Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Cerita Kurang Menarik Mengenai Muktamar Pas Tahun Ini! #MuktamarPas

Posted: 22 Nov 2013 06:44 PM PST


Cerita ni Mc ambil dari FB puak Pas sendiri yang kecewa dengan perjalanan Muktamar Pas tahun ini.

Baca kat bawah,

Terbaru dari Muktamar Tahunan PAS ke-59 yang sedang berlangsung di Shah Alam digegarkan dengan keputusan Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat untuk menangguhkan pengumuman keputusan penuh kerusi yang dipertandingkan dalam Muktamar kali ini bermula dari posisi Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Ternyata ini tindakan yang meragukan, apatah lagi tiada sebab yang munasabah diberikan terhadap cadangan penangguhan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi bagaimanapun memberi tahu hanya pengundian kerusi Timbalan Presiden dan Naib Presiden sahaja dijalankan. Selebihnya untuk Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berjalan pagi esok. Apa yang jelas di sini, apakah agenda dan perancangan jahat yang sedang diatur oleh ‘pelakon’ dan ‘duta’ khas kelompok tertentu yang cuba untuk menimbulkan tanda tanya dan keraguan perwakilan muktamar serta masyarakat luar yang mengikuti perkembangan muktamar pada kali ini.

Tindakan Asmuni Awi juga dilihat agak aneh sebelum ini apabila mengaitkan seorang pensyarah sebagai menuduh memburukkan orang pimpinan PAS dalam satu program liqa' doktor di Perak baru-baru ini. Lebih-lebih lagi keputusan yang dibuat petang ini sebagai khianat apabila lebih 500 perwakilan dinafikan.

Apakah wujud campurtangan asing dalam memanipulasikan keputusan pemilihan muktamar kali ini? Jika tidak, suatu desakan terhadap Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat kali ini untuk mengemukakan dan tunjuk sebab kenapa keputusan ‘kurang cerdik’ dan suspicious sedemikian diambil. PAstinya para pemerhati dan media sedang menanti untuk melontarkan pandangan dan reaksi masing-masing terhadap apa yang sedang berlaku ini. Moga muktamar kali ini bukan black spot atau titik hitam kepada sejarah perjalanan pemilihan tonggak kepimpinan PAS.

Jika tiada sebarang maklum balas, PAS akan menempah satu lagi episod hitam dan gelap yang bakal merencatkan fokus perjuangan dan prospek PAS sebagai sebuah parti Islam tunggal di Malaysia. Amaran diberikan terhadap sesiapa sahaja yang cuba bermain jahat dalam proses pemilihan PAS tahun ini. Jangan sesekali cuba memalitkan arang hitam ke wajah PAS. Atau tunggulah saat anda ditapis Allah dari perjuangan suci dan murni ini.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...