Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Suami Potong Hidung dan Telinga Isteri Sebab Curang?

Posted: 11 Sep 2013 10:20 AM PDT


Perlakukan manusia kadang diluar batas seperi yang dialami gadis ini dipotong hidung dan telinganya ini, sungguh kejam dan tidak berperikemanusian langsung. Inilah pengakuannya,

"Rasanya seperti ada air sejuk di hidungku, kubuka mataku, tapi aku tak boleh melihat apa apa, kerana semuanya berdarah!" Ia tidak mempunyai hidung dan telinga kerana dihiris oleh anggota Taliban di Afghanistan sebagai hukuman kerana meninggalkan suami.

Pejabat berita AFP akhirnya mendapat melaporkan Aisha meninggalkan suami dan kembali ke rumah orang tuanya kerana tak tahan dengan perlakukan kasar suami.

Namun berita masih simpang siur apakah kerana suaminya memang ahli taliban dan TIME membesarkan cerita kononnya ia kekejaman Taliban terhadap anggotanya? Tapi yang pasti hanya Aisha yang tahu dan mengalami penderitaan ini.

Apakah ini propaganda barat?


McTheory:
Kemungkinan besar.. hmm

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!

P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

HOT! Hati-Hati Ada Hantu Raya Dalam Bangunan KUIN!! #KedahAmanMakmur

Posted: 10 Sep 2013 09:15 PM PDT


Semalam Mc dihubungi sahabat dalam KUIN. Katanya KUIN sekarang dah aman damai. Buat kerja pun tak payah nak fikir gaji bila nak masuk. Sebab hujung bulan saja, gaji dah tentu masuk. Baru rasa yakin dalam diri.

Cuma, sekarang ni, ada dua tiga ekor hantu raya yang masih berdendam dengan Kerajaan negeri sekarang sedang membuat 'onar' dalam KUIN. Membalas dendam cara lembut dan makan dalam. Mereka ini masih memegang jawatan tertinggi dan berhak untuk mengubah staff ke sana dan kesini.

Bila ditanya kenapa ubah staff sana-sini. Mereka hanya menjawab, itu arahan kerajaan negeri. Bila mereka buat salah atau lakukan sesuatu yang staff KUIN tak suka. Mereka hanya menjawab 'arahan dari kerajaan negeri'.

Hinggakan pada satu ketika, mereka membuat kesimpulan dihadapan staff, Kerajaan negeri 'dulu' lagi bagus dari kerajaan negeri sekarang. Sebenarnya itulah perancangan mereka untuk menyakitkan hati staff, sambil menyalahkan kerajaan negeri sekarang.

Cuba bayangkan jika doktrin ini dicucuk dari sekarang hinggalah 4 tahun akan datang. Rasanya dari sakit, boleh jadi kanser, disebabkan orang macam nilah nama kerajaan negeri akan busuk, seterusnya mewujudkan dendam kepada kerajaan negeri.

Mc harap Kerajaan negeri Kedah berhati-hati dengan keadaan ini. Mereka ni teruk, mereka ni dahsyat, jika perlu, Mc akan dedahkan siapa dan muka mereka satu per satu.


McTheory:
Orang bagi kerja, tak terima kasih, lagi nak tikam belakang..

INFO! Polis memberi 14 Kumpulan Gelap yang aktif!!

Posted: 10 Sep 2013 06:32 PM PDT


Polis Pulau Pinang sedang memburu kira-kira 1,200 anggota 14 kumpulan kongsi gelap yang aktif di sekitar negeri itu.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata mereka termasuk anggota lima kumpulan yang tidak berlogo. Baru-baru ini polis mendedahkan sembilan kumpulan kongsi gelap yang berlogo.

"Berdasarkan siasatan kita, lima kumpulan terlibat ialah Pneh, Ji Lam Che, New Sell 20, Ang Kim Leng dan Sio Sam Ong," katanya pada sidang media, di sini.

Mengenai Ops Cantas yang dilancarkan 17 Ogos seramai 233 orang ditahan dan 47 daripadanya disiasat menurut Akta Pencegahan Jenayah 1959.

Katanya polis turut merampas 164 senjata termasuk empat pucuk pistol daripada suspek yang ditahan itu.


Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!

P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...