tun faisal dot com |
11 Langkah Penjimatan - Apa yang tak sempat dilaporkan kepada @NajibRazak Posted: 02 Jan 2014 06:37 PM PST Nota: 11 langkah pengurangan kos mendapat maklum balas yang baik? Saya sedang membayangkan kemungkinan suasana dan mood ketika Perdana Menteri bertanyakan soalan mengenai pengumumannya berkenaan kenyataan beliau tentang 11 langkah pengurangan kos oleh kerajaan. Mungkin kurang lebih ini bayangan perbualan Perdana Menteri dan penasihat komunikasinya... Perdana Menteri : How did the people respond to my statement? Penasihat komunikasi 1 : Very good sir, the people love it. Penasihat komunikasi 2 : They said it is timely. It's good that people can see that the government leads by example Penasihat komunikasi 3 : Our tracking system shows that the blue colour is now at 70%. Red only 30%. Positive responses on the price hike issue have overtaken the negative ones. Penasihat komunikasi 4 : Setkat ni tak ada bantahan. Itu bukti rakyat suka statement Datuk Seri. Perdana Menteri : Well done team. I know my communication team can do it better than any other team. Mungkinkah applikasi dan state of art war room dan tracking system terlepas pandang akan maklumbalas-maklumbalas seperti yang dilaporkan oleh blogger di bawah? Atau mereka tak sempat hantar maklum balas ni kepada PM, sebelum PM keluarkan kenyataan di FB beliau? Antara maklum balas yang dikumpulkan secara manual tanpa state of art war room dan tracking system - 1. Baguslah. tapi nampak sangat tak ikhlas 2. Sapa kata demonstrasi tak selesaikan masalah? 3. Dah Marina Mahathir cakap baru nak buat 4. Bila Tun Mahathir cakap baru nak buat? 5. Kan dah kata, kerajaan dah nak bangkrap dah la tu 6. rakyat bukan kisah sangat pasal gaji menteri turun 10% atau kerajaan nak jimat 30%, tapi rakyat sangat terasa kalau bila nak minum teh tarik, harga teh tarik naik 20 sen, roti canai naik 20 sen, minyak naik 10 sen, gula naik 5 sen, caj letrik naik 5% 7. Apa sebelum ni tak sedar ke kerajaan dah banyak membazir? 8. Bodoh Pemuda UMNO pegi buat report polis pasal demo, patut buat memo pasal turunkan kos dan penjimatan kerajaan 9. Bodoh Penasihat PM, kalau dah tahu nak umum langkah penjimatan, buat apa minta Pemuda UMNO buat report polis pasal demo? 10. BN gagal lagi dalam perang persepsi 11. Jimat, jimat la. tapi yang rakyat nak dengar macam mana kerajaan nak kurangkan harga barang, bukan pasal penjimatan 12. Kita bukan nak dengar pasal penjimatan kerajaan, kita nak dengar pasal barang mana yang nak diturunkan harga. kita nak dengar kerajaan tak naikkan harga barang keperluan harian, macana kerajaan nak kurangkan kos sara hidup rakyat, turunkan harga barangan atau perkhidmatan terutama daripada GLC, termasuk macam TNB yang umum keuntungan setiap tahun. 13. Minta bukan kerajaan je yang jimat, tapi GLC macam TNB atau PLUS yang berjimat dan kurangkan kos operasi supaya tak perlu naikkan caj dan tol, potong gaji dan bonus melampau CEO dan pengarah-pengarah di dalam GLC ni supaya GLC dapat berjimat dan tak perlu naikkan caj. 14. Kami tetap turun demo, umum ke tak umum langkah penjimatan MELAMPAU !!! PM NAJIB DI MALUKAN PEGAWAI SENDIRI !!!! @NajibRazak Sapa yang advise pada PM bahawa rakyat beri maklum balas positif tentang 11 langkah pengurangan kos belanja yang diumumkan kerajaan? Malam ni keluar pulak berita TV3 kod apa yang PM ulas di FB. Apa tak sedar ke komen komen semua sejak pengumuman 11 langkah ni 80% rakyat kutuk pelaksanaan tersebut? Pemimpin dan ahli UMNO dan Bn sendiri pun jelek dengan 11 langkah itu dan boleh lihat luahan mereka tu semua. Pegawai PMO bantu ke tidak bagi penjelasan yang sebenar kepada PM keluhan rakyat dibawah? PM masih lagi syok sendiri akibat pegawai PMO tidak melaporkan pekara yang sebenar. Siapa yang bagi cadangan pada PM untuk buat kenyataan ni? Ada sabotaj ke dari dalam PMO untuk menjatuhkan kreabiliti PM Dato Sri Najib? Rakyat kat bawah memperli 11 langkah yang diumumkan tempoh hari. 11 langkah yang diumumkan PM tempoh hari mendatangkan mual kepada rakyat kerana bukan itu yang rakyat mahukan sebaliknya isu poket mereka yang mereka mahu dengar. Apakah PM dimomokkan oleh pegawai PMO sehingga tidak mengetahui luahan rakyat yang sebenar dibawah ini? Tolong lah PM kita tu, tolong bagi nasihat dan suara rakyat dibawah yang sebenar. Jangan tipu PM kita. Bantu PM dengan menyatakan pekara sebenar bukannya membohong dan ambil culas isu rakyat.Cukup cukup guna angka 11 tu nak bodek PM. Pak Lah dulu pasal angka 13 lah tersungkur. Rakyat dah taknak terima benda benda merepek ni. Rakyat nak PM cakap apa yang PM dah janjikan. "Kami mendengar masaalah anda tentang kos sara hidup" - Najib Razak Di bawah ni aku sertakan sedikit komen-komen di page Perdana Menteri , aku tahu Perdana Menteri tidak menbaca komen-komen tersebut dan hanya di beritahu oleh pegawai-pegawai beliau yang menjaga page ini. Sememangnya memalukan apabila pegawai Perdana Menteri telah menipunya bahawa rakyat menerima 11 langkah tersebut !! Lihatlah , inikah yang dikatakan rakyat menerima , jika mahu lihat lagi komen-komen mereka boleh terus ke page Perdana Menteri . #PEGAWAI PMO JANGAN MENIPU PERDANA MENTERI , MEMUAL DAN MEMALUKAN PERDANA MENTERI SENDIRI !!!! |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment