BADUT RAKYAT |
- EKSKLUSIF !!! KEPADA PM @NAJIBRAZAK !!! SATU LAGI KISAH PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM YANG SEBENAR DIDEDAHKAN !!!
- EKSKLUSIF !!! TEKTIK PENIPUAN,RACIS DAN PERANG MENJELANG CEC DAP DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!
- HOT NEWS !!! ISU HARGA MINYAK PETROL NAIK !!! MALAYSIA NEGARA YANG BERTUAH !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! DS @SHABERYC !!! WAJAH REJIMEN ANARKI YANG MENGHINA SULTAN DIDEDAHKAN !!!
- EKSKLUSIF !!! ISU HARGA MINYAK PETROL NAIK !!! ANDA TAHU APA ITU SUBSIDI ??? WAJIB BACA !!!
Posted: 09 Sep 2013 08:30 AM PDT Bertahun lamanya Anwar Ibrahim menawan hati ramai pihak dengan karisma dan kebolehannya untuk bercakap.Namun begitu lama kelamaan rakyat Malaysia telah dapat melihat disebalik lakonan Anwar Ibrahim.Bukan sekali beliau mengamuk dan menunjukkan dirinya yang sebenar.Contohnya apabila beliau menulis didalam laman twitter miliknya yang berbunyi "Apa lagi yang UMNO mahu?".Ini menyebabkan perdebatan hebat tentang keperibadian Anwar dari kedua-dua belah pihak di dalam dunia politik Malaysia.Tanpa sebarang maruah dan harga diri,beliau memanggil rakan-rakan lamanya di dalam politik sebagai "histeria" apabila mendapat respon negatif daripada rakan-rakannya akibat daripada isu beliau menghadap PM Datuk Seri Najib untuk kerajaan perpaduan dan ramai diantara mereka yang mempersoalkan tindakan beliau untuk bekerjasama dengan parti UMNO.Ironinya,beliau mengeluarkan kenyataan yang sama dengan Utusan Malaysia "Apa lagi Cina Mahu?" sebaik sahaja berakhirnya pilihanraya pada 5 May 2013 yang lepas. saya ingin bertanya pula kepada Anwar Ibrahim : Apakah Yang Kamu Mahukan,Anwar ??? Segala-galanya sudah terlewat bagi kamu.Siapa yang tidak tahu,walaupun melalui zaman kejatuhannya semasa beliau depecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan,Anwar tidak berputus asa untuk mengambil alih Putrajaya.Semua impiannya telah hancur berkecai dan akhirnya beliau telah bertukar daripada menjadi ikon pemimpin generasi baru kepada seorang manusia yang lidah bercabang dan sikap sesumpah beliau yang sering bertukar-tukar pendirian sesuka hatinya.Selepas Pilihan Raya Umum ke 13 pada 6 May didalam satu sesi temu ramah di dalam BBC,sebagai Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim telah menghasut para pengikutnya untuk melakukan protes selepas BN memenangi pilihanraya tersebut dikatakan dengan cara penipuan.Anwar tidak mahu menerima keputusan pilihanraya dan menuduh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah membantu BN untuk mencapai kemenangan. PR pula telah memfailkan banya petisyen kepada mahkamah iaitu di 27 kawasan untuk membuktikan "kebenaran" tuduhan mereka.Adakah ini dikira sebagai suatu perkara yang ikhlas ??? Pada malam hari merdeka Anwar telah mengeluarkan kenyataan : "Meraikan kemerdekaan adalah dengan mengetahui perkara baik yang perlu dilakukan dan tidak mengulangi kesalahan yang lepas… Tidak mengira protes kami terhadap pilihanraya, kami sudah bersedia untuk menolak segala perbezaan untuk kebaikkan negara ini.Oleh itu,kami berharap ia adalah penting untuk Perdana Menteri mengadakan satu perbincangan diantara kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat,".Adakah ini dikira sebagai berprinsip ??? Sekiranya Anwar benar-benar mahu bercakap tentang perpaduan,beliau perlu melakukannya sebelum atau selepas pilihanraya, dan bukannya membuat tuduhan melulu,menganjurkan himpunan Black 505 dan akhirnya ingin berbaik semula.Sekarang,kita seolah-olah melihat seorang budak kecil yang meragam disebabkan tidak mendapat sesuatu dalam konteks Anwar Ibrahim,kegagalan beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Semasa sambutan Festival Belia 2013 pada bulan Mei yang lepas,PM Datuk Seri Najib telah menyatakan bahawa ketua pembangkang adalah seorang manusia yang tidak berprinsip apabila seringkali mungkir janji dan gagal untuk menerima keputusan PRU-13 dan sering mengamuk apabila beliau kalah pilihanraya.Barapa kali Anwar Ibrahim telah gagal untuk menepatu janji dan prinsip beliau dalam sesuatu kenyataan ataupun pengakuan ??? Pada September 2008,beliau menyatakan bahawa lebih daripada 31 ahli parlimen BN akan lompat parti kepada PR tetapi gagal untuk menyatakan nama 31 orang ahli parlimen tersebut.Tetapi tiada apa-apa yang berlaku.Adakah beliau jujur dengan kata-katanya? Beliau sepatutnya bersara dengan aman selepas perkara tersebut, namun atas delusi yang amat parah untuk menjadi PM Malaysia,semakin lama Anwar Ibrahim semakin asyik dengan impiannya yang tidak kesampaian itu.Wall Street Journal pernah melaporkan bahawa Mantan Timbalan Presiden Indonesia pernah menjadi perantara sidang damai antara Anwar Ibrahim dan pihak pemerintah. Sidang rahsia itu adalah untuk kedua-dua belah pihak menghormati keputusan pilihanraya pada 5 Mei 2013. Jusuf Kalla telah menyatakan persetujuan antara kedua-dua belah pihak untuk menghormati keputusan pilihanraya dan tidak menjalankan serangan peribadi kepada mana-mana pihak.Namun begitu Anwar Ibrahim telah mengadakan protest bagi membantah keputusan pilihanraya tersebut. Beliau juga telah menjalankan kempen fitnah kepada ramai tokoh-tokoh BN walaupun sebenarnya Anwar Ibrahim lah yang telah mencadangkan perjanjian itu dilaksanakan. Sikap buruknya makin terserlah apabila beliau mencanag pula tentang kerajaan perpaduan yang timbul pada bulan Jun. Selepas itu, beliau berkata pula tiada proposal kerajaan perpaduan diajukan kepada PM Datuk Seri Najib dan menyatakan bahawa idea itu datangnya dari rakyat Malaysia.Nota : Pada masa itu,Anwar menidakkan semua pertuduhan bahawa beliau telah menghadiri satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Malaysia di Istana Presiden Indonesia di Jakarta semasa kedua-dua mereka berada di negara tersebut. Anwar berkata dia hanya berjumpa Presiden Susilo dan Mantan Timbalan Presiden Jusuf Kalla di Bali dan Jakarta secara berasingan. Jadi mengapa beliau mencetuskan semula isu kerajaan perpaduan dan terus menerus mengamuk di Twitter sekiranya beliau mendapat respon negative ?? Mungkin Anwar dapat melihat kebinasaannya di hujung cerita ini dan kebarangkalian beliau untuk menjadi Perdana Menteri hanyalah angan-angan kosong belaka.Agaknya kerana itulah beliau terlalu terdesak untuk menukar hala tuju politiknya dan kembali semula kepada BN. Adakah ini tokoh yang mempunyai prinsip ??? Dalam usahanya untuk berlakon baik,Anwar telah didapati telah menyatakan bahawa beliau menerima pendapat bahawa PM Datuk Seri Najib mencadangkan bahawa kerajaan perpaduan diwujudkan.Manakala pejabat Perdana Menteri Malaysia telah menyangkal kenyataan Anwar Ibrahim ini.JPM telah menyatakan bahawa perbincangan tidak dapat dijalankan secara serius selagi Anwar dan konco-konconya menolak dan mempersoalkan keputusan PRU-13 yang lalu.Perkataan dan perbuatan Anwar Ibrahim jelas sekali gagal dari sudut prinsip, moral dan integrity.Secara jelas, dia sangat terdesak dan sanggup berbuat apa sahaja untuk tampil masih relevan dengan reality politik Malaysia.Namun,beliau telah lama menjadi lapuk dan tidak berguna lagi.Telah tiba masanya Anwar Ibrahim berundur daripada terus menggunakan tipu helah untuk bermain politik kotor acuannya sendiri.Jelas,beliau akan terus menukar pendirian dan matlamat,selagi mana ianya memuskan nafsu politik beliau.Sebagai seorang pakar manipulasi,cara serampang dua mata Anwar Ibrahim adalah satu indikasi bahawa beliau telah lama tidak releven di dalam dunia politik.Jujur dan berpendirian ??? Anda tentukan siapa Anwar Ibrahim. RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! TEKTIK PENIPUAN,RACIS DAN PERANG MENJELANG CEC DAP DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!! Posted: 09 Sep 2013 05:00 AM PDT Pemilihan CEC DAP terus menjadi topik perbincangan hangat di kalangan ahli-ahli DAP.Setakat ini,semua pihak menantinya dengan penuh prejudis.Beberapa rungutan telah pun kedengaran terutama di kalangan perwakilan berbangsa India.Nampaknya,DAP sekali lagi meminggirkan mereka dalam dialog awal yang diadakan dengan para perwakilan.Dialog yang diadakan khas bagi menghadapi pemilihan semula tersebut disyaki bertujuan untuk 'mengatur' kekalahan atau kemenangan individu-individu tertentu.Dengan peminggiran perwakilan dari kaum India dari dialog ini,memperlihatkan yang DAP sememangnya berniat untuk mempermainkan mereka sekali lagi.Justeru,tidak mustahil apa yang berlaku dalam pemilihan sebelum ini bakal berulang di mana 753 perwakilan dari kaum India tidak dijemput. Setelah meminggirkan kaum India serta memanipulasi kaum Melayu dalam pemilihan terdahulu,kepimpinan DAP berhadapan dengan risiko yang lebih besar akan ditolak oleh kedua-dua kaum ini dalam pemilihan semula ini.Di masa yang sama,tidak semua kaum Cina di dalam DAP menerima baik kepimpinan kuku besi Guan Eng.Sikap Guan Eng yang angkuh sudah lama menjadi liabiliti kepada parti.Ini kerana,DAP sepatutnya tidak perlu melalui segala episod yang memalukan sehingga terpaksa mengadakan pemilihan semula, sekiranya Guan Eng benar-benar punya kredibiliti,bijak dan jujur dalam memimpin parti.Tidak keterlaluan dikatakan bahawa imej dan kredibiliti DAP hancur kerana Lim Guan Eng.Guan Eng sendiri tahu bahawa tiada jaminan yang semua perwakilan Cina akan memilihnya. Mengenali sikap samseng,angkuh dan kukubesi Guan Eng,beliau tidak mungkin akan mengambil risiko dirinya dan orang-orang pilihannya kalah dalam pemilihan.Di masa yang sama,para perwakilan yang menolaknya juga pasti sedang mengatur rancangan untuk menyingkirkannya dan juga orang-orangnya.Jelas,kedudukan Guan Eng benar-benar bahaya pada ketika ini.Dalam keadaan ini,semua orang melihat pemilihan semula DAP ini bakal menjadi pemilihan yang dua kali paling tercemar dalam sejarah politik negara.Ini kerana,Guan Eng tidak mungkin akan membenarkan dirinya tersingkir dengan apa cara sekali pun.Bak kata orang,sebuah penipuan hanya boleh ditutup dengan penipuan yang lebih besar.Setelah menipu dalam pemilihan awal dan sedang mengatur cara untuk menutup penipuan itu dalam pemilihan semula,maka inilah disarankan agar ahli-ahli DAP belajar menyesuaikan diri untuk ditipu selama-lamanya oleh pemimpin mereka. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 09 Sep 2013 01:44 AM PDT Kalau ditanya sesiapa sahaja di dalam dunia ini,semuanya kalau boleh tidak mahu membayar sesen pun untuk barangan keperluan,produk atau perkhidmatan.Ini adalah sifat semulajadi manusia,selagi boleh menguntungkannya atas kapasiti kepentingn peribadi akan dilakukan tanpa mengira kepentingan yang lebih besar kepada masyarakat dan negara. Inilah yang terjadi dalam isu kenaikan harga minyak petrol RON95 yang dinaikkan sebanyak 20 sen daripada RM1.90 seliter kepada RM2.10 seliter.Kalau dahulu kerajaan terpaksa menanggung 83 sen setiap liter minyak petrol RON95 yang dipam ke dalam tangki minyak setiap kereta di negara ini, kini kerajaan mengurangkan subsidi tersebut kepada 63 sen.Langkah ini dipanggil rasionalisasi iaitu menyusun semula pengurusan subsidi yang sekarang ini memakan puluhan bilion setahun. Langkah terbaru iniakan menjimatkan perbendaharaan kerajaan sebanyak RM1.1 bilion.Jumlah ini tidaklah begitu besar tetapi jika subsidi-subsidi lain juga dikurangkan sedikit jumlahnya akan menjadi besar jika dikumpulkan.Sekali lagi ingin ditegaskan,tidak ada rakyat Malaysia yang suka harga minyak petrol yang tinggi.Semuanya mahu harga pada tahap tahun 1990an pada kadar kira-kira RM1 seliter sahaja.Pada ketika itu juga,orang ramai juga merungut harga minyak petrol tinggi.Jadi sekali lagi sifat manusia semuanya nak 'free' atau percuma.Namun sebagai kerajaan yang bertanggungjawab,kebajikan rakyat sentiasa diutamakan.Kerajaan sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan bukan sahaja beban kewangan negara tetapi juga bebanan ke atas rakyat.Selama ini kerajaan cuba mengimbangi antara pendapatan dan perbelanjaan.Dalam pada negara menghadapi keadaan dan kemelut ekonomi dunia yang tidak menentu dan terumbang ambing,rakyat Malaysia sepatutnya sedar betapa bertuahnya mereka.Dibandingkan dengan ekonomi beberapa negara Kesatuan Eropah seperti Greece,Sepanyol,Itali atau Portugal,kadar pengangguran dan inflasi mereka sudah mencecah angka dua digit.Sektor perbankan mereka hampir muflis dan memerlukan suntikan pinjaman daripada Bank Dunia atau Tabung Kewangan Antara. NAK TAHU APA MAKSUD SUBSIDI ??? KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA Kadar pengangguran amat tinggi sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos 'social benefits' yang amat tinggi.Banyak perkhidmatan kesihatan di hospital terpaksa dihentikan kerana kekurangan dana.Ramai pekerja di kilang-kilang,sektor swasta malahan awam juga terpaksa diberhentikan dan menambah lagi kepada keparahan kadar pengangguran sedia ada.Semua ini tidak berlaku di Malaysia.Setiap hari dan hujung minggu,rakyat san syarikat-syarikat korporat Malaysia masih sibuk menganjurkan majlis terbuka Hari Raya Aidil Fitri di hotel-hotel,pejabat atau rumah walaupun harga ayam sudah mencecah RM7.50 sekilo.Ini menunjukkan mereka sebenarnya tidak terjejas langsung dengan kenaikan minyak sebanyak 20 sen liter kerana kos menyediakan juadah tersebut jauh lebih mahal tetapi masih sanggup berbelanja.Akhirnya titik logik yang sepatut ada di dalam minda setiap rakyat Malaysia ialah nilai-nilai baik seperti berjimat, perbelanjaan berhemah,serta tabungan untuk masa depan bukannya berbelanja besar hana untuk makan dan minum. Inilah kesedaran yang patutnya ada dan bukannya menyalahkan kerajaan setiap kali kos sesuatu barangan atau perkhidmatan naik.Kerajaan juga tidak sewenang-wenangnya mahu menaikkan harga minyak petrol.Mungkin rakyat lupa bahawa banyak barang keperluan seharian dikawal harganya demi melindungi kepentingan pengguna seperti gula,tepung,minyak masak,roti dan sebagainya.Jadi rakyat perlu rasional dan berfikiran matang apabila berdepan denga keputusan kerajaan menaikkan sedikit harga minyak petrol dan jangan terlalu terbawa-bawa dengan propaganda pembangkang.Sememangnya pembangkang akan melihat isu kenaikan harga minyak petrol sebagai peluang terbaik untuk mengeksploitasi keadaan bagi kepentingan politik mereka.Mereka akan mengatakan kerajaan kejam,zalim,tidak prihatin dan sebagainya tetapi jika dihalusi dakyah mereka,pembangkanglah hipokrit paling besar.Mereka mendesak semua menteri termasuk perdana menteri membayar minyak petrol kenderaan masing-masing daripada poket sendiri. Mereka hanya mendesak kerajaan pusat tetapi tidak kepada pemimpin-pemimpin di tiga buah negeri di bawah pentadbiran mereka.Hakikatnya cadangan yang disifatkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudaaan sebagai bodoh dan tidak berakal yang datangnya dari seorang pemimpin pembangkang yang bersifat populis semata-mata tanpa nilai rasional.Bagaimana menteri,timbalan menteri mahu disuruh membayar minyak dengan duit sendiri walhal mereka bertugas untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! DS @SHABERYC !!! WAJAH REJIMEN ANARKI YANG MENGHINA SULTAN DIDEDAHKAN !!! Posted: 08 Sep 2013 10:00 PM PDT masihkah anda ingat kepada facebooker rejimen anarki yang seri menghina Raja ??? sebelum ini saya telah mendedahkan semua posting yang beliau buat bagi menghina Sultan.apa cerita ni ??? anda siapa nak hina Sultan ??? anda nak lagi gambar yang menunjukkan beliau menghina Sultan ??? UNTUK SELANJUTNYA kali ini wajah sebenar rejimen anarki didedahkan.sebelum ini beliau telah membuka profile bernama rakyat anarki dan beliau juga adalah orang yang sama.apa pun kita lihat muka sebenar beliau ANDA NAK FB REJIMEN ANARKI ??? KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA inilah muka sebenar yang menghina Sultan.kepada DS Shabery Cheek tolong ambil tindakan kepada lelaki yang kurang ajar ini APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! ISU HARGA MINYAK PETROL NAIK !!! ANDA TAHU APA ITU SUBSIDI ??? WAJIB BACA !!! Posted: 08 Sep 2013 07:00 PM PDT ramai yang mengetahui kerajaan menggunakan setiap subsidi untuk mengawal harga minyak di Malaysia.di sini saya akan lampirkan apa maksud sebenar Subsidi Subsidi adalah wang yang di bayar oleh kerajaan kepada pengeluar atau penjual sesuatu produk supaya harga runcit produk tersebut adalah rendah berbanding kos sebenar atau di bawah harga pasaran.Subsidi merupakan bantuan untuk meringkan beban penguna terutamanya kumpulan sasar yang berpendapatan rendah.TETAPI SUBSIDI JUGA MEMPUNYAI KESAN YANG AMAT NEGATIF SEKALI. 1 -Wujudnya penyelewengan dan penipuan oleh pihak yg tidak bertangungjawab yang cuba mengaut keuntungan mudah dengan penipuan menjual semula hasil barangan subsidi kepada harga barangan bukan subsidi..spt diesel 2 -Meningkatnya penyeludupan barangan kawalan subsidi keluar sempadan negara...seperti thailand dan indonesia yang tidak melaksanakan plan subsidi barangan kawalan kepada rakyat mereka. 3 -Kos penguatkuasaan Oleh kerajaan akan memerlukan perbelanjaan tambahan.Ini bererti kerajaan perlu mengambil peruntukan kewangan daripada projek-projek lain termasuk sekolah dan hospital serta projek-projek infrastruktur awam yang lain bagi menampung peningkatan kos penguatkuasaan kawalan subsidi. 4 -Pemberian Subsidi akan mengurangkan keupayaan kerajaan untuk mengurangkan Defisit Negara. 5 -Subsidi Minyak Contohnya lebih menguntungkan Golongan kaya yang memiliki banyak kenderaan dan berkenderaan besar yg berenjin Diesel.Berbanding golongan sederhana dan miskin yg hanya mempunyai sebuah ataupon hanya motorsikal sahaja.ini Tidak mencapai kumpulan sasar serta Objektif Subsidi Minyak yg di berikan oleh kerajaan.lebih baik sekiranya wang yang di gunakan untuk subsidi ini di gunakan utk tujuan lain yg menguntungkan Rakyat jelata umumnya. 6 -Berlakunya Pembaziran sumber dan ketida cekapan pengunaan sumber akibat pemberian subsidi yang berterusan.Subsidi mewujudkan rentetan pasaran kerana tidak mengambarkan nilai sebenar sesuatu produk.Jika produk di perolehi dengan harga di bawah nilai sebenar pembaziran atau pengunaan sumber yang tidak Efisyen akan terus berlaku dan ia Tidak menyumbang kepada peningkatan Produktiviti. 7 -Pemberian subsidi akan mewujudkan keadaan dimana rakyat menjadi terlalu bergantung kepada kerajaan sepenuhnya tanpa ada niat utk berdikari.walaupun negara mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi mentaliti masyarakat akan kekal pada tahap atau kelas ketiga.malah ia turut melahirkan masyarakat prejudis yg akan mempersalahkan kerajaan apabila setiap kali berlaku pengurangan subsidi contohnya minyak.walhal harga minyak di tetapkan olah pasaran minyak dunia.di luar kawalan negara itu sendiri. ANDA DAH FAHAM ??? CUBA ANDA FIKIR KALAU TIADA SUBSIDI ??? INGAT !!! SEMUA HARGA MINYAK DITETAPKAN OLEH PASARAN !!! RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment