BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! KENAPA DAP TAKUT SANGAT DENGAN SEJARAH ??? APA CERITA NI ???

Posted: 12 Nov 2013 07:30 AM PST


Pengumuman Menteri Pelajaran Kedua Datuk Seri Idris Jusoh untuk menjadikan Sejarah sebagai subjek wajib lulus bagi peperiksaan SPM menerima cemuhan dan bangkangan hebat dari DAP.Menurut Idris,kerajaan bukan berniat untuk menggagalkan para pelajar SPM tetapi hanya ingin memastikan mereka mempunyai pengetahuan mengenai sejarah asas negara ini.Jika subjek itu tidak dijadikan wajib lulus, maka ramai yang akan hanya mempelajarinya secara sambil lewa atau mengenepikannya langsung.Blog Lim Kit Siang memaparkan tulisan Koon Yew Yin yang membincangkan perkara ini dari sudut pandangan DAP.Yew Yin menyifatkan keputusan ini merupakan satu tindakan paling teruk bagi pendidikan di Malaysia.Hujahnya,sistem pembelajaran di negara ini sudah cukup teruk di mana tahap kecekapan pelajar bagi matapelajaran penting seperti Matematik,Sains,Bahasa Malaysia dan Inggeris begitu lemah,maka menjadikan Sejarah yang 'tidak penting' sebagai subjek penting hanya akan menjadikan keadaan bertambah buruk.Menurutnya,Malaysia perlu terlebih dahulu memberikan perhatian kepada kebolehan menganalisa,menyelesaikan masalah,berhujah dan berkomunikasi di kalangan para pelajar jika benar ingin menjadi negara maju. 

Dan matapelajaran sejarah tidak akan membantu.Sebagai seorang yang rasional,saya bersetuju dengan Yew Yin dari satu segi.Namun begitu,saya juga bersetuju dengan Datuk Seri Idris Jusoh.Yew Yin berhujah atas fakta yang benar mengenai kelemahan pelajar kita dalam sains,matematik,Bahasa Malaysia dan Inggeris,serta ketiadaan skil penting untuk menjadi negara maju,tetapi di masa yang sama beliau telah menidakkan punca masalah itu berlaku.Jika kebolehan menganalisa,menyelesaikan masalah,berhujah dan berkomunikasi di kalangan pelajar yang menjadi kekhuatiran Yew Yin,maka ketahuilah bahawa matapelajaran Sejarah mampu mengatasinya.Apa yang penting ialah kita harus mempunyai guru yang bijak yang dapat mengajak murid-muridnya menganalisa serta belajar dari sejarah itu.Dari subjek Sejarah,anak-anak murid dapat berhujah memberi pendapat serta berbincang mengenai sesuatu peristiwa,di samping meningkatkan pengetahuan am.Ini akan menjadikan mereka lebih matang kerana dapat membuka minda terhadap kejadian sebenar yang telah berlaku dan mampu berulang di masa hadapan.Dengan menuduh bahawa sejarah negara telah dimanipulasi,menunjukkan bahawa Yew Yin telah tidak berhujah secara rasional,tetapi emosional.Yew Yin menuntut agar sejarah tidak dipengaruhi sentimen politik,tetapi Yew Yin sebenarnya berhujah atas sentimen politik yang tegar. Oleh itu, penulis menganggap Yew Yin sebagai seorang hipokrit,sama seperti para pemimpin DAP juga. 

Yew Yin,seperti juga Lim Kit Siang dan keseluruhan anggota DAP berada dalam keadaan 'denial' atau penafian iaitu tidak dapat menerima sejarah.Lim Kit Siang tidak sanggup melihat gambarnya diheret oleh pihak berkuasa kerana menjadi dalang 13 Mei.Lim Kit Siang tidak sanggup melihat gambar ahli-ahli partinya di atas lori membawa penyapu sebagai simbol untuk menghalau Melayu dari Kuala Lumpur.Lim Kit Siang tidak sanggup melihat gambar-gambar 13 Mei di mana lambang DAP dapat dilihat di mana-mana kerana menjadi pencetus kepada rusuhan.Lim Kit Siang tidak mahu mengaku yang beliau dan partinya adalah dalang rusuhan kaum dan bertanggungjawab mencetuskan kebencian.Selain 13 Mei,masalah DAP mengenai sejarah juga, ialah komunis.DAP dibentuk dari semangat komunis yang kuat dan semangat itu masih lagi membara sehingga ke hari ini.Buktinya ialah usaha berterusan DAP untuk menjulang komunis sebagai wira menentang penjajahan.Walhal,komunis menentang penjajah atas alasan untuk menjajah juga.Komunis tidak mahukan kerajaan yang diperintah oleh orang Islam dengan undang-undang yang ditiru dari British.Komunis ingin membentuk negara komunis dengan seorang 'tokong Cina' sebagai pemimpin.Atas hakikat inilah,DAP terlalu takut dengan sejarah dan tidak mahu anak-anak mereka mempelajari sejarah.Mereka menanamkan dalam minda anak-anak mereka bahawa sejarah tersebut adalah palsu walaupun terdapat gambar-gambar dan juga laporan-laporan dari berbagai pihak termasuk mereka yang terlibat secara langsung yang masih hidup.Keengganan mempelajari sejarah menjadikan satu-satu bangsa itu jahil,tidak prihatin dan tidak matang.Ini terbukti melalui sikap anak-anak Cina hari ini yang cukup 'terasing' dari sistem sosial negara.Mereka tidak punya jati diri, tidak punya rasa cintakan negara dan tidak memahami atau menghayati kewujudan negara ini.Selain itu,mereka juga tidak mampu memahami budaya dan sensitiviti kaum lain. 

Pendek kata,mereka tidak punya emosional kualiti yang mana menjadikan mereka warga yang biadap dan manusia yang tidak prihatin.Dalam kata lain,mereka menjadi manusia yang dingin,kaku tanpa perasaan sayang dan hormat.Sebaliknya,hati mereka penuh dengan kebencian,dendam dan ketamakan.Lebih teruk lagi apabila sekolah-sekolah Cina pula menanamkan kepercayaan bahawa sejarah negara telah ditukar oleh kerajaan.DAP pula menggunakan kempen Sejarah Sebenar sebagai 'senjata' untuk terus menghasut anak-anak Cina agar tidak mempercayai dan mempelajari sejarah.Ini menjadikan masyarakat Cina sangsi,prejudis serta benci pada kerajaan.Perasaan ini kemudiannya membawa kepada kecelaruan identiti kerana tidak dapat mengaitkan diri mereka kepada negara mereka sendiri.Sebenarnya,tiada siapa yang untung dengan tindakan 'memusuhi' sejarah.Negara akan sentiasa berada dalam keadaan bergolak jika masyarakat Cina terus mengambil sikap memusuhi sejarah dan seperti juga peristiwa 13 Mei,tiada siapa yang lebih bertanggungjawab terhadap pergolakan ini melainkan DAP sendiri.Kerajaan tidak akan menjadikan Sejarah sebagai subjek wajib lulus jika tiada ancaman untuk menukar dan menghasut rakyat.Oleh kerana ancaman itu berterusan,maka pendekatan paksaan ini telah terpaksa dilakukan.Sejarah yang dilupakan pasti berulang,mungkinkah itu yang Yew Yin inginkan ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! #MUKTAMARPAS !!! SIAPA YANG SEBENARNYA MENCATUR PAS ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 12 Nov 2013 04:00 AM PST


Menjelang Muktamar PAS 24 November ini,bukan sahaja politik dalaman PAS semakin bergolak,tetapi ia turut menyaksikan rakan sekutunya,DAP,sama-sama menyibuk,mengacah dan menjentik PAS agar menari mengikut rentak mereka.Ini terbukti apabila Karpal Singh,dengan tidak semena-mena membuat kenyataan yang begitu 'menyakitkan' PAS dengan mengecam parti yang berasaskan kaum dan agama sebagai merbahaya.Karpal juga menyarankan parti seperti PAS dibubarkan sahaja atas alasan tidak menepati 'sifat' negara ini yang majmuk.PAS menjadi bertambah kelam kabut apabila sebuah laman facebook melaporkan petikan kenyataan AJK Kerja PAS Pusat iaitu Dr. Siti Mariah Mahmud yang menyarankan agar Majlis Syura Ulama dibubarkan saja.Beliau juga dilaporkan berkata bahawa cadangan melantik Presiden dan Timbalan Presiden PAS di kalangan Ulama sebagai cadangan yang kurang bijak.Bagaimanapun,Dr. Mariah kemudiannya dikatakan menafikan kenyataan tersebut. Sehingga kini, tiada siapa yang dapat mengesahkan kisah sebenar mengenai laporan facebook itu. 

Benar atau tidak,kita semua tahu bahawa PAS telah lama membelakangkan Majlis Syura termasuk pemimpin dari kalangan Ulama sendiri.Antaranya,isu mengenai Kalimah Allah di mana PAS dilihat berada dalam keadaan kabur dan keliru,tidak tahu untuk berpegang kepada pendirian Majlis Syura atau keputusan Pakatan Rakyat.Di kalangan akar umbi PAS,mereka menganggap Majlis Syura sebagai badan tertinggi mengatasi segala yang lain.Namun mereka lupa bahawa PAS tertakluk di bawah kerjasama dengan Pakatan Rakyat yang mana secara automatik meletakkan keseluruhan parti itu di bawah satu payung yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.Justeru,semua keputusan wajib mengambilkira pandangan sekutu PAS iaitu DAP dan PKR, serta wajib pula diluluskan oleh Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.Umum tahu bahawa DAP dan PKR sama sekali tidak bersetuju sekiranya Ulama menerajui PAS. Dengan kemasukan golongan Anwarinas secara meluas di dalam PAS,maka tidak mustahil bahawa PAS sedang dicatur dari dalam agar menepati pendirian PKR/Anwar Ibrahim.Manakala,dari luar pula,PAS sedang dicatur oleh DAP. 

Contohnya,kenyataan Karpal sebenarnya hanyalah sebagai ujikaji terhadap reaksi PAS,mungkin untuk mengenalpasti secara tepat siapakah yang paling lantang menentang DAP dan siapa pula yang menyokong.Selain itu,kenyataan Karpal juga boleh dijadikan sebagai alat untuk menonjolkan mereka yang bakal bertanding dalam Muktamar nanti. Inilah masanya bagi mereka untuk menunjuk 'Islam' dan 'lantang' menempelak Karpal.Inilah masanya untuk menunjuk sebagai pejuang tulin yang tidak gentar dengan kafir harbi.Malangnya,percaturan PAS hanyalah sebahagian dari mainan politik DAP dan PKR yang jauh lebih besar dari sekadar pemilihan parti.saya pasti,sepertimana kenyataan Karpal mengenai parti berasaskan agama,isu mengenai saranan pembubaran Majlis Syura adalah sebenarnya suara DAP dan PKR.Percaya atau tidak,PAS kini sedang berhadapan dengan cabaran yang melibatkan akidah dan iman. PAS sedang diasak dari dalam dan dari luar agar menghumbankan saja golongan Ulama yang degil tidak dapat menerima pendekatan liberal dan plural DAP dan PKR.Persoalannya,mampukah golongan Ulama PAS menolak asakan mereka ??? Apakah ahli-ahli PAS menyedari apa yang sedang berlaku di dalam parti mereka ??? Apapun,hanya Muktamar PAS yang dapat memberikan jawapan kepada semua persoalan ini.Sekiranya golongan Anwarinas berjaya memegang jawatan penting,maka bersedialah untuk PAS yang hanya Islam pada nama.Sekiranya balaci DAP juga turut berjaya menduduki jawatan tinggi,maka bersedialah PAS untuk menghapuskan terus nama 'Islam' pada parti mereka.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PUAK #SYIAH DIKATAKAN PUNCA PEMBUNUHAN KETUA PENGUATKUASA JAIP !!!

Posted: 12 Nov 2013 12:30 AM PST


Ramai yang terkejut dengan pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP),Ahmad Raffli Abdul Malik yang dilaporkan maut ditembak oleh seorang lelaki kelmarin.Kejadian berlaku pukul 1.55 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada.Paling memeranjatkan ialah,ada yang mengatakan pembunuhan Allahyarham Ahmad Raffli sebagai satu usaha untuk menakut-nakutkan penguatkuasa JAIP yang sebelum ini dilihat begitu aktif cuba membanteras perkembangan ajaran sesat Syiah di negeri itu.Menurut sumber polis,tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut dan dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton WiraAeroback berwarna putih selepas menembak mangsa.Suspek juga dipercayai memakai pakaian jubah berwarna hitam dan berkopiah.Analisa awal mengatakan berdasarkan warna pakaian yang digunakan,ada asas untuk mengaitkan pembunuhan tersebut dengan ajaran sesat Syiah yang dilihat semakin berkembang di negara ini. 

Malah usaha proaktif yang dijalankan mangsa terhadap ajaran sesat Syiah,juga dikatakan sebagai punca utama menyebabkan kemarahan pengikut fahaman tersebut yang akhirnya menyebabkan mereka cuba mengambil pendekatan mudah dengan membunuhnya.Ini kerana pengikut ajaran sesat Syiah dikatakan amat menyukai warna hitam berbanding warna-warna lain,kerana ramai di kalangan ulama besar ajaran sesat itu sering menjadikan warna hitam sebagai warna rasmi mereka.Malah terdapat beberapa kes,di mana pengikut ajaran sesat itu yang meninggal dunia dikatakan turut dikapankan dengan kain yang berwarna hitam yang dibeli dari Iran.Seterusnya ketika PRK Sungai Limau baru-baru ini,banyak kelihatan bendera Pas yang dikontraskan dengan latar belakang berwarna hitam.Sedangkan kebiasaannya Pas hanya menggunakan warna hijau-putih sebagai bendera rasmi mereka.Bagi mendapatkan kepastian beberapa orang penduduk tempatan yang ditemui mengatakan bendera yang berwarna hitam-putih itu telah dipasang oleh penyokong Pas yang berfahaman Syiah.Paling menarik,Harakahdaily yang merupakan media rasmi Pas ketika melaporkan pembunuhan ini turut menyatakan Allahyarham Ahmad Raffli dikatakan begitu giat menggeledah tempat-tempat ajaran sesat dan Syiah seluruh negeri Pahang. 

Seolah-olah bersetuju dengan andaian ia mungkin berpunca dari pengikut Syiah.Tidak cukup dengan itu, ruangan komen yang dikirim pembaca di dalam portal tersebut turut merasakan Syiah mungkin dalang di sebalik pembunuhan ini.JAIP sebelum ini dilaporkan telah menahan seorang imam 64 tahun yang dipercayai pengikut ajaran sesat Syiah di kuarters kakitangan Ladang RISDA Pekoti Timur,Muadzam Shah.Hasil maklumat awam,serbuan yang dijalankan berjaya merampas beberapa buah buku berkaitan Syiah selain tasbih daripada tanah Karbala,sebungkus tanah Karbala,tiga biji batu turba dan sehelai kain kapan yang digunakan penganut ajaran itu.Di dalam serbuan tersebut,JAIP turut menangkap seorang peneroka yang berasal dari Kelantan di Felda Selancar 1 kerana dipercayai telah mengamalkan ajaran Syiah selama enam tahun dan menjadi imam di masjid ladang di situ lebih 20 tahun lalu.Kesemua alatan dan barangan berkaitan Syiah itu diperoleh oleh imam berkenaan ketika mengikuti lawatan ke Iran empat tahun lalu.Sebelum menyertai Syiah,lelaki tersebut dipercayai telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan Syiah di beberapa buah lokasi antaranya di Gombak, Selangor dan Segamat,Johor. 

Kerajaan negeri Pahang pada 12 September yang lalu telah mewartakan pengharaman ajaran sesat Syiah di negeri itu.Selain Syiah,Allahyarham Raffli turut dikatakan sedang mengendalikan sekurang-kurangnya 2 kes besar yang melibatkan kes TUHAN HARUN dan OPERASI KELAB MALAM.Pada 12 Mei lalu,beliau telah membuat sidang akhbar berhubung pemburuan seorang ketua ajaran sesat,HARUN MAT SAAD dan para pengikutnya setelah mereka gagal tampil di mahkamah untuk dibicarakan. Harun sebelum ini didakwa kerana menyebar ajaran sesat dengan mengaku dirinya sebagai Tuhan Harun atau Tuhan 2013.Kesimpulannya,sama ada Syiah benar-benar terlibat atau tidak dalam pembunuhan ini,biarlah pihak polis menjalankan siasatan dan menangkap mereka yang bertanggungjawab untuk dibawa ke muka pengadilan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PEMBANGKANG GOYANG DI SABAH !!! SAH !!! ANWAR IBRAHIM TIDAK LAGI RELEVAN !!!

Posted: 11 Nov 2013 09:00 PM PST


Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedamaian dari PKR,Jeremmy Malajad keluar parti dan menjadi wakil bebas menunjukkan kepimpinan Anwar Ibrahim di dalam partinya sendiri sudah di tolak.Jika dulu Anwar menyanyikan lagu, "Sabah sudah goyang,tanya sama Najib" yang ditujukan kepada Perdana Menteri ketika mana isu pencerobohan Lahad Datu meletus,kini paku buah keras melantun ke mukanya sendiri.Tindakan Jeremmy itu berpunca daripada beberapa faktor dalaman antaranya diskriminasi timbul daripada pemilihan pucuk pimpinan di peringkat negeri.Beliau dikatakan telah mengadu beberapa kepada Anwar dan pimpinan PKR pusat yang lain tetapi seperti biasa,aduan pihak bawahan sentiasa tidak dipedulikan.Ini menyebabkan rasa tidak puas hati kepada pemimpin seperti Jeremmy yang berjaya menyumbang kerusi DUN kepada PKR tetapi masih dianaktirikan. 

Faktor kedua adalah kesedaran bahawa Sabah sebagai negeri besar yang kaya dengan sumber semulajadi masih memerlukan banyak pembelaan dari pembangunan fizikal dan juga sosioekonomi.Jeremmy menyedari bahawa sebagai ADUN pembangkang tidak mungkin beliau mampu membawa sebarang bentuk pembangunan kepada kawasannya dan juga membela nasib rakyat yang serba kekurangan.Kedamaian merupakan salah satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Kota Belud yang diwakili oleh Datuk Abdul Rahman Dahalan,Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sebagai menteri pusat yang memegang portfolio penting,sudah tentu menjadi lebih mudah bagi beliau membawa program serta rancangan pembangunan yang lebih pesat dan teratur di seluruh kawasan parlimennya.Ini termasuklah kawasan yang diwakili oleh Jeremmy tetapi keadaan akan menjadi sukar sekiranya beliau berada di pihak pembangkang sementara kerusi Parlimen pula di wakili oleh Barisan Nasional.Atas kesedaran inilah dan demi nasib rakyat yang tidak mahu ditinggalkan daripada menikmati taraf kehidupan dan prasarana yang lebih baik,maka Jeremmy memilih jalan keluar dari PKR.Mungkin pembangkang akan memfitnah Jeremmy telah di sogok rasuah untuk mengkhianati partinya tetapi alasan ini tidak logik.BN berjaya menubuhkan kerajaan negeri Sabah dengan majorti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi DUN. BN tidak terdesak langsung untuk menyogok mana-mana wakil pembangkang untuk mengguatkan kedudukan politiknya kerana ia sudah cukup mantap sekarang. 

Langkah Jeremmy keluar PKR untuk menjadi wakil bebas pro BN adalah keputusan yang bijak.Sebelumnya,ADUN Luyang dari Dap,Hiew King Cheu mengorak langkah meninggalkan partinya menjadi wakil bebas September lalu.Seorang ahli politik perlu bijak untuk membuat keputusan yang baik bukan sahaja bagi karier politiknya tetapi juga bagi penyokong apatah lagi jika telah dipilih sebagai wakil rakyat.Pilihan keluar parti bukannya mudah bagi Jeremmy tapi terpaksa dilakukan demi rakyat kawasan Kedamaian. Beliau melihat tidak ada masa depan sekiranya terus berada di dalam PKR. PKR bukan sebuah parti yang kuat di Sabah kerana hanya mempunyai tujuh wakil sementara Dap empat dan STAR satu.Kini daripada 12 kerusi DUN pembangkang di Sabah sudah menjadi 10 dengan keluarnya Hiew dan Jeremmy.Desas desus besar kemungkinan,rakan sejawatan Jeremmy dari Matunggong,Jailani Hamdan akan juga turut mengikuti jejak langkah rakannya.Hanya masa akan menentukan kerana wakil-wakil rakyat pembangkang Sabah sudah mulai sedar masa depan mereka adalah bersama BN dan pihak kerajaan.Sabah memerlukan perancangan yang besar untuk membangunkan ekonomi negeri dan hanya melalui kerjasama sihat antara semua wakil-wakil rakyat segala program dan dasar dalam berjalan dengan efisien.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! #MUKTAMARPAS !!! MAT SABU ADALAH CALON PROKSI DAP DALAM PAS !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 11 Nov 2013 06:00 PM PST


Keputusan Naib Presiden Pas,Datuk Husam Musa untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden benar-benar memeranjatkan semua pihak.Ini kerana pengunduran tersebut bakal menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara kumpulanLiberal dan Ulama parti itu.Namun keputusan Husam itu,mungkin disebabkan ingin mengelakkan undi kumpulan Liberal berpecah,sekali gus menyebabkan kumpulan ulama kembali menguasai parti.Sebagai contoh ketika pemilihan parti pada Muktamar Pas yang ke-55,penyertaan Husam untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden telah menyebabkan Nasaruddin Mat Isa berjaya menduduki jawatan no-2 itu.Muktamar yang diadakan pada tahun 2009 itu menyaksikan Ustaz Nasha (Ulama) mendapat 480 undi,Husam (Liberal) 281 undi dan Mat Sabu (Liberal) 261 undi.Seterusnya pemilihan parti ketika Muktamar Pas ke-57,Mat Sabu berjaya merampas jawatan Timbalan Presiden, apabila menewaskan Ustaz Nasha (penyandang) dan Tuan Ibrahim Tuan Mat. Pertembungan 3 penjuru itu telah menyebabkan kumpulan Liberal berjaya menguasai parti. 

Muktamar yang diadakan pada tahun 2011 itu, menyaksikan Mat Sabu (Liberal) mendapat 420 undi,manakala Ustaz Nasha (Ulama) hanya berjaya mendapat 224 undi dan diikuti dengan Tuan Ibrahim (Ulama) dengan 399 undi.Sekiranya trend 2 pemilihan sebelum ini diambil kira,ia sudah cukup membuktikan, pertembungan 3 penjuru hanya akan menyebabkan perpecahan undi di kalangan perwakilan.Menyedari akan hakikat itu,ulama Pas dilihat mula belajar dari sejarah apabila hanya meletakkan satu calon sahaja bagi mewakili kumpulan tersebut.Sumber dalaman parti itu sebelum ini juga mengatakan ramai di kalangan ahli Pas dikatakan tidak beberapa senang dengan kehadiran kumpulan Liberal yang pro Anwar ini yang turut dilabelkan dengan pelbagai gelaran seperti Anwarinas dan Endorgan.Malah kegagalan beberapa pemimpin Liberal pada pilihan raya umum yang lalu juga dikatakan sebagai petanda penolakan ahli parti itu secara senyap.Contohnya kekalahan Mat Sabu di parlimen Pendang,Salahuddin Ayub di parlimen Pulai dan DUN Nusajaya,Dzulkefly Ahmad di parlimen Kuala Selangor dan Husam Musa di parlimen Putrajaya.Dengan rekod tewas dalam 2 pilihan raya umum berturut-turut iaitu pada 2008 di kerusi Kuala Terangganu dan PRU-13 di parlimen Pendang,Mat Sabu dilihat bakal berdepan dengan laluan yang sukar untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden. 

Itu belum lagi diambil kira dengan pendirian Mat Sabu yang cuba mempertahankan komunis sehingga menyebabkan Pas menerima pelbagai cemuhan dan kritikan.Malah pendedahan beberapa orang ahli parti itu yang mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran sesat Syiah,juga dikatakan sebagai gerakan dari kumpulan Ulama untuk membersihkan Pas yang dilihat semakin menyimpang.Atas alasan itu,peranan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden juga berjaya dikurangkan dan hanya digunakan sebagai penceramah parti bagi menarik hadiran.Namun begitu,dalam banyak-banyak 'dosa' yang dilakukan oleh Mat Sabu,penglibatan dan hubungan akrabnya dengan pemimpin DAP dikatakan sebagai punca utama gerakan untuk menyingkirkannya.Dia dikatakan sering menjadi jurucakap dan pembela parti ultra kiasu itu bagi menekan Pas dalam pelbagai perkara.Paling memeranjatkan apabila DAP melantiknya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang.Walaupun ada yang mendakwa ia sebagai satu penghormatan kepada Pas,namun ramai yang menyifatkan 'pemberian' jawatan itu sebagai asas untuk mengatakan Mat Sabu adalah proksi DAP di dalam Pas. 

Kesimpulannya keputusan pilihan raya umum,PRK Kuala Besut dan baru-baru ini di Sungai Limau telah menyaksikan penolakan ahli dan penyokong parti itu sehingga menyebabkan Pas mula sedar dan insaf.Tahaluf Siyasi yang diadakan dengan DAP dan pengaruh Anwar di dalam Pas telah menyebabkan parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu semakin di tinggalkan.Oleh yang demikian,jalan terbaik untuk menarik kembali sokongan ahli dan penyokong mereka,Pas perlu menjalankan satu gerakan pembersihan dengan menyingkirkan semua proksi DAP dan pengaruh Anwar bagi memastikan parti itu terus relevan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! CERITA SEBENAR CINA MAKI AZAN DI TAMAN TASIK PRIMA PUCHONG DIDEDAHKAN !!!

Posted: 11 Nov 2013 04:00 PM PST


Aku dapat berita ni dari penduduk Taman Tasik Prima sendiri.Aku tanya sendiri pada penduduk yang buat report Polis berkenaan cina yang minta azan diperlahankan tu.Kebetulan aku singgah sembahyang di surau ar rahman tu.Sebenarnya cina tu tak minta pun azan tu diperlahankan.Cina tu tak pergi ke surau tu pun.Tapi cina ni buat tindakan yang lebih kurang ajar.Cina ni maki hamun masa orang tengah azan.Maknanya lebih kurang ajar la sebab semua orang dengar dia maki azan tu. kalau dia pergi surau cakap elok-elok dengan ajk surau kira ok lagi.Penduduk ini cerita perkara ni dah lama berlaku.Dekat setahun perkara ni berlaku.Mula-mula cina ni maki jerit-jerit masa azan subuh je.Penduduk ni tak tau cina mana satu yang jerit.Tapi nak ditunjukkan Allah,suatu hari (hari kejadian) cina ni jerit maki masa azan maghrib.Orang surau pergi ke rumah cina ni dan berlaku pertengkaran dengan keluarga cina ni. Cina ni pun tak mengalah dan tak minta maaf. 

Jadi,esoknya ajk surau pergi buat laporan polis.Cina ni pun buat report polis.dan cerita ni tersebarlah di surat khabar.Tapi kuasa Allah,malam kejadian tu juga bapak cina yang maki azan tu kena strok.Terus dapat bala cash.Aku tak reka cerita ni.Kalau bro tak percaya pergi sendiri ke surau tu tanya penduduk situ.Aku tanya mana satu rumah cina tu? Penduduk ni tak nak bgtau rumah yang mana satu.Takut perkara yang tidak diingini berlaku.Dan penduduk minta perkara ini tidak diperbesarkan dan biar polis yang siasat.Dalam hati aku,punya la baik orang melayu ni.Kenapa cina ni macam cilake. 

Kesimpulan yang aku dapat buat,rumah cina tu dekat dengan surau sebab tu bila cina ni maki orang surau boleh dengar.Rumahnya baris depan. api tak tau rumah yang mana satu.Sejak isu azan ni berlaku,3-4 rumah cina baris depan ni senyap.Diaorang takde di rumah.Mungkin takut diserang dan tinggal di tempat lain buat sementara waktu.Aku bg sekali gambar surau dan kawasan perumahan tu. tapi aku tak boleh masuk kawasan perumahan tu.Sebab ada security guard.Land mark perumahan ni betul-betul dekat dengan kfc dan pizza. apa-apa hal aku roger lagi. 

MANA GAMBAR TU ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...