UMNO Online - “States Can Act Against Preachers Of Syiah Teachings, Says Shahidan” plus 9 more |
- States Can Act Against Preachers Of Syiah Teachings, Says Shahidan
- Esscom Puts Security Forces On Heightened Alert Within Esszone
- No Intention To Issue White Paper On Kuin Problems – Muhkriz
- Anggota UMNO Diminta Tidak Jadikan Pemilihan Parti Medan Uji Keupayaan
- Perlis Wants Existing Investors In Stand To Expand Ops
- Pusat Tahanan Ops Cantas Dan Ops Bersepadu Diwartakan
- Pemilihan UMNO Pemilihan Secara Berkeluarga – Shafie
- Nasib Pak Samad Seperti Pak Shahnon Dalam Politik Songsang Pembangkang
- Kalau Sepakat Sudah Lama Pembangkang Umum Kabinet Bayangan
- Perangi Jenayah, Agenda Utama Ketua Polis Selangor Baharu
States Can Act Against Preachers Of Syiah Teachings, Says Shahidan Posted: 09 Sep 2013 05:44 AM PDT PASIR PUTEH, Sept 9 – All state governments can act against preachers of Syiah teachings without waiting for a new law to be drawn up in tackling the problem. Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Shahidan Kassim said the existing syariah law of the respective states was adequate to charge those guilty of the offence in the Syariah Court. “The law is already there in every state, it’s just that immediate action is not taken,” he told reporters after visiting the Malaysian Maritime Enforcement Agency’s District 10 office in Tok Bali, here, today. Shahidan was asked whether there was a need for a new law to be formulated to check the worrying spread of Syiah teachings in this country. He said all Islamic religious matters came under the jurisdiction of the respective state governments which could take appropriate action. “This includes charging those without a permit from the state Islamic Religious Department to teach religion,” he said, adding that what needed to be emphasised now was enforcement of the relevant syariah law. |
Esscom Puts Security Forces On Heightened Alert Within Esszone Posted: 09 Sep 2013 05:40 AM PDT LAHAD DATU, Sept 9 – The Eastern Sabah Security Command (Esscom) has stepped up security measures, with heightened alert from the military and police, in the 10 districts placed under the Eastern Sabah Security Zone (Esszone). This follows a clash last night between armed followers of the Moro National Liberation Front (MNLF) and Philippine troops in Zamboanga City. Esscom director-general Datuk Mohammad Mentek said although the battle took place far away from Esszone, the security command was not taking it lightly. “We have already put on alert our security assets and personnel…we are not taking chances on possible intrusions, following that clash. “That’s why, we put our security forces on heightened alert,” he told Bernama here today. Mohammad was asked to comment on the clash between armed followers of the MNLF and Philippine troops on Sunday night. A Philippine news portal in Mindanao quoted Mayor Isabelle Climaco-Salazar today, as saying that armed followers of the MNLF had held some 20 civilians hostage in Zamboanga City after a clash with government troops on Sunday night. Climaco-Salazar said the MNLF members were planning to enter the city and declare independence at the City Hall, adding that a crisis committee was formed to handle the situation. Meanwhile, Mohammad rubbished claims in The Philippine media yesterday that MNLF had activated about 4,000 foreign-trained Tausug fighters embedded in Sarawak and Sabah in Malaysia. |
No Intention To Issue White Paper On Kuin Problems – Muhkriz Posted: 09 Sep 2013 05:35 AM PDT ALOR SETAR, Sept 9 – The Kedah government does not intend to issue a white paper on the problems of Kolej Universiti Insaniah (Kuin) and its subsidiary company, Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB). Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir said the forensic audit conducted on Kuin already clearly showed the problems plaguing Kuin and IHSB. He was asked by reporters on the developments of the investigation following the suggestion by opposition assemblymen at the recent state assembly sitting for the state government to issue a white paper, after the disclosure of alleged mismanagement and misappropriation in Kuin and IHSB when Pakatan Rakyat was ruling the state. He replied that it was not necessary. Mukhriz was met here today after he handed out his personal contributions and zakat (tithe) from the Kedah Zakat Department to 35 students from the state who will be furthering their studies at three universities in Jordan. On legal action, he said the state government would look into the matter later as there were problems with the accounts of the IHSB subsidiaries while it was even difficult to obtain the financial statements. On Kedah students, Mukhriz said 156 of them who should be furthering their studies in Egypt had accepted the Education Ministry’s offer to study at the local universities including Kuin. He said several Kedah students were still in turbulent Egypt for certain reasons, but the state government was monitoring the developments involving these students there and to bring them home if needed. On a new rector for Kuin, he said a local candidate had been identified for the post and would be announced when the appointment letter had been issued soon. Mukhriz said the Education Ministry had agreed on the candidate who would be responsible for redeeming the image and honour of Kuin within three years. Earlier, when addressing the students who will be leaving for Jordan this Wednesday, he advised them to help maintain the good relations between Malaysia and that country by not meddling in its internal affairs. “Stay away from groups preaching Syiah teachings and from politics that have nothing to do with Malaysia. Study hard to excel,” he added. |
Anggota UMNO Diminta Tidak Jadikan Pemilihan Parti Medan Uji Keupayaan Posted: 09 Sep 2013 04:37 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 Sept – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengingatkan anggota-anggota parti bahawa pemilihan jawatan UMNO bukanlah medan untuk mereka ‘suka-suka’ menguji keupayaan hingga menyebabkan peraturan baharu parti seolah-olah dipermainkan. Beliau justeru itu meminta mereka supaya memastikan peraturan baharu parti dipatuhi demi menjaga imej UMNO. “Saya menasihatkan anggota-anggota parti supaya jangan merosakkan parti. Peraturan baharu ini memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk bertanding tetapi janganlah sampai jadikan peluang ini macam satu ejekan. “Biarlah ukur baju di badan sendiri sebelum mencalonkan diri untuk bertanding,” katanya selepas merasmikan padang futsal Cruyff Court di Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Brickfields di sini hari ini. Padang itu dibina dengan kerjasama Khazanah Nasional dan Yayasan Johan Cruyff, iaitu yayasan yang ditubuhkan oleh pemain bola sepak terkenal dari Belanda Johan Cruyff bagi menggalakkan sukan dalam kalangan generasi muda. Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata mesyuarat cawangan-cawangan UMNO masih berlangsung namun yakin akan selesai pada pertengahan bulan ini sebelum bermulanya mesyuarat bahagian awal bulan depan. Tengku Adnan yang juga menteri Wilayah Persekutuan turut membidas pembangkang dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sentiasa menuduh pilihan raya di negara ini tidak adil. “Mereka terlalu banyak menuding jari dan menuduh orang lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menipu,” katanya. Sebagai anggota Parlimen Putrajaya, beliau berkata pihaknya turut membuat kajian pasca pilihan raya dan mendapati ada alamat rumah yang mempunyai 19 pengundi pembangkang. “Di sebuah jalan pula, saya mengesan sebuah alamat rumah yang pengundinya menyokong pembangkang tetapi di jalan itu sebenarnya tidak ada satu bangunan pun,” katanya. |
Perlis Wants Existing Investors In Stand To Expand Ops Posted: 09 Sep 2013 04:01 AM PDT KANGAR, Sept 9 – Perlis would like existing investors to expand their operations in order to help boost the state’s economy. Menteri Besar, Azlan Man, said although efforts to woo new investors would continue, the state government would also focus on helping existing investors expand their operations. “The investment climate in Perlis is good with the introduction of more facilities, including plan to expand and upgrade the inland port in Padang Besar. “All companies, local and foreign, will be invited to submit proposals to expand their operations to enjoy the new investment climate in Perlis,” he said. Azlan said this to reporters after visiting glove-making company, Shorubber (M) Sdn Bhd, at Jejwai industrial park, near here. He said Shorubber, owned by Japan’s Showa Co Ltd, was one of the companies invited to boost their operations. “The company started operation in 1993 with a small number of staff. It has since grown to have over 2,000 workers producing high-quality gloves for export,” he said. Azlan said if Shorubber, which has invested over RM450 million in the state, were to expand its operations, it would help provide jobs for more people living nearby. He said Shorubber used a lot of raw materials from many countries, including Indonesia and hoped that one day the locals would be able to become suppliers. “The company will definitely offer the opportunities to local suppliers if they are competitive,” he said. Earlier, Managing Director, Haruyoshi Inoue, gave Azlan a briefing on the company’s operations. |
Pusat Tahanan Ops Cantas Dan Ops Bersepadu Diwartakan Posted: 09 Sep 2013 03:57 AM PDT SEPANG, 9 Sept – Lebih 10 kawasan diwartakan sebagai pusat tahanan bagi menempatkan pesalah Ops Cantas dan Ops Bersepadu 6P, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bagaimanapun beliau tidak menamakan kawasan yang telah diwartakan itu kerana katanya “ia berkait dengan urusan pentadbiran.” “Pewartaan itu bagi menampung pesalah yang ditahan menerusi kedua-dua operasi berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat bersama Jabatan Penjara serta Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini. Setakat 6 Sept lepas, polis menahan 4,806 orang daripada 122,255 yang diperiksa sejak Ops Cantas Khas dijalankan Ogos lalu di seluruh negara bagi membanteras kegiatan kongsi gelap dan mengesan individu yang terbabit dengan jenayah berat. Sejak Jun pula, seramai 2,170 pendatang tanpa izin dan 25 majikan ditangkap oleh agensi penguatkuasaan menerusi 330 operasi di seluruh negara dalam Ops Bersepadu 6P iaitu program penyelesaian menyeluruh pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin. Ahmad Zahid berkata kementerian telah mengenal pasti pihak yang terlibat dengan skandal penipuan pengeluaran dokumen berhubung urusan 6P dan tindakan “Kami juga akan mendedahkan nama pihak serta syarikat yang terlibat dan tindakan mahkamah akan diambil,” katanya. Beliau sambil itu mengingatkan pihak tertentu supaya tidak menjadikan isu kongsi gelap sebagai mainan politik kerana ia berkait rapat dengan keselamatan rakyat. “Jangan politikan isu serius, kononnya apa yang dilakukan oleh kementerian hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’ untuk Perhimpunan Agung UMNO…saya tidak perlukan publisiti murahan,” katanya. Ahmad Zahid mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya isu kongsi gelap hanya sandiwara atau kaedah untuk beliau meraih sokongan sempena pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada Oktober. |
Pemilihan UMNO Pemilihan Secara Berkeluarga – Shafie Posted: 09 Sep 2013 03:24 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 Sept – Sistem pemilihan baharu yang diperkenalkan UMNO pada Oktober ini perlu dilihat sebagai pemilihan secara berkeluarga bagi menentukan kepimpinan parti, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal. Beliau berkata pemilihan itu juga bertujuan memperkemas dan mengukuh parti bukannya untuk memecahbelahkan anggotanya. “Apa yang penting bagi kita, pertandingan ini menguatkan parti, bukan melemahkan dan memecahbelahkan parti kerana ini akan memudaratkan parti,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti antara Felcra Berhad dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini. Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, percaya kira-kira 140,000 perwakilan Umno yang mengundi pada pemilihan kali ini dapat memilih kepimpinan berdasarkan keupayaan dan konsep peremajaan. Mengenai pengumuman pengerusi Felda Global Ventures Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk bertanding jawatan naib presiden UMNO, Shafie yang berhasrat mempertahankan jawatannya itu berkata beliau menghormati hasrat mereka untuk bertanding. “Mereka adalah rakan-rakan. Mereka juga mempunyai kelebihan dan kebolehan sendiri,” katanya. Shafie berkata gandingannya dengan dua lagi naib presiden iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah seperti sebuah pasukan bola sepak kerana persefahaman yang diterjemahkan mereka pada pilihan raya umum lepas. Selain itu, katanya pemilihan kali ini juga akan memperlihat ketelusan dan tiada politik wang terlibat berikutan lebih 140,000 perwakilan daripada lebih 20,000 cawangan UMNO di seluruh negara akan mengundi. Pada pemilihan Oktober depan, kira-kira 140,000 anggota UMNO di peringkat akar umbi dari 191 bahagian akan memilih presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden, 25 anggota Majlis Tertinggi dan anggota jawatankuasa bahagian. |
Nasib Pak Samad Seperti Pak Shahnon Dalam Politik Songsang Pembangkang Posted: 09 Sep 2013 02:27 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 Sept – Tindakan Sasterawan Negara, A. Samad Said yang dilihat aktif menyebelahi Pakatan Pembangkang dalam senario politik negara hari ini disifatkan sebagai hasil kejayaan provokasi pembangkang, sehingga membuatkan sasterawan negara itu menganggap ideologi politik pembangkang sebagai satu perjuangan yang sebenarnya. Menurut Pensyarah di Fakulti Pusat Pengajian Sejarah, Politik Dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Prof Madya Dr. Shamsul Adabi Mamat, seorang sasterawan biasanya mempunyai semangat perjuangan yang kuat khususnya terhadap nasib agama, bangsa dan negaranya. "Perkara ini telah disedari oleh kepimpinan pembangkang lalu usaha untuk mendekati dan menjalankan provokasinya terhadap beliau pun berjalan. Kita boleh lihat selepas isu bahasa PPSMI, Pak Samad secara berterusan konsisten dilihat bersama pihak pembangkang. "Kesempatan ini juga telah diambil oleh pembangkang untuk mempergunakan beliau sebagai salah satu ikon perjuangan ideologi yang di bawa oleh pihak pembangkang kepada masyarakat umum. Ini secara tidak langsung mengundang simpati rakyat terhadap beliau yang akhirnya akan membuatkan rakyat berpihak kepada pembangkang," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa nasib Pak Samad akhirnya akan menjadi seperti salah seorang rakan seperjuangannya, Shahnon Ahmad yang kini telah tenggelam dalam arus politik pembangkang di tanahair. "Pak Samad hari ini melihat ideologi yang di bawa oleh pembangkang ini adalah satu perjuangan. Tanggapan ini sebenarnya terhasil dari kesan provokasi yang digunakan oleh pembangkang terhadap sesiapa saja termasuk diri beliau. "Namun, selalunya perjuangan atas dasar provokasi biasanya tidak lama. Selepas hilang rasa amarah dan kembalinya pemikiran yang rasional, saya yakin Pak Samad akan sedar bahawa perjuangan yang di bawa oleh pihak pembangkang bukanlah perjuangan sebenar untuk agama, bangsa dan negaranya. "Jadi, ketika itu saya berpendapat bahawa Pak Samad juga akan tenggelam dari arus kepembangkangan seperti mana yang berlaku kepada Shahnon. Perjuangan yang terhasil akibat kesan provokasi selalunya tidak akan tahan lama,"ujarnya. Sementara itu, beliau juga meminta agar kerajaan seharusnya memberikan nasihat serta penerangan kepada para cendekiawan dan tokoh-tokoh kemasyarakatan agar bertindak dengan lebih rasional kerana jika tidak, bangsa akan hilang kekuatannya. "Kerajaan hari ini bagi saya telah berkhidmat kepada rakyat dengan segala usaha untuk memakmurkan negara dengan pelbagai-pelbagai nikmat yang telah kita kecapi sekarang ini. Baik dari sudut spiritual dan material, ianya amat jauh berbeza dengan sebelum ini. "Jadi adalah menjadi tugas golongan cerdik pandai dan tokoh kemasyarakat di negara ini bekerjasama dengan kerajaan dengan memberikan idea dan sebagainya untuk membangun dan memakmurkan negara dengan cara yang lebih rasional," "Justeru itu, saya harap ada perancangan untuk memberi penerangan tentang usaha kerajaan kepada golongan ini, dan mengajak mereka untuk bersama-sama membangunkan negara atas dasar semangat kenegaraan dan bukannya berdasarkan semangat kepembangkangan sepertimana yang berlaku hari ini," tegasnya. |
Kalau Sepakat Sudah Lama Pembangkang Umum Kabinet Bayangan Posted: 09 Sep 2013 02:23 AM PDT KUALA LUMPUR 9 Sept – Pakatan pembangkang tidak akan menamakan barisan kabinet bayangan seperti yang diminta kerana perkara itu boleh menimbulkan masalah serta perbalahan di kalangan anggota parti berhubung siapakah yang layak untuk mengisi beberapa jawatan penting dalam kabinet berkenaan. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Masjid Tanah, Amiruddin Yusuf berkata, sudah pasti pelbagai helah dan alasan akan diberikan berrhubung kabinet bayangan berkenaan kerana sehingga kini masih belum ada kesepakatan di kalangan pemimpin mereka walaupun menyatakan mereka bersatu dalam setiap perkara. "Macam mana nak tubuh kabinet bayangan, sedangkan mereka ini belum boleh duduk semeja, cuba kita lihat dengan kes pelantikkan Menteri Besar Selangor, ia adalah contoh terbaik bagaimana tiadanya kesepakatan di antara Pas dan PKR berhubung siapakah yang sewajarnya layak untuk menjawata jawatan berkenaan. "Inikan pula membabitkan penubuhan kabinet bayangan, sudah pasti jika perkara itu dilksanakan lebih banyak timbul suara tidak puas hat di kalangan penyokong parti terbabit terutama membabitkan beberapa jawatan penting seperti potfolio kewangan, pendidikan, pertahanan dan dalam negeri. 'Dan sudah pasti dalam perkara ini mereka akan menuduh UMNO dan Barisan Nasional sengaja membangkitkan isu berkenaan untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada pakatan pembangkang," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Ahli Parlimen Temerloh yang juga Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan supaya pakatan pembangkang mengemukakan kabinet bayangan mereka, dalam pada itu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut mencabar pakatan pembangkang menamakan kabinet bayangan mereka. Amiruddin berkata, beliau berkeyakinan pakatan pembangkang tidak akan mengumumkan kabinet bayangan mereka kerana isu berkennaan bukan sesuatu yang baru kerana sebelum pilihan raya lalu, perkara seperti itu pernah diperkatakan namun ia tidak direalisasikan. "Apa yang pasti, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berani untuk mengumumkan senarai kabinet bayangannya kerana merasai perkara itu boleh menimbulkan permasalahan, kegagalan Anwar menawan Putrjajaya telah menyebabkan kredibiliti sebagai ketua telah tercalar dan sudah pasti dia tidak mahu mengulangi kesilapan lalu," katanya. |
Perangi Jenayah, Agenda Utama Ketua Polis Selangor Baharu Posted: 08 Sep 2013 10:26 PM PDT SHAH ALAM, 9 Sept – Memerangi jenayah dengan meningkatkan penglibatan dan kerjasama masyarakat awam, menjadi agenda utama Ketua Polis Selangor yang baharu, Datuk Mohd Shukri Dahlan. Mohd Shukri, 59, sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Polis Perak berkata usaha berterusan juga akan dilakukan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti polis menjaga keselamatan awam di Selangor, yang merupakan antara negeri tertinggi mencatat peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial. “Isu keselamatan dan jenayah menjadi topik perbualan masyarakat setempat danmenjadi agenda pertama saya untuk menanganinya,” katanya dalam sidang media selepas menerima tugas daripada Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan yang memangku tugas Ketua Polis Selangor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini. Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan turut dihadiri semua ketua polis daerah di Selangor. Mohd Shukri, 59, berkata Selangor bukanlah asing baginya memandangkan beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Cawangan Khas Selangor serta menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Sepang dan Shah Alam. Sementara itu, Thaiveegan yang akan mengambil alih tugas sebagai timbalan ketua polis Pulau Pinang berkata ketua jabatan dan ketua polis daerah di Selangor banyak membantunya menangani isu jenayah sepanjang empat tahun berkhidmat di IPK Selangor. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment