Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO! Air Kedah Mampu Tahan Hingga 3 Tahun Lagi! #INFOKedah
- #HOT! Karpal BERSALAH? Lepas ni ada PRK Lagi?
- HOT! Malaysia Airlines System RUGI, Ada Yang Happy? #MAS
- #HOT! Betul Ke Tun Dr Mahathir Anti-Hadis?
INFO! Air Kedah Mampu Tahan Hingga 3 Tahun Lagi! #INFOKedah Posted: 21 Feb 2014 05:12 AM PST Jangan risau, air di Kedah cukup untuk tampung 3 tahun lagi. KUALA NERANG - Kedah tidak menghadapi krisis air yang kritikal kerana tiga empangan di negeri ini mempunyai kapasiti lebih 1,000 juta meter padu air dan cukup untuk menampung kegunaan domestik dan pertanian. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrul Hisham Hashim berkata tiga empangan di Padang Terap iaitu Empangan Pedu mempunyai air sebanyak 773 juta meter padu atau 72 peratus. Beliau berkata Empangan Ahning pula mencatatkan jumlah takungan air sebanyak 163 juta meter padu atau 67.43 peratus, manakala Empangan Muda pula mencatatkan 74 juta meter padu air. Katanya jumlah air di tiga empangan itu mencukupi untuk menampung kegunaan domestik dalam tempoh tiga tahun. "Kapasiti air yang ada di tiga empangan itu juga dapat disalurkan ke sawah padi untuk satu musim penanaman padi yang akan bermula akhir Mac ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Empangan Pedu dekat sini hari ini. Badrol Hisham berkata rakyat di negeri ini juga tidak perlu bimbang mengenai krisis air pada musim cuaca kering ini kerana sumber air yang ada dapat digunakan dalam tempoh tiga tahun walaupun keadaan ini berterusan. Beliau berkata, setiap bulan sebanyak 1 juta meter padu air diagihkan untuk kegunaan rakyat negeri ini untuk tujuan pengairan pertanian dan kegunaan domestik. - Bernama |
#HOT! Karpal BERSALAH? Lepas ni ada PRK Lagi? Posted: 20 Feb 2014 10:33 PM PST Peguam veteran Karpal Singh hari ini didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan terhadap Sultan Perak semasa krisis perlembagaan pada 2009. Hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan. Pasukan peguam Karpal menggesa Azman menangguhkan hukuman ke hari lain bagi mereka menyediakan mitigasi untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan. Karpal, 73, yang juga pengerusi DAP, juga berisiko hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana kesalahan itu membawa sehingga denda berjumlah RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Lapor The Malaysian Insider Sementara itu The Star Online pula melaporkan. KUALA LUMPUR: The High Court has found lawyer and DAP national chairman Karpal Singh guilty of sedition for questioning the removal of Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin as Perak mentri besar by the Sultan of Perak. Kalau ikut undang-undang, Karpal Singh hilang kelayakan sebagai ahli parlimen. Ini bermakna, lepas ni akan ada satu lagi PRK selepas PRK Kajang. McTheory: Tapi betul ke ada hukuman ni? |
HOT! Malaysia Airlines System RUGI, Ada Yang Happy? #MAS Posted: 20 Feb 2014 07:39 PM PST Makin lama makin pelik pulak bila syarikat penerbangan kerajaan Malaysia iaitu, Malaysia Airlines (MAS) terpaksa menanggung kerugian dalam empat suku berturut-turut pada tahun 2013. Untuk pengetahuan pembaca, Kerugian pada tahun 2013 adalah sehingga 3 kali ganda kerugian berbanding pada tahun 2012 yang mencapai kerugian sebanyak RM433 juta. Hal ini telah diumumkan sendiri oleh CEO MAS, Encik Ahmad Jauhari Yahya (SINI).. Apa yang lawaknya ialah CEO MAS menafikan kesalahan syarikat mereka sendiri dan cuba menyalahkan kerajaan? Memang matawang dan minyak tidak menentu dan mempengaruhi. Tetapi sebagai CEO yang bertanggung jawab, apakah beliau tak sedar akan keadaan tu? Pada tahun 2013, MAS memperoleh hasil sebanyak 15.1 bilion ringgit, meningkat 10 % berbanding 2012. Bilangan penumpang juga meningkat hampir 30 %. Tetapi perbelanjaan penerbangan naik 10% kepada 14.9 bilion ringit di tengah-tengah harga bahan api yang tinggi. - Ahmad Jauhari Yahya, CEOTentu dalam perancangan kewangan MAS dah termasuk, perbelanjaan dijangka dan tidak dijangka. Tak guna la bayar gaji ratus ribu kalau itu pun Ahmad Jauhari tak mampu nak fikir. Hinggakan CEO Air Asia, Tony Fernandes pun terkejut dengan kerugian yang dialami MAS tahun lepas, kerana dia sangkakan kedudukan Air Asia sudah tak stabil, rupa-rupanya MAS lagi teruk walaupun ianya ditaja oleh kerajaan! Nak baca apa kata Tony, boleh klik SINI Dah sampai masa kerajaan membuat perubahan dalam organisasi terbesar MAS. Sepatutnya kerugian 2012 dikurangkan lagi, bukannya ditambah-tambah! Lagi ada pendapat mengenai MAS, boleh baca kat SINI. Kekadang terfikir, betui ke rugi ni? Atau ada pihak yang sengaja bermain dengan angka, untuk kepentingan diri? McTheory: Minta PM tukar CEO barulahh.. |
#HOT! Betul Ke Tun Dr Mahathir Anti-Hadis? Posted: 20 Feb 2014 05:49 PM PST Benar ke negarawan Melayu dan tokoh Islam terkemuka dunia ni anti hadis? Hanya orang yang tak berakal saja fikir macam tu. Dengar ulasan dari UFB, Kita mungkin sudah lupa sejarah Tun Dr Mahathir semasa beliau Perdana Menteri : Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin negara yang pernah dibenarkan pihak berkuasa Arab Saudi memasuki Kaabah ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pada 1993. "Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu," cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45, Apa yang pasti, katanya, Dr Mahathir sehingga kini dikurniakan kesihatan yang baik walau pun usianya sudah mencecah 77 tahun dan berjaya membangunkan Malaysia sehingga dikenali sebagai negarawan ulung negara. Rosme yang bertugas dalam jet eksekutif Falcon-900 sebagai kuarter master udara antara 1985 hingga bersara pada 1993, berkata beliau dan beberapa ahli rombongan lain turut mengambil kesempatan itu memasuki Kaabah. "Saya masih ingat ketika itu kira-kira jam 11.45 malam waktu tempatan, saya terlihat beberapa petugas di situ membawa tangga dan terdetik dalam hati hajat untuk memasuki Kaabah akan tercapai. "Mereka kemudian meletakkan tangga di tepi dinding Kaabah dan kami dengan didahului Perdana Menteri menaiki tangga berkenaan untuk memasukinya. Sebaik berada dalam Kaabah, saya mendapati keadaan di dalamnya samar-samar tetapi apa yang pasti semua yang berada di dalamnya mengerjakan solat mengikut arah kiblat masing-masing kerana kita berada dalam Kaabah," katanya ketika ditemui di Langkawi. Menceritakan pengalaman yang sukar dilupakannya di Kaabah itu, beliau berkata, ramai orang Arab yang berada berhampiran Kaabah menarik-narik kain ihramnya dan apabila ditanya kenapa mereka berbuat demikian, orang Arab itu mengatakan mereka mahu mendapat berkat daripada rombongan negara. Mereka menyifatkan rombongan daripada Malaysia sebagai bertuah dan dirahmati Allah kerana terpilih oleh-Nya memasuki Kaabah sedangkan tidak semua penduduk Arab mendapat peluang itu. Sumber Dengan apa yang beliau buat selama hidup ni, membantu umat Islam di Malaysia dan dunia, dengan jasa beliau selama 89 tahun. Tiba-tiba ada manusia yang hidup tak sampai separuh hidup Tun Dr Mahathir, nak pertikaikan pegangan Islam beliau? Mc rasa orang tu lebih baik terjun bangunan la. Tak guna hidup! Bodohnya menyusahkan orang! McTheory: Orang bijak, cari sebab dan penyelesaian, bukan asyik nak menuduh! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment