tun faisal dot com

tun faisal dot com


Kenapa Blogger APA doakan setiap bulan ada MP dan ADUN meninggal? @NajibRazak @TengkuAdnanREAL

Posted: 18 Nov 2013 04:38 PM PST



Pada saat ada blogger dan cybertrooper yang menerima Samsung S4 dan silih berganti gadget dan tabs, dilantik dan diberi kerja tetap dalam unit itu dan unit ini, rupanya ada blogger yang tidak diendahkan dan berharap kepada ehsan `orang mati'. Malas nak cakap banyak, cuma berharap agar Presiden Parti perlu menerima pandangan daripada pelbagai pihak, bukan hanya daripada pihak yang hampir dengan beliau sahaja. Di bawah disertakan link yang berkaitan agar Presiden Parti dan pemimpin kanan parti boleh menilai kembali `big picture' senario jentera blogger dan cybertrooper. Ingin dijelaskan, dulu UMB tidak menjaga kebajikan hanya 10-15 orang sahaja, tetapi lebih ramai daripada itu di sekurang-kurangnya 6 buah negeri, tidak termasuk yang memerlukan bantuan serta merta dan segera.



Blogger Din Turtle Dibantu Unit Media Baru Dan Kisah Parasit Dalam UMNO cc @NajibRazak @tunfaisal
http://www.penembak-tepat.com/2012/03/blogger-din-turtle-dibantu-unit-media.html





Kemelut Cybertrooper BN Sarawak Part 3 CYWAR ROOM
http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2013/06/kemelut-cybertrooper-bn-sarawak-part-3.html#ixzz2l2yEbQZe

Wajarkah Orang Yang Sama Terajui Bajet Cywar PRU14
http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2013/06/wajarkah-orang-yang-sama-terajui-bajet.html#ixzz2l2yUFYCQ

@UnitMediaBaru (UMB) bukan pasukan 10 orang blogger yang pandu BMW
http://tunfaisal.blogspot.com/2013/06/unitmediabaru-umb-bukan-pasukan-10.html

Pengarah sebenar Operasi Siber BN PRU13 adalah seorang khunsa?
http://tunfaisal.blogspot.com/2013/06/pengarah-sebenar-operasi-siber-bn-pru13.html

Ayat yang diguna masih berlapik, mudah-mudahan pemimpin tertinggi faham apa yang hendak disampaikan. Elok juga baca kenapa blogger APA mendoakan Ahli Parlimen dan ADUN BN dan PR meninggal dunia....


SIAPA LAGI ADUN DAN MP YANG NAK MATI..? KAMI TENGAH TUNGGU INI... @NAJIBRAZAK



Macamana pulak "blogger haramjadah" ini boleh duduk sebelah Tuan Presiden ni..?

Selesai sahaja PRU13 Mei lalu aku ada menulis beberapa siri artikel tentang NASIB PEJUANG SIBER UMNO/BN selepas tamat "Peperangan PRU13".Kemana halatuju mereka dan bagaimana "kebajikan" mereka bakal diuruskan oleh Umno?

Aku bertanya kepada pemimpin pemimpin Umno terutamanya kepada Tuan Presiden @NajibRazak akan masa depan tentera tentera siber ini selepas tamat perang PRU13.

Apakah khidmat mereka/kami masih diperlukan lagi atau kami kena "keluar kem" dahulu sementara menunggu kembali panggilan "melapor diri" sekitar tahun 2017 atau 2018 bila peperangan PRU14 hampir bermula?

Jika khidmat kami/mereka tidak diperlukan sehingga tiba waktu itu,apa bakal terjadi kepada kehidupan kami dalam tempuh 3 tahun ini kerana dapur kami perlu berasap dan perut anak bini kami perlu diisi?

Jika kami/mereka hanya dianggap sebagai tidak lebih TENTERA UPAHAN yang hanya dipanggil bila perlu,apakah tidak menjadi KESALAHAN jika kami berkhidmat dengan pihak lain saperti Pas,PKR atau DAP sekalipun sebagai Askar Upahan?

Perlu diingat perut anak bini dan keluarga kami perlu diisi dengan makanan yang perlu dibeli dengan WANG dan tidak cukup jika hanya diberi makan angin kerana yang bakal keluar nanti hanyalah KENTUT bukan TAIK

Pun begitu...

Majoriti kami/mereka masih cuba bertahan dan masih bertahan dengan kesetiaan kami kepada Kerajaan Umno/BN walaupun diselubungi masa hadapan yang tidak menentu.

Justru...

KAMI/MEREKA hanya mengharapkan (baca doa) kepada KEMATIAN YANG BERTERUSAN yang akan berlaku terhadap Adun dan Ahli Parlimen (tak kira parti mana pun) yang ada hari ini dari semasa kesemasa agar akan ada PRK demi PRK saperti yang sudah berlaku di PRK Kuala Besut dan PRK Sg.Limau...,agar kami/mereka akan ada kerja dan bila ada kerja ada gaji dan bila ada gaji ada wang dan bila ada wang baru boleh bagi makan anak bini....

Salah ke kalau kami/mereka mendoakan demikian ???

Bahagian mana yang korang (Adun & MP terutama dari Umno) masih kurang jelas ???

Jadi siapa diantara korang (Adun & MP) yang nak mati dalam waktu terdekat ini supaya ramai lagi yang boleh hidup..???

Kami/mereka ucapkan terima kasih in advance sebab kalau korang dah mati nanti tak sempat nak ucap...

Kah Kah Kah.

P/S : Meminjam kata Dato Razali Ibrahim di Parlimen beberapa hari lalu..."Mana ada orang buat keje pro-bono (kerja free)..?.Nak kencing pun kalau tak ada 30 sen tak boleh kencing ditandas awam,kena cari lorong belakang kompleks...

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...