House PK

House PK


PANAS WEI! PENJELASAN KU NAN TENTANG INSIDEN DIA PRINCE COURT HOTEL - MESTI BACA

Posted: 26 Sep 2013 06:00 PM PDT

Merujuk kepada artikel The Unspinners disini, aku diberitahu pada malam tersebut Ku Nan bercakap sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan bukan sebagai Setiausaha Agung. Ini kerana pada 9hb Sepetember yang lepas semua wkil dalam wilayah tellah diberitahu yang mereka kena sokong 3 calon Naib Presiden yang sedia ada.

Masa tu Dato Mukhriz belum pun isytihar yang dia akan bertanding sebagai Naib Presiden. So sebab itulah Ku Nan tetap pertahan seperti yang telah diputuskan sebelum ini. Itulah penerangan ringkas yang diterangkan kepada aku mengenai insiden tersebut.

Aku tak rasa Ku Nan nak tolah Mukhriz macam tu aje, lagipun Ku Nan dan tun M mempunyai hubungan yang baik sejak sekian lama, takkan la dia nak penaya anak Tun M kan? Aku pun tak percaya. Bagi aku mudah je, biarlah demokrasi memainkan peranan. Biarlah ahli UMNO menilai sendiri.

Tak payah nak paksa-paksa siapa yang perlu disokong. Lagipun aku percaya ahli UMNO dah cukup matang untuk pilih pemimpin yang baik dan boleh membawa UMNO ke tahap yang lebih tinggi lagi. Pemimpin lemah dan takde pendirian perlu dinyahkan dari UMNO.

Tak perlu la kita nak serang Ku Nan ataupun sesiapa lagi. Just tumpu pada mana-mana calon yang kita suka. Lagi satu aku masih tak berapa faham dengan peraturan baru pemilihan UMNO kali ini, khabarnya tak boleh nak promo calon melalui media baru mahupun mana-mana media. Can I know why?

Kepada sahabat-sahabat blogger dibawah naungan Tun Faisal, aku harap korang bersabar dan jangan la serang parti, Presiden mahupun Timbalan Presiden. Perkara ini peru dibincang dengan baik. Kita cari jalan penyelesaian. RBF Online ada penjelasan baik. KLIK SINI

Ini semua adalah rezeki, kita manusia mampu merancang hanya Allah yang menentukan. Aku faham akan kekecewaan korang tapi bersabarlah ya sahabat-sahabat sekalian. Aku harap penjelasan ringkas aku ni memadai. 

Lagipun kalau bising banyak-banyak nanti ianya akan berbalik pada ketua yang membuat penggubalan undang-undang baru pemilihan kan? Tau kan siapa yang lead? Bos Tun Faisal Hisham sendiri yang membuat benda ni. Itu aje, jangan marah ya ikhlas aku cakap ni..


LAPORAN HAJI PERAK TODAY - JEMAAH HAJI MALAYSIA DIAKUI PALING BERDISIPLIN!

Posted: 26 Sep 2013 04:00 PM PDT

Pihak pengurusan Tabung Haji (TH) sememangnya layak menerima pujian di atas kemampuan dan kejayaannya mengendalikan jemaah haji Malaysia dengan begitu baik sekali.

Menurut pemilik bangunan yang disewa TH di Makkah, Bakr Saeed Nashwan, jemaah haji Malaysia adalah yang terbaik dan paling berdisplin jika dibandingkan dengan jemaah dari negara lain.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan TH yang diketuai Datuk Syed Saleh Abdul Rahman.

Perjumpaan itu antara lain bertujuan membincangkan beberapa isu isu penting berkaitan aspek pengurusan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada jemaah haji di Makkah.

Bakr Saeed turut mendoakan agar jemaah Malaysia sentiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat untuk melakukan ibadah dan melengkapkan rukun-rukun haji.

Tahun ini, kira-kira 22,320 jemaah Malaysia akan menunaikan ibadah haji bulan depan.

Baca seterusnya di Perak Today

TUN M, MB KEDAH DAN MB PERAK ANTARA YANG HADIR DI PENGKEBUMIAN JENAZAH USTAZ AZIZAN RAZAK!

Posted: 26 Sep 2013 06:19 AM PDT

Hari ini hari yang menyedihkan dengan berita pemergian mantan Mb Kedah Ustaz Azizan Razak. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Aku nak kongsi dengan korang artikel yang aku ambil dari Medan Tempur Kedah kat bawah ni:



Jenazah Allahyarham Tan Sri Ust Azizan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena dekat sini kira-kira 5.30 petang.

Jenazah Azizan yang dibawa dari Masjid Nurul Ihsan, Jalan Langgar dekat sini tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 4.50.









Antara yang hadir mengiringi jenazah di tanah perkuburan itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Walau kita berbeza ideologi, namun dalah hal kematian pemimpin dari kesemua parti boleh bersatu. Cuma agak terkilan sikit sebab tak nampak Nik Aziz dan Hadi. Mana mereka pergi? YB-YB PAS juga tidak kelihatan. Takpe la, what goes around comes around..

Korang jugak boleh baca sini kenyataan DS Zambry mengenai Azizan Razak.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...