Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT! Ops Cantas adalah Satu Sandiwara? #Opcantas
- INFO! Kenapa Azalina Bertanding Ketua Wanita? #PemilihanUMNO
- HOT! Kaitan Syiah dan Yahudi?
- HOT! Lagi Kumpulan Kongsi Gelap Di Tangkap Polis!
- HOT! Mat Sabu Bersedia Lawan Nik Aziz? #MuktamarPas
HOT! Ops Cantas adalah Satu Sandiwara? #Opcantas Posted: 09 Sep 2013 07:31 AM PDT Dulu puak Pakatan Haram dok tuduh konflik Lahad Datu adalah sandiwara. Kali ni mereka menuduh Op cantas pulak. Bagi puak Pakatan ni, kalau apa yang kerajaan buat semuanya sandiwara, biar sampai saudara atau adik beradik mereka mati ditembak penjenayah, baru mereka percaya semua ini benar! Baca laporan dibawah,
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya! |
INFO! Kenapa Azalina Bertanding Ketua Wanita? #PemilihanUMNO Posted: 09 Sep 2013 06:14 AM PDT Langkah Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menawar diri bertanding merebut jawatan Ketua Wanita UMNO dengan mencabar penyandang, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertujuan memastikan kira-kira 200,000 bekas ahli Puteri UMNO tidak disisihkan daripada arus politik perdana negara. Azalina yang juga bekas Ketua Puteri UMNO berkata, berdasarkan maklum balas dalam kalangan bekas ahli Puteri yang secara automatik menjadi ahli Wanita UMNO sebaik sahaja mencapai usia 35 tahun, kewujudan mereka dalam parti keramat itu seolah-olah tidak dihiraukan malah banyak ditekan kepimpinan cawangan atau bahagian. "Bagi saya, peranan bekas ahli Puteri UMNO dalam tampuk kepemimpinan parti tidak harus diketepikan, malah kesinambungan mereka dalam parti perlu diberi perhatian supaya tidak terlepas kepada pihak lain terutama pembangkang. Tanpa kesinambungan, saya bimbang mereka akan 'disambar'. "Dalam hal ini, saya amat mengambil berat soal kesinambungan Puteri UMNO kepada Wanita UMNO dan kita perlu terima hakikat peranan mereka akan tamat bila mencecah usia 35 tahun. Mereka dilatih sebagai 'tentera' dalam pilihan raya umum, jadi ini boleh menguatkan parti dengan apa saja peranan," katanya. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang ditemui pemberita dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang, di Bandar Penawar, di sini semalam. Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 tetamu itu, Azalina turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak selain penyerahan sebanyak 1,500 bendera kepada penduduk tempatan sebagai menghayati bulan kemerdekaan. Dalam pada itu, Azalina menegaskan, keputusannya bertanding bukan untuk mewujudkan kacau-bilau sebaliknya satu evolusi membawa kebaikan. Katanya, pertandingan itu tidak sepatutnya menidakkan muka baharu kerana sokongan ditentukan oleh ahli yang bijak membuat pilihan. "Jika dulu sistem kuota menyebabkan mereka memilih orang yang salah tetapi kini sistem pemilihan lebih terbuka. Apa yang saya miliki terutama pengalaman sekurang-kurangnya dapat membantu menguruskan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14," katanya. Benar Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini! P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya! |
Posted: 09 Sep 2013 05:10 AM PDT Seorang pemimpin NGO Islam mendakwa fahaman Syiah diasaskan oleh golongan Yahudi untuk merosakkan pengikut Islam. Laporan Utusan Malaysia memetik kenyataan pemimpin Ikatan Muslimin Malaysia (IMM) Mohamad Ismail berkata dakwaan itu "berdasarkan doktrin Syiah yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pegangan Islam sebenar". Beliau yang mengetuai "Unit Kajian Syiah" di NGO tersebut mendakwa demikian dalam pembentangan kertas kerja bertajuk Sejarah, Konsep dan Doktrin Syiah dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Kuala Lumpur semalam, lapor Utusan. Beliau seterusnya menyenaraikan amalan dan fahaman dalam Syiah yang didakwa diasaskan golongan Yahudi, seperti dakwaan tersebut. Antaranya, fahaman bahawa para "imam 12" terpelihara dari dosa kecil dan besar dan kepercayaan bahawa keingkaran pada imam tersebut merupakan perbuatan kafir. "Nikah mutaah pula mendapat kedudukan tinggi dan mulia dalam ajaran Syiah sedangkan perbuatan itu adalah pelacuran yang menggunakan nama agama serta bersifat nafsu semata-mata yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam," katanya lagi seperti dipetik dalam laporan tersebut. Turut digariskannya ialah kepercayaan bahawa kitab sebenar al-Quran akan muncul bersama Imam Mahdi di akhir zaman. Laporan satu muka penuh berhubung seminar berkenaan turut menonjolkan pandangan penolong setiausaha di bahagian keselamatan dan ketenteraman awam kementerian dalam negeri, Zaminan Md Zain. Zamihan menuntut agar kerajaan memperkenal undang-undang seperti ISA dan Ordinan Darurat untuk menyekat ajaran berkenaan. Turut ditonjolkan dalam laporan Utusan ialah bekas naib presiden PAS Datuk Nakhaie Ahmad yang menyalahkan PAS sebagai penyebar ajaran berkenaan. Dakwanya, anggota PAS pada tahun 1980-an menghantar anak-anak untuk menuntut di Iran, yang kemudiannya membawa pulang ajaran tersebut. P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya! |
HOT! Lagi Kumpulan Kongsi Gelap Di Tangkap Polis! Posted: 09 Sep 2013 12:12 AM PDT Polis menahan 10 lelaki tempatan yang disyaki anggota kongsi gelap dalam operasi di Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar malam kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perlis Supt Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata mereka yang berumur antara 26 dan 32 tahun itu ditahan pukul 8 malam ketika memasuki negara ini dari Thailand. Mereka yang berkonvoi menaiki tiga buah kenderaan ditahan oleh pasukan Ops Cantas Khas Bukit Aman dan JSJ Perlis, katanya pada sidang media, di Kangar semalam. Menurutnya semakan polis mendapati tujuh daripada mereka memiliki pelbagai rekod jenayah manakala ujian air kencing pula menunjukkan ada di antara 10 suspek terbabit positif dadah. Kesemua mereka beralamat di Selangor dan berdasarkan tatu pada badan masing-masing lapan ialah anggota Geng 08 dan masing-masing seorang anggota Geng 04 dan Geng Satu Hati, katanya. Menurutnya pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki oleh suspek bagaimanapun tidak menemukan sebarang senjata berbahaya. Suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut, kata Tengku Mohd Zailan. -Bernama |
HOT! Mat Sabu Bersedia Lawan Nik Aziz? #MuktamarPas Posted: 08 Sep 2013 10:16 PM PDT Walaupun pucuk pimpinan Pas seperti Nik Aziz, mahukan jawatan Timbalan Presiden Pas diisi oleh golongan bijak pandai agama seperti Ulama tapi Mat Sabu, tetap dengan pendiriannya yang mahu pertahankan jawatannya tu pada pemilihan muktamar yang akan datang. Mat Sabu dikatakan tidak mahu memberi sebarang komen selepas ditanya mengenai perkara tersebut. Cuma beliau kata mahu mempertahankan jawatannya tu dan tidak akan melepaskan jawatan tersebut kepada pemimpin yang lain. Persoalan mahu mempertahankan jawatan ini timbul berikutan kenyataan Nik Aziz Jumaat lalu, yang menyatakan harapannya supaya jawatan timbalan presiden dipegang oleh pemimpin yang memiliki ilmu agama yang tinggi. Sudah tentu kenyataannnya itu merujuk kepada Mat Sabu. Tak mungkin Mat Sabu dari golongan bijak pandai agama. Sebab Mat Sabu dan kumpulan sebelahnya dalam Pas ni yang banyak tunduk akan desakan DAP dalam tuntutan yang jelas merugikan Islam sehinggakan mereka ini sanggup bersama Dap dan sanggup menolak perpaduan sesama Islam. Kalau Mat Sabu menolak saranan Nik Aziz. Maknanya Mat Sabu sudah melanggar perintah Nik Aziz yang mahu orang bijak pandai agama duduk dikerusi tersebut. Apakah disebabkan jawatan, Mat Sabu melanggar saranan dan perintah Musyridul am Pas? Ohh.. betul la syiah mana setia pada pemimpin! McTheory: Makin menarik muktamar Pas kali ni.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment