Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT! Mukhriz Bimbang BN Tumbang PRU ke 14!
- INFO! Punca Sebenar Kenapa Anwar Ibrahim Tak Dibenarkan Masuk Ke Jepun!
- HOT! Cina Dap Kena Tumbuk Sebab MAKI 'Melayu Bodoh'!!
HOT! Mukhriz Bimbang BN Tumbang PRU ke 14! Posted: 20 Jan 2014 05:12 AM PST Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bimbang dasar "betul tapi tak popular" dalam menangani masalah khususnya kenaikan kos sara hidup rakyat menyebabkan kerajaan sedia ada tumbang pada pilihan raya umum akan datang. Mukhriz dilaporkan berkata kerajaan wajib mendengar rintihan pihak yang memberikan kemenangan pada BN dan dikhuatiri mereka kesal kerana "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi". "Malangnya dalam keadaan sekarang, BN menang tipis tak dapat dua pertiga majoriti seperti sebelum ini. Ada perkara yang boleh dibuat, ada yang tak mampu dibuat selagi kita tidak dapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat. "Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang. "Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi dah jadi bubur," katanya dalam wawancaranya yang disiarkan dalam Berita Minggu hari ini. Anak lelaki bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir itu mengulas sama ada isu kenaikan kos sara hidup akan menjejaskan peluang BN menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang. 'Populariti sangat penting' Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (bawah) menegaskan pentadbirannya tidak mengambil pendekatan populis sebaliknya sentiasa berusaha memastikan hasil negara berkembang sebelum membuat 'janji-janji manis' kepada rakyat. Dalam wawancara itu juga, Mukhriz yang juga ADUN Ayer Hitam menyifatkan populariti sangat penting dalam pilihan raya dan menegaskan "tidak boleh menang kalau tidak popular". "Satu lagi ialah isu siapa mengatakan bahawa yang baik itu tidak popular. Kita kena cari satu penyelesaian sendiri, bukannya berdasarkan nasihat luar atau pihak yang ada kepentingan meragukan kerana kita lebih faham masalah sendiri," katanya. Mukhriz berkata tiada jaminan orang yang memberi nasihat itu bersikap ikhlas untuk membantu dan menggesa BN perlu kreatif untuk menyelesaikan masalah rakyat "secara popular dan betul". "Betul dan popular itu bukannya suatu yang eksklusif, ia sebenarnya tidak menidakkan satu sama lain. Tetapi kena kaji mendalam, apakah penyelesaian itu," katanya. McTheory: Kenyataan yang benar-benar 'kenyataan' dari seorang yang dipanggil pemimpin! |
INFO! Punca Sebenar Kenapa Anwar Ibrahim Tak Dibenarkan Masuk Ke Jepun! Posted: 19 Jan 2014 07:09 PM PST Jeng jeng jeng... dah tahu pasal apa Anwar Ibrahim tak dibenarkan masuk ke Jepun. Semua masih ingat Tun Mahathir haramkan duit Malaysia note RM500 dan RM1000? Yang lama pasti tahu tapi yang muda ni tak tahu. Tak tahu tu elok lah search cari note RM500 dan note RM1000 tu yang di haramkan oleh Tun M sewaktu Anwar Ibrahim di pecat dari Timbalan Perdana Menteri. Mengikut sumber Wang note RM500 dan RM1000 tu disimpan di China dan Jepun oleh Anwar Ibrahim. Jumlah nya Thrilion ringgit Malaysia beb. Duit sapa lagi kalau bukan duit Anwar Ibrahim dan sekutunya? So Anwar Ibrahim ke jepun atas sebab berjumpa dengan proksinya yang menyimpan duit tersebut. Najib Razak tahu perkara ini dan sebelum ini telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Jepun bahawa apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim adalah salah dan merupakan satu Rompakan ke atas wang Rakyat Malaysia sewktu beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan Malaysia melalui Najib Razak dan kerajaan jepun bekerjasama dalam perkara ini bagi menidakkan wang RM500 dan RM1000 tidak dibawa pulang oleh Anwar Ibrahim ke Malaysia ataupun disimpan di negara lain. Kerajaan Jepun memandang serius perkara ini dan atas sebab tersebut kerajaan Jepun melihat Anwar Ibrahim sebagai satu ancaman Korupsi mata wang dunia dan tidak mahu pengaruh Anwar Ibrahim yang terok ini merosakkan matawang Yen Jepun. Mungkin ada yang tak percaya tapi ketahuilah hakikatnya bahawa Anwar Ibrahim adalah Perompak wang Rakyat paling besar dalam sejarah negara. Bayangkan jika Pakatan menang PRU dan mentadbir negara yang mana Anwar Ibrahim Perdana Menteri. Sudah pasti keturunan Anwar Ibrahim akan kaya tak pernah miskin dek kerana note RM500 dan RM1000 yang dirompak Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjadi TPM. Buat yang nak menyokong Anwar Ibrahim membabi buta ni dan salahkan umno elok lah buat research perkara ini. Jangan jadi pentaksub sampaikan mengiyakan apa sahaja cakap Anwar Ibrahim. - Pg McTheory: Dah faham dah? |
HOT! Cina Dap Kena Tumbuk Sebab MAKI 'Melayu Bodoh'!! Posted: 19 Jan 2014 05:31 PM PST Seorang lelaki cina dipercayai telah ditumbuk selepas mengeluarkan perkataan kesat "melayu bodoh" kepada sekumpulan peserta Himpunan menyokong Perdana Menteri dan mengecam kebiadapan Adun Machang Bubuk di Alma Bukit Mertajam pagi tadi. Cina berkenaan bagaimanapun telah berjaya diselamatkan oleh Polis dan dibawa ke Hospital Bukit Metajam untuk pemeriksaan sebelum dibawa ke Balai Polis untuk siasatan lanjut. - UtaraNews Kurang ajar sangat, memang patut kena tumbuk pun. Selamatlah ada juga 'melayu bodoh' bawak lari cina tu. Kalau tak mau kena pijak beramai-ramai, baru ada akai! McTheory: Makin kurang ajar cina Dap sekarang ni.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment