Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Bila kita Mati Suasana dalam kubur!

Posted: 20 Sep 2013 08:35 AM PDT


Bagaimana Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur ? | Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama "Munkar" dan yang satulagi disebut dengan nama "Nakir", (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:"Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud:

Mereka bertanya kepadanya: "Apa yang engkau pernah sembah?" Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: "Aku menyembah Allah!" Kemudian ia ditanya lagi: "Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: "Siapa Tuhanmu?" Ia menjawab: "Tuhanku ialah Allah!" Mereka bertanya lagi: "Apa agama mu?" Ia menjawab: "Agamaku ialah Islam!" Mereka bertanya lagi: "Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?" Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: "Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!"

Mereka berkata kepadanya: "Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian"; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga". "Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: "Tidurlah!" Lalu ia berkata: "Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?"

Dua Malaikat itu berkata kepadanya: "Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: "Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak". Lalu dua Malaikat itu berkata: "Memang kami tahu engkau berkata demikian"; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka". Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya."

SUMBER

HOT INFO! Pandangan Doktor Mengenai Muka Terbaru Anwar!

Posted: 20 Sep 2013 12:12 AM PDT



Setelah ramai orang tertanya-tanya, apa yang Anwar buat keatas mukanya tu. Suntikan botox atau plastik surgery? 

Nampaknya Dr MiM, mengulas perubahan muka Anwar dari sudut perubatan.

Baca ulasan dari Dr MiM,

MiM telah ditanya dari segi perubatan tentang perubahan wajah Anwar Ibrahim baru-baru ini. Apakah benar veteran tua berumur 66 tahun memakai botox, vitamin C collagen dan sebagainya?

Untuk tidak menghampakan mereka yang bertanya, MiM akan terangkan.

Di bawah adalah beberapa angle muka Anwar yang terbaru :



Kita bandingkan pula dengan beberapa foto Anwar sebelum ini :




Jika dibuat perbandingan :
1. Muka Anwar berisi sedikit dan tidak cengkung seperti orang sakit sebelum ini.
2. Pigmentasi di pipi Anwar sebelum ini sudah 'hilang'.
Pigmentasi adalah perkara biasa yang dihadapi oleh veteran tua seperti Anwar Ibrahim. Tetapi ianya boleh diatasi atau dikurangkan jika mendapat rawatan facial menggunakan ubat-ubatan dan produk kecantikan.

Dan memang benar, suntikan botox boleh menghilangkan kedut dan menegangkan kulit wajah orang tua tetapi untuk sementara waktu sahaja. Bagaimana pun, suntikan vitamin C dan kolagen adalah untuk memperbaiki sel-sel kulit dan boleh juga mencerahkan kulit.

Plastic surgery? Tempoh recovery adalah lebih lama.

Satu lagi perkara ialah rambut Anwar sentiasa hitam walau pun sudah veteran tua berumur 66 tahun. Anda tentu tahu sebabnya.

Di bawah adalah jawapan Anwar bila ditanya tentang perubahan wajah beliau. Sila baca printscreen di bawah :

Madu dan senyuman hehe - jawapan Anwar Ibrahim




Alahai ..............

HOT! Mukhriz Bertanding Kerana Tun Mahathir? #MM4VP #BeraniBerubah

Posted: 19 Sep 2013 08:20 PM PDT


ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kehadiran beliau dalam politik negara bukan bertujuan untuk mewujudkan dinasti bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tetapi kerana minat beliau sendiri.

Katanya malah beliau pernah disekat daripada melibatkan diri dalam politik oleh bapanya ketika Dr Mahathir memegang tampuk kepimpinan negara dan Umno.

"Kalau benar beliau hendak wujudkan dinasti, awal-awal lagi semasa zaman beliau presiden parti dan perdana menteri (keempat) selama 22 tahun, beliau boleh menarik abang saya, (Datuk) Mokhzani dan saya untuk didedahkan kepada politik dan pentadbiran kerajaan.

"Saya akui "bin" saya memang menarik perhatian. Ia juga menaikkan saya ke satu imej tertentu kerana beliau (Tun Dr Mahathir) menjadi pemimpin untuk tempoh yang lama dan beliau masih ada sokongan yang tinggi. Saya seronok dapat meneruskan apa yang beliau perjuangkan tetapi saya ada idea-idea saya sendiri," katanya pada sidang media selepas mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Beliau mengumumkan hasratnya itu pada majlis memperkenalkan calon-calon dari Kedah bagi pemilihan Umno di peringkat pusat di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon di sini, Khamis. Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah berkata ketika ini sudah ada di kalangan rakyat dan perwakilan Umno yang mula menilai keupayaan beliau sendiri untuk mentadbir dan memikir strategi demi kelangsungan parti.

Sementara itu, katanya beliau akan mengisi borang untuk bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Jerlun pada pemilihan bahagian itu setelah diberi laluan oleh penyandang Datuk Abu Hasan Sarif.

"Datuk Abu Hasan maklumkan saya bukan bertanding tetapi penyerahan jawatan daripada beliau kepada saya. Kami (Umno Kedah) percaya penuh kepada perpaduan kerana menerusi perpaduan kami memenangi semula negeri ini. "Beberapa daripada "kawasan" kami, saya akui wujud sedikit perpecahan sebelum ini tetapi menjelang pilihan raya umum lepas kami berjaya menyelesaikannya, dan mengenepikan semua perbezaan pendapat dan berjuang sebagai satu barisan bersepadu dan ianya membuahkan hasil," katanya. -BERNAMA


HOT! Suntikan Penawar Dari Kedah Bakal Meremajakan UMNO! #MM4VP #Suraya4NKW #Sabrina4NKP3 #BeraniBerubah

Posted: 19 Sep 2013 06:36 PM PDT



Semalam Mc tak sempat nak ulas keadaan di Majlis Pengumaman calon dari Kedah yang mahu bertanding ke jawatan UMNO pusat. Sudah tentu pengumuman paling penting ialah dari Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah sendiri Dato Paduka Mukhriz Tun Mahathir.

Umno Kedah bawa 3 calon yang akan bertanding Naib iaitu Datuk Mukhriz sendiri bertanding Naib Presiden, YB Datuk Suraya Yaacob bertanding Naib Ketua Wanita Umno dan YB Datin Sabrina Azizan bertanding Naib Ketua Puteri Umno.

Manakala 3 calon untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi UMNO. Datuk Jamil Khir, Datuk Seri Mahadir Khalid dan Dato Azeez Rahim.

Turut menawar diri ialah Ustazah Masyitah dan Shahanim bertanding Exco Wanita UMNO.

Disamping majlis semalam turut didatangi oleh saudara Akhramshah, pemuda yang mahu mencabar jawatan Ketua Pemuda UMNO yang sekarang ini akan dipertahankan oleh KJ.




https://www.facebook.com/Sabrina4NKP3M

Demi untuk meremajakan UMNO, wujudkan transformasi, menambahbaikan UMNO dari dalam. UMNO Kedah menyuntik penawar terbaik untuk diserapkan dalam UMNO Pusat.

Bukan yang lama tidak bagus, tetapi yang baru akan bergandingan dengan yang lama dan akan jadi lebih bagus lagi dari biasa.

McTheory:
Anda bersedia untuk #BeraniBerubah?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...