BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! FILEM #TANDAPUTERA !!! ISU SAMAN 13 MEI !!! ZAINUDDIN MAIDIN MEMBELASAH LIM KIT SIANG KAW-KAW !!!
- EKSKLUSIF !!! LEPAS #PRU13 !!! APA LAGI BLOGGER MAHU DARI KERAJAAN DI BAWAH PM @NAJIBRAZAK ??? INI JAWAPANNYA !!!
- BONGKAR !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! MATLAMAT COMANGO UNTUK HAPUS ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DIDEDAHKAN !!!
- HOT NEWS !!! GAY MELAYU BANGGA KONGSI GAMBAR DI FB !!! INI SEMUA SALAH AMBIGA !!!
Posted: 11 Sep 2013 08:30 AM PDT Sebagai seorang bekas wartawan yang berjaya dalam politik,Lim Kit Siang (LKS) sewajarnya memahami posting saya (3 September 2013 : Patutlah Tanda Putera Haram dan Jijik Di sisi Lim Kit Siang dan Anaknya) yang memberikan implikasi beliau bertanggungjawab menyebabkan penyokong-penyokong DAP menghalau orang Melayu balik kampung sehingga mencetuskan rusuhan 13 Mei.Sebagai seorang pemimpin yang cukup berpengaruh,beliau tidak semestinya tidak dapat berfikir bahawa trajedi itu boleh berlaku sekalipun beliau bertanding di Melaka dan tidak berada di Kuala Lumpur.Apa yang saya maksudkan ialah kejadian itu adalah accumulative dari tindakan,ucapan dan kenyataan demi kenyataan pemimpin-pemimpin DAP yang bersifat instigate,agresif dan provokatif dalam mempromosikan konsep Malaysian Malaysia yang diwarisi dari PAP. Hal ini telah membakar perasaan rakyat Malaysia dan menyebabkan mereka merasa terancam dan tidak lagi selamat berada di bawah Perlembagaan Persekutuan.Jika LKS mahu melihat semua ucapannya yang bersifat demikian,boleh saya tunjukkan kerana ada dalam simpanan saya.Kemuncaknya adalah pendarahan negara dari rakyat tidak berdosa.Walaupun Lee Kuan Yew gagal dalam mencapai hasratnya semasa dalam Malaysia tetapi sekam yang dibakarnya akhirnya telah marak menyala dan memberikan kejaayan besar kepada DAP dan Gerakan dalam pilihanraya 1969 sehingga kerajaan terpaksa meminda akta hasutan untuk menyelamatkan MCA dan MIC dari menjadi lemah kerana terpaksa berada di pihak kerajaan atau UMNO untuk mempertahankan Kontrak Social dan Perlembagaan Persekutuan (Lim Kit Siang sila baca The Reluctan Politician oleh Tun Ismail muka 237). Langkah LKS untuk mengambil tindakan saman terhadap Utusan Melayu dari masa ke semasa dan khususnya kali ini terhadap saya sebenarnya meneruskan perbuatan yang diperkenal dan dirintis Lee Kuan Yew terhadap media Malaysia untuk menutup suara demokrasi rakyat. Dalam tahun 1964 beliau menginisiatifkan saman terhadap Utusan Melayu kerana sebuah berita menuduhnya komunis (Utusan terpaksa meminta maaf dan juga membayarnya sebanyak 85.0000 dollar) dan beberapa tahun kemudiannya setelah Singapura keluar dari Malaysia, dia menyaman pula akhbar The Star.Jika tidak silap ingatan saya Star membayarnya RM 300,000.Budaya mengancam dan mengugut untuk menutup mulut media dan rakyat menerusi tindakan undang undang inilah yang diimport oleh DAP dari Singapura.Jika LKS yakin tindakan saman boleh menegakkan kebenaran maka terserahlah kepada beliau tetapi keyakinan manusia tidak boleh dihapuskan dengan saman dan sejarah juga tidak boleh diputarbelitkan dengan kemenangan di mahkamah.Sesungguhnya saya amat tersinggung dengan tuduhan palsu Lim Kit Siang bahawa kecaman saya terhadapnya bertujuan mencari populariti atau mahu mendapatkan undi besar dalam pemilihan MKT UMNO tidak lama lagi.Saya tidak bertanding apa apa jawatan pun. LKS menyamakan saya dengan Dr. Fuad Zakarshi yang masih aktif dalam UMNO. Saya anggap ini sebagai suatu usaha untuk mencemarkan nama saya kerana sejak bersara saya tidak lagi mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan politik UMNO di peringkat cawangan,bahagian atau pun Pusat.Saya cuba sedaya upaya untuk hidup dengan kemuliaan sebagai wartawan bebas dengan bantuan wang persaraan dan penulisan.Untuk pengetahuan LKS,saya tidak memegang sebarang jawatan dalam UMNO,kerajaan atau mana-mana koporat atau syarikat perniagaan kecuali menjadi Karyawan Tamu kepada Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Universiti Utara Malaysia (IPDM UUM). Saya tidak berminat dalam politik kecuali menjadi pemerhati dan penulis politik dan lain-lain dan saya sedang menulis buku " Saya Bukan Menteri" untuk IPDM.Jika Lim Kit Siang mahu menyaman saya maka saya bercadang untuk mengambil Karpal Singh sebagai peguam saya jika dia mahu memberikan khidmat secara percuma kerana saya percaya dalam keadaan apa pun dia berpegang kepada prinsip-prinsip demokrasi. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 11 Sep 2013 05:00 AM PDT saya minta maaf kepada anda artikel ini panjang sikit.ini kerana saya melihat ramai blogger yang suka sangat menghentam PM.apa yang anda nak sebenarnya ??? adakah PM tak berikan apa yang rakyat mahu.apa pun saya ceritakan dari mula sampai habis.satu jerr saya nak beritahu,walau apapun terjadi saya tetap menyokong usaha PM untuk negara.Setelah mengalami 'kejutan' dalam PRU-13 lalu,BN terus mengharungi berbagai cabaran dalam usaha meneruskan pemerintahan.Sejurus selepas PRU,BN perlu berhadapan dengan serangan dari pembangkang dalam bentuk demonstrasi dan fitnah yang tidak kunjung henti.Bagaimanapun,setelah beberapa ketika,serangan pembangkang semakin reda.Kalau adapun,ianya tidaklah sehebat mana,malah jelas terlihat seolah-olah ia hanyalah usaha untuk mengalih perhatian.Sebaliknya,apa yang berlaku ialah BN menghadapi serangan dari pihak penyokong sendiri.Serangan yang pada mulanya berupa persoalan,semakin hari semakin hangat sehingga mencetuskan ketegangan sama ada sesama blogger.Akhir-akhir ini,serangan dari penyokong BN telah mencapai tahap tertinggi iaitu terus kepada Perdana Menteri dan mereka-mereka di sekeliling beliau.Jika diteliti,serangan dari pihak penyokong BN ini bermula sejak barisan kabinet diumumkan lagi.kepada pembaca Badut Rakyat terutama Umat Islam dan Kaum Melayu tolong baca sampai habis. Jelas,ramai yang tidak berpuas hati dengan barisan kabinet yang menyenaraikan muka-muka yang pernah menjadi kontroversi.Semakin hari,serangan semakin hebat sehingga hampir mengaburi segala kebaikan dan pencapaian BN sepanjang pemerintahan Datuk Seri Najib.Untuk berlaku adil,rakyat harus menilai kepimpinan tanpa terbawa-bawa dengan emosi.Di masa yang sama,kepimpinan juga perlu berlaku adil dengan mengambilkira resah hati rakyat tanpa terbawa-bawa dengan ego dan juga kepentingan diri.Sehingga ke hari ini,saya tidak dapat menafikan bahawa Datuk Seri Najib telah melakukan begitu banyak perubahan dan kebaikan kepada rakyat dan negara.Antaranya : · 11 Julai 2009 – Mengumumkan penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia. · 7 Jan 2010 – Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1. · 31 Jan 2010 – Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta. · 28 Jan 2010 – Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan. · 19 Feb 2011 – Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing. · 22 Jun 2011 – Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia · 7 Okt 2011 – Memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah yang kni menjadi inisiatif tahunan · 4 Julai 2011 – Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) · 7 Julai 2011 – Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 · 7 Julai 2011 – Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara. · 19 Dis 2011 – Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara,1Malaysia TV. · 18 Feb 2012 – Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng,Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang. · 23 Jun 2012 – Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral. · 24 Jun 2012 – Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi. · 7 Julai 2012 – Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti. · 14 Julai 2012 – Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat. . 7 Ogos 2012 – Memperkenal kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera. · 28 Sept 2012 – Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas. · 12 Nov 2012 – Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara. · 15 Feb 2013 – Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima. · 16 Mac 2013 – Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. · 28 Sept 2012 – Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat. · 15 Dis 2012 – Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). · 23 Feb 2010 – Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar. · 23 Feb 2010 – Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak. · 25 Mac 2013 – Meluluskan tuntutan Dana Pencen,imbuhan tetap perumahan,pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS). · 25 Okt 2010 – Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP). · 11 Jan 2011 – Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion. · 7 Okt 2011 – Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti. Program-program yang disenaraikan di atas adalah yang melibatkan rakyat secara langsung.Walaupun kelihatan begitu banyak sekali,tetapi entah kenapa masih terdapat rungutan di kalangan rakyat,terutama bumiputera yang merasakan diri mereka dipinggirkan oleh kerajaan.Rakyat,terutama bumiputera yang menyokong BN,mempersoalkan kerajaan kerana tunduk kepada desakan pembangkang untuk menghapuskan Akta Pencegahan dan Keselamatan Dalam Negeri sekali gus membebaskan tahanan terus ke dalam masyarakat.Keputusan ini ternyata salah apabila kadar jenayah meningkat secara drastik.Sikap beberapa anggota kabinet yang angkuh,samseng dan tidak beretika turut menambah keraguan rakyat terhadap kerajaan.Apatah lagi apabila rakyat telah terlebih awal melihat perlantikan mereka sebagai satu kesilapan.Justeru,terbentuklah persepsi bahawa kerajaan tidak punya kredibiliti,takut kepada pembangkang dan tidak mendengar suara rakyat. Akibatnya,setiap satu yang dilakukan kerajaan semuanya diragui kerana rakyat telah memutuskan bahawa kerajaan hanya mementingkan pembangkang dan minoriti selain menjaga kepentingan sendiri dan nampaknya, setakat ini,masih tiada penjelasan yang mampu memulihkan persepsi negatif ini.Pengumuman pengurangan subsidi minyak baru-baru ini dilihat bagaikan simbahan petrol ke atas api yang sedang membara.Rakyat kini mula memperinci keputusan kerajaan dari segi ekonomi.Kejatuhan ringgit,kelembapan pasaran,penurunan kadar eksport,pelaburan asing yang tidak menggalakkan dan sebagainya diambil sebagai bukti bahawa kerajaan tidak cekap.Walaupun pada dasarnya rakyat turut menyalahkan pembangkang kerana sering memburukkan Malaysia sehingga menyebabkan pelaburan asing jatuh tetapi alasan ini masih tidak mampu mengurangkan marah mereka terhadap kerajaan.Bagi rakyat,alasan pelaburan asing semata-mata adalah tidak cukup bagi menjelaskan keadaan ekonomi Malaysia yang semakin merudum.Rakyat tertanya-tanya,sejak bila Malaysia perlu bergantung kepada pelaburan langsung asing semata-mata ??? Di mana projek-projek yang mampu menjana ekonomi negara ??? Kenapa tidak dimantapkan ekonomi domestik ??? Dan ke manakah dilaburkan hutang yang menjulang tinggi itu ??? Secara ringkasnya,rakyat tidak melihat sesuatu yang signifikan dalam usaha menjana ekonomi.Lebih menyukarkan lagi ialah apabila rakyat turut maklum akan kewujudan begitu ramai konsultan dan pakar-pakar yang membantu dan menasihat kerajaan dalam urusan pentadbiran negara.Persoalan yang menerjah minda mereka tentulah,apa gunanya semua konsultan dan pakar jika mereka tidak mampu membawa negara ke arah kecemerlangan sebaliknya semakin hari semakin menjunam,semakin merudum dari segala segi ??? Namun,apa yang benar-benar membuat rakyat marah ialah apabila mengetahui bahawa semua konsultan dan pakar-pakar,termasuk dari luar negara itu dibayar berjuta-juta ringgit dalam keadaan ekonomi semakin merosot.Justeru,rakyat mula membandingkan Malaysia di kala menjadi Harimau Asia tidak memerlukan konsultan asing tetapi hanya bergantung kepada kepakaran anak Malaysia yang berpengalaman dan telah terbukti berjaya,untuk membantu kerajaan.Keadaan bertambah buruk apabila rakyat mengetahui bahawa beberapa individu yang terlibat menasihat dan membantu kerajaan, mempunyai latarbelakang yang diragui iaitu cenderung menyokong pembangkang. Malah ada juga yang mempunyai kehidupan peribadi liar,yang tidak sepatutnya bagi seorang yang terlibat dalam rahsia negara.Akibatnya,rakyat tidak dapat mengelak dari terus meragui kerajaan apabila membayangkan bagaimana individu seperti itu mempunyai akses kepada maklumat sulit serta strategi keselamatan negara.Mengambil mudah persepsi rakyat adalah satu risiko yang BN tidak mampu tangani.Dalam era teknologi maklumat ini,tiada apa yang menjadi rahsia lagi.Untuk pengetahuan pembaca Badut Rakyat,senario di syarikat-syarikat milik kerajaan atau GLC turut menyumbang kepada persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan.Apa yang berlaku dengan MAS-Air Asia sehingga kedua-duanya perlu membayar denda RM10 juta menguatkan persepsi ini.Malah,di laman-laman sosial,rungutan dari mereka yang berkait dengan GLC cukup lantang memperkatakan tentang permainan halus untuk menyingkir para nasionalis dari jawatan atasan.Rakyat kini memerhatikan apa yang berlaku di Petronas dengan dekat.Tindakan kerajaan melantik personaliti yang mempunyai imej buruk di mata rakyat sebagai peneraju syarikat-syarikat yang berkait dengan kerajaan pula seolah-olah ingin membuktikan bahawa semua persepsi rakyat itu benar belaka. Kecenderungan tunduk pada desakan pembangkang,keputusan yang berunsur liberalis iaitu mementingkan keterbukaan pasaran yang keuntungan golongan kaya,memujuk golongan miskin dengan BR1M yang tidak memberi apa-apa makna dalam persaingan ekonomi yang semakin sengit,perlantikan personaliti kontroversi ke kabinet dan GLC serta ketiadaan projek yang signifikan untuk menjana pendapatan menjadikan rakyat memandang kerajaan dengan pandangan yang sinis sekali.Pengurangan subsidi hanyalah 'alat kawalan jauh' bagi sebuah bom jangka.Perit untuk diakui bahawa segala konsultan untuk membina dan memulihkan imej,memperkenalkan slogan, 'branding' atau 'rebranding' yang bernilai berjuta-juta,telah akhirnya memburukkan lagi imej kerajaan.Walaupun kerajaan berjanji tidak akan meminggirkan bumiputera biar apapun berlaku, namun persoalannya, bagaimanakah kerajaan mengatasi persepsi buruk yang telah terpahat kuat ini ??? Rakyat inginkan bukti, bukan janji.Rakyat ingin melihat hasil,bukan persembahan 'powerpoint' yang hebat.Rakyat ingin melihat 'kerja' bukan 'politik'.Hentikan tindakan melantik seseorang atau berbuat sesuatu atas alasan politik.saya ingin melihat BN memerintah selama-lamanya,bukan sehingga PRU-14 sahaja.Akhir sekali,inilah diingatkan bahawa jika subsidi dikurangkan lagi tanpa terlebih dahulu mengatasi persepsi buruk ini,maka BN pasti akan mengalami mimpi ngeri dalam PRU-14 nanti.itu pandangan saya.kepada blogger tak perlu lagi nak hentam PM.berilah cadangan yang terbaik.anda nampak tak saya beri cadangan dan padangan ??? adakah saya menghentam PM ??? adakah saya menggunakan kata kotor ??? saya cerita berdasarkan apa yang rakyat lihat.saya yakin PM akan memberikan keutamaan kepada kaum Melayu dan Islam di Malaysia.kepada PM,semua ini cadangan saya.kepada pembaca Badut rakyat,adakah anda nak lepas PRU-14 nanti pembangkang menang dan tiba-tiba lepas 2 tahun semua perlembagaan hilang serta kristian akan dijadikan Agama rasmi ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 10 Sep 2013 10:00 PM PDT tu diaaa.satu lagi kejadian telah berlaku dan saya akan dedahkan di mana DAP nak jugak malaysia di bawah pemimpi yang beragama kristian jadi PM.wahai rakyat Malaysia yang belah pembangkang,anda tak sedar kerr ??? Gabungan NGO Malaysia telah mengadakan satu taklimat pada 11 Julai 2013 yang lalu bagi Proses UPR (COMANGO) dipengerusikan oleh Tian Chua dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO,antaranya Hak Asasi Manusia,Majlis Peguam,SOGI atau Sexual Orientation and Gender Identity yang memperjuangkan LGBT dan lain-lain lagi.Malaysia bakal menjalani proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis hak Asasi Manusia PBB pada 24 Oktober 2013 di Geneva,Switzerland.Proses ini akan menentukan tahap komitmen Malaysia terhadap Hak Asasi Manusia mengikut syor yang dikemukakan oleh Negara-negara PBB pada UPR pertama pada tahun 2009. Secara dasarnya,Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan hak asasi manusia di tempat yang cukup tinggi.Hanya di Malaysia kita melihat semua agama mendapat ruang yang cukup besar dari segi pembangunan tempat ibadah. Hanya di Malaysia,anda melihat kaum minoriti diberi hak ke atas sekolah berasingan serta bebas mempunyai akhbar sendiri,mengamalkan bahasa ibunda masing-masing sehingga mengabaikan Bahasa Kebangsaan.Hanya di Malaysia juga,anda melihat kaum minoriti 'berkuasa' menekan dan mencabar kaum majoriti,malah mengejek dan mempersenda kerajaan dan Raja-raja secara terbuka tanpa dikenakan apa-apa tindakan.saya rasa hanya satu saja yang harus kerajaan buat.iaitu mengadakan undang-undang agar yang mengejek Raja-Raja dan menghina agar dilucutkan warganegara.Di Malaysia,masalah hak asasi sebenar seperti buruh kanak-kanak atau diskriminasi wanita dalam pendidikan dan pekerjaan,tidak menjadi isu langsung.Pendek kata,semua manusia 'normal' di Malaysia bebas mengamalkan hak masing-masing dengan batas-batas tertentu agar tidak melanggar perlembagaan dan juga hak asasi orang lain sesuai dengan ketamadunan manusia. Justeru,meletakkan Malaysia di bawah pemantauan COMANGO merupakan sesuatu yang meragukan dan keraguan ini terjawab apabila melihat isu-isu yang ditimbulkan di dalam Deraf Laporan COMANGO.Antara isu yang menjadi perhatian COMANGO ialah isu LGBT atau SOGI.COMANGO menuntut penghapusan seksyen 377A Kanun Kesiksaan dalam undang-undang Malaysia berhubung salah laku liwat serta menuntut hak dan kebebasan kepada golongan LGBTIQ.COMANGO juga menuntut penghapusan peruntukan-peruntukan berkaitan kesalahan mengikut undang-undang syariah yang memberi rujukan negatif terhadap permasalahan moral yang dilihat sebagai 'hak peribadi' (Perkara 9.1 dan 9.5 DLC) yang timbul dari kedudukan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memposisikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Enakmen-enakmen berkaitan kesalahan-kesalahan Syariah. Selain itu,dalam taklimat yang sama,COMANGO dilihat cuba memberi tekanan ke atas kes penggunaan nama 'Allah' oleh The Herald Weekly yang masih di peringkat Mahkamah Rayuan.Secara ringkasnya,semua permasalahan yang dikemukakan oleh COMANGO adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan agama Islam.Ini memperlihatkan bahawa COMANGO sengaja mengenepikan hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam di mana kedudukan Islam telah pun tertulis secara jelas di dalam perlembagaan.Persoalannya,kenapa baru hari ini Malaysia perlu berhadapan dengan tuntutan-tuntutan sebegini ??? Jawapannya ialah kerana umat Islam di Malaysia semakin lemah sehingga membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mencabar dan menentang.Keadaan menjadi sebegitu buruk apabila parti PAS yang merupakan pihak yang dahulunya paling 'keras' melaungkan Islam dan menentang sebarang bentuk keterbukaan kini turut bersekongkol dengan musuh-musuh Islam. Bagi memelihara 'pakatan' mereka,PAS telah menunjukkan sifat yang pasif dalam menentang usaha memurtadkan umat Islam dan berdolak dalih dalam mempertahankan kalimah 'Allah' dari disalahgunakan oleh bukan Islam.Parti UMNO yang menjadi tonggak kerajaan bagaikan keseorangan dalam mempertahankan Islam di negara ini. Dalam keadaan di mana tekanan diterima dari seluruh pelusuk termasuk dari dalam barisan kerajaan sendiri akibat lantikan mereka-mereka yang mempunyai 'idea' yang terbuka mengenai Islam, maka pertahanan UMNO juga semakin goyah. Melalui COMANGO, musuh-musuh Islam melancarkan serangan mereka untuk memastikan Malaysia tidak lagi menggunapakai undang-undang yang berteraskan Islam.Bagi mereka Islam adalah satu masalah besar dan perlu dihapuskan kerana ia tidak menepati citarasa mereka yang ingin mengamalkan kebebasan tanpa syarat dan had. Umat Islam di Malaysia tidak mungkin dapat menahan asakan mereka selama-lamanya sekiranya kita terus berpecah belah.Oleh itu,PAS yang mewakili jumlah umat Islam yang signifikan di negara ini wajib meletakkan pendirian yang jelas dalam memilih untuk berada di pihak mana, iaitu sama ada bersama parti yang membela Islam yakni,UMNO atau bersama parti yang tegar berjuang untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta menyanjung pluralisme iaitu DAP dan PKR.Selagi PAS bersama DAP dan PKR,selagi itulah PAS merupakan rakan subahat untuk menghancurkan Islam di negara ini.Sesungguhnya,PAS tidak wajar menggunakan nama Islam jika ingin terus berpimpin tangan dengan DAP dan PKR tetapi di masa yang sama mengharapkan UMNO sendirian berhadapan dengan asakan COMANGO.UMNO nak bersama dengan PAS,tapi PAS pulak tak nak.siapa yang rugi ??? disamping UMNO memperjuangkan kaum melayu UMNO juga memperjuangkan Islam seperti Kalimah Allah.PAS ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! GAY MELAYU BANGGA KONGSI GAMBAR DI FB !!! INI SEMUA SALAH AMBIGA !!! Posted: 10 Sep 2013 07:00 PM PDT Semakin lama semakin berani golongan gay Melayu menunjukkan belang mereka di mata dunia,lapor mynewshub,terbaru sepasang gay dengan bangganya mengakui orientasi songsang mereka di laman Facebook."Penulis percaya perkara sebegini bukanlah baru terjadi,namun diharapkan budak-budak generasi sekarang cepat-cepat kembali ke pangkal jalan yang benar.Tidak terlambat rasanya untuk berubah, yang penting tetapkan hati dan segera bertaubat agar kesilapan sama tidak berulang di kemudian hari.Lagipun tiada faedahnya menjalinkan hubungan sejenis kerana perbuatan itu dilaknat Allah SWT serta Nabi tidak mengaku umat jika mengamalkan cara hidup sebegitu,"kata Audrey Lee dari mynewshub. ANDA NAK LAGI ??? UNTUK SELANJUTNYA APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment