BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! #MUKTAMARPAS !!! SANDIWARA PAS DESAK NEGERI DIKUASAI PR LAKSANAKAN HUDUD DIDEDAHKAN !!!

Posted: 19 Nov 2013 07:30 AM PST


Nampaknya menjelang Muktamar Tahunan Pas ke-59 yang akan diadakan pada 21 dan 22 November ini, rakyat bakal disajikan dengan pelbagai drama dan sandiwara terbaru yang menggelikan hati.Antara kenyataan Ketua Penerangan parti itu,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan Pas akan mendesak negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan rakyat (Kelantan,Selangor dan Pulau Pinang) untuk melaksanakan hudud.Bukanlah niat untuk memperlekehkan usaha parti itu,namun umum mengetahui rakan sekutu mereka DAP dan PKR tidak pernah bersetuju dengan pendirian parti itu yang sering mendakwa ingin memperjuangkan Islam.Ini kerana DAP memang sejak dari dahulu lagi memang terkenal sikap cauvinisme / ultra kiasunya dan begitu tebal dengan semangat kecinaan mereka.Malah melalui analisa dan kajian yang dilakukan, DAP masih tetap dengan perjuanganaliran sosialis demokratnya,yang ditunjangi dengan fahaman sekular "sama rata sama rasa" dan ingin menghasilkan negara yang berorientasikan Konsep Malaysian Malaysia. 

Itu belum lagi diambil kira kenyataan Pengerusi parti itu yang pernah mengatakan untuk meminta mana-mana pemimpin untuk melangkah mayatnya dahulu,sekiranya ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.Malah dia melalui kenyataan terbarunya turut mendesak agar Pas dibatalkan pendaftaran kerana disifatkan sebagai sebuah pertubuhan yang berbahaya.Manakala bagi pihak PKR pula, melalui perjuangan 'pemimpin anugerah tuhan' yang ingin membangunkan sebuah negara liberal yang berasaskan pluralisme agama.Malah disebabkan faham pluralisme agamanya itu PKR turut sama memperjuangkan kalimah Allah agar boleh digunakan oleh gereja untuk menerbitkan naskah Bible versi Bahasa Melayu.Paling menarik,apabila Anwar dengan segala tipu daya dan helahnya telah berjaya mempengaruhi Pas sehingga sanggup menggadaikan dan menggugurkan slogan negara Islam yang menjadi asas perjuangan sejak dahulu dengan menerima konsep negara kebajikan.Perbezaan ideologi antara ketiga-tiga parti terbesar di dalam pakatan pembangkang ini sudah cukup membuktikan desakan yang cuba dilakukan oleh Pas itu hanyalah sekadar retorik dan sandiwara semata-mata.Ini kerana ramai yang melihat kenyataan Tuan Ibrahim itu hanyalah merupakan kenyataan politik yang bertujuan untuk meraih simpati para perwakilan yang bakal mengundi nanti.

Ini kerana,dengan mengambil kira pendekatan kempen Pas selama ini,sekiranya benar parti itu ikhlas ingin memperjuangkan Islam dan Hudud mereka tidak akan bersifat seperti 'talam dua muka'.Di depan pengundi Melayu mereka mencanangkan Islam,namun di depan pengundi Cina dan India mereka menggunakan konsep negara berkebajikan.Seolah-olah konsep Islam tidak layak untuk semua kaum.Jadi dimanakah konsep dakwah yang merupakan sebahagian dari Islam ??? Sebenarnya isu Hudud ini sengaja dibangkitkan,kerana Tuan Ibrahim sedar parti itu mempunyai terlalu banyak isu yang dijangka akan berbangkit dalam muktamar Pas pada kali ini.Di samping isu pencapaian dalam PRU-13,isu tahalluf siasi,isu syiah,kalimah Allah,pengaruh liberal dalam Pas dan isu memorandum Comango yang tidak diberi perhatian oleh Pas mungkin antara perkara yang akan dibangkitkan.Ia terkait langsung dengan asas perjuangan Pas untuk memartabatkan Islam.Isu kalimah Allah menyebabkan dalam kalangan kepimpinan utama Pas bercanggah pendirian.Sedangkan isu itu terhubung dengan persoalan akidah Isu Syiah menyebabkan Pas tidak ambil pendirian yang jelas sedangkan fahaman Syiah bercanggah dengan fahaman Ahlu Sunnah wal jamaah.Isu perjuangan Comango sangat jelas bercanggah dengan Islam.Isu Hak Asasi Manusia yang bercanggah dengan syariat tidak dibantah oleh Pas.54 organisasi Comango sangat jelas anti-Islam dan anti Perlembagaan Malaysia.Mengapa Pas membisu ??? 

Lujnah Penyelidikan Pas yang diketuai oleh Dr. Zulkifli tidak membantu.Isu parasit dalam Pas dan pengaruh Anwariyyun memang diketahui umum.Apakah dukungan Anwar terhadap pluralisme agama menyebabkan Datuk Mujahid tertarik dengan fahaman ini dan menyebabkan beliau menulis dalam sebuah buku yang amat liberal sifatnya.Isu Pas dalam politik Malaysia bukan sekadar isu kerusi dan kuasa tetapi isu ideologi dan sinergi ulama dan professional.Ideologi Pas ingin memartabatkan Islam dalam sistem kenegaraan.Bila Pas bersetuju melunakkan perjuangannya ke arah negara "berkebajikan" ia sudah lari daripada ideologi.Ia adalah suatu kesilapan besar.Berbalik kepada isu asal,PKR mungkin tidak akan membantah secara terang-terangan bagi mengelakkan masyarakat Melayu dan Islam mengetahui belang sebenar mereka.Namun DAP sudah pasti bakal menentang habis-habisan sebarang cadangan dan gesaan parti itu untuk melaksanakan hudud bukan sahaja di Pulau Pinang namun turut merangkumi di Selangor dan Kelantan.Kepada para pemimpin Pas,berhentilah dari terus bersandiwara.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! RUPANYA ADA CAWANGAN HANTU DALAM PEMILIHAN SEMULA CEC DAP ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 19 Nov 2013 04:00 AM PST


Melihat tindak tanduk DAP dalam menguruskan pemilihan parti,maka saya tidak hairanlah kenapa parti itu telah memomokkan kepada rakyat kononnya terdapat pengundi hantu dalam PRU yang lalu.Rupa-rupanya, 'pengundi hantu' memang merupakan strategi yang biasa digunapakai DAP untuk mencaturkan barisan kepimpinan parti.Ini terbukti apabila mereka yang telah dipecat juga didapati membuang undi dalam pemilihan semula CEC pada 29 September lalu.Bukan sahaja isu pengundi hantu tetapi isu kononnya SPR tidak telus juga sebenarnya adalah bertitik tolak dari strategi parti itu sendiri yang bersifat tidak telus dalam mengira undi bagi pemilihan ahli jawatankuasa puasa parti.Pendek kata,apa yang dituduh oleh DAP ke atas BN adalah sebenarnya apa yang sedang dilakukan oleh mereka sendiri.Namun,apa yang lebih pelik dari itu ialah dakwaan wujudnya cawangan hantu dalam pemilihan semula CEC. 

Perkara ini dibangkitkan oleh Wong Yu Liuh iaitu Penolong Setiausaha DAP Taman Seri Sungai Pelek dengan membandingkan jumlah cawangan yang terlibat dalam pemilihan awal dengan pemilihan semula.Dalam pemilihan awal,terdapat 865 cawangan yang berhak hadir tetapi dalam pemilihan semula, terdapat 985 cawangan yang terlibat,iaitu pertambahan sehingga 120 cawangan.Bagaimanapun,kepimpinan DAP tidak pula mendedahkan butiran terperinci mengenai cawangan tambahan tersebut.Selain itu,DAP juga tidak pernah mendedahkan senarai lengkap 2,576 nama perwakilan yang berhak hadir dari senarai pemilihan awal bagi menjelaskan bagaimana hanya 1,756 perwakilan sahaja yang dijemput hadir dalam pemilihan semula.Cawangan bertambah tetapi perwakilan berkurangan hanya membayangkan taktik kotor untuk memastikan orang-orang tertentu sahaja yang akan menang dalam pemilihan tersebut.Walaupun perkara ini dibangkitkan secara lantang dan berterusan, DAP telah mengambil sikap 'pekak badak' sahaja sehingga ke hari ini. 

Walhal,pemilihan CEC merupakan perkara tuntas yang perlu ditangani segera bagi memastikan parti tersebut sah dan dapat terus berfungsi.Dari sikap 'pekak badak' DAP,saya mengesyaki yang mereka sedang merancang sesuatu di sebalik undang-undang pertubuhan mahupun perlembagaan parti bagi memastikan kepimpinan tertinggi parti itu terlepas dari sebarang tuduhan.Namun,saya percaya,tidak mungkin DAP dapat melepaskan diri begitu sahaja setelah begitu ramai ahli-ahlinya sendiri yang tampil membuat aduan dan laporan.Sampai bila DAP akan terus bermain kotor dengan cuba menutup kesalahan menggunakan cara samseng ??? Jika benar DAP serius ingin menjadi pemerintah dan bukan pemberontak atau pengkhianat,maka parti itu wajib terlebih dahulu mematuhi perlembagaan dan undang-undang.Jika perlembagaan parti sendiri pun diabaikan dan undang-undang juga ingin ditentang,maka bagaimana DAP boleh bermimpi ingin menjadi kerajaan ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH #TANDAPUTERA DIDEDAHKAN !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 19 Nov 2013 12:27 AM PST


kepada pembaca yang belum lagi melihat video penuh Tanda Putera lihat video di bawah.ini adalah kejadian sebenar.ini bukan penipuan.melayu harus bersatu.ayuh lihat video di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR APA YANG TERJADI DI KUIL SRI MUNISWARAN JALAN P. RAMLEE DIDEDAHKAN !!!

Posted: 18 Nov 2013 09:11 PM PST


cerita sebenar didedahkan oleh kaum hindu sendiri.saya harap lepas ni tolong tutup isu ini wahai puak pembangkang.penulis ini menceritakan kisah sebenar apa yang terjadi di kuil Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P. Ramlee.cerita di bawah sebenarnya adalah dari bahasa inggeris.saya dah translate ke bahasa melayu.saya bukan nak melagakan kaum india dan saya bukan rasis tapi ambil ini sebagai iktibar wahai pembaca Badut Rakyat.sebenarnya yang melagakan kita adalah pembangkang.itu realiti !!!

Johny Walker Muniswaran


Seksyen yang berasingan dari kuil kita digunakan untuk lepak.Ini adalah Pechayiamman.Sebuah patung sangat jarang berlaku.

Semasa umur saya sekitar 14 tahun,saya sering menyertai 'senior' saya yang aktif downloading (menurun) Tuhan ke dalam jasad mereka.Di dalam kawasan perkuburan Klang ada sebuah kuil Kali yang kerap kami kunjungi.Berbagai upacara pooja dilakukan di situ oleh sami 'terlatih' hanya melalui pengalaman sendiri,hampir sepanjang upacara mereka menjerit-jerit seperti disampuk hysteria mungkin kerana kerasukan semangat ruh.Kalau di ingatkan balik,memanglah ia pengalaman yang menakutkan berada dalam kuil dalam kawasan perkuburan dikelilingi beberapa macha yang lidah terjelir-jelir keluar seperti dewi Kali,merenung tajam ke mata dan meramal apakah nasib masa depan saya.Sebaik saja drama downloading Tuhan selesai,macha-macha tadi akan lepak sambil pekena dua tiga balut (ganja). 

Mari kita lihat isu kuil Muniswaran yang dirobohkan baru-baru ini.

"Menteri Wilayah Persekutuan,Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata seorang sami yang berkunjung ke kuil tersebut sebelum Deepavali mendapati hanya ada 6 orang penganut Hindu di sana."

"Sami itu kemudian pergi ke tandas dan mendapati ada tersimpan minuman keras di sana.Sami berkata ini memalukan agama Hindu" beliau berkata hari ini"

Perkara pertama yang perlu diketahui disini ialah,teramat jelas yang bukan semua struktur kuil telah di roboh.Kedua,padan muka dengan kesemua India muttal pengikut Waythamoorty suttee yang mengundi BN,kerana terlalu yakin mereka akan berkuasa jika mereka menang.Memorandum Kesefahaman yang ditandatangani Waythamoorty itu hanyalah seperti tisu tandas saja dimata Najib.Ketiga,isu sebenar. Isu sebenar yang hendak saya bincangkan.Tengku Adnan ternyata telah menghina kaum Hindu di Malaysia,mencetus kemarahan dikalangan komuniti India.Beliau menuduh tandas kuil telah diguna bagi menyimpan minuman keras dan kuil telah disalahgunakan.Sebenarnya saya pun tidak teperanjat dengan kenyataan itu.Inilah punca kepada semua isu.Bila beliau berkata kuil telah disalahguna,ia adalah kenyataan yang benar.Saya melihatnya dengan mata saya sendiri.Sebenar nya,ketika kita berjuang bermati-matian mempertahankan hak kita beragama Hindu dalam negara.hakikatnya tanpa kita sedari,kita lah yang menghina agama kita sendiri.Kita memperbodohkan diri kita dengan perkara yang kita praktik.Fuck kita tidak ada pun satu garis panduan untuk apa yang perlu kita lakukan dan apa yang perlu dihindari.Hindu Sangam Malaysia,lagi satu pertubuhan yang tak boleh diharap,tak mampu mewakili penganut agama Hindu atau perkara yang berkaitan.

Bila Tengku Adnan menyatakan yang kuil telah disalahguna untuk aktiviti haram,tak payah lah kita nak beremosi.Kita perlu berfikir secara rasional.Saya tidak suka Umno pun,tapi kita tak boleh menolak kebenaran.Cuba fikir apa yang dah benar-benar sedang berlaku dalam kuil kita sekarang ini.Ada satu isu yang berlaku sebulan yang lepas semasa perayaan Qurban,di mana penganut Hindu membantah penyembelihan Qurban dilakukan dalam kawasan sekolah yang sepatutnya dijalankan dirumah sembelihan.Kononnya itu akan memberi kesan kepada pelajar sekolah.Saya langsung tak ambil peduli.Di kuil kita sendiri pun banyak kambing yang dikurbankan tanpa belas kasihan dan ia berlaku ditontoni oleh kanak-kanak yang berada disitu.Mana perginya pahlawan Hindu? Bawa la kambing-kambing tu ke rumah sembelihan.Orang seperti Tengku Adnan sedang mentertawakan kita kerana mereka tahu mereka sedang bercakap perkara yang betul.Mereka tahu apa yang diperkatakan mereka itu benar-benar berlaku.

Saya yakin minuman keras yang dijumpai di dalam tandas kuil itu kemungkinan ialah barang sembahan untuk Tuhan Muniswaran.Muniswaran ungge kitta Johnnie Walker kettarada? Kuil sepatutnya digunakan sebagai tempat mendapat pengajaran bagi generasi muda.Ia sepatutnya menyuntik nilai-nilai moral dan rohani kepada kanak-kanak dan dewasa.Kasih sayang sepatutnya disebar secara saksama dan kebaikan perlu ditunjukkan kepada semua.Tetapi,kita ada kuil yang hari-hari menjalankan upacara sembelih kambing.Inilah upacara mandi darah yang macha warisi dan kelakuan mereka dipertontonkan kepada macha lain.Apa gunanya mempertahankan agama yang kita tak turuti nilai-nilai yang diajarkan? Ini termasuk kesemua yang berada di dalam PKR dan MIC.Chumma padem punde than overah.Nak menganjur protes besar-besaran konon Ningge pandre ulel mayireke yenthe samikude unggele kapathathe.Masih tak yakin macam mana agama Hindu diamalkan di Malaysia? Ni video klipnya.


Inilah yang dikatakan Tuhan Hanuman.Seorang manusia yang mengarah Tuhan Hanuman berkelakuan seperti beruk dalam sarkas.Sekarang,beritahu saya,siapa yang tak akan gelak pada kita dan merobohkan kuil? - ragedindian.com

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! BUKTI TRANSKIP DAP HARAMKAN PARTI ISLAM DAN KAUM DIDEDAHKAN !!!

Posted: 18 Nov 2013 06:00 PM PST



bukti Transkripsi penuh kenyataan Karpal Singh di dalam sidang media beliau di Pulau Pinang pada 5 Nov 2013 didedahkan,lihat apa jawapan karpal singh di bawah 

Ok, I think we can start. (Ok, saya fikir kita boleh mula).

The Muslim Lawyers Association has threatened the Bar Council for its support given to The Herald in the Allah issue.(Persatuan Peguam-Peguam Muslim telah mengugut Persatuan Peguam di atas sokongan yang diberikan olehnya kepada The Herald dalam isu Allah.) 

The President of the Muslim Lawyers Association, Zainul Rijal Abu Bakar,says that the association will not hesitate to take further action.(Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata bahawa persatuan itu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut.) 

This is an idle threat,unwarranted and one which should not have been uttered by the President of the Muslim Lawyers Association. (Ini adalah satu ugutan senyap,tidak berasas dan suatu yang tidak sepatutnya dituturkan oleh Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim.) 

The Muslim Lawyers Association is a very divisive board. (Persatuan Peguam-Peguam Muslim adalah sebuah badan yang sangat memecah-belah.) 

It is the Bar Council which represents lawyers in the country and that includes all lawyers,Muslims,Hindus, Buddhists,Christians,everybody. (Persatuan Peguam yang mewakili peguam-peguam dalam negara ini, dan ini merangkumi semua peguam, peguam-peguam Muslim, peguam-peguam Hindu, peguam-peguam Buddha, peguam-peguam Kristian, semua sekali.) 

In fact, the registration of the Muslim Lawyers Association, if at all it has been registered, ought to be cancelled.(Malah,pendaftaran Persatuan Peguam-Peguam Muslim,itupun sekiranya ia telah didaftarkan,mestilah dibatalkan.) 

The government cannot allow associations which operate on racial lines, which operate on religious lines, in this case it is religious line,Muslims.(Kerajaan tidak boleh membenarkan pertubuhan-pertubuhan yang bergerak di atas garis perkauman, yang bergerak di atas garis keagamaan,di dalam kes ini ia adalah garis keagamaan,orang-orang Islam.) 

It is a very serious matter,because Muslim lawyers can be allowed to form a separate association,with the Bar Council think they represent them, and we do not want the position where others may want to have Hindus Lawyers Association,Buddhist Lawyers Association,which of course will not happen,it is just somehow rather that the Muslim lawyers have decided to form their own association. (Ini adalah satu perkara yang sangat serius,sebab peguam-peguam Muslim boleh dibenarkan untuk menubuhkan sebuah persatuan yang berasingan,dengan Persatuan Peguam fikir ia mewakili mereka dan kita tidak mahu kedudukan di mana orang-orang lain mungkin hendak mewujudkan Persatuan Peguam-Peguam Hindu, Persatuan Peguam-Peguam Buddha,yang memang tidak akan berlaku,hanya entah bagaimana peguam-peguam Muslim telah memutuskan untuk menubuhkan persatuan mereka sendiri.) 

In fact most Muslim lawyers do not support the Muslim Lawyers Association, it is just a handful,handful of troublemakers.(Malah kebanyakan peguam Muslim tidak menyokong Persatuan Peguam-Peguam Muslim hanya sebahagian kecil,sebahagian kecil pembuat kacau.) 

And I hope that serious action will be taken against the threat by the President of the Muslim Lawyers Association to the Bar Council,what they did mean when they said they will not hesitate to take further action,I think it is criminal intimidation here. (Dan saya berharap agar tindakan serius akan dikenakan ke atas ugutan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim kepada Persatuan Peguam, apa yang mereka maksudkan bila mereka berkata mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut, saya fikir ia adalah ugutan jenayah di sini.) 

I call upon the Bar Council to lodge a police report so that necessary action can be taken against this so-called president of this so-called association. (Saya menggesa Persatuan Peguam membuat satu laporan polis bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil ke atas presiden persatuan ini.) 

Are there any question on this, because I think this is a deliberate attempt to divide lawyers in the country? (Adakah terdapat apa-apa soalan mengenai perkara ini, kerana saya fikir ini adalah satu cubaan terancang untuk memecahbelahkan peguam-peguam dalam negara ini?) 

Question : How many lawyers in the Bar Council? (Soalan: Berapa ramai peguam dalam Persatuan Peguam) Answer: In the Bar Council, I think they are reaching nearly 13,000. (Jawapan: Dalam Persatuan Peguam, saya fikir mereka mencapai hampir 13,000.) 

Question : When was this Muslim Lawyers Association formed? (Soalan: Bila Persatuan Peguam-Peguam Muslim ini ditubuhkan?) Answer: This was formed somewhere rather I think at the late 1980s, late 1980s. (Jawapan: Ia ditubuhkan sekitar saya fikir penghujung 1980-an.) 

Question: How many members are in their association? (Soalan: Berapa ramai ahli dalam persatuan mereka) Answer: I think you should ask them how many members they have. (Jawapan: Saya fikir kamu perlu tanya mereka berapa ramai ahli mereka ada.) 

Question: A handful only? (Soalan: Sebahagian kecil sahaja?) Answer: I think a handful of troublemakers.Very unbecoming of these lawyers to form such an association. (Jawapan: Saya fikir sebahagian kecil pembuat kacau. Sangat tidak wajar bagi peguam-peguam ini untuk menubuhkan sebuah persatuan begini.) 

Question: Is there a worry that this type of association can undermine the Bar Council, is there a worry there? (Soalan: Adakah terdapat satu kebimbangan bahawa persatuan begini boleh menjejaskan Persatuan Peguam, adakah terdapat satu kebimbangan di sini?) Answer: It could, of course, as I said earlier, you know. Operating along religious, racial lines, is a very dangerous thing in a multi-racial and a multi-religious society like ours. I think the time has come perhaps for all racial parties to be deregistered, that will include unfortunately even PAS. We have to be practical, we have to be practical, if we want a united country then we must have parties which are multi-racial. (Jawapan: Ia boleh, memang, seperti saya katakan sebelum ini. Bergerak di atas garis-garis keagamaan,perkauman,adalah satu perkara yang sangat membahayakan di dalam sebuah masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama seperti masyarakat kita.Saya fikir masanya mungkin sudah tiba bagi semua parti perkauman untuk dibatalkan pendaftarannya,ini malangnya merangkumi PAS juga. Kita perlu bersikap praktikal, kita perlu bersikap praktikal, jika kita mahu sebuah negara yang bersatu-padu maka kita mesti mempunyai parti-parti yang berbilang kaum.) 

Question: Were you once with the Bar Council? (Soalan: Adakah kamu pernah bersama Persatuan Peguam?) Answer: Yes, I was in the Bar Council in the 1970s until I protested against the ESCAR, the Essential Security Cases Regulations. (Jawapan: Ya, saya berada di dalam Persatuan Peguam pada 1970-an sehingga saya membuat protes kepada ESCAR, the Essential Security Cases Regulations.) 

Question: Penang? (Soalan: Pulau Pinang?) Answer: No, I was a member from Kedah. Oh no, sorry, I was elected at that time from the floor. I was a member from Kedah earlier. (Jawapan: Bukan, saya adalah seorang ahli dari Kedah. Oh tidak, maaf, saya telah dipilih pada waktu itu dari lantai, saya adalah seorang ahli dari Kedah sebelum itu.) 

Question: Now? (Soalan: Sekarang?) Answer: And what had happened then was that Legal Profession Act was amended to exclude me from the Bar Council, deliberately done for the purpose, an amendment was brought to the Legal Profession Act to disallow the members of, rather elected representatives, which is Members of Parliament and State Assemblymen, I was State Assemblyman at that time, from holding office in the Bar Council, so I was legislated out of the Bar Council. (Jawapan: Dan apa yang berlaku selepas itu ialah Akta Profesion Guaman telah dipinda bagi mengeluarkan saya dari Persatuan Peguam, dibuat khusus untuk tujuan itu, satu pindaan telah dibuat ke atas Akta Profesion Guaman bagi menghalang ahli-ahli, sebenarnya wakil-wakil rakyat yang dipilih, iaitu Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, saya adalah Ahli Dewan Undangan Negeri pada waktu itu, dari memegang jawatan dalam Persatuan Peguam, jadi saya telah ditendang keluar dari Persatuan Peguam secara perundangan.) 

Question: Until now? (Soalan: Hingga sekarang?) Answer: Yes, the amendment is still there. (Jawapan: Ya, pindaan itu masih di situ.) 

Question: You said earlier that any association formed with the religious line is dangerous for the country, how about PAS? (Soalan: Kamu menyatakan sebelum ini bahawa mana-mana pertubuhan yang bergerak di atas garis keagamaan adalah membahayakan kepada negara, bagaimana dengan PAS?) Answer: That was what I said, unfortunately includes PAS. (Jawapan: Itulah yang saya katakan pun, malangnya merangkumi PAS.) 

Question: So are you suggesting that… (Soalan: Adakah kamu bermaksud bahawa…) Answer: I didn't say that, I called it like this, yes. (Jawapan: Saya tidak berkata begitu, saya panggil ia seperti ini, ya.) 

Question: So you were saying even PAS… (Soalan: Jadi kamu berkata walaupun PAS…) Answer: Even PAS I think should open its door to all races. (Jawapan: Walaupun PAS saya fikir perlu membuka pintunya kepada semua kaum.) 

Question: But PAS will not be happy with your statement, they are part of your Pakatan Rakyat, right? (Soalan: Tetapi PAS tidak akan gembira dengan kenyataan kamu, mereka adalah sebahagian daripada Pakatan Rakyat kamu, bukan?) Answer: They may be part of the Pakatan Rakyat but it does not mean we cannot say things which are in the interest of the country. (Jawapan: Mereka mungkin sebahagian daripada Pakatan Rakyat tetapi ini tidak bererti kita tidak boleh memperkatakan perkara-perkara yang berada di dalam kepentingan negara.) 

Question: Is there any complaint to the… (Soalan: Adakah terdapat apa-apa komplen terhadap…) Answer: I think PAS already have some sort of non-Muslim, there are some arrangement, isn't it? If I am not mistaken, the supporters group or something, I think they do have, although a handful, but they are not members of PAS, not direct members. Ban all racial political parties, what's the problem? (Jawapan: Saya fikir PAS telah mempunyai satu jenis bukan Islam, ada susunan, bukan begitu? Jika saya tidak silap, kumpulan penyokong-penyokong atau sesuatu, saya fikir mereka ada, walaupun sebahagian kecil, tetapi mereka bukan ahli-ahli PAS, bukan ahli-ahli terus. Haramkan semua parti politik perkauman, apa masalah?) 

Question: But any conflict with this freedom of expression in the Constitution? (Soalan: Tetapi apa-apa konflik dengan kebebasan bersuara dalam Perlembagaan?) Answer: I don't think so, in fact, on the other hand, I think it enhances the concept of, you know, unity, on the people. (Jawapan: Saya tidak fikir begitu, malah, sebaliknya, saya fikir ia meningkatkan lagi konsep, kamu tahu, kesatuan, pada rakyat.) 

Question: Ban all racial political parties? (Soalan: Haramkan semua parti politik perkauman?) Answer: Yes, ban all racial political parties. (Jawapan: Ya, haramkan semua parti politik perkauman.) 

Question: Umno? (Soalan: Umno?) Answer: Ya, ya, I say Umno, MCA, of course Gerakan is spared, that does not make any difference. (Jawapan: Ya, ya, saya kata UMNO, MCA, Gerakan memang terkecuali, ia tidak membawa apa-apa perbezaan.) 

Question: You were saying ban all racial political parties or ban all racial associations and groups? (Soalan: Kamu menyatakan haramkan semua parti politik perkauman atau haramkan semua persatuan dan kumpulan perkauman?) Answer: I am talking about political parties and of course associations like the Muslim Lawyers Association and so forth. (Jawapan: Saya bercakap mengenai parti-parti politik dan juga persatuan-persatuan seperti Persatuan Peguam-Peguam Muslim dan sebagainya.) 

Question: Professional groups? (Soalan: Kumpulan-kumpulan profesional?) Answer: Professionals are all, you know, ought to be multi-racial. There is no problem there, the medical, I think include all, otherwise we will have Muslim Doctors Association, and we might need to have, to allow precedents like this, it is a very serious matter the government has to look at, otherwise I think it is a serious setback, you know, to ultimate unity among the people in the country. (Jawapan: Profesional-profesional semuanya, kamu tahu, mestilah berbilang kaum. Tiada masalah di sana, kumpulan perubatan, saya fikir termasuk semua, jika tidak kita akan ada Persatuan Doktor-Doktor Muslim, dan kita mungkin perlu ada, untuk benarkan duluan-duluan seperti ini, ia adalah satu perkara yang sangat serius kerajaan mesti lihat, jika tidak saya fikir ia adalah satu ancaman serius kepada, awak tahu, perpaduan di kalangan rakyat dalam negara ini.) 

Question: You have no front in making such a statement? (Soalan: Kamu tiada muslihat dalam membuat kenyataan ini?) Answer: No front. (Jawapan: Tiada muslihat.) 

Question: Is that an unwarranted call? (Soalan: Adakah itu satu seruan yang tidak berasas?) Answer: I think a warranted call. (Jawapan: Saya fikir satu seruan yang berasas.) 

Question: You don't see any repercussion from your statement? (Soalan: Kamu tidak lihat satu kesan negatif dari kenyataan kamu?) Answer: What repercussion can there be? (Jawapan: Apa kesan negatif yang boleh timbul?) 

Question: What is the danger when you say that party or professional they are on the racial line or religious line… (Soalan: Apa bahaya bila kamu berkata bahawa parti atau profesional mereka bergerak atas garis perkauman atau garis keagamaan…) Answer: Even Mahathir is on record as stating that ultimately there should be no racial political parties in the country, ultimately, he had said that. (Jawapan: Mahathir sendiri pernah direkodkan sebagai berkata bahawa pada akhirnya hendaklah tidak ada parti-parti politik perkauman dalam negara ini, pada akhirnya, dia berkata begitu.) 

Question: When, about when he said that? (Soalan: Bila, lebih kurang bila dia berkata begitu?) Long ago, when he was a Prime Minister, it was quoted in the Asiaweek. (Jawapan: Lama dahulu, bila dia seorang Perdana Menteri, ia telah dipetik dalam Asiaweek.) 

Question: Where was the danger, I mean, having so long, all the while, where was the danger behind? (Soalan: Di mana bahaya, maksud saya, setelah begitu lama, selama ini, di mana bahaya sebelum ini?) Answer: But having been too long doesn't mean we can't do it. Something must be done. It should have been done long ago. It is not too late. Especially a call like this, that they will take further action, what is all these? (Jawapan: Tetapi setelah begitu lama tidak bermakna kita tidak boleh buat ia. Sesuatu mesti dilakukan. Sepatutnya ia telah dibuat lama dahulu. Masih belum terlambat. Khasnya satu seruan seperti ini, bahawa mereka akan mengambil tindakan lanjut, apa semua ini?) Question: You are ascribing this for political parties and professional associations like the Muslim Lawyers Association? (Soalan: Kamu menyatakan ini untuk parti-parti politik dan persatuan-persatuan profesional?) Answer: Yes, yes. I think it is all wrong. (Jawapan: Ya, ya. Saya fikir semua itu salah.) 

Question: How would you comment that this kind of statement and on going things happened just as Prime Minister Najib returned from the World Islamic Economic Forum in London where he espoused the moderation and defended himself by saying that Malaysia is all for moderation when he was asked by CNN about the Allah issue and other fundamentalists, is there an irony there? (Soalan: Bagaimana kamu akan komen bahawa kenyataan begini dan perkara-perkara yang sedang terjadi berlaku sejurus Perdana Menteri Najib kembali dari Forum Ekonomi Islam Dunia di London di mana beliau mendukung kesederhanaan dan mempertahankan diri dengan menyatakan Malaysia mendukung kesederhanaan bila bila beliau ditanya oleh CNN mengenai isu Allah dan fundamentalis-fundamentalis lain, apakah ada ironi di situ?) Answer: Of course, I mean internationally, you know, he speaks different from what he does when he is here, that's why the British Prime Minister praised him, "it's a moderate Islamic government and therefore, you know, something which should be admired". (Jawapan: Memang, maksud saya di peringkat antarabangsa, awak tahu, beliau bercakap berbeza dari apa yang beliau buat bila beliau di sini. Sebab itu Perdana Menteri British memuji beliau, "ia adalah sebuah kerajaan Islam sederhana dan oleh kerana itu, awak tahu, sesuatu yang perlu disanjung".) 

Question: Your call to ban all religious and racial political parties, will it go against the freedom of association? (Soalan: Seruan kamu untuk mengharamkan semua parti politik keagamaan dan perkauman, tidakkah ia bertentangan dengan kebebasan berpersatuan?) Answer: Freedom of association does not mean that you can have associations which are divisive, I think there must be some limit to, you know, what freedom of association can constitute. (Jawapan: Kebebasan berpersatuan tidak bererti anda boleh mempunyai persatuan-persatuan yang membawa perpecahan, saya fikir di sana mesti terdapat beberapa batasan ke atas, awak tahu, apa kebebasan berpersatuan boleh buat.) If there is no more question on this then the Sungai Limau by-election. (Jika tiada soalan lagi untuk ini maka pilihan raya kecil Sungai Limau.) It was a clear-cut victory for PAS. (Ia adalah satu kemenangan nyata bagi PAS.) Reduction in the majority does not mean that PAS has lost support. (Penurunan dalam majoriti tidak bermakna yang PAS telah kehilangan sokongan.) 

What has to be taken into account is that millions which were virtually spent by the Barisan there, the machinery the Barisan used in the by-election, unlike a general election, it is different, here everything is focused on one small constituency, certainly a slap in the face for Mukhriz and Mahathir Mohamad and I hope Dr Mahathir Mohamad, after the loss of the Vice-Presidency by his son and now the loss of Sungai Limau with his son as the Menteri Besar there, Dr Mahathir will stop from further interfering in the political affairs of the country. (Apa yang perlu diambil kira ialah jutaan yang telah dibelanjakan oleh Barisan di sana, jentera Barisan gunakan dalam pilihan raya kecil, tidak seperti pilihan raya umum, ia adalah berbeza, di sini semuanya difokuskan kepada sebuah kawasan kecil, semestinya satu tamparan di muka Mukhriz dan Mahathir Mohamad dan saya harap Dr Mahathir Mohamad, selepas kekalahan jawatan Naib Presiden oleh anak beliau dan sekarang kehilangan Sungai Limau dengan anak beliau sebagai Menteri Besar di sana, Dr Mahathir akan berhenti dari terus campur-tangan dalam urusan-urusan politik negara ini.) It is a very short one on that one, any question on that? (Sangat ringkas mengenai hal ini, ada soalan mengenainya?) 

Question: If you say that all political parties should be deregistered then PAS will be deregistered and there won't be Sungai Limau by-election? (Soalan: Jika kamu menyatakan bahawa semua parti politik perlu dibatalkan pendaftarannya maka PAS akan dibatalkan pendaftarannya maka tidak akan ada pilihan raya kecil Sungai Limau?)  Answer: No, no, change your race, open your door to other races and that is the end of it, you can save yourself. See, we can't perpetuate racial political party, can't go on forever, we are a multi-religious, multi-racial country, which means you must have multi-racial, you know, political parties, you cannot have racial political parties in multi-racial society, should not be allowed, we are driving the different races further apart instead of trying to get them closer together to unite them. (Jawapan: Bukan, bukan, tukar kaum kamu, buka pintu kamu kepada kaum-kaum lain dan tamatlah cerita, kamu boleh selamatkan diri kamu. Lihat, kita tidak boleh memanjangkan parti politik perkauman, tidak boleh begini selama-lamanya, kita adalah sebuah negara berbilang agama, berbilang kaum, yang bermakna kamu mesti ada parti-parti politik, kamu tahu, berbilang kaum, kamu tidak boleh ada parti-parti politik perkauman dalam masyarakat berbilang kaum, tidak boleh dibenarkan, kita semakin menjauhkan pelbagai kaum di sebalik cuba mendekatkan mereka untuk menyatukan mereka.) 

Question: If that is the case then may be there will be no Chinese school, no Indian school… (Soalan: Jika ini keadaannya maka mungkin tidak akan ada sekolah Cina, sekolah India…) Answer: I am talking about political parties. (Jawapan: Saya bercakap tentang parti-parti politik) 

Question: When you said there is no racial, meaning there is no Hakka, no Buddhist Association… (Soalan: Bila kamu menyatakan tiada perkauman,maksudnya tiada Persatuan Hakka,Buddha…) Answer: I am talking about political parties. (Jawapan: Saya bercakap tentang parti-parti politik) 

Question: So, it is just political party and professional association? (Soalan: Jadi, hanya parti politik dan persatuan profesional?) Answer: Please don't misunderstand me, I am talking about political parties. (Jawapan: Tolong jangan salah faham saya, saya bercakap tentang parti-parti politik.) 

Question: It is just political party and professional association? (Soalan: Hanya parti politik dan persatuan profesional?) Answer: Yes, and of course professional association, I think it is wrong. (Jawapan: Ya, dan juga persatuan profesional, saya fikir salah.) 

Question: But if you implement it, what PAS is going to do? What do you think PAS will do? I mean they are a political party, their registration and all that, I mean they are religious, right? And if they are going to be deregistered then what are they going to do? (Soalan: Tetapi jika kamu melaksanakannya, apa PAS akan buat? Apa kamu fikir PAS akan buat? Maksud saya mereka adalah sebuah parti politik, pendaftaran mereka dan sebagainya, maksud saya mereka adalah keagamaan, bukan? Dan jika mereka akan dibatalkan pendaftaran mereka maka apa mereka akan buat?) Answer: Don't get deregistered, I mean, get others, open your door to the other races, so what is the problem? You are already having, you know, PAS Supporters non-Muslims there, which in fact appears to be a step towards there. (Jawapan: Jangan biar dibatalkan pendaftaran, maksud saya, dapatkan orang-orang lain, buka pintu kamu kepada kaum-kaum lain, jadi apa masalah? Kamu sudah ada, kamu tahu, Penyokong-Penyokong PAS bukan Muslim di sana, yang kelihatan sebagai satu langkah ke arah itu.)

Sumber Helan Ang

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #MUKTAMARPAS !!! KHALID SAMAD NAK MAT SABU SYIAH JADI TIMBALAN PRESIDEN ???

Posted: 18 Nov 2013 04:00 PM PST


'Patek mohon derhaka' kata Ahli parlimen PAS Shah Alam apabila menolak saranan Timbalan Presiden parti itu mesti datang daripada ulama dan menegaskan beliau memberi sokongan terhadap Mohamad Sabu (Mat Sabu) untuk terus kekal ke jawatan itu."Ada yang mendakwa ingin selamatkan PAS dari pengaruh Syiah yang kononnya dibawa Mat Sabu! Saya nyatakan di sini,beliau bukan penganut fahaman Syiah.Perginya beliau ke Syria untuk menyeru Bashar supaya membuat pilihan-raya dan jangan membunuh rakyat Syria.Mat Sabu cuba memanafaatkan kenalan dan hubungan yang sedia terjalin sekian lama kerana Damsyik merupakan tempat terdapatnya pejabat HAMAS dan juga Jihad Islami. Syria juga merupakan laluan untuk bantuan kepada Hisbullah yang diguna oleh Iran.Maka Mat Sabu pernah berurusan dengan kerajaan Syria dan mengenali mereka. Usaha mulia beliau diguna untuk menuduhnya sebagai seorang penganut fahaman Syiah.Dakwaan dibuat oleh mereka kerana ingin menjatuhkan beliau sehingga sanggup menjadi pemanjang fitnah lidah UMNO dalam PAS! Dakwaan Mat adalah Syiah dimulakan oleh pihak musuh dan malangnya dimanfaatkan oleh 'orang PAS' untuk menjatuhkannya. Jika benar dakwaan mereka ini, maka bawakan bukti dan laporkan kepada JK disiplin parti! "Tetapi jika tidak,maka ketahuilah ianya tidak lain melainkan fitnah,"katanya dalam artikel terbaru bertajuk "Coretan Menjelang Muktamar."

Selain menyokong Mat Sabu,Khalid turut berkempen supaya perwakilan mengekalkan pemegang jawatan yang sedia ada."Bagi saya,kalau ingin 'menyelamatkan PAS' sekalipun,ianya perlu dilakukan tanpa budaya fitnah dan adu-domba,tanpa merosakkan persahabatan yang telah terjalin sekian lama.Sepatutnya dibina dari apa yang telah sediada, bukan berusaha untuk meruntuhkannya.Oleh itu saya secara peribadi beranggapan mereka bukan menyelamatkan PAS tetapi merosakkannya dari dalam.Sebagai protes terhadap budaya perosak yang dibawa mereka,saya nyatakan secara terbuka,saya akan undi untuk kekalkan yang sedia ada.Saya menyeru kepada sesiapa yang bersetuju bahawa budaya yang dibawa golongan muda ini ditolak, sepertimana juga usaha 'perubahan dan menyelamat' yang kononnya mereka inginkan; melakukan seperti saya.Tolak melalui 'KEKAL',cogan kata yang membawa kemenangan di Sungai Limau.KEKAL budaya politik bersih dan sihat dan KEKAL saff pimpinan yang sedia ada,"katanya.

Dalam pemilihan kali ini,Mat Sabu sebagai penyandang Timbalan Presiden telah dicabar oleh Datuk Nik Amar Nik Abdullah yang dikatakan mewakili kem ulama.Manakala tiga penyandang Naib Presiden,Datuk Husam Musa,Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pula terpaksa berentap sesama sendiri apabila dua tokoh yang dikatakan mewakili kem ulama turut memasuki gelangang pertandingan jawatan tersebut.Dua tokoh itu adalah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abu Bakar Chik. "Suasana fitnah ini semua mempunyai matlamat tertentu.Di sebalik laungan 'selamatkan PAS' dan 'pertahan kepimpinan ulama', kononnya; agenda yang tersirat ialah untuk membawa PAS keluar dari PR. Ini bacaan saya.Banyak kali telah saya sebut.

"Maka perwakilan perlu pilih di antara calon yang akan KEKAL dan kukuhkan PR dan calon yang ingin mengkaji semula hubungan PAS dan PR. Kalau susah untuk dikenali, maka sekali lagi saya syorkan, KEKALkan sahaja yang sedia ada.Jika berhasrat untuk tukar dua tiga AJK PAS Pusat,dengan muka baru yang lebih muda, tiada masalah. Khususnya menggantikan orang seperti saya yang tidak menyerlah sangat prestasinya. Tetapi apa yang ada secara umum sudah cukup baik sepertimana juga strategi yang diguna-pakai melalui PR,"kata Khalid lagi - AIDC

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...