Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Pemandu YB Rogol Amah Indonesia?

Posted: 24 Nov 2013 04:05 AM PST


#HOT! Konsert Rock di #MuktamarPas, Betui Ka?

Posted: 23 Nov 2013 08:01 PM PST



Terkejut bila Mc tengok ada pulak Konsert Rock di Muktamar Pas. Kalahlah Perhimpunan Agung UMNO ada konsert macam ni, dah tentu bertalu-talu UMNO kena maki kononnya tak Islamik.

Tapi ramai juga orang Pas menafikan ada konsert semasa di Muktamar Pas tempohari. Mc pun tak pasti ada ka takdak tapi bila baca komen orang Pas sendiri kat bawah ni, rasanya sah la memang ada konsert.


Soo.. diakui memang ada konsert di Muktamar Pas. Nak nafi apa lagi. Sudah terbukti 'Pas sekarang bukan lagi macam Pas yang dulu, Dulu Islam di julang sekarang sudah melayang! he he he.

McTheory:
Ini bukan fitnah UMNO.. ini betui-betui woo.. hehe

HOT! Keputusan Rasmi Naib Presiden Pas! Mahfuz Tersungkur.. Takziah Pas Kedah! #MuktamarPas

Posted: 23 Nov 2013 07:50 PM PST






SHAH ALAM: Salahuddin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa dipilih sebagai Naib Presiden PAS bagi sesi 2013-2015 pada Muktamar Tahunan PAS ke-59.

Salahuddin memperolehi 917 undi, Tuan Ibrahim (849) dan Husam (520).

Dua calon lagi, Datuk Mahfuz Omar memperolehi 504 undi dan Datuk Abu Bakar Chik (364).

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi jam 10.50 pagi ini.

Jelasnya, jumlah perwakilan yang berdaftar ialah 1,129 sementara yang mengudi 1,086 dengan enam undi rosak.


McTheory:
Mana Mahfuz Omar? Ketua Pesuruhjaya Pas Kedah kalah? Takziahlahh Pas Kedah nooo.. hahaha..

HOT! Tahniah! Misi Selamatkan Mat Sabu Berjaya! #MuktamarPas

Posted: 23 Nov 2013 07:12 PM PST


Tahniahlah Mat Sabu kerana berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden walaupun ramai diantara ahli Pas yang tak yakin dan percaya bahawa Mat Sabu mampu membawa jawatan timbalan presiden ini dengan baik.

Kalau bukan dengan kuasa parti dan sokongan atasan, Mc percaya Mat Sabu takkan berjaya mengekalkan jawatan Timbalan tersebut. Akar umbi Pas secara terang-terangan menolak Mat Sabu sebagai Timbalan, cuma orang atas yang mengeluarkan senarai nama pilihan untuk menyelamatkan Mat Sabu. Itu katanya arahan dari pihak pucuk pimpinan parti. Kalau tak, depa pun tak hinggin nak letak nama Mat Sabu dalam senarai calon Timbalan Presiden.

Cerita misi menyelamatkan Mat Sabu ni Mc dah pernah cerita kat SINI.

 Mat Sabu ni lambang perpaduan diantara Pas, Pkr dan Dap. Sebab dia ni mana-mana pun boleh masuk. Dengan Guan Eng boleh tidor sebantal, dengan Anwar boleh syer sekatil. Atas kepentingan parti dan perpaduan dalam Pas juga yang menyebabkan Mat Sabu harus dikekalkan.

Mana ada pemimpin Pas mampu melakukan apa yang Mat Sabu buat. Kiranya dia ni memang uniklah..

Bab syiah, Mc rasa pembaca blog boleh buat kesimpulan sendiri la. Walaupun Mat Sabu menafikan dia ni syiah, tetapi semasa kempen di Pendang, jelas dan ternyata Mat Sabu meminta sokongan puak syiah untuk kemenangan dia disana. (selamatlah kalah)

Hingga puak Pas yang ASW pun menolak Mat Sabu dan menyokong UMNO di Pendang. Berapa banyak video Mat Sabu puji syiah, malah Mat Sabu secara terang-terangan memuji pemimpin Iran yang berlandaskan syiah dalam hampir setiap ceramahnya.

Itu pun masih nak menafikan bahawa Mat Sabu tu syiah?

Bila dah orang Pas memilih Timbalan Presiden mereka pro syiah, rasanya pembaca pun tahu, Pas kini didalangi dan dikuasai oleh golongan yang macam mana betui?



P/s: manusia macam Mat Sabu diangkat jadi Timbalan parti yang kononnya Islam? he he he..

McTheory:
Ulamak dalam Pas dah jadi apa? Tunggui?

INFO! Kisah Nabi Musa A.S dan Wanita Penzina!

Posted: 21 Nov 2013 09:18 PM PST



Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya.

Kulit perempuan tu yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam,Silakan masuk.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata,Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.

Apakah dosamu wahai wanita? tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik itu. Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun berkata, Saya… telah berzina.

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi! teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya, Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya? Nabi Musa terperanjat. Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

Ada! jawab Jibril dengan tegas. Dosa apakah itu? tanya Musa a.s. Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina."

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata

sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan
(H.R. Atthabarani)

Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan...

Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Al-Ghazzali berkata...Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100 orang kafir.

Ahmad bin Hanbal berkata...Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meninggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meninggalkan sembahyang.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...