UMNO Online - “Kerajaan Di Peringkat Akhir Bangunkan Sistem GST” plus 9 more

UMNO Online - “Kerajaan Di Peringkat Akhir Bangunkan Sistem GST” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kerajaan Di Peringkat Akhir Bangunkan Sistem GST

Posted: 12 Nov 2013 03:32 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Nov - Selaras pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015, kerajaan kini di peringkat akhir menyiapkan pusat pemprosesan dan sistem pengkomputeran untuk percukaian baharu itu.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata KDM telah mengenal pasti Kuala Lumpur sebagai lokasi pusat pemprosesan, yang akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Sistem pengkomputeran yang dikenali sebagai myGST itu kini telah 98 peratus siap dan sedia untuk percubaan hujung tahun ini.

“Pada bulan Disember ini, sistem myGST ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh kastam, dan kita akan buat ujian selepas itu,” kata Khazali kepada Bernama dalam satu temu bual.

Beliau berkata sistem myGST itu diharap dapat memudahkan peniaga melakukan pendaftaran, pengauditan dan tuntutan balik bayaran, tanpa perlu ke pusat pemprosesan.

“Sistem itu sudah sedia, kini perniagaan perlu bersedia untuk melaksanakan sistem baharu itu.

“Mengenai keselamatan, ia diuji oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), dan oleh itu tidak ada isu keselamatan dan kita ada akta mengenai data sulit,” katanya.

Selain itu, sistem myGST ini juga akan disepadukan dengan beberapa agensi penting seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Tidak lama lagi ia akan turut diintegrasikan dengan bank di seluruh negara.

Setakat ini, enam bank telah mengesahkan penyertaan mereka, termasuk Maybank, RHB Bank dan CIMB.

“Kita akan lantik mereka dan tidak ada sebab untuk mereka menolak disebabkan ia merupakan pendapatan untuk mereka,” kata Khazali.

Selain itu, KDM juga sedang mentransformasikan Sistem Maklumat Kastam kepada sistem baharu yang akan dikenali sebagai U-Customs.

U-Customs merupakan sistem data import-ekport, dan apabila siap kelak turut akan disepadukan dengan myGST.

Lagi Banyak Pembangkang Burukkan BN Makin Banyak Terkena Diri Sendiri

Posted: 12 Nov 2013 02:57 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Nov. – Pakatan pembangkang semakin ketandusan isu dalam mewujudkan tentangan terhadap kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) apatah lagi dasar dan perancangan kerajaan diterima baik oleh rakyat keseluruhannya biarpun mereka mewujudkan persepsi dan manipulasi negatif.

abdul-aziz-rahman--mubarak-umno-bn

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman menganggap sikap menentang pakatan pembangkang yang menolak apa sahaja tindakan BN walhal dalam kebanyakan keadaan, kesilapan yang dituding kepada BN terkena batang hidung sendiri.

"Inilah sikap 'double standard' pakatan pembangkang yang gagal berfikir secara rasional, tidak melaksanakan tindakan berdasarkan kewarasan dan enggan mengakui bahawa BN pentadbir yang baik dan mereka sendiri gagal untuk menyamai apatah lagi menandingi pelaksanaan BN selama ini," katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau, lihat sajalah apa yang berlaku apabila pakatan pembangkang dapat menguasai kerajaan negeri yang mana mereka telah menunjukkan kerakusan untuk memegang kuasa sedangkan kepentingan rakyat tidak diutamakan malah sehingga kini pun banyak manifesto mereka tidak terlaksana.

"Sehingga hari ini di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang misalnya di Pulalu Pinang, Selangor dan Kelantan, mana perumahan kos rendah yang dicanangkan, mana bantuan kepada keseluruhan rakyat kerana agihan hanya diberikan kepada golongan tertentu, mana pembangunan secara menyeluruh yang dijanji?"

Katanya, sewajarnya penentangan terhadap kerajaan dibuat berdasarkan kepada penambahbaikan untuk rakyat dan bukannya untuk kepentingan politik mereka semata-mata.

"Kalau kita lihat apa yang digariskan oleh pembangkang selama ini berbanding dengan agenda kerajaan, misalnya melalui buku jingga atau janji-janji yang mereka war-warkan maka terlalu sedikit yang mereka laksanakan sedangkan sebahagian besar daripadanya adalah masih lagi bergelar sebagai janji dengan tidak ada pelaksanaan atau sebarang inisiatif untuk ditunai.

"Objektif yang mereka lakukan dalam pentadbiran adalah semata-mata untuk agenda peribadi dan bukannya kepada agenda rakyat sedangkan sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan parti politik yang matang biarpun selaku pembangkang maka perlulah mereka memikirkan ke arah wujudnya politik yang lestari dalam membangunkan negara bangsa."

Soal beliau, di mana peranan yang dimainkan oleh pemimpin pembangkang itu sendiri selain daripada membangkang tanpa memberikan sebarang cadangan atau penambahbaikan?

"Mereka ini pembohong, mereka berkata mereka amalkan demokratik dan perjuangkan demokrasi tetapi pembohong, dulu mereka tuduh UMNO dan BN amal nipotisme, kronisme, parti anak beranak dan macam-macam lagi gelaran namun hari ini terbukti apa yang diluah terkena batang hidung sendiri."

Dalam hal ini beliau melihat kepada kedudukan dalam PKR iaitu jawatan Ketua Umum yang disandang Anwar Ibrahim sementara isterinya, Dr. Wan Azizah selaku Presiden parti dan anak sulungnya Nurul Izzah menjadi Naib Presiden. Begitu juga dengan DAP yang diterajui pengusi, Karpal Singh dan dua anaknya menjadi wakil rakyat iaitu Gobind Singh dan Jagdeep Singh sementara Lim Kit Siang mewariskan legasinya kepada Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew menjadi ADUN Kota Laksamana.

"Mereka membuat tuduhan kerajaan tidak telus, tidak demokrasi dan macam-macam tohmahan lain lagi sedangkan dalam masa yang sama semua tuduhan tersebut adalah bersesuaian dengan pelbagai tindakan dalam parti pembangkang itu sendiri.

"Dalam parti pembangkang jelas menunjukkan bahawa d ikalangan pemimpin mereka tidak mempercayai orang luar untuk diangkat sebagai ketua dan kuasa yang ada hanya berlegar di kalangan keluarga sendiri malah kalau benar mereka perjuangkan demokrasi maka benarkanlah semua jawatan dipertandingkan dalam Pas, DAP dan PKR itu sendiri sebagaimana yang dilakukan UMNO.

"Pembangkang lantang mempertikaikan pengiraan undi dalam pilihan raya namun malangnya dalam pemilihan DAP sendiri pun berlaku salah kira undi, yang lebih buruk lagi apabila ia hanya diakui selepas dua minggu pemilihan selesai dengan ada sebilangan anggotanya yang tidak dijemput menghadiri pemilihan."

Katanya, pelbagai propaganda dan tuduhan negatif dibuat kepada UMNO dan BN sebenarnya adalah untuk menutup aib yang mereka sendiri gagal sembunyikan dari khalayak ramai.

"Apa lagi yang boleh mereka lakukan selain melakukan tindakan sedemikian kerana secara jelas mereka telah gagal membuktikan apa yang mereka suaranya misalnya kabinet bayangan dan bajet alternatif."

"Kerana itulah mereka mempertikaikan bajet yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib, kelirukan rakyat dengan subsidi, burukkan GST dan macam-macam lagi sebagai bahan untuk menutup aib sendiri yang gagal melaksana janji."

Sehubungan itu, beliau menyeru anggota BN dan UMNO khususnya dan rakyat keseluruhan agar tidak alpa dengan tingkah pembangkang yang gemar mengelirukan masyarakat dengan sikap mereka yang dangkal. – MediaUMNO

Hanya Satu Jawatan Exco Untuk MCA – MB Kedah

Posted: 12 Nov 2013 01:47 AM PST

ALOR SETAR, 12 Nov -  Hanya seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada MCA yang akan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Kedah walaupun terdapat dua kekosongan jawatan tersebut.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata walaupun terdapat dua Adun MCA di Kedah tetapi hanya seorang iaitu Adun Gurun Dr Leong Yong Kong yang akan dilantik.

“Daripada awal saya nyatakan saya telah khaskan satu jawatan exco untuk Adun mewakili masyarakat Tionghoa. Daripada awal lagi memang satu, satu lagi ‘reserve’ (simpan) untuk masa depan, tak tau apa keputusan yang akan dibuat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) peringkat negeri di sini, Selasa.

Mukhriz ketika ini hanya melantik lapan Exco kerajaan negeri berbanding 10 yang biasa diamalkan, dengan satu dikhaskan untuk wakil MCA dan satu lagi sebagai “reserve”.

MCA melarang anggotanya memegang jawatan dalam kerajaan, hasil keputusan mesyuarat agung parti itu pada 2011 dan 2012, berikutan prestasi buruk parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas.

Kedah mempunyai dua Adun dari MCA – Dr Leong dan Chua Thiong Gee (Kulim). Bagaimanapun, resolusi mesyuarat agung luar biasa parti itu 20 Oktober lepas membenarkan anggota MCA menerima pelantikan jawatan peringkat kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Mukhriz bercadang untuk melantik Dr Leong mengisi jawatan Exco tetapi Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilaporkan sebagai berkata mahukan dua jawatan Exco Kedah yang kosong diberikan kepada Adun MCA.

Mukhriz berkata pelantikan Dr Leong sebagai Exco adalah bagi memenuhi janji beliau dan tidak timbul isu dua Exco daripada MCA.

“Pelantikan (Exco daripada MCA) sepatutnya dibuat dengan exco-exco lain bulan Mei lepas. Kita ambil masa bukan sebab kita tetapi kerana keputusan MCA. Bila MCA buat keputusan (lain), tiba-tiba nak dua pulak, ini sedikit tak adil. Bagaimanapun ini masih boleh dibincangkan. Buat masa ini, satu je Exco,” katanya.

Mukhriz berkata beliau ada menerima surat daripada Dr Chua mengenai pelantikan Exco daripada Adun MCA tetapi surat itu hanya mencadangkan nama Dr Leong.

“Dia (Dr Chua) mencadangkan nama Dr Leong sebagai Adun yang dicalonkan sebagai Exco baharu. Dalam surat satu nama je. Saya dapat surat tu ketika (kempen) pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau (baru-baru ini) dan bertemu beliau.

“Bila saya baca surat khabar selepas itu, agak terkejut dia cadangkan dua Exco padahal masa jumpa takde pulak,” katanya.

Mukhriz berkata majlis angkat sumpah Exco baharu itu tidak sempat dilakukan sebelum persidangan DUN pada bulan ini, dan akan dilakukan pada bulan Disember atau Januari.

Orang Ramai Boleh Hantar Aduan Kepada PAC Menerusi Laman Web

Posted: 12 Nov 2013 01:44 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Nov -  Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan berhubung perbelanjaan wang kerajaan kini boleh menghubungi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di laman webnya di www.parlimen.gov.my/pac.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata orang ramai perlu memanfaatkan laman web berkenaan kerana ia lebih mudah serta pantas berbanding kaedah konvensional seperti menghantar surat atau faks.

“Di laman web berkenaan, terdapat pautan e-aduan, yang membolehkan rakyat menghantar terus segala aduan atau pertanyaan. Kita akan merahsiakan segala butiran penghantar email terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Selain itu, laman web berkenaan turut menyediakan segala maklumat mengenai aktiviti PAC selain orang ramai juga boleh mendapatkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2012 siri 1 dan siri 2, yang dibentangkan bulan lepas.

Nur Jazlan berkata PAC juga akan memuatnaik laporan yang disiasat jawatankuasa berkenaan seperti isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) serta projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) selepas ia dibentangkan kepada Parlimen.

“Ini adalah langkah proaktif yang diambil PAC dalam usaha memastikan wang kerajaan dibelanjakan dengan telus, cekap serta amanah.

“PAC mahu orang ramai turut sama memantau segala perbelanjaan kerajaan dan tidak menyerahkan sepenuhnya kepada jabatan kerajaan seperti Jabatan Audit Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

KP1M Sends Humanitarian Aid To Victims Of Typhoon Haiyan

Posted: 12 Nov 2013 01:17 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 12 – The 1Malaysia Putera Club (KP1M) is sending its humanitarian aid to the Philippines tomorrow to assist victims affected by Typhoon Haiyan last Friday.

KP1M president Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim said the humanitarian aid mission, comprising 30 volunteers, including media representatives, would leave for the republic in two aircraft tomorrow.

They would bring along with them food, medicine, clothing, tents and infant nutrition products, weighing 14 tonnes, for 5,000 families, he told a media conference at the KP1M office here today.

He said members of the mission would be greeted on arrival at the Cebu Airport by representatives of the Philippine government, including the Mayor of Cebu.

After that, they would enter the areas badly hit by the typhoon, like Tacloban and Iloilo, he added.

More than 1More than 10,000 people were reported killed after Haiyan slammed into the Philippines last Friday.

DiKuasai Golongan Liberalisme, Punca Pas Hilang Keberanian Untuk Bersuara

Posted: 12 Nov 2013 12:26 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Bekas Ketua Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang, Hafiz Nordin menyatakan rasa kesalnya dengan sikap kepimpinan tertinggi Pas yang terlalu menjaga hubungan dengan DAP, sehingga tidak berani bersuara dan menyatakan pendirian parti terhadap sebarang kritikan DAP khususnya berkenaan Islam, bangsa dan tanahair hanya semata-mata kerana kepentingan politik pucuk pimpinan Pas.

geng_sokong_anwar_erdogan_liberal_agama_pas

Menurut beliau, sikap yang diperlihatkan oleh kepimpinan Pas hari ini ternyata menggambarkan pucuk pimpinan Pas sedia ada begitu  lemah sehingga menggambarkan seolah-olah parti tersebut begitu bergantung dengan DAP untuk mendapatkan undi dan sokongan terutamanya dari kaum Cina di negara ini.

"Memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap dan pendirian kepimpinan pusat di dalam Pas begitu banyak berubah menjadi penakut untuk bersuara semenjak mengambil keputusan untuk bersama DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat.

"Biarpun sudah banyak kali DAP membuat kenyataan yang sensitif berhubung soal Islam, namun pemimpin Pas hanya mampu berdiam diri saja. Jika bersuara sekalipun, ia seumpama pepatah melepaskan batuk ditangga saja," ujarnya kepada UMNO-Onlline di sini hari ini.

Contoh yang terbaru menurut beliau ialah kenyataan pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mempertikaikan penubuhan Pas sebagai parti berteraskan agama, yang didakwanya tidak lagi relevan di dalam politik negara hari ini.

"Karpal berani buat kenyataan sebegitu kerana dia tahu, bahawa kepimpinan Pas hari ini tidak mampu untuk menyanggah atau mengkritik beliau. Sebab itu dia berani buat kenyataan sedemikian tanpa ada perasaan bimbang atau takut.

"Sedangkan selama ini, kalau DAP dihentam oleh UMNO atau mana-mana NGO, pemimpin Paslah yang paling lantang membela mereka. Sebab itu saya katakan bahawa kepimpinan Pas yang ada hari ini terbukti gagal untuk menjaga maruah parti khususnya maruah Islam sebagai agama persekutuan di negara ini," tegas beliau.

Beliau juga tidak menafikan bahawa dasar dan pendirian kepimpinan Pas hari ini berubah lantaran kerana unsur-unsur pengaruh liberalisme yang telah diterapkan oleh kumpulan Anwarisme di dalam parti tersebut.

"Kita juga boleh melihat di mana geng-geng Anwarisme yang menguasai kepimpinan tertinggi Pas pusat hari ini merupakan antara punca mengapa Pas sanggup mengenepikan prinsip perjuangan Islam dan kepimpinan ulama yang selama ini menjadi teras perjuangan parti itu.

"Bahkan kepimpinan Pas hari ini dilihat sudah berani secara terang-terangan menolak dan mengenepikan sebarang cadangan mahupun usul yang dikemukakan oleh Dewan Ulama Pas, sehingga mewujudkan persepsi kepada ahli dan masyarakat bahawa suara Dewan Ulama Pas tidak lagi penting di dalam parti," jelasnya.

Ahli-ahli di peringkat akar umbi hari ini menurut beliau tertanya-tanya apakah yang mahu dipertahankan oleh kepimpinan Pas hari dengan terus menjadi rakan sekutu DAP dan PKR, bahkan tunduk pula dengan kehendak dua parti yang terang-terang membawa ideologi liberalisme dan plurisme dalam agama.

"Justeru itu saya menyeru kepada semua ahli-ahli yang menjadi perwakilan pada pemilihan parti yang akan datang, jangan pilih pemimpin yang sedia ada hari ini, yang secara terang-terangan cuba membawa ideologi liberalisme dan plurisme di dalam Pas.

"Saya berharap agar perwakilan akan lebih matang dalam menilai. Pilihlah pemimpin yang membawa agenda Islam yang sebenar dan tolaklah pemimpin-pemimpin yang kita ketahui daripada golongan Anwarisme daripada terus menguasai Pas, kerana jika mereka ini dibiarkan terus berkuasa di dalam parti, maka Pas sendiri akan hancur tidak berapa lama lagi," akhiri beliau. -MediaUMNO

Kerajaan Teruskan Sesi Penerangan GST Kepada Umum

Posted: 12 Nov 2013 12:02 AM PST

SHAH ALAM, 12 Nov – Kerajaan memulakan sesi penerangan berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada umum melalui program dan iklan di televisyen serta surat khabar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

abdul-wahid-omar-maybank-menteri-jpm-2013

Beliau berkata kerajaan melalui Kementerian Kewangan juga akan memulakan sesi penerangan di lapangan tidak lama lagi bagi memastikan rakyat faham dengan langkah yang bakal dilaksanakan dan impak kepada mereka.

“Pihak MoF (Kementerian Kewangan) bersama pasukan GST telah memulakan program penerangan mereka. Dari segi sambutan, setakat ini mendapat sambutan yang baik daripada penganalisa, ahli ekonomi dan golongan peniaga.

“GST adalah sesuatu yang telah dijangkakan dan telah lama dicadangkan jadi kini sampai masa untuk melaksanakannya, tugas kita untuk memastikan semua rakyat faham langkah yang akan dilaksanakan,” katanya selepas merasmikan program ‘Career Attack’ anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini hari ini.

Abdul Wahid berkata kadar GST iaitu pada enam peratus adalah sangat munasabah dan merupakan yang paling rendah dalam kalangan negara Asean.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan membuat perancangan yang teliti sebelum melaksanakan GST pada April 2015 bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.

Katanya, kerajaan sudah memaklumkan tentang pelaksanaan GST sejak 2006 dan akan menggunakan tempoh 17 bulan mulai sekarang untuk memperjelas perkara itu bagi membolehkan semua pihak, termasuk syarikat, bersiap sedia melaksanakannya.

Mengulas mengenai ‘Career Attack’ anjuran UiTM, Abdul Wahid berkata ia merupakan satu platform yang baik untuk menemukan majikan dan bakal pekerja serta pendedahan mengenai peluang pekerjaan yang ada di pasaran.

Lebih 70 syarikat mengambil bahagian dan 3,000 jawatan kosong ditawarkan dalam program yang berlangsung selama tiga hari itu.

Tuduh UMNO Punca Ramai Keluar PKR Skrip Lapuk Anwar – Ruslan Kassim

Posted: 11 Nov 2013 11:45 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Jika sebelum ini ada yang mengatakan bahawa maksud parti PKR itu adalah parti keluar ramai-ramai, mungkin ada benarnya…

Jika sebelum ini, seorang demi seorang 'orang kepercayaan' Anwar meninggalkannya seperti bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar, bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor, bekas Ketua Penerangan, Ruslan Kassim dan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan, kini seorang demi seorang pemimpin PKR Sabah pula meninggalkan parti.

ruslan_kassim_penerangan_pribumi_perkasa_bekas_pkr_anwar

Jika sebelum ini Anwar sering memburukkan UMNO jika ada pemimpin UMNO yang keluar parti tetapi kini Ketua Pembangkang itu perlu mencermin partinya pula. Jika dibandingkan dengan UMNO, PKR jauh lebih buruk rekodnya kerana boleh dikatakan ke semua orang kepercayaannya meninggalkan Anwar.

Ini jelas menunjukkan bahawa perjuangan parti PKR tidak boleh dipercayai. Kepincangan dan kerakusan untuk berkuasa di kalangan Anwar dan sekutunya membuatkan ramai yang mula 'menyampah dan meluat'.

Menurut Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kasim, senario ini adalah kerana mereka mula sedar, insaf dan faham apa yang berlaku di dalam parti PKR sebenarny.

"Jika dahulu asas perjuangan PKR adalah memperjuangkan keadilan rakyat  kononnya tetapi kini ianya telah jauh berubah. Perjuangan PKR kini adalah lebih kepada merampas Putrajaya dan meralisasikan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

"Anwar sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjatuhkan negara asalkan hasratnya menjadi Perdana Menteri tercapai. Inilah yang membuatkan ramai pemimpin PKR mula sedar bahawa hanya BN yang benar-benar memperjuangkan rakyat dan melindungi negara.

"Kami tidak sanggup menggadai negara hanya kerana Anwar Ibrahim," ujarnya kepada UMNO-Online.

Mengulas mengenai sikap Anwar yang sering menyalahkan orang lain terutama UMNO apabila ada pemimpin pembangkang yang keluar parti, ujar Ruslan itu adalah perkara biasa kerana Anwar adalah seorang manusia yang terlalu bijak memutar belit dan itu adalah skrip lapuk Anwar.

"Biasalah tu… Dia akan cakap UMNO bayar, konspirasi UMNO dan sebagainya. Saya sendiri berani bersumpah saya keluar parti baik UMNO mahupun PKR saya tidak pernah dibayar. Jika tidak mesti saya sudah kaya…

"Ini semua taktik basi Anwar untuk menutup kepincangan dalam PKR. Apa yang pasti, mereka yang keluar parti adalah kerana telah sedar dan nampak dengan jelas apa 'PKR' itu sebenarnya. Saya percaya dan yakin akan ramai lagi yang keluar PKR selepas ini," jelasnya lagi. - MediaUMNO

Sasaran Bina 80,000 Rumah Mampu Milik Boleh Dicapai – Shahidan

Posted: 11 Nov 2013 11:39 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Nov  - Kerajaan akan memastikan kelulusan projek untuk pembinaan 80,000 unit rumah mampu milik di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dapat dicapai menjelang akhir tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata setakat 30 Sept, projek pembinaan untuk 44,223 unit rumah PR1MA telah diluluskan di seluruh negara.

Katanya pelaksanaan projek tersebut memerlukan proses pelbagai peringkat, termasuk mendapatkan kelulusan pinjaman dan mendapatkan tanah dan kawasan yang sesuai.

“Apabila sesuatu projek pembinaan itu diluluskan maka ia boleh dijalankan, pemohon (pembeli) yang memenuhi syarat akan dimaklumkan dan mereka perlu mengikut prosedur biasa dalam pembelian rumah termasuk pinjaman,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Mohd Azmin Ali (PKR-Gombak) di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Azmin ingin mengetahui faktor sasaran 80,000 rumah mampu milik yang ditetapkan oleh kerajaan masih belum dicapai sedangkan, kini menghampiri penghujung tahun 2013.

Menjawab soalan Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) sama ada kerajaan bercadang menambah bilangan rumah mampu milik di bawah PR1MA, Shahidan berkata penambahan tersebut bergantung kepada kemampuan industri untuk menampung jumlah pembinaan rumah.

Jawatankuasa Khas Bina Lorong Khas Motosikal – Fadillah

Posted: 11 Nov 2013 11:33 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Nov -  Satu jawatankuasa khas telah ditubuh untuk mengkaji pembinaan lorong khas motosikal di semua lebuh raya memandangkan buat masa ini hanya beberapa lebuh raya sahaja menpunyai lorang khas untuk motosikal.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata antara kajian yang dijalankan termasuk kategori motosikal yang dibenarkan berada di lebuh raya mengikut kapasiti enjin (CC) dan keluasan lorong khas yang ingin dibina bagi memuatkan pelbagai jenis saiz motosikal termasuk yang berkuasa tinggi dan bersaiz besar.

“Apabila timbulnya masalah dasar untuk melindungi motosikal yang berada di lebuh raya, contohnya kenderaan laju di lebuh raya boleh menyebabkan motosikal bersaiz ‘kapcai’ 75 CC terkena angin kuat lalu mengalami keadaan yang tidak seimbang.

“Selepas jawatankuasa itu mendapat hasil kajian, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan semua anggota Parlimen sama ada motosikal akan dikenakan kadar tol ataupun kategori motosikal yang dibenarkan berada di lebuh raya,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dalam persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Bung Mokhtar ingin mengetahui sama ada penyelarasan dibuat oleh kementerian untuk mewajibkan semua motosikal menggunakan lorong khas yang disediakan di lebuh raya supaya keselamatan mereka terjamin.

Menjawab soalan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) mengenai motosikal berkuasa tinggi yang tidak perlu membayar tol di lebuh raya, Fadillah berkata bayaran tol tidak ditentukan mengikut kapasiti enjin (CC) kenderaan sebaliknya berasaskan kepada kelas atau jenis kenderaan itu.

Katanya, motosikal berkuasa tinggi tidak dikenakan bayaran tol kerana ia termasuk di bawah kategori kenderaan dua roda yang dikecualikan daripada kutipan tol.

“Ini termaktub dalam hampir semua perjanjian konsesi lebuh raya, kecuali di Lebuhraya Linkedua Malaysia-Singapura (Plaza Tol Tanjung Kupang), dan Jambatan Pulau Pinang yang mana motosikal turut dikenakan tol,” katanya.

Katanya, penetapan bayaran tol untuk kelas atau jenis kenderaan ini adalah berasaskan Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...