UMNO Online - “Schools Told To Give Priority To Sports – Muhyiddin” plus 9 more

UMNO Online - “Schools Told To Give Priority To Sports – Muhyiddin” plus 9 more

Link to UMNO Online

Schools Told To Give Priority To Sports – Muhyiddin

Posted: 17 Nov 2013 08:54 AM PST

KUANTAN, Nov 17 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin urged schools to accept sports as one of the activities to be given priority, other than academic.

Muhyiddin, who is also Education Minister said the effort was in line with the aspiration of the government to produce competitive human capital and also world class athletes.

“Towards this end, the ministry implements programmes, comprehensively by strengthening the management and development of sports in schools and educational institutions.

“The Schools Sports Development Committee has been set up at the ministry to plan, monitor and increase sports activities to unearth and develop new talent in numerous sports among students,” he said when opening the 5th Malaysian Educational Institution Sport (Sipma) at the Pahang Matriculation College, here tonight.

A total of 1,281 officials and athletes from seven contingents took part in the week-long championship which ends on Thursday.

Muhyiddin said the government always gave due attention to sports, which was among the best platforms for comprehensive and competitive human capital development.

According to Muhyiddin, numerous efforts were initiated to boost the achievement in sports and academic excellence.

“A balance in the development of both is capable of boosting sports achievement at educational institutions in the country. This can also help in the government’s aspiration to make sports as an important field to expand the potential of human capital,” he said.

In addition, he said active participation in sports could expose students to communication, socialisation and interaction.-MediaUMNO

Bocor Dokumen Rasmi K’Jaan Tindakan Tidak Amanah, Serah Siasatan Sepenuhnya Kepada Polis – Mohamed Khaled

Posted: 17 Nov 2013 08:47 AM PST

PASIR GUDANG, 17 Nov  – Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat tindakan membocorkan kandungan dan menyebarkan Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berhubung cadangan mengubah cuti mingguan negeri ini.

“Perkara berkenaan masih dalam perbincangan dan belum diputuskan lagi. Perbuatan yang dilakukan ini menggambarkan sikap tidak amanah dalam merahsiakan hal sulit kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pernikahan beramai-ramai di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini.

Seramai 30 pasangan bernikah pada majlis yang dianjurkan bersama Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Waqaf An-Nur Corporation Berhad dan Hospital Penawar Pasir Gudang.

Walaupun laporan polis sudah dibuat tetapi setakat ini beliau masih belum mendapat sebarang perkembangan mengenai siasatan itu, kata Mohamed Khaled.

Tanpa menolak kemungkinan kejadian yang sama akan berulang disebabkan sifat tidak amanah itu, beliau berkata kerajaan negeri juga tidak menubuhkan sebarang pasukan khas di peringkat jabatan ataupun negeri untuk melakukan siasatan.

Sejak awal minggu lalu, berita tentang pertukaran hujung minggu negeri Johor daripada hari Ahad kepada hari Jumaat berkuat kuasa pada Januari tahun depan mula tersebar di laman sosial tanpa ada sebarang pengumuman rasmi berhubung perkara itu oleh kerajaan negeri.

Lebih memeranjatkan apabila gambar dokumen sulit mengenai perkara itu yang dialamatkan kepada SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertarikh 9 Okt 2013 turut dimuat naik dalam laman sosial itu bagi menyokong berita berkenaan.-MediaUMNO

Empat Nilai Kepentingan CHOGM

Posted: 17 Nov 2013 08:38 AM PST

COLOMBO 17 Nov  - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat nilai yang mengekalkan kepentingan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) kepada anggotanya, yang antaranya dapat dimanfaatkan untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan pada dasar-dasar domestik negara masing-masing.

Menyifatkan CHOGM 2013 di Sri Lanka berjaya, Najib berkongsi empat nilai itu dengan media antarabangsa dan Malaysia pada dua sidang media berasingan pada hari terakhir persidangan itu pada Ahad.

Empat nilai itu ialah:

* Penghayatan terhadap nilai asas Komanwel;

* Tema CHOGM yang boleh dimanfaatkan negara-negara anggota;

* CHOGM menjadi pembekal input kepada pelbagai mesyuarat penting lain;

* CHOGM sebagai “thought leader” (peneraju pemikiran) untuk idea.

Najib adalah antara empat pemimpin Komanwel yang diberi penghormatan untuk menyertai sidang media bersama Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa dan Setiausaha Agung Komanwel, Kamalesh Sharma di akhir CHOGM, yang dihadiri kira-kira 200 wartawan negara-negara Komanwel termasuk Malaysia.

Tiga pemimpin lain ialah Presiden Guyana, Donald Rabindranauth Ramotar; Perdana Menteri St Kitts & Nevis, Denzil Douglas; dan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma.

Najib kemudian berkongsi sekali lagi empat nilai berkenaan dengan wartawan Malaysia pada sidang media berasingan sebelum beliau berlepas ke Bangladesh.

Menghuraikan nilai-nilai itu, Najib berkata CHOGM dapat mengukuhkan penghayatan negara-negara Komanwel terhadap nilai-nilai utama seperti mengekalkan prinsip dan amalan demokrasi yang baik dan hak asasi manusia.

“Ini satu kelompok negara-negara yang unik berfungsi dari sejarah bersama. Walaupun negara-negara ini berlainan (diverse), kita tidak seharusnya berpecah (divided),” katanya.

Mengenai tema CHOGM seperti tahun ini iaitu “Pertumbuhan Dengan Ekuiti: Pembangunan Inklusif”, ia boleh diterjemahkan dalam bentuk dasar atau polisi domestik, katanya.

“Kita boleh bertukar-tukar maklumat dan pengalaman. Dari situ kita boleh buat perubahan, penambahbaikan pada dasar-dasar dalam negara masing-masing.

“Tema itu boleh dihayati, diterjemahkan untuk kebaikan rakyat negara Komanwel,” katanya.

Najib berkata Komanwel boleh menjadi pembekal input kepada pelbagai mesyuarat penting lain seperti Persidangan Perubahan Iklim di Warsaw bulan ini dan Persidangan Menteri Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di Bali.

“CHOGM ini selalu bersidang sebelum sesuatu persidangan yang boleh membuat keputusan.

“Negara-negara Komanwel bila hadir ke persidangan-persidangan itu boleh membawa hasrat dan keputusan dalam menentukan hala tuju mesyuarat atau forum,” katanya.

Najib berkata CHOGM boleh menjadi “thought leader” dalam membicarakan isu sejagat seperti isu pembangunan mapan yang pertama kali dicetuskan ketika CHOGM diadakan di Malaysia pada 1989, selain isu hutang negara kecil.

Secara keseluruhannya, Najib berkata CHOGM boleh memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dalam pelbagai isu dunia melalui inputnya seperti kepada Agenda Pembangunan Pasca 2015.

Di akhir CHOGM 2013, ‘communique’ atau pernyataan 21 muka surat dikeluarkan membabitkan pelbagai isu dipersetujui ketua-ketua negara Komanwel dalam mesyuarat tiga hari itu.

Antaranya mengenai pembangunan inklusif, pengagihan kekayaan secara saksama dan Agenda Pembangunan Pasca 2015 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).-MediaUMNO

Genting Highland Accident : Govt Will Disclose Full Report – Hishammuddin

Posted: 17 Nov 2013 01:38 AM PST

MELAKA, Nov 17 – The results of the investigation on the Genting Highland bus crash which claimed 37 lives at KM3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur on Aug 21 will definitely be fully disclosed to public, said acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“I’ve personally met with the senior management of Genting Highland Berhad and asked them to cooperate with the authorities involved in the investigation.

“I’ve also ordered the relevant authorities to investigate the tragedy thoroughly and in a transparent manner,” Hishammuddin said at the Road Safety Council (MKJR) annual dinner in Bandar Hilir, here last night.

Also present were Melaka Chief Minister Datuk Seri Idris Haron, Department of Road Safety (JKJR) director-general Datuk Dr Tam Weng Wah and state MKJR chairman Datuk Abdul Ghafaar Atan.

Hishammuddin, who is also Defence Minister, said following the Malaysian Institute of Road Safety’s (MIROS) initial report on the incident, the Public Land Transport Commission had suspended the licence of the bus operator concerned.

Meanwhile, he said the JKJR and MKJR have been ordered to set up branches in every district nationwide effective January 2014, to ensure the comprehensive implementation of initiatives and efforts to raise awareness and educate the public on road safety.

He added that the move was critical to prevent the repeat of the RM8.3 billion losses due to 6,917 road fatalities incurred by the government last year.

Hentikan Sebar Berita Palsu Mengenai Insiden Di Pulau Pom Pom – Shahidan

Posted: 17 Nov 2013 01:33 AM PST

ROMPIN, 17 Nov – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menegur pihak tertentu yang menyebarkan berita palsu berhubung insiden bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Sabah.

amaran-shahidan-kassim-ngo-persatuan-parti-parlimen

Katanya perbuatan itu mengundang suasana tidak harmoni dan mesti dihentikan.

“Kawasan berkenaan selamat untuk dikunjungi dan kita akan terus memperhebatkan rondaan bagi membanteras sebarang jenis jenayah merentasi sempadan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jiwa Murni Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di sini.

Beliau juga menegaskan kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) telah dipertingkat bagi memastikan pulau-pulau terutama yang terletak berhampiran sempadan terus selamat dikunjungi.

Dalam masa yang sama beliau menyarankan masyarakat di negara ini menjadi sahabat APMM dengan menyalurkan  maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa berkenaan.

Melalui maklumat itu, tindakan pantas dapat diambil terutama dalam menangani pelanggaran undang-undang atau memberi bantuan kepada yang memerlukan, katanya.-MediaUMNO

Dolak Dalik Pas Kelantan Tanda Tidak Bersedia Laksana Hudud – Zainal Abidin

Posted: 17 Nov 2013 01:29 AM PST

NIBONG TEBAL, 17 Nov  – Sikap berdolak-dalik yang ditunjukkan oleh kerajaan PAS di Kelantan berhubung pelaksanaan hudud di negeri itu menunjukkan mereka sebenarnya tidak bersedia berbuat demikian, kata Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman.

“Dulu mereka bagi pelbagai alasan, sekarang berdolak-dalik pula. Ini jelas membuktikan mereka tidak bersedia melaksanakannya di Kelantan walaupun mahkamah syariah negeri sudah bersedia,” katanya di sini hari ini.

Zainal Abidin yang ditemui pemberita selepas merasmikan Program Memasak Bubur Asyura di Taman Tasek Maju, diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam, bahawa persediaan kerajaan negeri dalam pelaksanaan hudud terhad kepada infrastruktur sahaja.

Mohd Amar juga dilapor oleh akhbar sebagai mengakui Jawatankuasa Teknikal Hudud yang dibentuk pada Oktober 2011, belum pernah mengadakan mesyuarat kecuali empat pertemuan biasa bersama anggota.

Sebelum ini, Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad dilapor berkata mahkamah syariah Kelantan sudah bersedia untuk melaksana hudud jika kerajaan negeri menguatkuasakan undang-undang.-MediaUMNO

pas-kelantan-negeri-sedia-hudud-pusat-umno-syarie-syariah

Sms Hasut Perwakilan Wanita Tak Hadir Mesyuarat : Abdul Ghapur Buat Laporan Polis

Posted: 16 Nov 2013 03:53 PM PST

TAWAU, 16 Nov – Ketua Umno Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh membuat laporan polis berkaitan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menghasut perwakilan parti itu agar tidak menghadiri pemilihan semula 14 Anggota Jawatankuasa (AJK) Wanita bahagian berkenaan.

ghapur-salleh-kalabakan-sabah-malaysia

Beliau berkata laporan itu dibuat semalam bagi membolehkan siasatan polis  dibuat meskipun selepas pemilihan selesai dijalankan.

“Saya sendiri turut menerima SMS yang berbaur menghasut ahli wanita agar tidak hadir pada pemilihan semula itu,” katanya kepada pemberita di SK Kukusan hari ini.

Menyentuh pemilihan hari ini, Abdul Ghapur yang juga Anggota Parlimen Kalabakan, berkata 538 daripada 889 perwakilan berdaftar hadir pada mesyuarat itu dan jumlah ini melebihi kuota yang ditetapkan, oleh itu keputusannya tidak boleh dipertikai.

Mengulas kenyataan mantan Ketua Wanita Umno Kalabakan Datuk Hamisa Samat, yang mempertikai kesahan pemilihan hari ini, Abdul Ghapur berkata Umno adalah parti yang memperjuang nasib bangsa, agama dan perpaduan serta tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita harus ingat Umno ini bukan parti saya, saya hanya ahli yang dipilih menjadi pemimpin, esok orang lain pula akan menjadi pemimpin. Jadi, kita perlu saling sokong-menyokong,” katanya.-MediaUMNO

Ketua Penerangan UMNO Selangor Tewas Dalam Pemilihan Semula Ketua Bahagian

Posted: 16 Nov 2013 03:32 PM PST

SHAH ALAM, 16 Nov – Ketua Penerangan Umno Selangor Datuk Amiruddin Setro hari ini tewas dalam pemilihan semula jawatan Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor menentang Setiausaha bahagiannya Ishak Haron yang berlangsung di Komplek Bangunan Umno Kuala Selangor.

amiruddin-setro-kalah-penerangan-selangor

Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan Umno Kuala Selangor Datuk Kamaluddin Saidon ketika dihubungi di sini hari ini berkata Amiruddin yang mendapat 266 undi, tewas dengan empat undi berbanding pencabarnya yang memperolehi 270 undi. Terdapat dua undi rosak.

Seramai 538 perwakilan mengundi pada pemilihan semula yang berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari dan keputusan diumumkan pada pukul 12.30 tengah hari dengan proses pengiraan berjalan lancar dan diterima oleh kedua-dua wakil calon, katanya.

Beliau berkata pemilihan semula itu diadakan kerana adanya bantahan daripada Ishak terhadap proses pemilihan bahagian itu sebelum ini.

Dalam pemilihan bahagian itu 19 Oktober lepas, Amiruddin selaku penyandang mendapat 220 undi, menewaskan Ishak dengan kelebihan satu undi.  Ishak mendapat 219 undi.

Di DENGKIL, bekas Bendahari Pemuda UMNO Sepang, Noorazli Said berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Sepang yang dimenanginya pada pemilihan sayap UMNO bahagian itu 12 Oktober lalu.

Pemilihan semula hari ini menyaksikan Noorazli memperoleh 172 undi mengatasi pencabarnya yang juga bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Sepang, Anuar Basiran dengan kelebihan empat undi.

Zaiman Sukor pula memenangi Jawatan Naib Ketua Pemuda dengan mengetepikan dua pencabar Muhammad Hydier Hamid dan Mohd Raze Ali, dengan kelebihan 202 undi.

Seramai 346 perwakilan yang layak mengundi hadir pada kali ini berbanding 500 pada pemilihan bulan lalu.

Sementara itu, pergerakan Puteri pula menyaksikan keputusan berlainan apabila Siti Zubaidah Abu Bakar, 35, memenangi dalam pemilihan semula mengalahkan Yusmah Indrawati Yusuf.

Siti Zubaidah memperolehi 126 undi berbanding Yusmah Indrawati Yusuf 104 undi.

Pada pemilihan sayap itu 12 Oktober lalu, jawatan itu dimenangi Yusmah Indrawati dengan memperoleh 155 undi menewaskan Siti Zubaidah yang memperoleh 146 undi.

Jawatankuasa Aduan Badan Perhubungan UMNO Selangor mengarahkan sayap Puteri dan Pemuda mengadakan pemilihan semula kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard pada proses pemilihan.

Di ROMPIN, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pahang Datuk Kapten (B) Mohd Johari Hussain memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Rompin selepas pemilihan semula diadakan di Dewan Besar Muadzam Shah hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman memenangi jawatan tersebut dengan undi majoriti 172 apabila mendapat 187 undi sekali gus mengetepikan penyandang, Datuk Mohamad Shafri Ab Aziz yang memperolehi 15 undi.

Dalam pemilihan pada 12 Oktober lepas, Mohd Johari tewas dengan majoriti enam undi apabila memperoleh 133 undi manakala Mohamad Shafri pula memperoleh 139 undi dengan kehadiran 280 perwakilan.

Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula, Exco Pergerakan Pemuda Pusat Muhammad Yusmizan Md Yunus pula mengekalkan jawatan itu apabila memperolehi 190 undi manakala lawannya Mohd Azrul Ali mendapat 11 undi.

Pada pemilihan 12 Oktober lalu Yusmizan menang dengan majoriti 39 undi apabila mendapat 150 undi berbanding lawannya yang mendapat 111 undi.

Sementara itu, jawatan Pengerusi Tetap Pemuda Umno Rompin menyaksikan Zuleaddi Man yang mendapat 185 undi meninggalkan dua lawannya, Hamidun Hassan yang mendapat 16 undi dan Harudin Mohd Yusof yang hanya memperolehi satu undi.

Setiausaha Umno Bahagian Rompin Datuk Wan Kadri Wan Mahussain berkata:  ”Pemilihan kali kedua ini berjalan lancar walaupun jumlah kehadiran agak merosot iaitu 202 orang perwakilan, berbanding 280 orang sebelum ini.

“Ini disebabkan ada perwakilan termasuk calon yang bertanding tidak hadir walaupun mereka sudah diberi notis awal mengenai pemilihan kali kedua ini,” katanya.-MediaUMNO

Bekas Pengerusi PKR Kedah Umum Keluar Parti

Posted: 16 Nov 2013 03:22 PM PST

LANGKAWI, 16 Nov – Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah Datuk Wan Salleh Wan Isa hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa hari ini.

wan-salleh-wan-isa-langkawi-kedah-keluar-parti-pkr-anwar-pakatan

Wan Salleh yang juga Ketua Cabang PKR Langkawi, berkata tindakan itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati dengan pucuk pimpinan tertinggi parti yang membelakangkannya dalam beberapa perkara termasuk pemilihan calon dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu, ketika beliau masih mengetuai parti itu di Kedah.

“Saya dengan ini mengisytiharkan meletak jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Langkawi dan keluar daripada parti PKR berkuat kuasa hari ini dan tidak akan melibatkan diri lagi dengan PKR,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Wan Salleh meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Kedah pada 15 Mei lepas.

Katanya keegoan dan keangkuhan pucuk pimpinan menyebabkan beliau tawar hati untuk meneruskan perjuangan dalam parti itu.

“Kepimpinan pusat tidak mahu mendengar nasihat kepimpinan tempatan,” katanya menambah terdapat keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi parti berhubung beberapa isu tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu.

Beliau berkata peletakan jawatan itu bukan atas desakan mana-mana pihak tetapi keputusan beliau sendiri.

Wan Salleh berkata beliau juga tidak akan menyertai mana-mana parti sebaliknya akan menumpukan kepada kerja-kerja amal untuk membantu masyarakat.

Katanya beliau juga akan terus menabur bakti kepada penduduk di Langkawi namun bukan atas tiket politik.-MediaUMNO   

Malaysia To Give Significant Input On Direction Of CHOGM Agenda After 2015

Posted: 16 Nov 2013 02:52 PM PST

COLOMBO, Nov 16  -Malaysia will give significant input to the Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) which intends to play a role in determining the Post Development 2015, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said.

Najib, during the two CHOGM 2013 retreat sessions Saturday, said the Commonwealth organisation intended to play a role in determine the direction of the agenda after 2015, the Millennium Development Goals (MDGs).

“We certainly will give our input (to CHOGM),” he told Malaysian journalist after opening the one-stop Malaysian processing centre, Foshwa Pvt Ltd, at the  World Trade Centre, here.

Prior to that, Najib attended the CHOGM retreat session at the Waters Edge Hotel, which he said was held in a relaxing and calm surrounding.

Najib said the Commonwealth Finance Minister’s conference would be held to determine the agenda after 2015.

During the retreat which explained the agenda on fair and inclusive development, Najib said all leaders were supportive of the concept of fair and inclusive development that was tabled.

Various suggestions were submitted by the Commonwealth leaders on fair and inclusive development, among them, the need to continue with efforts to reduce poverty, development of “people-centred” projects, like education, besides issues on climatic change, he added.

He said his views on fair and inclusive development was taken into account by CHOGM and would be included as part of the CHOGM Communique.

Earlier in his speech, Najib said he was confident Foshwa would address the problems on the delay in visa processing for tourists from south Asia who wished to visit Malaysia.

“This will not only reduce the cost of visa processing, but also the responsibility of the office of the Malaysian Embassy, as well as enhance effectiveness,” he added.

Najib said Malaysia was targetting 28 million tourists in conjunction with Visit Malaysia Year 2014, with about 1.06 million from South Asia.

Foshwa, a Malaysian out-sourcing company, obtained the Home Ministry’s approval to open the visa processing centre in Sri Lanka, India, Pakistan, Afghanistan, Bangladesh and Nepal.-MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...