UMNO Online - “Boikot, Tangkap Mereka Yang Menaikan Harga Yang Tidak Berkadaran” plus 9 more

UMNO Online - “Boikot, Tangkap Mereka Yang Menaikan Harga Yang Tidak Berkadaran” plus 9 more

Link to UMNO Online

Boikot, Tangkap Mereka Yang Menaikan Harga Yang Tidak Berkadaran

Posted: 20 Jan 2014 07:14 AM PST

KUALA LUMPUR 21 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan agar pengguna menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk memboikot peniaga yang menaikkan harga yang tidak berkadaran.

Serentak itu juga beliau yang juga Pengerusi Biro Penerangan dan Publisiti BN menggesa agar kerajaan menangkap peniaga yang menaikkan harga terlalu tinggi kerana melanggar Akta yang diluluskan di Parlimen tentang anti pencatutan.

"Kita memandang berat tentang kos sara hidup khususnya mereka yang menaikkan harga yang tidak berkadaran. Boikot pekedai, restoran dan pasar yang menaikkan harga keterlaluan.

"Dan kita juga berharap jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat menangani segera perkara ini," katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyurat Biro Penerangan UMNO, di sini, Isnin malam.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan penerangan UMNO di peringkat negeri akan memperhebatkan lagi penjelasan mengenai GST di akar umbi.

"Untuk itu penerangan negeri selepas ini akan mengadakan penerangan mengenai perkara ini di semua bahagian di negeri masing-masing. Kita membantu kerajaan bagi pihak parti untuk terangkan mengenai perkara ini.

"Mereka akan bekerjasama dengan pihak berkenaan seperti Kastam yang akan menyediakan tenaga penceramah bagi menerangkan soal ini. Itu isu terkini yang perlu diberikan penjelasan sewajarnya," katanya. -MediaUMNO

NAP 2014 Sasar Ubah Malaysia Jadi Hab EEV, Turunkan Harga Kereta

Posted: 20 Jan 2014 02:24 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Dasar Automotif Nasional (NAP) 2014 yang diumumkan hari ini bertujuan menjadikan Malaysia hab bagi kenderaan cekap tenaga (EEV) dan juga memenuhi janji Barisan Nasional semasa pilihan raya umum lepas untuk menurunkan harga kereta antara 20 peratus dan 30 peratus bagi tempoh lima tahun akan datang.

Di bawah NAP, lebih banyak model dan varian kereta nasional baharu pada harga kompetitif akan diperkenalkan tahun ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed semasa mengumumkan NAP itu di sini, hari ini.

Beliau berkata keseluruhannya, NAP 2104 menyediakan pakej kewangan berjumlah kira-kira RM2 bilion dan langkah-langkah serta pelan pelaksanaan untuk merealisasikan NAP 2014.

Mustapa berkata satu daripada objektif utama NAP 2014 adalah untuk meningkatkan tahap eksport kenderaan dan komponen automotif dan menyasar sekurang-kurangnya 200,000 unit kereta dieksport dan eksport komponen mencecah nilai minimum RM10 bilion pada 2020.

Beliau berkata kerajaan juga terbuka kepada kemungkinan mengurangkan duti eksais secara berperingkat apabila keadaan fiskal membenarkan.

Bagi Permit Import (AP), beliau berkata, kerajaan memutuskan untuk membuat kajian mendalam bagi menilai impak penamatan penyertaan Bumiputera dalam industri auto.

NAP sebelum ini yang diumumkan pada 2009 membuat ketetapan untuk menamatkan AP terbuka pada 31 Dis, 2015 dan AP francais pada 31 Dis, 2020.

“Sehingga kajian dijalankan, kerajaan akan kekal dengan AP semasa,” kata Mustapa.

Masih Banyak PPR Diperlukan Untuk Setinggan Di Sabah

Posted: 20 Jan 2014 02:20 AM PST

SANDAKAN, 20 Jan – Keperluan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) masih belum mencukupi bagi menampung jumlah setinggan yang direkodkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Musa berkata dianggarkan 38,000 keluarga setinggan masih tinggal di kawasan tanah milik kerajaan negeri dan tanah milik swasta di seluruh negeri.

Katanya walaupun jumlah keseluruhan PPR yang telah, sedang dan akan dibina di Sabah adalah sebanyak 23,126 unit sehingga akhir Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), namun ia masih tidak mencukupi.

Sehubungan itu kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan persekutuan untuk menambah 10,000 unit lagi rumah PPR sebagai tambahan kepada jumlah PPR sedia ada yang akan dibina dalam RMK10 kelak.

“Besarlah harapan rakyat negeri ini agar lebih banyak lagi rumah PPR atau seumpamanya dibina bagi memenuhi permintaan dan seterusnya mencapai matlamat perumahan nasional iaitu satu keluarga satu rumah atau kediaman,” katanya pada Majlis Penyerahan Projek PPR Lintas Sibuga dekat sini hari ini.

Musa bagi pihak kerajaan negeri menerima projek PPR itu daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Musa turut mengingatkan bakal penerima PPR ini, supaya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan itu dengan menjaga keselamatan, keceriaan dan kebersihan rumah demi memastikan keselesaan di samping mengeratkan semangat kejiranan, setiakawan dan permuafakatan yang kukuh sesama penduduk.

Katanya beliau dimaklumkan Rumah PPR yang dibina di Lintas Sibuga itu yang mempunyai 500 unit rumah, akan disewakan kepada penduduk setinggan yang telah dikenal pasti di sekitar kawasan berkenaan.

Beliau berkata usaha murni kerajaan dalam menyediakan rumah PPR ini jelas membuktikan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan BN untuk memberikan keselesaan kepada rakyat.

Tidak Benar Masuk… Itu Hak Kerajaan Jepun, Usah Cuba Politikkan – Halimathon

Posted: 20 Jan 2014 02:17 AM PST

KUALA LUMPUR 20 Jan – Ketidakbenaran pihak berkuasa negara matahari terbit, Jepun terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memasuki negara berkenaan tidak harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Naib Ketua Wanita UMNO Selangor, Halimathon Saadiah Borhan berkata, apa yang berlaku itu adalah terletak di atas bidang kuasa negara terbabit dan mereka mungkin mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga menyebabkan Anwar tidak dibenarkan untuk memasukinya.

"Hanya pihak berkuasa negara Jepun sahaja yang tahu mengapa Anwar tidak dibenarkan masuk ke negara berkenaan dan perkara ini tidak harus dipolitikkan untuk kepentingan ma-mana pihak.

ketua-pembangkang-kes-anwar-dihalang-masuk-negara-jepun-kerajaan

"Anwar boleh mendapatkan pejelasan daripada pihak terbabit berhubung perkara berkenaan dan tidak seharusnya membuat apa-apa andaian. Jabatan Imigresen Malaysia sudah pun memberikan penjelasan bahawa apa yang berlaku itu tiada kaitan dengan jabatan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian yang menimpa Ketua Pembangkang itu apabila dinafikan oleh pihak imigresen Jepun untuk memasuki negara berkenaan.

Ahad lalu, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dari  Kuala Lumpur dan telah dinafikan kemasukannya oleh pegawai imigresen Jepun dan diminta pulang dengan penerbangan pertama.

Halimathon yang juga Adun Kota Damansara berkata, isu tidak dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa negara terbabit bukanlah sesuatu yang baru, malah baru-baru ini pihak media juga ada melaporkan seorang pensyarah Malaysia tidak dibenarkan ke Amerika Syarikat.

Menurutnya, dalam perkara ini, semua pihak perlu berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan kerana membabitkan hubungan antara dua negara, Malaysia dan Jepun. -MediaUMNO

Isu Pasangan Ditahan Di Sweden : Wanita UMNO Minta Perbincangan G2G

Posted: 20 Jan 2014 01:23 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Pergerakan Wanita UMNO Malaysia mendesak Kementerian Luar Negeri melalui Wisma Putra untuk mengatur satu perbincangan dua hala antara kerajaan (G2G) bagi menyelesaikan kemelut penahanan pasangan Islam warga Malaysia di Sweden.

Ketua Penerangannya, Datuk Rosni Zahari, menegaskan bahawa Wanita UMNO memandang serius isu ini dan mengambil berat tentang keadaan empat orang anak kepada pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal yang berada di dalam keadaan tertekan.

"Kami percaya tindakan yang dibuat oleh pasangan ini adalah berniat baik untuk membentuk dan mendidik anak mereka sebagaimana lazim ibu bapa lain mendidik anak-anak di Malaysia."

rosni-zahari-wanita-umno-pahang

Dilaporkan, ibu bapa kepada empat orang kanak-kanak tersebut telah ditahan kerana dikatakan telah memukul tangan salah seorang daripada anak mereka ekoran enggan solat.

"Apa juga tindakan yang diambil oleh kerajaan Sweden mereka harus melihat kepada kepentingan kanak-kanak. Kami difahamkan melalui kenyataan salah seorang anak pasangan ini bahawa mereka semua kini berada dalam kedaaan tertekan dan tidak gembira.

"Kami juga berharap agar satu penyiasatan yang adil juga diambil terhadap ibu bapa kanak-kanak ini."

Dalam hal ini, Wanita UMNO mendesak supaya kerajaan Malaysia campur tangan untuk menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin terutama untuk membawa kanak-kanak terbabit kembali ke Malaysia dan tinggal dengan keluarga terdekat mereka sementara menunggu keputusan penahanan ibu bapa mereka.

"Wanita UMNO telah mewujudkan pasukan pamantau (watch group) bagi memastikan kes ini dapat diselesaikan dengan secara adil dan saksama serta bersedia untuk ke Sweden bagi membawa pulang kanak-kanak terbabit ke tanahair jika dibenarkan."

Azizul, Pengarah Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan untuk siasatan dan sehingga kini, tiada pertuduhan dikemukakan terhadap pasangan itu dengan tempoh tahanan reman mereka dilanjutkan dua minggu lagi. - MediaUMNO

keluarga-Azizul-Raheem-Awalludin-isteri-Shalwati-Norshal-pukul-anak-sweden-solat

Pemecatan Azmin : Tidak Layak Atau Wujud Konspirasi Terancang

Posted: 20 Jan 2014 01:22 AM PST

Laporan penyingkiran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjadi antara topik hangat yang diperkatakan ketika ini. Ada yang mengatakan keretakan hubungan antara Azmin dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim adalah merupakan punca kepada pemecatan itu.

Malah tidak kurang juga yang mengatakan, ia adalah merupakan antara usaha Khalid untuk memastikan pengaruh politik Azmin dapat dikurangkan. Azmin ketika dihubungi bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara itu, mengesahkan telah pun menerima surat mengenainya.

Walau bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, sebaliknya menyatakan akan membuat pengumuman mengenainya pada mesyuarat lembaga pengarah PKNS yang akan dipengerusikan oleh Khalid, 20 Januari ini.

kepimpinan_selangor_khalid_azmin_musuh_rakyat_mangsa

Polemik perebutan kuasa antara Azmin dan Khalid bukanlah perkara yang asing khususnya di kalangan penyokong kedua-dua belah pihak. Malah Azmin sebelum ini dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melibatkan beberapa isu tertentu.

Kali terakhir Azmin mengkritik pentadbiran Abdul Khalid ialah pada 28 November lalu apabila beliau menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014, selain menganggapnya itu terlalu tinggi dan perlu ditangguhkan.

Malah, sebelum itu, Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor dilaporkan bertindak melalui kelab itu mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri pada 7 Oktober lalu.

Bagaimanapun, difahamkan pergeseran antara Azmin dan Abdul Khalid telah bermula sejak 2010 lagi apabila Timbalan Presiden PKR itu mengambil alih jawatan Pengerusi PKR Selangor daripada Abdul Khalid.

Di kalangan penyokong Azmin, mereka merasakan Menteri Besar Selangor itu dilihat sebagai lemah dan tidak layak untuk menerajui kerajaan negeri. Manakala di pihak Khalid pula, mereka melihat Azmin sebagai pengacau kerana cuba memonopoli kepimpinan PKR.

Mungkin disebabkan faktor itu juga, Khalid baru-baru ini ada membayangkan akan turut bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu dalam pemilihan PKR Mei ini. Sekiranya tiada calon lain yang berminat untuk menawarkan diri, pertandingan itu bakal menjadi medan penentu bagi mengukur kekuatan antara mereka.

Walaupun ada yang mengatakan Azmin tidak akan berdepan dengan sebarang masalah untuk kekal sebagai Timbalan Presiden, namun faktor sokongan Wan Azizah tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana Wan Azizah juga mempunyai ramai penyokong setia yang jelas tidak berkenan dengan watak dan peribadi Azmin.

Malah ketika PKR berdepan dengan kemelut untuk melantik Menteri Besar Selangor, 'suara' Azizah ternyata berjaya untuk menyingkirkan Azmin. Walaupun menurut sumber, Anwar sebelum ini telah bersetuju dan berjanji untuk melantik 'anak emasnya' itu bagi menggantikan Khalid.

Persoalannya apakah pemecatan ini disebabkan Azmin memang tidak layak atau sememangnya wujud campur tangan pihak tertentu untuk menyingkirkannya?

isuhot.com

Kalimah Allah : Antara Titah Agung Dan Agenda Jahat Pembangkang

Posted: 20 Jan 2014 01:19 AM PST

Rakyat makin jelas kesan penganiayaan pembangkang terhadap umat Islam. Tangan Ghaib yang merancang "memijak" samada secara terang atau pun tersembunyi tetap dapat kita hidu. Hanya mereka yang mempunyai terlalu banyak kepentingan peribadi dalam pembangkang sahaja enggan membuka mata.

keluarga-Azizul-Raheem-Awalludin-isteri-Shalwati-Norshal-pukul-anak-sweden-solat

Begitu juga dengan tragedi yang menimpa Azizul Raheem Awalludin, Pengarah Pelancongan Malaysia di Stockholm & isterinya Shalwati Nurshal yang ditahan sejak 18 Dis 2013 kerana didakwa memukul tangan anaknya dalam cubaan mendisiplinkan anak itu yang tidak bersolat.

Kita dapat melihat "double standard" yang menjadi sandiwara pembangkang. Selama ini mereka begitu vokal dalam mempertahankan hak asasi Lesbian, gay, biseksual dan transgender yang ditentang dalam Islam.

Namun dalam isu pasangan yang teraniaya penahanan tanpa bicara rakyat Malaysia di Sweden mereka membisu seribu bahasa. Jelas dakwaan mereka sebagai pejuang hak asasi manusia sebenarnya bermotif politik jahat semata.

Kedua-dua ibubapa malang ini ditahan tanpa jaminan dan tanpa sebarang pertuduhan dikenakan sejak sebulan lepas. Kesemua anak mereka yang masih kecil diambil oleh pihak berkuasa Sweden dan ditempatkan dibawah penjagaan sebuah keluarga non-Muslim.

Pelanggaran hak asasi manusia amat jelas dalam kes ini:

1. Kedua mereka ditahan lebih sebulan tanpa bicara dan tanpa sebarang pertuduhan
2. Anak-anak mereka "dirampas" tanpa sebarang hak untuk mereka bela diri;
3. Kedua mangsa dan anak-anak mereka dinafikan hak mengamalkan agama mereka malah dianiaya dengan penempatan dirumah bukan Islam.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, menegaskan bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif milik umat Islam. Baginda bertitah kalimah Allah perlu dihormati semua pihak dan dilarang penggunaannya oleh penganut agama lain.

Ketetapan sudah jelas dibuat misalnya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1986 bahawa beberapa istilah serta kalimah menjadi hak eksklusif milik umat Islam dan perlu dihormati.

agong-ucapan-rasmi-parlimen-sesi-13-dewan-rakyat-pm-najib

Dalam konteks masyarakat majmuk, sensitiviti agama khususnya Islam sebagai agama yang mendasari Persekutuan perlulah dihormati. Sebelum ini pembangkang begitu sombong dan angkuh mengutuk JAIS yang menjalankan tugas mengikut undang-undang.

Sultan Selangor juga telah bertitah melarang penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian. Dan mahkamah juga telah memerintahkan perkara yang sama. Namun pembangkang sedang menunjukkan lagak bahawa mereka tidak akan tunduk pada mahkamah dan Sultan. Ini merupakan kebiadapan yang cukup ketara.

Pendakyah kristian telah, samada secara sengaja menterjemahkan perkataan God kepada Allah. Perkataan atau istilah yang lebih tepat bagi perkataan God ialah Tuhan bukannya Allah. Namun demi untuk memudahkan proses mereka menarik umat Islam untuk murtad maka mereka tetap mahu berkeras dalam penggunaan kalimah Allah.

Mereka cuba nenggunakan helah kononnya orang arab kristian juga menggunakannya. Kononnya Orang kristian arab menggunakannya dalam bahasa arab. Kristian arab menggunakan perkataan Yasu bila merujuk kepada Jesus.

Namun mereka megadaptasikan sebahagian sahaja dengan matlamat mengelirukan umat Islam. Maka di sini jelas niat jahat mereka. Mengapa hanya mahu terjemah perkataan God kepada Allah, tidak Jesus kepada Yasu?

Rakyat perlu jelas bahawa desakan kristian menggunakan kalimah Allah untuk hak menterjemahkan perkataan God kepada Allah dalam bahasa Melayu tidak ada kena mengena dengan soal penganutan atau pengamalan agama kristian. Ianya adalah satu kesalahan penterjemahan dari segi bahasa dan linguistik. Mereka mempunyai agenda gerakan kristianisasi yang telah mereka rancang dengan cukup terperinci.

KakChah

Sensasikan Kenaikan Harga Barang Jalan Mudah Pembangkang Elak Bantu Rakyat

Posted: 20 Jan 2014 01:08 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Kenaikan harga barang di pasaran hari ini membuatkan rakyat gelisah lantaran ia secara tidak langsung akan memberikan beban kepada kos dan perbelanjaan seharian rakyat namun malangnya, dalam keadaan tersebut ada pihak yang seakan menangguk di air keruh untuk mendapat untung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaakob menganggap tindakan segelintir pihak termasuklah pembangkang yang mensensasikan isu kenaikan harga barang di pasaran adalah jalan mudah bagi mereka mengelak dari membantu rakyat.

"Cara paling mudah untuk lepas tangan sebagaimana yang dilakukan oleh pembangkang adalah dengan tuding jari kepada pihak lain biarpun kesalahan terbabit bukan dilakukan oleh pihak yang dituduh sebagaimana kerajaan hari ini dipertanggungjawabkan atas masalah rakyat," katanya kepada UMNO-Online.

anwar-pembangkang-sensasi-harga-naik-bukan-tolong-rakyat-gimik-politik-janji-kosong

Ujar beliau, dalam keadaan rakyat kesudahan begini maka pembangkang mengambil jalan untuk tidak membantu sebaliknya terus menyalahkan pihak lain dan mensensasikannya atas kepentingan politik.

"Kalau pembangkang betul-betul nak jadi juara kepada rakyat maka mereka mestilah memberi jalan, cadangan atau membantu secara positif dan bukannya hanya dengan menambah melalui tohmahan dan kata-kata yang tidak benar," katanya.

Ujar beliau yang juga Exco Pergerakan Wanita UMNO merangkap Exco Kerajaan Negeri Kedah, sewajarnya pembangkang mencari jalan terbaik bagi membantu mengurangkan kos perbelanjaan rakyat dengan beberapa implikasi positif.

"Ini tidak, mereka hanya tahu menyalahkan pihak lain, menyalahkan kerajaan, menyalahkan UMNO dan buat macam-macam bantahan di jalanan sedangkan alternatif bagaimana untuk membantu rakyat tidak dibuat.

"Sikap pembangkang yang seringkali membuat tuduhan kepada orang lain dan membawa agenda negatif kepada rakyat tentunya amat bertentangan dengan mentaliti masyarakat yang mahu menuju negara maju. Inikah pembangkang yang matang?"

Terang beliau lagi, ini bertentangan dengan tindakan kerajaan yang sentiasa berusaha untuk membantu sama ada memberikan mereka pilihan atau menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk kepada rakyat.

Agihan yang dilaksanakan kerajaan dalam membantu meringankan beban perbelanjaan rakyat antaranya adalah seperti BR1M yang dinaikkan jumlahnya berbanding tahun lalu, penyediaan KR1M untuk membolehkan rakyat membeli barangan dengan nilai yang lebih rendah, bantuan persekolahan RM100, bantuan baucer buku dan BL1M, kad siswa 1Malaysia, baucer buku dinaikan RM50 lagi, bantuan kepada golongan belia dan macam-macam lagi. – MediaUMNO

najib-transformasi-produk-1malaysia

Nationwide Crackdown On Profiteers Launched

Posted: 20 Jan 2014 12:57 AM PST

SEREMBAN, Jan 20 – The 2014 Price Ops, aimed at clamping down on traders violating the Price Control and Anti-Profiteering Act, was simultaneously launched nationwide today.

Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Hasan Malek said the operation focused on pricing, enforcement of Section 21 of the Price Control and Anti-Profiteering Act, and examination on weights and measures.

He said about 1,800 enforcement officers and 1,100 monitoring officers would carry out spot checks at wet markets, grocery stores and restaurants during the operation.

Speaking to reporters after the launch of the 2014 Price Ops at the Seremban Main Market here today, he urged all quarters to make the operation a success and asked consumers to lodge complaints against errant traders to the ministry.

Meanwhile, Hasan said the ministry had set up a committee comprising consumer organisation representatives, economists and lawyers to review existing Acts in an effort to streamline and strengthen them.

In ALOR SETAR, Deputy Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah said some traders resorted to charging excessive prices as they were prompted by issues blown out of proportion by certain quarters through various media channels.

“Irresponsible quarters have taken an easy way out to blame the government when the prices go up even though the increases could be due to inclement weather or supply and demand.

“Consumers should use their discretion before making purchases by comparing prices,” he told reporters after inspecting prices at the Alor Setar Main Market today.

He said not all complaints about price hike relayed to the state 2,000-strong Consumer Squad were true as the inspection carried out by him at the market showed that chicken was sold between RM6.80 and RM7.30 per kg while beef between RM25 and RM27 per kg.

Government Will Buy Viable Land Offered By Owners

Posted: 20 Jan 2014 12:17 AM PST

SANDAKAN, Jan 20 – The Urban Wellbeing, Housing and Local Government ministry will accept offers from owners of viable residential land for development of people’s housing projects (PPR).

Its minister Datuk Abdul Rahman Dahlan said this was because suitable and strategically located land for housing development was lacking.

At the same time the aim was also to provide housing for urbanites, that are integrated with facilities such as a recreational ground, kindergarten, playground and surau.

He said this today at the handing over of the Sibuga PPR project to the state government comprising 500 residential units valued at RM23.7 million.

Chief Minister Datuk Seri Musa Aman represented the state government in the ceremony.

Abdul Rahman said the project, marked under the Ninth Malaysia Plan, was one of 27 PPR projects implemented in Sabah involving 19,491 units of houses costing RM600 million.

Another 4,750 units would be built in the state, with Kota Belud and Sandakan getting 1,000 units each, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Tuaran and Kudat, 500 units each, Lahad Datu (400) and Tawau (350), he said.

Meanwhile in a press conference, he said other state governments should adopt the Sabah government’s approach to initiate urban PPR projects.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...