House PK

House PK


TERKINI DARI FILIPINA! AZEEZ RAHIM CEDERA KETIKA MEMBERI BANTUAN DI FILIPINA

Posted: 16 Nov 2013 02:48 AM PST

Akibat angin kencang, Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengetuai misi bantuan kemanusiaan Taufan Haiyan di Tacloban, Filipina menerima empat jahitan selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah tumbang dan menghempap kepalanya, kira-kira jam 1.45 petang tadi.

Sebelum kejadian di kawasan operasi sukarelawan berdekatan Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez, dekat Taclon itu, Abdul Azeez sedang mengadakan perbincangan bersama dengan anggota sukarelawan lain selepas mengagih-agihkan bantuan di kawasan berdekatan.

Beliau kemudiannya dibawa ke klinik lapangan yang diselenggara Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia di Tacloban sebelum menerima empat jahitan dan suntikan anti tetanus.

Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil.

Sumber: Perak Today

House PK Kesian Azeez, pi bantu orang dalam kesusahan akhirnya dia pulak yang cedera. Takpa la Dato Azeez, ini semua dugaan dari Allah. Apa yang anda buat bukan semua boleh buat. Lantak la apa orang nak kata anda semestinya kena teruskan perjuangan misi kemanusiaan ini.

Semoga Allah melindungi Azeez and the team.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...