UMNO Online - “Felda Bina Rumah Pangsa Untuk Generasi Ketiga, Atasi Kekurangan Tanah” plus 9 more

UMNO Online - “Felda Bina Rumah Pangsa Untuk Generasi Ketiga, Atasi Kekurangan Tanah” plus 9 more

Link to UMNO Online

Felda Bina Rumah Pangsa Untuk Generasi Ketiga, Atasi Kekurangan Tanah

Posted: 11 Sep 2013 04:52 AM PDT

BESUT, 11 Sept – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutan (Felda) akan membina lebih banyak rumah pangsa untuk generasi baharu anak peneroka, khususnya di kawasan tanah rancangan yang menghadapi masalah kekurangan tanah.

rumah-perumahan-peneroka-felda-generasi-2-akan-datang-3

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berkata pihaknya menyedari generasi ketiga Felda memerlukan kediaman lebih selesa, namun disebabkan kekurangan tanah, Felda memutuskan agar rumah pangsa dibina untuk mereka.

“Rumah pangsa tiga atau empat tingkat bernilai antara RM80,000 hingga RM100,000 seunit itu merupakan sebahagian usaha Felda untuk mengatasi masalah tempat tinggal yang dijangka dihadapi anak peneroka di masa depan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Merdeka Raya dan majlis Ramah Mesra Peneroka Felda Selasih, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, anggota Dewan Undangan Negeri Jabi Mohd Iskandar Jaafar, Pengarah Besar Felda Datuk Faizouul Ahmad dan Pengurus Besar Wilayah Terengganu Mohd Helmi Fakhzan Abd Wahab.

Bagaimanapun jelas beliau, bagi kawasan yang masih mempunyai tanah untuk dibangunkan, Felda akan meneruskan projek pembinaan rumah mampu milik untuk dijual kepada anak peneroka.

Isa berkata, buat masa ini sebanyak 20,000 unit rumah siap dibina untuk anak peneroka dan menyasarkan untuk membina 20,000 unit lagi dalam tempoh lima tahun dengan menggunakan konsep Sistem Binaan Industri (IBS).

Beliau berkata, Felda juga merancang menjadikan kawasan tanah rancangan sebagai pusat pertumbuhan ekonomi utama luar bandar dengan mempelbagaikan aktiviti sampingan bagi memancu ekonomi peneroka.

“Untuk tujuan itu, Felda akan memanfaatkan sumber tanah sedia ada membabitkan kawasan seluas 350,000 hektar untuk dimajukan sebagai pusat pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Sarawak Survived The Hard Path Of Independence, Says Jabu

Posted: 11 Sep 2013 04:48 AM PDT

KUCHING, Sept 11 – The path taken by Sarawak to achieve the present level of progress has not been an easy one as people in the early years of its independence had to go through tremendous sacrifices and hardship, Deputy Chief Minister Tan Sri Alfred Jabu said today.

He said that being one of those who had to endure the tough life, he was very grateful for Sarawak’s achievements after 50 years of independence through the formation of Malaysia.

“It is important for young Malaysians to realise that Malaysia was not given independence on a silver plate or a golden plate but through struggle,” he told a press conference to promote Sarawak’s 50th anniversary of independence celebration.

Jabu said that seven years after joining Sabah, Singapore and Malaya to form Malaysia, Sarawak faced a threat from Parti Rakyat Kalimantan Utara (Paraku) which spread the communist ideology.

“Those were the scary years as the people lived in fear and hardship as the communists wanted to topple the government that had been democratically elected,” he said.

After overcoming the communist threat, the Sarawak government, from the early 1980s, had been very focused in bringing development to the state and improving the livelihood of the people, he said.

With the tremendous changes that had taken place in the state, all Sarawakians deserved to celebrate the state’s 50th anniversary of independence with the pride of being part of a great nation, he said.

“We have laid the foundation for the younger generation on the need to work together and continue to maintain peace, racial harmony and unity among our people,” he added.

“Saya Hanya Beri Arahan Untuk lakukan Perkara Yang Sah”, Kata Dr Mahathir

Posted: 11 Sep 2013 04:40 AM PDT

KOTA KINABALU, 11 Sept – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau hanya memberikan arahan untuk melakukan perkara yang sah di sisi undang-undang ketika menyandang jawatan perdana menteri dari 1981 hingga 2003.

“Saya tidak pernah memberikan arahan untuk melakukan perkara yang tidak sah.

mahathir-mahkamah-inkuiri-rci-projek-ic-mykad-kenyataan-sabah-sarawak

Saya hanya memberikan arahan untuk melakukan perkara yang sah,” katanya semasa ditermui pemberita selepas memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah, di sini hari ini.

Banyak pihak mendakwa pengeluaran kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah pada 1980-an diarahkan oleh Dr Mahathir, dakwaan yang dinafikan beliau semasa memberi keterangan kepada suruhajaya itu yang dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Dr Mahathir berkata: “Orang yang layak menjadi warganegara (Malaysia) boleh menjadi warganegara.”

Mengenai prosiding hari ini, beliau lega dapat menjawab semua soalan diajukan kepadanya.

“Prosiding berjalan lancar. Semua soalan adalah munasabah,” katanya.

Industri Di Perak Lebih Rancak Jika Projek Rangkaian Paip Salur Gas Direalisasikan

Posted: 11 Sep 2013 02:48 AM PDT

IPOH, 11 Sept – Sektor perindustrian di kawasan Lahat serta Lembah Kinta di Perak, akan terus dibangunkan dengan lebih pesat apabila Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberi keyakinan positif terhadap projek rangkaian paip penyaluran gas dari Sitiawan ke Lahat baru-baru ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata MITI bersetuju memberi keutamaan kepada projek sepanjang 66 kilometer itu memandangkan ia membabitkan aspek penyediaan infrastruktur bagi memenuhi permintaan sektor industri di Perak.

“Banyak industri akan mendapat manfaat daripada penyediaan infrastruktur ini. Kawasan Lahat akan berkembang dan ia sudah tentu akan memberi lonjakan ekonomi kepada Lembah Kinta. Kita berharap ia dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata kawasan industri, sama ada kecil atau besar, di sekitar jajaran projek tersebut, turut menikmati limpahan kemudahan daripada rangkaian penyaluran gas itu.

Zambry berkata selain itu, pegawai kanan MITI yang diketuai sendiri Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam pertemuan dengan delegasi kerajaan negeri baru-baru ini, turut menyatakan komitmen mereka terhadap cadangan Perak untuk membangunkan semula beberapa zon perindustrian.

MITI bersedia menyediakan kertas kabinet berhubung permintaan negeri untuk dipertimbang, dan sekali gus dapat membantu pembangunan Perak, katanya.

“Terima kasih kepada MITI yang memberi keyakinan terhadap potensi pertumbuhan ekonomi di Perak serta cadangan program pembangunan, khususnya sektor perindustrian, oleh kerajaan negeri” katanya.

Difahamkan bekalan gas yang pada masa ini diperuntukkan mengikut kuota, tidak mencukupi untuk menampung permintaan bekalan bagi keperluan industri di Lembah Kinta yang semakin berkembang.

Rayuan kerajaan negeri kepada sebuah syarikat supaya bekalan gas ditambah untuk memenuhi keperluan industri, tidak mendapat jawapan kukuh sehingga pertengahan tahun lepas.

Household Debt In Malaysia Has Not Reached Alarming Level, Says Zeti

Posted: 11 Sep 2013 02:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, Sept 11 – Household debt in Malaysia has not reached an alarming level and is currently contained, said Bank Negara Malaysia Governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

She said the non-performing loans, which were less than two per cent for the household sector, showed that those who borrowed were credit-worthy.

“The Central Credit Reference Information System monitors the exposure of individuals and businesses all the way to conglomerates, therefore through this, we have seen the bad debts or impaired loans from the household sector, and from the other sectors as well, really go on a declining trend,” she told a press conference after the 2013 Alliance of Financial Inclusion (AFI) Global Policy Forum here today.

Zeti said the central bank was not concerned about the matter as it had taken all the necessary macro-prudential measures to rein in excessive activities to specific sectors.

“We believe at this point it is contained. We have seen that loan growth that is from double digits of 12-13 per cent and now at a more sustainable rate of nine per cent,” she said.

Meanwhile, ahead of its monthly policy meeting tomorrow, Bangko Sentral ng Pilipinas Governor, Amando Tetangco Jr, said it saw no urgency to change policy stance as inflation was forecast to stay within the three-five per cent target this year and next year.

“At this point in time, subject to the discussions tomorrow, there seems to be no urgency to modify or alter the stance of monetary policy. The inflation outlook remains benign,” he said.

Nafi Sejarah Negara Satu Usaha Berterusan Pembangkang Burukkan Imej UMNO

Posted: 11 Sep 2013 02:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 September – Menafikan sejarah negara dan cubaan mengubah sejarah negara adalah satu usaha konsisten pihak pembangkang untuk memburukkan imej UMNO sebagai kerajaan termasuk menafikan UMNO sebagai nadi penggerak dalam usaha kemerdekaan Negara

tragedi-13-mei-salah-perkauman-rasis-cina-dap-gerakan-pilihanraya-pembangkang-nafi-sejarah

Penolong Ketua Penerangan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara, Nurul Izham Anuar berkata, UMNO merupakan penggerak utama dalam jentera politik kemerdekaan ini.

"Orang Cina di bawah Persatuan Cina Malaya (MCA) pada 1948 dan India di bawah Kongres India Malaya (MIC) pada 1951, menyertai perjuangan bersama iaitu Malaya untuk orang-orang Malaya. Mereka bergabung membentuk Perikatan sebelum Pilihan Raya Umum Malaya pertama pada 1955.

Dalam kata lain, kepimpinan UMNOlah yang menjadikan integrasi kaum menjadi satu kenyataan, semangat setiakawan pemimpin UMNO, MCA, MIC yang tinggi dan erat inilah menjadi asas menuntut kemerdekaan," ujarnya mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang meminta kerajaan BN berhenti menyebarkan propaganda politik melalui penyelewengan sejarah termasuk dalam sukatan pelajaran Sejarah di peringkat sekolah.

Tambahnya, ini adalah bukti jiwa besar dan peranan utama UMNO sebagai pejuang ke arah kemerdekaan Negara, menafikan sejarah menjadi bukti kurangnya semangat negarawan pembangkang yang membangkitkan isu semata-mata untuk menjatuhkan dan memburukkan UMNO sebagai kerajaan yang berjaya membetulkan ketidakseimbangan ekonomi dan kestabilan antara pribumi dan kaum bukan Melayu melalui dasar kerajaan sejak merdeka.

laporan-mageran-tragedi-13-mei-may-report-kerajaan-malaysia-rasmi-fakta-buku

Dalam masa yang sama, ADUN Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, Steven Sim Chee Keong buta sejarah.

"Kalau Zairil Khir Johari pun masih kabur tentang takrifan sebenar Melayu di Malaysia dan ingin merencanakan kembali pengertian sebenar Melayu Malaysia, adalah tidak menghairankan jika orang bukan Melayu juga ingin mentakrif kembali sejarah kewujudannya di negara ini.

Perjuangan DAP “Malaysia Malaysian” yakni Malaysia untuk semua, semua mesti samarata tidak pernah luput daripada agenda mereka," ujarnya yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Hulu Selangor

MTAEB Mampu Memberi Kesamaan Kepada Bumiputera

Posted: 11 Sep 2013 02:18 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 Sept – Langkah kerajaan untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera melalui beberapa inisiatif yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Majlis Tindakan Agenda Ekonomi Bumiputera, Sabtu ini sememang-memangnya ditunggu bagi memastikan kesaksamaan ekonomi di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Pensyarah Ekonomi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Datuk Dr Abdul Razak Omar menyifatkan apa yang bakal diumumkan itu adalah sebahagian daripada transformasi yang ingin dilakukan kerajaan seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri selepas mengambil tampuk kepimpinan negara daripada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Sudah pasti semua rakyat tertunggu-tunggu dengan pengumuman yang bakal dibuat oleh Perdana Menteri, berdasarkan laporan media kerajaan akan memperkenalkan beberapa inisiatif baru membolehkan adanya kesamaan kepada Bumiputera dengan kaum lain dalam pelbagai bidang termasuk peluang pekerjaaan sehingga di peringkat pengurusan di sektor swasta.

najib-umno-bn-pm-bursa-malaysia-naik-melonjak-lepas-pru

"Ini adalah suatu inisiatif kepada Bumiputera apabila bakal diberi peluang untuk bersama berada di peringkat pengurusan tertinggi di sektor swasta, walaupun ketika ini ada di kalangan Bumiputera yang menjawat jawatan penting di sektor swasta namun jumlah berkenaan adalah kecil dan diharap dengan inisiatif yang diumumkan ia dapat memberi lebih banyak ruang untuk Bumiputera berada bersama dalam membuat keputusan atau dasar pada sesuatu syarikat," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai pengumuman yang bakal dibuat oleh Perdana Menteri untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera pada Majlis Tindakan Agenda Ekonomi Bumiputera yang akan diadakan di UiTM, Shah Alam Sabtu ini yang dihadiri oleh pelbagai peringkat lapisan rakyat.

Dr Abdul Razak berkata, telah banyak usaha dilakukan oleh kerajaan untuk membantu Bumiputera, walaupun terdapat peningkatan dalam pembabitan serta pencapaian kaum terbabit namun ia boleh belum dikatakan berada dalam tahap membanggakan terutama membabitkan bidangan ekonomi serta korporat jika disbanding dengan kaum lain.

"Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk memastikan pembabitkan kaum Bumiputera sehingga 30 peratus dalam pelbagai bidang terutamanya ekonomi masih belum dapat dicapai, walaupun berjaya melahirkan ramai usahawan sehingga mampu ke peringkat antarabangsa namun jumlahnya masih kecil.

"Dengan adanya inisiatif baru ini, ia diharap dapat meningkat jumlah pembabitan Bumiputera sejajar usaha kerajaan untuk mencapai stutus negara maju pada Thun 2020 nanti," katanya.

Menurutnya, memberi peluang lebih ramai Bumiputera berada di peringkat tertinggi dan pembuat keputusan dalam sektor swasta antara inisiatif yang bakal diumumkan adalah satu pendekatan yang memberi ruang ke arah kesesamaan dalam apa jua bidang kepada rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Dasar Komprehensif Galak Penglibatan Bumiputera Dalam Ekonomi Diumum Tidak Lama Lagi – Najib

Posted: 11 Sep 2013 12:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan dasar komprehensif untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi tidak lama lagi.

Beliau menyatakan demikian menerusi status terbaharu dalam akaun Twitter.

najib-umno-bn-pm-bursa-malaysia-naik-melonjak-lepas-pru

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengumuman mengenai dasar-dasar itu akan dibuat Sabtu ini.

Menurutnya antara perkara yang bakal disentuh Perdana Menteri ialah pembangunan modal insan, pemilikan ekuiti dan hartanah oleh Bumiputera.

Dalam satu lagi Tweet, Najib yang juga Menteri Kewangan berharap pelaburan untuk projek Taman Biopolimer Kertih (KBP) dapat membangunkan industri bioteknologi negara.

“Saya berharap KBP juga akan mengukuhkan ekonomi Malaysia,” katanya.

Pihak berkuasa Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menjangka KBP dapat menarik pelaburan bernilai RM7 bilion menjelang 2015.

KBP ialah kompleks bio-penurasan generasi kedua yang terbesar di Asia dan kewujudannya menjadikan Malaysia perintis dalam bidang bioteknologi.
\

Terengganu Inc Bayar Dividen RM20.2 Juta Kepada Enam Agensinya

Posted: 11 Sep 2013 12:43 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 11 Sept – Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc.) akan membayar dividen RM20.2 juta kepada enam agensinya dalam tempoh terdekat.

Syarikat pegangan pelaburan utama negeri Terengganu itu membuat pembayaran itu kepada Lembaga Tabung Warisan Negeri Terengganu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Yayasan Terengganu, Yayasan Islam Terengganu (YIT), Yayasan Pembangunan Keluarga dan Menteri Besar Diperbadankan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Wan Ahamad Wan Muda berkata pembayaran tersebut merupakan komitmen syarikat itu kepada agensi di bawahnya untuk melaksanakan agenda mereka.

“Agensi berkenaan kemudiannya akan menyalurkan dividen itu kepada rakyat Terengganu yang layak mengikut peranan agensi terbabit untuk memastikan kebajikan rakyat Terengganu terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wan Ahamad, dividen tersebut akan disalurkan melalui pelaksanaan projek-projek yang dikenal pasti mengikut peranan dan fungsi agensi terbabit.

Menurutnya sehingga kini nilai aset bersih Terengganu Inc. melalui pelaburan dalam anak syarikat, syarikat bersekutu dan lain-lain pelaburan di dalam sektor perladangan, minyak dan gas, hartanah, pelancongan serta hospitaliti, berjumlah RM987 juta.

Beliau juga berkata syarikat itu sedang merangka Pelan Strategik Lima Tahun dengan unjuran nilai aset bersih meningkat kepada RM2 bilion, atau peningkatan 20 peratus setahun.

“Bagi menjayakan rancangan itu, Terengganu Inc. bercadang menceburi projek-projek berpotensi yang menghasilkan pulangan yang tinggi dan lumayan, selain pelaburan strategik,” katanya.

85 Peratus Mesyuarat UMNO Cawangan Wilayah Persekutuan Selesai

Posted: 10 Sep 2013 11:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Sept -Sebanyak 85 peratus daripada 607 cawangan UMNO di Wilayah Persekutuan selesai mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee berkata baki 10 peratus pula dijangka dapat menyelesaikan mesyuarat mereka bila-bila masa.

“Secara keseluruhan semuanya baik. Kami sedia maklum mesyuarat cawangan mesti berakhir pada 15 Sept ini dan kami yakin proses tersebut akan terus berjalan lancar dan diselesaikan pada minggu ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

raja-nong-chik-muhyiddin-tengku-adnan-syed-ali-wilayah-umno-bn

Difahamkan ada beberapa cawangan tidak mempunyai anggota atau kepimpinan yang lengkap (tidak cukup korum) dan perlu mengadakan semula mesyuarat mereka sebelum layak memilih pucuk pimpinan UMNO bagi penggal 2013/14.

Syed Ali berkata ada beberapa perkara kecil berbangkit ketika mesyuarat seperti bantahan, mengadu tidak mendapat jemputan, nama tiada dalam senarai dan sebagainya namun menyifatkan ini perkara biasa dan sering terjadi di mana-mana mesyuarat cawangan.

Syed Ali berkata bagi pemilihan di peringkat bahagian, semua calon yang ingin bertanding dikehendaki mendaftarkan permohonan di Dewan Tun Razak Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 8 pagi hingga 5 petang pada 21 Sept.

“Ini melibatkan keseluruhan bahagian Parlimen (dalam Wilayah Persekutuan) kecuali Labuan,” katanya yang turut memberitahu Wilayah Persekutuan mempunyai 13 bahagian UMNO.

Katanya pemantau mesyuarat cawangan dan bahagian UMNO yang dilantik bagi memastikan perjalanan mesyuarat mengikut peraturan akan menghantar laporan mereka ke peringkat pusat selepas mesyuarat selesai diadakan.

Pada pemilihan Oktober ini, kira-kira 140,000 anggota UMNO di peringkat akar umbi dari 191 bahagian akan memilih presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 25 anggota Majlis Tertinggi.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...