BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


FAKTA !!! PENULARAN SYIAH PUNCA AKIDAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA ROSAK !!!

Posted: 05 Sep 2013 08:30 AM PDT


penularan ajaran Syiah amat membimbangkan umat Islam di negara ini yang rata-ratanya berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.Ajaran yang salah,batil serta mungkar itu disifatkan sebagai 'virus' yang berupaya merosakkan keutuhan akidah ummah.'Virus' berbahaya itu semakin mencengkam umat Islam malah sekumpulan penganut Syiah aliran Khomeini dan pengikut Setiausaha Agung Hezbullah,Hassan Nasrullah dikatakan berjaya menyelinap masuk ke dalam parti-parti politik tempatan serta memegang jawatan-jawatan penting.Sebahagian umat Islam di Malaysia agak keliru dengan polemik yang ditimbulkan oleh gerakan penyebaran ajaran Syiah.Tanggapan kononnya polemik antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah cuma melibatkan perbezaan mazhab fiqah adalah tidak tepat.Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) mengambil inisiatif dalam menjayakan usaha membanteras ajaran Syiah di negara ini dengan menganjurkan Seminar Mendepani Virus Syiah secara percuma dan terbuka kepada umat Islam di Dewan Muktamar,Pusat Islam,Kuala Lumpur pada 8 September ini. 

Timbalan Presidennya,Mohd. Amin Hashim yakin seminar yang bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang itu berupaya merungkai kekeliruan dan persoalan yang timbul ekoran polemik ajaran Syiah."Kita risau kerana selama ini umat Islam di Malaysia berpegang kepada ajaran yang benar iaitu akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.Namun,pegangan yang kukuh itu tiba-tiba dirosakkan oleh ajaran Syiah yang salah, batil dan mungkar. Polemik ajaran Syiah sebenarnya melibatkan perbezaan akidah sama seperti perbezaan antara Islam dengan agama-agama lain," katanya dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia di Pejabat Muafakat di Taman Melawati,Kuala Lumpur baru-baru ini.Beliau memberitahu, fakta-fakta sebenar berhubung ajaran Syiah akan diperincikan dalam seminar yang dijangka dipenuhi dengan kehadiran kira-kira 1,000 peserta.

Jelasnya,pembentang-pembentang kertas kerja terdiri daripada Presiden Persatuan Persaudaraan Dakwah Global,Datuk Nakhaie Ahmad ; Ketua Unit Kajian Syiah,Ikatan Muslimin Malaysia (Isma),Mohamad Ismail ; Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya (UM),Hamidi Ismail dan Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam),Zamihan Mat Zin. "Nakhaie bakal membentangkan kertas kerja bertajuk 'Akidah Khomeini Berdasarkan Karyanya - Kasyful Asrar,Al-Hukumah Al-Islamiyyah dan Wasiyat'.Mohamad akan menghuraikan topik 'Sejarah, Konsep dan Doktrin Syiah' manakala Hamidi pula membentangkan tajuk 'Konsep Imam dan Imamiyah Syiah dan Percanggahannya Dengan Islam'.Kertas kerja bertajuk 'Modus Operandi Gerakan Syiah dan Ancamannya Kepada Kestabilan Negara' akan dibentangkan oleh Zamihan," ujarnya. 

Lebih menarik lagi,dua warga asing yang pernah menjadi mangsa penindasan penganut Syiah akan membuat penampilan khas sambil menceritakan pengalaman mereka pada seminar tersebut.Kembali kepada polemik Syiah,Mohd. Amin berpandangan,penolakan terhadap ajaran itu hendaklah dibuat secara menyeluruh tanpa memberi pengecualian kepada mana-mana aliran di bawahnya.Seperti yang ditegaskan beliau,tindakan itu selaras dengan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam."Sepatutnya tidak timbul lagi suara-suara sumbang mempertahankan aliran tertentu di bawah ajaran Syiah seperti Zaidiyah yang kononnya tidak sesat.Selain keputusan muzakarah tersebut, pandangan ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah tentang kesesatan ajaran Syiah adalah jelas," katanya. Mohd. Amin menyebut dua sumber rujukan yang menyokong pandangan tersebut iaitu kitab Al-Farqu Baina Al-Firaq karya Al-Baghdadi dan kitab Maqallat Islamiyyin oleh Al-Asyaari. 

Beliau menekankan betapa pentingnya kesedaran umat Islam tentang bahaya ajaran Syiah dipertingkatkan dan pada masa sama,akidah mereka diperkukuhkan."Kita suburkan usaha menyampaikan ilmu agama di masjid dan surau. Didik dan bimbinglah ummah dengan akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar," ujarnya.Tidak kurang pentingnya,Mohd. Amin menyimpulkan,pihak berkuasa agama Islam mesti menguatkuasakan peruntukan undang-undang berkaitan ajaran sesat termasuk Syiah. 


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DAP NAK SANGAT CHIN PENG KOMUNIS BALIK MALAYSIA !!!

Posted: 05 Sep 2013 05:00 AM PDT


Pengerusi DAP,Karpal Singh menyokong sebarang usaha membawa semula bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke Malaysia.Karpal dilaporkan dalam kenyataan portal FMT berkata Kerajaan Malaysia tidak perlu berkeras dalam pendirian lamanya yang melarang kepulangan Chin Peng ke negara ini.Beliau berkata begitu ketika mengulas cadangan bekas Timbalan Pengarah cawangan khas,Yuen Yuet Leng yang meminta kerajaan membenarkan Chin Peng dan bekas anggota PKM yang lain kembali semula ke Malaysia. 


"Masanya telah tiba untuk kerajaan menjadi pragmatik dan belas kasihan serta untuk melihat nasib seorang warga emas," kata Karpal.Karpal juga percaya bahawa keturunan rakyat Malaysia terbunuh semasa pemberontakan komunis boleh memaafkan kejadian lampau itu. "Komunis telah meletakkan senjata 24 tahun lalu dan ini adalah sebab yang baik untuk kerajaan Malaysia membenarkan Chin Peng dan rakan-rakannya kembali ke negara ini pada tahun-tahun senja kehidupan mereka," kata Karpal lagi. Gesaan Karpal itu pernah dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2009.  

Anwar dilaporkan dalam portal putar belit Meloyakini berkata atas dasar perikemanusiaan Chin Peng,patut dibenarkan pulang ke Malaysia. "Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu," katanya dalam sidang media selepas berucap dalam Kongres Khas PKR di Bangi."Sejarah kita kena dilihat secara objektif dan (kita) ambil sikap peri kemanusiaan.Yang sudah sudahlah, kita kerja," kata Anwar,sambil menyifatkan isu komunis kononnya dimainkan media pro-pemerintah.Chin Peng, 89, kini tinggal dalam buangan di Bangkok dan telah memohon kebenaran kerajaan dan juga melalui mahkamah untuk pulang ke Malaysia.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PINDAAN AKTA JENAYAH 1959 !!! INILAH YANG RAKYAT TUNGGU !!! SYABAS DS @ZAHID_HAMIDI !!!

Posted: 05 Sep 2013 01:30 AM PDT


Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk meminda Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 disambut rakyat dengan keluhan kelegaan.Deraf akta tersebut kini sedang dirangka bagi memberi kuasa yang lebih menyeluruh kepada pihak polis dalam aspek pencegahan jenayah.Semenjak penghapusan Akta Pencegahan,rakyat hidup dalam keresahan dan kebimbangan lantaran peningkatan kadar jenayah di seluruh pelusuk negara,terutama sekali jenayah pembunuhan.Walaupun ia dilihat sebagai pembunuhan terancang iaitu antara kumpulan kongsi gelap,namun ia tidak mampu menenangkan rakyat. 

Rata-rata masyarakat berada dalam keadaan takut setelah menyedari bahawa kongsi-kongsi gelap berada di mana-mana saja di kalangan rakyat biasa.Justeru,masyarakat amat berterima kasih kepada Datuk Seri Zahid yang telah memperlihatkan kesedaran,keprihatinan dan komitmen yang tinggi untuk membanteras jenayah serta membendung kegiatan kongsi-kongsi gelap.Ketegasan beliau mendapat pujian ramai sekali gus membentuk persepsi positif terhadap kerajaan dan hari ini,pengumuman beliau mengenai deraf pindaan Akta Pencegahan ini telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.Harapan rakyat agar kerajaan mengabaikan sahaja suara-suara sumbang pembangkang yang pastinya menentang kenyataan Datuk Seri Zahid.Apa yang saya lihat ialah,pembangkang mengalu-alukan peningkatan kadar jenayah kerana ia memberi mereka peluru untuk memburuk-burukkan kerajaan.Ini terbukti apabila beberapa pemimpin pembangkang tampil secara nyata untuk membela penjenayah serta mempersoalkan tindakan tegas pihak polis. 

Jelas,pembangkang sedikit pun tidak peduli akan nasib rakyat asalkan mendapat sedikit keuntungan politik.Akibatnya,kini rakyat sudah semakin sedar akan niat jahat pembangkang yang mendesak penghapusan Akta-akta Pencegahan dan ISA suatu ketika dahulu.Rakyat sudah membuka mata bahawa desakan pembangkang itu tidak membawa kebaikan kepada sesiapa,malah membawa mudarat yang besar.Dengan itu,rakyat menyokong sepenuhnya Datuk Seri Zahid untuk merangka pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang memberi lebih kuasa yang lebih menyeluruh kepada PDRM untuk membendung dan membanteras jenayah.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PEMBANGKANG GUNA ISU KUIL UNTUK MENIMBULKAN KETEGANGAN KAUM !!! APA CERITA NI ???

Posted: 04 Sep 2013 10:00 PM PDT


Kejayaan Dap menggukuhkan kedudukan di Parlimen kepada 38 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu menjadi petanda bahawa kemelut perkauman di negara ini akan bertambah buruk.Malah sebelum dan pasca PRU 2008 negara sudah dibelenggu dengan pelbagai isu yang dikaitkan dengan isu rasisme.Daripada isu kematian suspek berbangsa India di dalam tahanan,isu roti Gardenia,hinggalah kepada isu kematian seorang pembantu Exco Selangor,Teoh Beng Hock.semuanya dilihat dari kacamata perkauman oleh pembangkang.Setelah Dap mengekalkan kekuasaan di Pulau Pinang dan PKR di Selangor,insiden yang menjurus kepada persoalan perkauman menjadi bertambah serius.

Isu kecil yang membabitkan kantin sementara di SK Seri Pristina di Sg Buloh juga boleh dibesar-besarkan menjadi isu perkauman yang besar.Sekolah tidak lagi menjadi medan memberi pelajaran kepada anak-anak tanpa mengira bangsa atau agama tetapi telah dieksploitasi menjadi gelangggang politik oleh pembangkang.Yang menjadi mangsa adalah murid-murid sendiri yang diibaratkan sehelai kain putih yang bersih dan tidak dicemari oleh politik jijik yang di bawa oleh pakatan pembangkang.Pembangkang tidak mempunyai nilai moral atau etika sehingga sekolah dan pusat pengajian tinggi pun sanggup dikorbankan bagi agenda politik mereka. 

Isu terbaru yang ingin dijadikan bahan perkauman oleh pembangkang ialah berhubung kuil Hindu Sri Muneswaran Kaliyaman di Jalan P. Ramlee.Kedatangan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah dihalang oleh penyokong-penyokong pembangkang yang menganggap kehadiran pihak berkuasa adalah untuk meroboh kuil berusia 101 tahun itu.Malah menyedihkan Ketua Pemuda MIC, T.Mohan dan anggota parti itu juga turut bersama pembangkang terbabit kononnya untuk menyelamatkan kuil tersebut.Kedudukan sebenar tidak dinyatakan oleh pembangkang dan MIC tetapi mereka lebih bersikap emosi dan perkauman.Malah Mohan menuntut agar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Tengku Adnan Mansor meletakkan jawatan berhubung isu itu.Dalam kenyataan dan penjelasannya kepada pihak media dan blogger, Tengku Adnan menjelaskan DBKL sesekali tidak berniat untuk merobohkan kuil tersebut. 

Apa yang ingin dilakukan oleh DBKL ialah merobohkan sebuah restoran haram yang terletak di dalam kuil tersebut.Dari segi undang-undang,tempat agama seperti kuil,tokong,gereja hatta masjid sekali pun tidak boleh menempatkan premis perniagaan seperti restoran.Tempat ini adalah semata-mata untuk tujuan ibadat dan tidak boleh disalahgunakan sebagai lokasi perniagaan.Di dalam kes kuil tersebut,restoran haram itu telah menjadi tempat persinggahan dan berhimpun kumpulan-kumpulan gengster India.Inilah yang merisaukan penganut Hindu yang datang ke kuil itu untuk melakukan upacara sembahyang.Tindakan tegas pihak polis membanteras kumpulan samseng dan gengster melalui Ops Cantas Khas telah menunjukkan impak yang positif dan dipuji rakyat.Apatah lagi jika premis kuil dijadikan markas kumpulan gengster,maka pihak polis tidak akan berkompromi sama sekali demi keselamatan awam.Bagaimanapun pembangkang telah menggunakan isu ini untuk menuduh kerajaan bersikap zalim malah perkauman untuk menindas kaum India walhal niat sebenar adalah untuk mengelakkan gejala gengsterisme di kuil tersebut.Kerajaan tidak perlu apologetik dalam hal ini kerana ia dilakukan berlandaskan undang-undang dan bagi mencapai tujuan yang lebih besar iaitu menjaga keselamatan rakyat.Ops Cantas Khas perlu diperluaskan lagi bagi menyaring semua tempat-tempat ibadat bagi memastikan ianya tidak disalahgunakan untuk menjalankan kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! FILEM #TANDAPUTERA !!! SAH !!! RUPANYA PUAK PAKATAN KENCING RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 04 Sep 2013 07:00 PM PDT


Prestasi tayangan filem TANDA PUTERA pada hujung minggu lalu agak di luar jangkaan.Beberapa Tweet dan komen di media sosial melaporkan fenomena penonton –penonton di beberapa pawagam memberikan 'standing ovation' atau tepukan gemuruh sebaik sahaja filem tamat,walaupun tanpa kehadiran pengarah atau pelakon utama filem ini.Ini adalah maklumbalas yang amat dialu-alukan dan berlainan dengan laporan oleh media tertentu,lengkap dengan gambar menunjukkan panggung yang hanya mempunyai 30 orang penonton waktu tayangan tengah hari di sebuah pawagam di Pulau Pinang,pada hari kerja.Kami kurang pasti mengapa ini di gembar gemburkan memandangkan kekurangan penonton pada hari kerja adalah sesuatu yang biasa walaupun bagi filem blockbuster Hollywood. 

Membaca berita ini,seorang kawan menceritakan bagaimana dia dan suami pernah menonton filem James Bond, "Skyfall" di hari kerja dan hanya mereka berdua sahaja dalam panggung di Kompleks beli-belah yang terletak di Kelana Jaya itu.Manakala seorang lagi membawa anak perempuan dan rakan-rakannya menonton filem terbaru,"One Direction - This is us" di Kompleks beli-belah di Bandar Utama pada Isnin lalu dan mendapati hanya 9 orang dalam panggung itu.Mengapa tiada gembar gembur atau sebarang laporan tentang panggung yang hampir kosong ini? Apakah motif di sebalik laporan teruk atas filem Tanda Putera? Dan paling memualkan,terdapat individu tidak bertanggungjawab yang telah mencuri foto stil daripada Facebook Tanda Putera dan mendakwa apa yang terdapat dalam foto stil itu adalah kesilapan teknikal yang ketara dalam filem ini.

Ini suatu pembohongan besar yang tidak ada dalam filem.Paling mengecewakan,fitnah ini turut dimasukkan,tanpa selidik,oleh sebuah stesen TV swasta dalam buletin beritanya yang antara lain menyatakan harapan "ia memberi suatu pengajaran kepada pembikin filem supaya tidak mengulangi kesilapan teknikal sebegitu pada masa depan".Kami akan membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Multimedia dan akan mendapatkan pandangan peguam tentang tindakan seterusnya.Namun,walaupun menerima hentaman dan sindiran oleh beberapa pihak termasuk beberapa Pemimpin Politik,yang cuba memperlekeh dan menimbulkan kebencian kepada filem ini dan pengarahnya,kami sangat bersyukur kutipan filem TANDA PUTERA boleh dikatakan baik,terutama bagi sebuah filem bergenre sejarah.Kepada pembenci filem ini yang melabelkan nya filem UMNO,mana mungkin pawagam tidak dipenuhi ahli UMNO seramai 3 juta orang itu pada 4 hari pertama filem ini ditayangkan.Sudah tentu pecah panggung dan mencatat pungutan box office berjutajuta ringgit ! 

Mereka sepatutnya memohon maaf kerana fitnah yang melampau tapi kami tidaklah berharap sangat.Yang lebih penting dan kami hargai adalah sokong kuat yang kami terima.Permintaan bagi tayangan khas oleh syarikat/orang persendirian di lokasi pilihan mereka serta tempahan secara berkumpulan yang kian meningkat dijangka berkesan menambah jumlah kutipan.Kami amat berterima kasih dan menghargai semua pihak,terutama sekali rakan Facebook Tanda Putera serta penonton yang telah menzahirkan sokongan mereka kepada filem ini,malah telah turut menonton filem ini lebih dari sekali bersama kaum keluarga.Kepada mereka yang masih belum menonton,kami harap dapat meluangkan masa menonton Tanda Putera sebelum berakhir tayangannya di pawagam kelak. 

DP Shuhaimi Baba 
Penerbit/ Pengarah Tanda Putera/ Pesona Pictures Sdn Bhd 
3 September 2013

EKSKLUSIF !!! KEPADA KERAJAAN MALAYSIA !!! TOLONG TINGKATKAN JUMLAH BR1M DAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM !!!

Posted: 04 Sep 2013 05:00 PM PDT


Ramai yang merasa lega apabila kerajaan mengumumkan bahawa penjimatan RM3.3 bilion menerusi pengurangan subsidi bahan api akan digunakan semula untuk kepentingan rakyat.Justeru,ramai yang ternanti-nanti bagaimanakah RM3.3 billion tersebut akan dimanfaatkan.Apa yang telah diketahui ialah kerajaan bakal meningkatkan jumlah BR1M kepada golongan berpendapatan rendah.Tetapi jumlahnya tidak lagi diumumkan.Oleh itu,adalah dicadangkan agar kerajaan meneliti secara mendalam dengan mengambil-kira pandangan dan nasihat pihak-pihak yang berpengalaman dan pakar sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai RM3.3 billion ini. 

Ini kerana saya tidak mahu kerajaan sekali lagi dikritik kerana membuat keputusan sebelum mengkaji terlebih dahulu kesan ke atas semua pihak serta alternatif lain sepertimana yang berlaku dalam isu pengurangan subsidi minyak ini.Beberapa pihak telah membayangkan yang BR1M akan ditingkatkan sehingga RM1000 hingga RM1500.Namun,umum tahu bahawa pemberian tunai sebegini tidak akan membawa manfaat untuk jangka masa panjang.Sehubungan dengan itu,inilah dicadangkan agar BR1M ditingkatkan semaksima RM300 sahaja.Adalah dikhuatiri,pemberian tunai yang semakin meningkat sedikit demi sedikit mampu membawa risiko di mana rakyat sudah terbiasa dan sentiasa mengharapkan kenaikan di masa depan.Apa yang lebih penting ialah kerajaan memanfaatkan penjimatan tersebut untuk jangka panjang iaitu seperti projek-projek infrastruktur,pendidikan dan juga pembangunan ekonomi bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana secara lebih menyeluruh. 

Seperti yang anda semua maklum,golongan yang paling teruk terjejas dengan kenaikan harga minyak adalah golongan berpendapatan sederhana di bandar.Memandangkan isu utama yang timbul dari kenaikan harga minyak ialah 'pengangkutan',maka adalah lebih sesuai jika kerajaan memberi penekanan yang lebih dalam menambahbaikkan pengangkutan awam di bandar.Pada masa ini,pengangkutan awam di Malaysia kebanyakkannya hanya digunakan oleh mereka-mereka yang benar-benar tidak punya pilihan iaitu mereka yang tiada kenderaan.Manakala,yang mempunyai kenderaan tidak sanggup menggunakannya kerana ia begitu sukar untuk didapati sama ada di kawasan pedalaman mahupun di bandar-bandar besar.Perkhidmatan bas masih tidak meluas dan tidak sampai ke seluruh pelusuk jalan dan lorong di kawasan perumahan selain ia juga tidak mungkin dapat melalui semua stesen-stesen komuter atau LRT. 

Justeru,ramai yang terpaksa menukar bas atau stesen untuk ke tempat tertentu sedangkan pengangkutan awam antara tempat-tempat tersebut pula tersangat terhad.Dengan keadaan lalulintas yang sesak,ramai yang terpaksa menghabiskan berjam-jam antara satu pengangkutan kepada pengangkutan lain untuk menuju ke destinasi.Itu belum lagi mengambilkira masa menunggu bas atau teksi yang jarang-jarang sekali.Lebih teruk apabila terdapat di kalangan pemandu-pemandu teksi yang gemar memilih destinasi dan kadangkala enggan menggunakan meter yang mana menyebabkan ramai yang merasa serik ditipu. Melainkan jumlah bas di tambah dengan perjalanan lebih kerap dan lebih meluas,maka rakyat Malaysia akan terus memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri walaupun kosnya semakin hari semakin meningkat.Sudah tentu keadaan ini tidak baik untuk negara kerana ia turut menyumbang kepada kesesakan lalulintas dan juga pencemaran udara.Kesimpulannya,matlamat utama yang harus dipegang oleh kerajaan dalam memanfaatkan penjimatan dari pengurangan subsidi minyak ialah dengan meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam.Sudah sampai masanya kerajaan menumpukan kepada usaha untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan pertama rakyat Malaysia demi kebaikan semua.saya harap semua masalah ini dapat dibaca oleh kakitangan kerajaan dan saya harap para pembaca dekat dengan kerajaan tolong beritahu agar semua ini dapat diberitahu kepada pihak atasan.inilah 2 langkah yang saya cadangkan

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...