Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Suara Rakyat Menentang Demotransi!! #HimpunanGuling

Posted: 30 Dec 2013 12:37 AM PST


 

Ini merupakan petikan suara rakyat, yang dikumpulkan oleh Agendadaily. Kebanyakkan mereka adalah mahasiswa. Inilah pandangan mereka terhadap penghimpunan malam tahun baru yang akan diadakan esok oleh pembangkang.

Rata-rata mereka berharap perhimpunan haram mengguling kerajaan sebagai membantah peningkatan kos sara hidup, tidak dihadiri oleh rakan-rakan mahasiswa lain.

Mereka melihat sebarang gangguan dalam bentuk perhimpunan haram bukan sahaja boleh menjejas perancangan sambutan ambang tahun baharu malah mengancam keselamatan dan ketenteraman awam, suatu perkara yang amat dihargai serta dipelihara oleh rakyat Malaysia selama ini.

Juga kerana sekarang ini di kebanyakkan kampus merupakan musim peperiksaan. Dengarlah suara mereka...

Jangan label semua mahasiswa pembangkang


Saya yakin hanya sebilangan kecil sahaja telah termakan dengan momokan kelompok-kelompok penghasut ideologi meggulingkan kerajaan. Umum tahu mahasiswa boleh bersuara secara ilmiah dan bijaksana melalui saluran yang betul, bukan di jalanan. Minda perlu dibuka dalam menyatakan pendapat dimana kerajaan Malaysia hari ini telah memberikan ruang buat mahasiswa bersuara. Terdapat cara lain yang lebih produktif dan aman untuk menyampaikan mesej dan tuntutan, berbanding melakukan demonstrasi di jalan raya yang dapat mengancam keamanan, ketenangan masyarakat dan negara. Gunakan ilmu yang ada, bukan emosi dalam menyuarakan tuntutan dan pandangan. Buktikan bahawa mahasiswa merupakan aset kepada negara dan punya nilai yang tersendiri. Berkenaan dengan tindakan kurang bijak berdemonstrasi, ia secara tidak langsung melambangkan betapa rapuhnya jatidiri mahasiswa amnya. Saya kira mahasiswa hari ini lebih bijak dalam membezakan antara kaca dan permata. Dari satu sudut yang lain, pihak kerajaan juga harus mengambil kira pandangan para mahasiswa. Jangan sesekali mudah melabelkan mahasiswa yang mengkritik kerajaan sebagai pembangkang. Mereka berhak bersuara namun mereka harus gunakan hak berfikir sebelum bersuara. - Khaidir Baharuddin - Ahli Jawatankuasa Biro IPT Pemuda UMNO Malaysia

Lihat apa jadi negara yang kerjanya berdemonstrasi


Sudah jelas dinyatakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal bahawa tiada permohononan yang dilakukan kepada DBKL untuk menganjurkan perhimpunan pada 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka. Bagi saya, mahasiswa yang ingin menghadiri atau menyertai perhimpunan haram ini dikategorikan sebagai seorang mahasiswa yang tidak matang pemikirannya. Mereka perlu tahu untuk meletakkan kepentingan sebagai seorang mahasiswa. Lebih-lebih lagi sepanjang minggu peperiksaan yang sedang berlangsung ini. Saya berharap siswa-siswi di setiap IPT tidak terpengaruh dengan ideologi yang ingin diterapkan oleh golongan ini. Buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa Mahasiswa bukan golongan yang boleh dibonekakan tetapi penentu masa depan negara dengan bijak, bukan di jalanan. Jadikan negara luar yang setiap hari berhadapan dengan demonstrasi sebagai sempadan, negara mereka sehingga hari ini tidak aman. Bersyukurlah jadi rakyat Malaysia - Mohamad Hazriq Md Akhair - Universiti Malaysia Perlis

Sambung baca kat SINI

HOT! Rafizi Mengaku Ada 5 BOM? #HimpunanGuling

Posted: 29 Dec 2013 07:19 PM PST


Semua orang tahu kini Pengarah Strategi PKR, Si Rafizi Lembu tu yang merupakan individu yang bertanggungjawab sekiranya berlaku letupan pada perhimpunan guling-guling macam tenggiling yang dianjurkan Pembangkang pada malam New Year nanti.

Pagi semalam pula, Rafizi dipanggil oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk disiasat dan diambil keterangan berhubung pembongkaran emel antara Rafizi & Rahim Ghouse yang merupakan individu kedua yang disyaki terlibat dalam perancangan mencetuskan huru hara nanti.

Namun ada sesuatu yang mungkin boleh digunakan oleh pihak PDRM untuk dijadikan bahan siasatan. Semasa memasuki perkarangan IPD Dang Wangi, Rafizi dan diiringi lawyer bongoknya (Latipah Koyak & NSurendran) telah bertembung dengan Ketua Pergerakan Pemuda, Saudara Razlan Rafii.



Rafizi sendiri telah mengeluarkan kenyataan secara spontan apabila Razlan bertanya pada beliau seperti di bawah,

Razlan : Berapa banyak bom YB simpan?

Rafizi : Ada 5


Jawapan yang diberikan beliau di hadapan lawyer  memang spontan tetapi yang peliknya mengapa beliau boleh jawab 'Ada 5' dan angka tersebut tepat seperti kandungan emel beliau.

Mengapa beliau tidak menjawab 10 atau 100 atau 1000 jumlah bom yang dimiliki. Seakan-akan jawapan spontan itu benar dan sememangnya Rafizi memiliki bom tersebut.

So mungkin selepas ini orang ramai boleh membuat laporan terhadap video ini yang dipercayai boleh dijadikan bahan rujukan untuk siasatan Polis.



Sumber Mc ambil dari blog Rezqeen Hill
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...