. Terbaru adalah video 40 saat yang dikeluarkan oleh Malaysiakini.

Kenapa hanya 40 saat, ada ke orang berucap 40 saat dalam satu majlis dan yang paling utama adalah kenapa difokuskan bahagian :

"The rakyat have taken everything from me"

Ini pun ada kawan-kawan termakan, satu soalan untuk semua - pernah ke saudara hadiri program di mana tetamu terhormat hanya berucap selama 40 saat?

Kebanyakan yang saya hadir mereka berucap seolah-olah tidak mahu berhenti.

Apakah salah besar seorang isteri PM yang bekerja untuk rakyat manakala seorang isteri yang bekerja dengan skandal dan menuntut fasakh dari suami langsung tidak bersalah?

Nampak gaya isteri kepada pemimpin pembangkang tidak perlu bekerja untuk rakyat terutama isteri pemimpin PAS, cukuplah mereka bekerja memuaskan hawa nafsu suami di rumah.

Arioss...!


Nota: Character assasination dan serangan peribadi adalah salah satu pendekatan dalam modus operandi pembangkang dan media mereka. Mereka cepat menyalahkan pihak lain, jika pemimpin mereka dikritik kerana keperibadian yang sumbang dan tidak bermoral, tetapi bila mereka buat, tak apa pula. Inilah hipokrasi yang melayakkan mereka mendapat anugerah dari penganjur program. Tahniah penganjur dan para penaja!


[Video] #KrisisAirSelangor - fakta buktikan PR angkuh, bahayakan rakyat Selangor #PRKKajang

Posted: 27 Feb 2014 10:30 PM PST



Kenyataan ANGKUH dan SOMBONG PR SELANGOR pada tahun 2010






Kenapa wujud Krisis Air Selangor? - 1. Infrastruktur tidak dapat menampung permintaan yang semakin bertambah 2. Loji rawatan air beroperasi melebihi kapasiti dan melewati tempoh hayat perkhidmatan

Tuntutan Kerajaan negeri tidak dapat dipenuhi sebab ada syarikat konsesi yang terikat dengan syarat pinjaman.

SYABAS berjaya mengurangkan NRW daripada 42% kepada 32% dalam tempoh 8 tahun walaupun dengan infrastruktur lama.

SYABAS hanya diberi konsesi untuk membekalkan AIR TERAWAT di negeri Selangor, TIDAK TERMASUK rawatan Air Menteah. 60% aset loji rawatan diuruskan oleh syarikat kerajaan Negeri Selangor.



Air yang boleh digunakan hanya air terawat. Walaupun empangan penuh, ia hanya boleh bertahan selama 2 bulan tanpa hujan dengan keupayaan loji rawatan sedia ada. Jika tiada hujan, ia hanya boleh bertahan selama 1 bulan sahaja. [Ini yang berlaku di Selangor sekarang].

Sumber air mentah tetap di tahap yang sama, tetapi permintaan air terawat semakin bertambah.

Kos operasi semakin meningkat kerana semua aset bekalan air semakin uzur.

Sepatutnya kerajaan negeri bertanggung jawab untuk menyediakan dana CAPEX (bajet pembangunan) kerana semua aset infrastruktur perbekalan air dimiliki kerajaan negeri.




Apa Khalid dan PR kata sebelum ini? Rasionalkan dengan fakta di dalam video di atas.. Akibatnya....



Tahun 2012




Tahun 2013




Tahun 2014 - sekarang baru ada akai...

Akhirnya Khalid tanda tangan MOU selepas paksa rakyat Selangor, KL dan Putrajaya lalui keperitan dan risiko akibat ketiadaan air. Keangkuhan dan kebahlolan Khalid dan kerajaan PR ini mengakibatkan kos tambahan sebanyak RM 606 juta kerana penangguhan yang disengajakan sejak tahun 2008. 

Kerajaan BN yang dituduh angkuh oleh PR ini pula begitu bermurah hati menyelesaikan Krisis Air Selangor DEMI RAKYAT dengan bersetuju membenarkan Selangor mengurus sendiri bekalan air mereka, menyuntik RM 2 bilion untuk membantu kerajaan negeri bagi proses pengambil alihan saham dan memberikan lagi sejumlah RM900 juta untuk memastikan program mitigasi air dilaksanakan.





-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...