UMNO Online - “Pengurangan Subsidi: Langkah Positif ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi” plus 9 more |
- Pengurangan Subsidi: Langkah Positif ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi
- BN Mahu Jadi Kerajaan Bertanggungjawab, Bukan Hanya Popular – Muhyiddin
- Persaingan Jawatan Naib Presiden UMNO Bukti Wujud Demokrasi Dalam Parti
- Dulu Tak Iktiraf Kerajaan, Hari ini Mahu Berdialog Pula – Shamsul
- Polis Buka 56 Fail Kes di Bawah PCA Berikutan Ops Cantas – KPN
- 40 Anggota Wanita UMNO Tawar Diri Bertanding Exco Pergerakan
- Pemilihan UMNO Realitikan Suara Demokrasi Berbanding Pembangkang Tidak Realistik
- Ahmad Husni Sees Need To Develop A Happiness Index
- Home Ministry Identifies Secret Society Members Involved In Politics – Zahid
- Tubuh Suruhanjaya Diraja 13 Mei, Cadangan Tak Masuk Akal
Pengurangan Subsidi: Langkah Positif ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi Posted: 05 Sep 2013 04:36 AM PDT Pengurangan subsidi minyak yang diumumkan semalam mengundang reaksi 'panas' di kalangan rakyat dari semua golongan. Sebahagian dari mereka kelihatannya cuba bersikap rasional dan menerima kenaikan ini sebagai sesuatu yang perlu, dan harus diterima walaupun sedikit kecewa. Namun, secara umumnya rata-rata rakyat Malaysia masih bersyukur kerana minyak di negara ini masih berada di kadar termurah berbanding jiran-jiran terdekatnya. Setakat ini, harga minyak di Thailand adalah RM4.71, Filipina RM5.85, Singapura RM5.48, Indonesia RM3.08 dan Malaysia RM2.10. Pengurangan subsidi minyak sebenarnya perlu dilihat dalam perspektif yang lebih luas dan jauh. Perlu diingatkan bahawa Malaysia kini dalam 'perlumbaan' untuk menjadi negara berpendapatan tinggi sedangkan ekonomi dunia hari ini berada di dalam keadaan tidak menentu. Untuk itu, Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan kesan langsung dan tidak langsung dari perkembangan politik global. Defisit Malaysia yang mencecah RM14 billion dan juga hutang negara yang mencatatkan kadar 53% berbanding GDP telah memaksa kerajaan lebih aktif dalam usaha merancakkan ekonomi. Salah satunya adalah dengan meningkatkan usaha untuk menarik pelaburan asing. Untuk itu, persepsi asing terhadap Malaysia amatlah penting. Malangnya, berdasarkan laporan penyelidikan yang dilakukan oleh Fitch Ratings, Malaysia telah mencatatkan pandangan negatif dalam beberapa bulan selepas PRU-13. Laporan yang negatif mampu mempengaruhi persepsi pelabur untuk mengeluarkan pelaburan sedia ada dari negara ini sekali gus menjejaskan peluang negara untuk mendapat pelaburan baru. Sekiranya ini berlaku, ia pastinya merupakan bencana kepada negara. Justeru, bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing, kita perlu memulihkan persepsi pelabur dengan meningkatkan kedudukan dalam Fitch Ratings. Ini boleh dicapai dalam kadar segera dengan mengurangkan subsidi untuk menunjukkan kesungguhan kerajaan mengurangkan defisit. Tindakan ini bukan sahaja mampu memulihkan persepsi asing pada kadar segera, tetapi juga dijangka membantu memberangsangkan ekonomi dalam jangka panjang, sekali gus membolehkan kerajaan meningkatkan jumlah BR1M kepada rakyat berpendapatan rendah. Selain peningkatan kadar BR1M, RM1.1 billion yang dapat dijimatkan melalui pengurangan subsidi, akan digunakan untuk projek-projek pembangunan di luar bandar, termasuk Sabah dan Sarawak. Dari situ, kita turut menjangkakan peningkatan pendapatan di kalangan penduduk luar bandar. Beberapa program lain turut dicadangkan, antaranya, skim insurans untuk golongan berpendapatan rendah. Secara dasarnya, langkah mengurangkan subsidi ini dilihat sebagai persediaan awal ke arah sebarang kemungkinan dalam menghadapi cabaran global yang semakin genting dan tidak terjangka. Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia perlu dipersiapkan dengan sikap dan mentaliti yang sewajarnya bagi meningkatkan daya saing di peringkat individu. 'Mentaliti subsidi' perlu dikikis secara perlahan-lahan, namun tidak terlalu perlahan. Oleh yang demikian, masyarakat perlu turut memainkan peranan untuk sama-sama menyertai 'perlumbaan' ke arah negara berpendapatan tinggi yang kita idam-idamkan. isuhot.com |
BN Mahu Jadi Kerajaan Bertanggungjawab, Bukan Hanya Popular – Muhyiddin Posted: 05 Sep 2013 04:16 AM PDT JOHOR BAHARU, 5 Sept - Kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu menjadi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan bukan hanya kerajaan yang popular semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah kerajaan menaikkan harga minyak baru-baru ini bukan bermaksud membebankan rakyat tetapi perlu dilakukan bagi menyelamatkan ekonomi negara setelah mendapat nasihat pakar ekonomi. “Walaupun tindakan itu agak mengejutkan tetapi ia adalah satu tindakan yang wajar, pemerhati dan penganalisis ekonomi di peringkat dunia mengatakan ia merupakan satu tindakan yang perlu dilakukan untuk pastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara maju dan membangun. “Jika tidak dibuat langkah menurunkan sedikit subsidi itu, maka negara akan berhadapan dengan keadaan ekonomi yang meruncing,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Program Semarak Kasih di Kampung Maju Jaya, Kempas di sini hari ini yang turut dihadiri isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Majlis turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tiram, Datuk Maulizan Bujang serta barisan pimpinan kerajaan negeri dan lebih 3,000 penduduk dari kawasan sekitar. Muhyiddin berkata beliau menyedari langkah kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter itu tidak disenangi rakyat, malah turut menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penyokong BN yang melahirkan kekecewaan terhadap langkah itu . Namun, katanya, tidakan itu tidak dapat dielakkan berikutan keadaan ekonomi dan harga pasaran minyak yang tidak menentu, ekoran pergolakan di Asia Barat yang turut menjejaskan jumlah eksport Malaysia ke luar negara. “Sebagai sebuah kerajaan yang telah dipilih mesti bersikap bertanggungjawab, ia tidak boleh kata Perdana Menteri (tolak kenaikan harga minyak) sebab kata nak popular, Timbalan Perdana Menteri pun tolak sebab kata nak popular.. kalau bagi percuma lagi popular. “Jadi soal pokoknya bukan soal popular tetapi kami nak buat kerja yang betul, sebagai sebuah kerajaan mesti bertanggungjawab kami dinasihati oleh banyak pakar ekonomi sebelum mengambil langkah berkenaan,” katanya. Katanya pakar ekonomi dalam mesyuarat Dasar Fiskal Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, turut menyatakan pendapat jika kerajaan tidak mengurangkan sedikit subsidi minyak itu, pertumbuhan ekonomi akan terjejas. Beliau berkata, ia secara langsung akan turut memberi kesan kepada dasar kerajaan BN selama ini yang telah bertahun-tahun mengamalkan dasar pro rakyat termasuk memperuntukkan RM24 billion setahun bagi tujuan subsidi pelbagai barangan keperluan rakyat. Menurutnya selama ini subsidi minyak disediakan kerajaan bukan hanya dinikmati golongan kurang berkemampuan malah semua pihak termasuk rakyat asing yang bekerja di negara ini dan keadaan itu berbeza dengan negara lain yang hanya memberikan subsidi minyak kepada golongan miskin. “Jadi sebab itu kita kurangkan subsidi dan dapat jimatkan RM3.3 bilion setahun dan wang itu dibelanjakan semula oleh kerajaan dalam bentuk Bantuan Rakyat 1Malaysia,” katanya. Dalam masa yang sama, katanya, kerajaan juga tidak meminggirkan golongan pertengahan dan sedang mengkaji langkah terbaik yang boleh diambil untuk membantu mengurangkan beban yang ditanggung mereka. Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri turut menunjukkan kebolehan memasak sambal goreng iaitu satu menu wajib untuk nasi ambeng, makanan tradisi masyarakat Jawa di Johor sebelum bersama-sama rakyat mencuba makanan itu selepas majlis itu . |
Persaingan Jawatan Naib Presiden UMNO Bukti Wujud Demokrasi Dalam Parti Posted: 05 Sep 2013 02:55 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan persaingan merebut jawatan yang disandangnya pada pemilihan parti itu Oktober ini membuktikan parti itu mengamalkan demokrasi, dan harus diterima dengan hati terbuka. Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyifatkan pertandingan itu sebagai pertandingan dalam keluarga, dan menyerahkan kepada para perwakilan untuk menentukan calon pilihan mereka. “Anggota UMNO cukup matang, dan kita tahu mereka boleh menilai siapa yang hendak diletakkan (bagi jawatan itu),” katanya selepas menghadiri sambutan Aidilfitri dan Merdeka MARA, di sini hari ini. “Setakat ini, sudah ada yang menyatakan minat mereka untuk bertanding. Kita tunggu pada 28 September ini (tarikh tutup pendaftaran calon untuk bertanding),” kata Mohd Shafie yang telah memenangi jawatan itu pada pemilihan 2009. Sehingga kini ketiga-tiga Naib Presiden UMNO termasuk Mohd Shafie, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan akan mempertahankan jawatan itu. Sementara itu, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Mohd Ali Rustam serta bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad turut mengesahkan untuk merebut jawatan itu. Ditanya sama ada beliau menjangkakan akan ada lagi pencabar bagi jawatan itu, Shafie berkata : “Saya tak tahu. Itu terserah kepada mereka.” “Ini yang saya katakan pembaharuan dalam UMNO, di mana kita tidak bergantung kepada pencalonan bahagian, kebebasan seseorang itu dan penentuannya akan dilakukan oleh hampir 148,000 anggota UMNO,” katanya. |
Dulu Tak Iktiraf Kerajaan, Hari ini Mahu Berdialog Pula – Shamsul Posted: 05 Sep 2013 02:39 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Sept – Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Hidayat Mohd Shariff meminta kerajaan tidak membuang masa melayan permintaan Ketua Pembangkang yang disifatkannya cuba mencari publisiti murahan, dengan mengutarakan cadangan untuk mengadakan dialog dengan kerajaan berhubung isu kebangsaan baru-baru ini. Menurut beliau, selama ini Anwar menjelajah ke seluruh pelususk negara mempertikaikan keputusan PRU ke 13 dan tidak mengiktiraf kemenangan BN dalam pilihanraya tersebut dengan mendakwa pihak pembangkanglah yang sebenarnya memenangi PRU tersebut. "Tetapi hari ini tiba-tiba muncul pula cadangan mahu berdialog dengan kerajaan. Apakah hari ini Anwar telah mengiktiraf BN merupakan kerajaan yang sah pilihan rakyat? Walhal sebelum ini beliau merupakan individu yang paling lantang mempertikaikan kemenangan BN sebagai kerajaan pilihan rakyat. "Apa yang saya lihat, Anwar sebenarnya sudah buntu dan tidak ada jalan lain untuk meningkatkan popularitinya di mata rakyat. Sebab itu dia cuba mencadangkan dialog ini sebagai usaha untuk menarik perhatian rakyat. "Melalui dialog ini, mungkin beliau boleh menampilkan dirinya sebagai hero dengan menghentam dan mengkritik kerajaan. Itu semua taktik Anwar untuk meraih semula popularitinya di mata rakyat yang kini semakin merudum," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Beliau juga berpendapat bahawa mulai hari ini, kerajaan tidak perlu lagi melayan kerenah Anwar yang terkenal dengan politik tipu muslihatnya yang licik. "Bagi saya adalah lebih baik kerajaan hari ini menumpukan sepenuh usaha untuk memakmurkan negara serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat secara keseluruhannya. "Biarkanlah Anwar dengan agenda peribadinya dan tak usah dilayan. Jika dilayan, ia hanya akan memberikan mileage politik kepada Anwar. Inilah sebenarnya yang beliau mahukan. "Anwar akan berbuat apa saja untuk menonjolkan diri beliau sebagai hero kepada rakyat yang dapat memberikan impak kepada survival politiknya," tegas Shamsul. -MediaUMNO |
Polis Buka 56 Fail Kes di Bawah PCA Berikutan Ops Cantas – KPN Posted: 05 Sep 2013 02:35 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Sept - Polis telah membuka 56 fail kes di bawah Akta Pencegahan Jenayah (PCA) berikutan lebih 3,000 tangkapan dibuat dalam Ops Cantas Khas yang dilancarkan sejak 17 Ogos lepas. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata daripada 56 fail kes itu, sebanyak 21 orang telah ditahan reman di bawah Akta PCA 1959 dan Akta 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Sementara itu, sembilan pendakwaan akan dijalankan dengan 11 kes masih dalam siasatan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di wacana sehari bertajuk “Masyarakat dan Jenayah: Di Manakah Kita” di sini, Khamis. Beliau berkata tangkapan yang dibuat di bawah PCA itu turut membabitkan kegiatan kongsi gelap. “Mungkin jumlah itu (kes di bawah PCA) akan bertambah dengan beberapa siri Ops Cantas yang akan dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya pada majlis anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama Berita Harian (BH). Turut hadir pengerusi MPN Professor Emeritus Datuk Seri Dr Zakri Abdul Hamid dan Pengarang Kumpulan BH Datuk Mior Kamarul Shahid. Dalam ucaptamanya, Khalid berkata Ops Cantas telah mendatangkan hasil di mana indeks kadar jenayah menunjukkan penurunan yang agak signifikan. “Daripada 17 hingga 31 Ogos lepas, contohnya, kita telah membuat pemeriksaan terhadap 139,342 personel dan membuat tangkapan terhadap 3,205 suspek bagi tujuan siasatan. “Begitu juga dengan 84,011 pemeriksaan kenderaan dilakukan bagi mengesan barang-barang terlarang seperti senjata api, dadah dan sebagainya,” katanya. Katanya, perbandingan statistik dalam tempoh dua minggu dari 1 hingga 16 Ogos lepas, berbanding 17 hingga 31 Ogos telah menunjukkan impak Ops Cantas dengan jenayah kekerasan menurun kepada 1,067 kes daripada 1,162 kes iaitu penurunan 8.2 peratus. Khalid juga berharap pindaan PCA dapat dilakukan segera bagi membolehkan polis menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan. Ini adalah kerana jenayah kekerasan didapati meningkat dengan pemansuhan undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat (E0) dan Akta Kediaman Terhad, katanya. Khalid berkata jika dibandingkan statistik bagi tempoh 20 bulan sebelum dan selepas pemansuhan undang-undang pencegahan, iaitu daripada 12 April 2010 sehingga 21 Disember 2011 berbanding 22 Disember 2011 sehingga 31 Ogos 2013, statistik jenayah kekerasan telah menunjukkan peningkatan sebanyak 5.43 peratus atau 2,351 kes daripada 43,313 kes kepada 45,664 kes. Bagi statistik kes bunuh menggunakan senjata api juga telah menunjukkan peningkatan daripada 64 kes kepada 130 kes iaitu peningkatan sebanyak 103.1 peratus dalam tempoh yang sama, katanyanya. |
40 Anggota Wanita UMNO Tawar Diri Bertanding Exco Pergerakan Posted: 05 Sep 2013 02:33 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Sept - Sebanyak 40 anggota Pergerakan Wanita UMNO setakat ini telah menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Exco pada pemilihan pucuk pimpinan pergerakan itu Oktober ini. Ketua Penerangan Wanita UMNO Datuk Hamidah Osman berkata mereka termasuk anggota Exco bagi sesi 2008-2011 yang akan mempertahankan jawatan masing-masing. Pertandingan jawatan Ketua Wanita setakat ini akan membabitkan penyandang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan bekas ketua Puteri UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said, katanya kepada Bernama di sini, Khamis. Sementara jawatan Naib Ketua Wanita pula setakat ini bakal menyaksikan pertandingan antara Exco Wanita UMNO Kedah Datuk Suraya Yaacob dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun. Jawatan naib ketua sebelum ini disandang oleh Datuk Kamalia Ibrahim, yang dipecat dari parti setelah bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei lepas. Hamidah berkata antara syarat untuk mereka yang ingin bertanding jawatan dalam pergerakan itu mestilah menjadi anggota UMNO lebih daripada tiga tahun. Tambahnya, pergerakan itu kini mempunyai lebih tiga juta anggota di seluruh negara. Hamidah juga berkata beliau tidak akan bertanding jawatan Exco pada pemilihan kali ini. Semalam, Bernama melaporkan Hamidah akan mempertahan jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng pada pemilihan kali ini. Tarikh penamaan calon yang ingin bertanding jawatan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO diadakan serentak pada 21 September manakala tarikh pemilihan bagi sayap-sayap ditetapkan pada 12 Oktober ini. |
Pemilihan UMNO Realitikan Suara Demokrasi Berbanding Pembangkang Tidak Realistik Posted: 05 Sep 2013 02:26 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Sept – Pindaan Perlembagaan UMNO diaplikasi sepenuhnya dengan pemilihan parti tahun ini akan melibatkan hampir 150,000 perwakilan untuk membuat pilihan bagi menentukan kepimpinan parti di peringkat tertinggi. Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Jamilah Hanim Othman menganggap bahawa pemilihan tersebut adalah terjemahan kepada kebebasan sebenar dalam parti apabila anggotanya di semua peringkat dapat memilih pemimpin yang mereka mahukan. "Jika sebelum ini pakatan pembangkang sering mencanangkan kebebasan sama ada dalam bersuara dan membuat keputusan namun dengan pemilihan UMNO ternyata bahawa parti ini lebih cenderung kepada konsep yang mereka nyatakan berbanding dengan apa yang mereka sendiri laksanakan," katanya kepada UMNO-Online. Ujar beliau, sebelum ini parti-parti pembangkang iaitu Pas, DAP dan PKR seringkali menuntut keadilan, kononnya mahukan kebebasan dan mahu suara demokrasi ditegakkan sehinggakan sanggup mengadakan himpunan jalanan atau menaiki pentas berceramah. "Pakatan pembangkang jadikan negara-negara barat sebagai contoh untuk melaungkan suara demokrasi sedangkan dalam parti mereka sendiri tidak ada kebebasan bersuara malah lebih teruk apabila negeri-negeri yang mereka tadbir juga ibarat takut dengan kenyataan. "Ini dapat dilihat bagaimana pentadbiran DAP di Pulau Pinang menyekat penayangan filem Tanda Putera walhal selama ini mereka sering bercakap soal kebebasan, suara demokrasi dan keterbukaan namun dengan apa yang mereka lakukan ternyata ia hanya lakonan." Tegas beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Petaling Jaya Selatan, kepimpinan UMNO sendiri sentiasa sedar dengan apa yang berlaku dan perubahan yang dilaksanakan dalam parti adalah salah satu manifestasi untuk membawa transformasi UMNO kepada generasi akan datang dalam konsep yang lebih demokrasi dan terbuka. "Anggota UMNO sendiri perlu sentiasa bersedia dengan menghayati sebenar-benarnya transformasi yang diterjemahkan dalam Perlembagaan UMNO sebagai hasrat untuk menjadikan parti ini lebih kukuh dan mempunyai lapisan pemimpin yang benar-benar berkaliber. "Dengan adanya penglibatan sehingga 150,000 orang maka penghayatan kepada perubahan akan menolak budaya negatif termasuklah tohmahan kononnya wujud budaya cantas mencantas dan tikam menikam sebaliknya anggota parti lebih fokus untuk masa hadapan." Jelas beliau, sebagai parti yang mendapat sokongan daripada masyarakat keseluruhan maka sewajarnya tanggungjawab dalam menentukan pucuk pimpinan juga dikembalikan kepada anggotanya. "Inilah yang direalitikan oleh UMNO apabila pemimpin atasannya berani membuat perubahan dan bersedia melakukan pembaharuan. "Belum ada mana-mana parti politik pun di negara kita yang berani berdepan dengan risiko sedemikian malahan dengan anggota perwakilan yang terhad pun sudah ada insiden pergaduhan, tidak telus dan berlaku pelbagai insiden memalukan hingga mengheret campurtangan ROS." Ujarnya lagi, anggota UMNO perlu benar-benar fokus berdepan pemilihan dengan benar-benar memahami realiti politik semasa dan menyediakan kepimpinan yang berupaya membawa kecemerlangan kepada agama, bangsa dan negara. "Bukan hanya individu yang mahu menawarkan diri dalam pemilihan malah ahli-ahli UMNO yang bertanggungjawab sebagai pemilih juga perlu telus memastikan orang yang benar-benar layak diangkat bagi menerajui parti." Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO bakal berlangsung pada 19 Oktober depan dengan Perhimpunan Agung UMNO 2013 akan diadakan bermula 2 hingga 7 Disember 2013 sementara pendaftaran calon bagi pergerakan sayap adalah pada 21 September dan 28 September pula pendaftaran calon untuk jawatan sama ahli MTdan di peringkat Bahagian. Pada 2009, pindaan Perlembagaan UMNO telah dibentang oleh Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan yang kemudiannya dipersetujui sebulat suara oleh para perwakilan dalam Persidangan Perhimpunan Agung UMNO Khas. – MediaUMNO |
Ahmad Husni Sees Need To Develop A Happiness Index Posted: 05 Sep 2013 02:15 AM PDT PUTRAJAYA, Sept 5 - There is a need to develop a happiness index that would encompass wider aspects of well-being as well as levels of society to reflect more accurately the true well-being of the nation. Second Finance Minister, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, said for decades, the progress of the nation has been popularly measured by the gross domestic product (GDP). “However, the GDP is inadequate to measure the well-being of the nation and a new approach to measure well-being effectively is required,” he said. Ahmad Husni said this in his opening remarks before chairing the 2014 Budget Focus Group Meeting on ‘Developing A Malaysian Happiness Index: Work-Life Balance’ here today. He said currently the government has some indexes to measure well-being such as Malaysian of Life Index, the Happiness and Family Well-being Index. “However, the current indexes, which focus on certain aspects, may not be sufficiently comprehensive,” he said. The minister said recently Malaysia was ranked the 51st happiest country in the World Happiness Report by the Earth Institute that compared different happiness measurements worldwide to create a ‘life evaluation score’. “To improve on this ranking, it is important that we work on improving the seven components of wellness — economic, environmental, physical, mental, workplace, social and political,” he said. Amad Husni said another important area that would be discussed today was the work-life balance where employees wanted a work-life balance that allowed them to manage responsibilities at home and work. “Happy workers make a happy nation as well as contribute to economic growth and development,” he said. He said an area of concern was Malaysia’s low women’s participation rate in labour force and according to Malaysia Economic Report 2012, Malaysia stood at 47 per cent in 2009, much lower than Thailand (70 per cent) and Singapore (60 per cent). “The inability to achieve work-balance has been identified as the main reason for the low women labour force participation rate,” he said. Ahmad Husni said the government continued to vigorously address the work-life balance concerns of women to increase their participation in the labour force and enhance their contributions to the economy. |
Home Ministry Identifies Secret Society Members Involved In Politics – Zahid Posted: 04 Sep 2013 09:49 PM PDT KOTA KINABALU, Sept 5 – The Home Ministry has identified individuals involved in secret societies who may also be involved in politics in the country, Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said today. “If those politicians are former members of secret societies, they might have already repented and it would not be fair to associate them with those societies again. “But, if investigations reveal that they still have a connection with triads, then we will expose them and take legal action,” he told reporters here after presenting the National Sovereignty Medals to 56 security personnel. Ahmad Zahid was commenting on the disclosure by former Bukit Aman CID director Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan that a former convict who had been a triad chief was now a low-ranking leader in a political party in Penang. |
Tubuh Suruhanjaya Diraja 13 Mei, Cadangan Tak Masuk Akal Posted: 04 Sep 2013 09:39 PM PDT KUALA LMPUR 5 Sept – Cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menentukan kebenaran kejadian 13 Mei adalah suatu tindakan terdesak untuk menutup kebenaran yang dilaporkan oleh sejarah terhadap partinya dalam kancah politik negara. Senator Norliza Abdul Rahim menyifatkan cadangan Kit Siang itu sebagai suatu tindakan tidak masuk akal untuk mengenepikan suatu peristiwa yang berlaku membabitkan banyak pihak sehingga berlaku huru hara dan pertumpahan darah di kalangan rakyat ketika itu. "Sudah yang dijangka, pembangkang terutamanya DAP akan cuba mencipta sesuatu untuk mengalihkan tumpuan apabila menyedari adanya tekanan terhadap mereka sehingga merasa ianya terancam. " Ianya bukan sesuatu yang baru kepada pembangkang, ini bukannya pertama kali mereka mencadangkan penubunan Suruhanjaya Diraja apabila menyedari sesuatu keadaan atau perkara yang dianggap boleh memihak atau merugikan mereka. Inilah taktik pembangkang sama ada untuk mendapat populariti atau simpati," katanya. Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online ketika diminta mengulas cadangan Penasihat DAP itu untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja berhubung kesahihan peristiwa 13 Mei yang ditayangkan dalam filem Tanda Putera. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifat cadangan itu sebagai suatu usaha yang bodoh dan perkara itu seharusnya dirujuk kepada pakar sejarah. Norliza yang juga Exco Wanita UMNO berkata, cadangan Kit Siang itu menunjukkan kedangkalannya yang sengaja membangkit sesuatu isu bagi menimbulkan persepsi di kalangan rakyat terutamanya golongan muda. "Sesuatu yang membabitkan sejarah adalah perkara benar, ianya bukan suatu imaginasi atau khayalan mana-mana pihak apatah lagi membabitkan orang ramai, malah mereka yah terbabit sama ada secara langsung atau tidak masih ada yang hidup sehingga ke hari ini. " Peristiwa itu masih baru kira-kira 40 tahun yang lalu, sudah pasti Kit Siang juga berada ketika itu dan mungkin merasai kesannya, mengapa pula perlu mempersoalkan sesuatu yang benar-benar berlaku. "Apakah sesuatu yang mempunyai kebenaran dan diketahui umum serta mempunyai bukti harus dipertikaikan. Seharusnya Kit Siang tidak merujuk kepada pakar sejarah dan bukannya menubuh Suruhanjaya Diraja. Ini semua adalah perancangan politik yang mempunyai muslihat," katanya. Beliau berharap rakyat dan orang ramai terutama golongan muda supaya tidak terpedaya dengan mainan politik yang cuba dimainkan oleh DAP untuk menimbulkan kekeliruan sehingga menimbulkan persepsi di kalangan masyarakat untuk menidakkan kebenaran sememangnya tercatat dalam sejarah negara. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment