UMNO Online - “Suaram Usah Berselindung Di Sebalik Topeng NGO Untuk Jayakan Agenda Asing” plus 9 more |
- Suaram Usah Berselindung Di Sebalik Topeng NGO Untuk Jayakan Agenda Asing
- EPF Launches Campaign To Encourage Members To Name Next-Of-Kins For Their Savings
- Dana Yahudi Untuk Laksana Hudud?
- Kemampuan Bank Negara Pantau Kemasukan Dana Asing Yang Meragukan Dipersoal
- Kawasan TPM Bukan Tiket Pemuda UMNO Pagoh Peluk Tubuh
- Risda Intends To Expand Investment In Myanmar, Laos
- Rakyat Lihat Pas Makin Jadi Lebai Malang…
- Tiada Tol Dikenakan di EDL – PM
- Perubatan Islam Di Bawah RUU Perubatan Tradisional & Komplementari 2012
- Ceramah Burukkan BN Pasal Rasuah Dengan Naik Jet Mewah Rasuah
Suaram Usah Berselindung Di Sebalik Topeng NGO Untuk Jayakan Agenda Asing Posted: 24 Sep 2012 04:22 AM PDT KUALA LUMPUR 24 Sept – Pembabitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi alat kepada pembangkang bukan sesuatu yang baru malah sejak dahulu lagi mereka akan melakukan apa sahaja untuk memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin negara. Ketua Wanita UMNO Bahagian Subang, Halimathon Saadiah Bohan berkata, pembabitan NGO pro pembangkang bukan sahaja di dalam negara malah mereka turut membabitkan diri memburukkan kerajaan dan pemimpin negara di luar bagi memberikan imej buruk Malaysia di luar negara. “NGO ini sudah lama melakukan kerja-kerja begini, malah sehingga melakukan apa sahaja seperti isu pembelian kapal selam Scorpene dan cuba membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila isu berkenaan tidak mendapat perhatian. “Yang menjadi persoalannya, di manakah mereka mendapat dana sebanyak itu untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan termasuk mengupah penyiasat luar negara untuk membawa isu pembelian kapal selam itu di mahkamah Perancis,” katanya kepada UMNO-Online hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu pembiayaan dana asing kepada NGO di negara ini dengan niat untuk memburuk- memburukkan kerajaan. Halimathon berkata, di mana letaknya perjuangan NGO seperti Suaram yang kononnya memperjuangkan isu-isu kemanusiaan tetapi membiarkan diri mereka menjadi alat kepada pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim untuk merealisasikan cita-cita peribadinya. “NGO sebegini sebenarnya bukanlah pejuang rakyat sebaliknya menjadi dalang yang sememangnya sengaja untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada kerajaan. Apakah mereka ini harus dibiarkan begitu sahaja, tindakan tegas perlu diambil supaya apa yang berlaku sekarang tidak terus berleluasa. “Seperti juga himpunan Bersih, kita juga hairan bagaimana mereka mampu mengeluarkan belanja besar untuk menaja orang ramai untuk menyertai himpunan itu. Mereka ini gunakan nama NGO tetapi sebenarnya menjadi tali barut kepada orang asing yang sememangnya ingin melihat kehancuran Malaysia seperti apa yang berlaku di Timur Tengah,” katanya. Menurutnya, rakyat negara ini tidak harus mudah untuk terpengaruh dengan mana-mana pihak yang kononnya berjuang atas nama NGO tetapi mereka itu adalah pengkhianat negara. NGO terbabit pada mulanya berjuang untuk rakyat tetapi terpedaya dengan pembiaya asing yang juga bertopengkan nama NGO tetapi mempunyai agenda tersendiri terhadap negara . -MediaUMNO |
EPF Launches Campaign To Encourage Members To Name Next-Of-Kins For Their Savings Posted: 24 Sep 2012 03:52 AM PDT KUALA LUMPUR, Sept 24 – The Employees Provident Fund (EPF) is launching another campaign to boost awareness among contributors to name their next-of-kin (inheritors) for their savings from today until Oct 19. The campaign involved using newspapers and radio, promotions at service counters and EPF’s Calls Management Centre, official Facebook and Twitter (KWSPBuzz) sites, said EPF’s Public Relations General Manager Nik Affendi Jaafar. “The message of the campaign this time reminds members on the importance of naming their next-of-kin as a reflection of love for their families and the difficulties of dependents when death takes place. “As such, it is very important for members who have yet to name their next-of-kin to do so quickly,” he said in a statement, here, today. He said members could nominate anyone but were advised to name their closest relatives such as their spouses and children. “For Muslim members, the next-of-kin only acts as administrator who is responsible for distributing the savings under Faraid law (Islamic Law of Inheritance). Nik Affendi also said members should name their next-of-kin when they were healthy to avoid any attempts at cheating by certain quarters seeking to influence the decision of members when they were unwell. Members needed to fill up the EPF 4 form and send it personally to the closest EPF branch to nominate their next-of-kin, he added. |
Dana Yahudi Untuk Laksana Hudud? Posted: 24 Sep 2012 03:26 AM PDT Setelah segalanya terbongkar, SUARAM kini tidak lagi dapat menafikan bahawa pertubuhan itu menerima dana dari NED dan OSI yang diterajui Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros yang mempunyai matlamat yang sama iaitu menjatuhkan kerajaan berdaulat untuk digantikan dengan pemimpin boneka pilihan mereka. Di masa yang sama juga Pakatan Rakyat (PR) pula tidak mampu menafikan bahawa begitu ramai pemimpin-pemimpin mereka yang menjadi peneraju SUARAM. Maka terbuktilah bahawa PR dan SUARAM adalah satu dan jika SUARAM menerima dana asing maka ia juga bermakna bahawa PR yang menerima dana asing. Kerana itu, kita melihat PR, sama ada PKR, DAP mahupun Pas sama-sama melatah dan gelabah apabila SUARAM didedahkan sebagai agen asing dan bakal berhadapan dengan undang-undang. Pantas, laman-laman web, portal serta blog-blog dan media rasmi PR bertungkus lumus cuba membela SUARAM dan meremehkan soal penerimaan dana asing. Kononnya, dana asing perlu bagi membolehkan sesuatu pertubuhan bergerak bebas, tidak terikat dengan agenda tertentu serta berani membongkar kemungkaran kerajaan. Namun, PR tidak mampu menjelaskan apakah tujuan pihak asing menyumbang dana kepada mereka? Apakah agenda atau matlamat yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu PR dengan sumbangan dana yang begitu banyak saban tahun? Tidak mungkin pihak asing tidak mengharapkan apa-apa balasan atau keuntungan atas sumbangan atau pelaburan yang dibuat. Sebenarnya, tidak sukar untuk membaca agenda asing puak Yahudi Zionis atau dewa kapitalis si George Soros. Agenda mereka ialah menguasai sumber dan ekonomi negara, melemahkan pegangan agama Islam di kalangan umat Islam serta menyebarkan cara hidup liberal serta fahaman plural yang bebas dan tiada batasan. Agenda mereka ini boleh dilihat dengan jelas dengan memerhati ke mana arah aliran wang yang disumbangkan mereka di seluruh dunia dan juga tulisan-tulisan di media-media yang ditaja mereka. Jelas sekali bahawa pihak inilah yang menjadi tunjang perjuangan LGBT selain dalang kejatuhan Mesir, Libya, Syria, Tunisia dan banyak lagi negara-negara lain. Seperti yang kita sedia maklum, keadaan di negara-negara yang berjaya dijatuhkan mereka bukannya semakin baik tetapi rakyat semakin menderita apabila ekonomi musnah dan terpaksa berhadapan dengan ancaman keganasan yang tiada kesudahan yang tercetus oleh kemarahan dan tidak puas hati di kalangan rakyat sendiri akibat penderitaan yang berterusan.
Ketidakstabilan ini lambat laun akan mengundang penjajahan secara langsung atau tidak langsung oleh pihak asing tadi dan inilah yang ditunggu-tunggu mereka. Justeru, rakyat Malaysia perlu faham bahawa segala sumbangan pihak asing kepada PR melalui SUARAM atau yang sewaktu dengannya seperti BERSIH, adalah membawa agenda dan matlamat yang sama. Kita pasti DAP dan PKR cukup maklum akan agenda asing ini dan mereka tidak punya masalah untuk 'menyesuaikan' diri dengan liberalisme mahupun pluralisme. Yang kita tidak pasti ialah sama ada saudara-saudara kita di dalam Pas benar-benar kurang arif, kabur atau sememangnya tidak peduli lagi berkenaan dana dan agenda asing tersebut. Harakahdaily memaparkan tulisan Aspan Alias yang cuba mengalih isu SUARAM dengan membangkitkan soal Altantuya dan rasuah dalam pembelian kapal selam. Kononnya, kerajaan berada dalam keadaan 'mandi tak basah dan tidur tidak lena'. Namun, tulisan Aspan yang 'malu-malu' untuk menyebut mengenai SUARAM menerima dana dari Yahudi dan George Soros, dengan sendirinya membuktikan bahawa PR yang sebenarnya berpeluh-peluh cemas. Kes Altantuya serta pembelian kapal selam telah lama dijawab oleh kerajaan dengan konsisten dan terperinci serta jawapan tersebut juga adalah selari dengan apa yang dikemukakan oleh pihak Perancis, iaitu polis dan juga mahkamah. Yang tidak konsisten dan sentiasa berubah ialah kenyataan dan tuduhan SUARAM, termasuk akuan bersumpah dan artikel berkenaannya yang ditulis oleh para penulis pro-PR. Akhirnya, penipuan SUARAM telah pun terdedah luas, dan motif serta dalangnya juga sudah terbongkar. Maka, bola kini berada di kaki Aspan atau PR, bukan kerajaan. Pembaca kini tertanya-tanya, kenapa Aspan mengelak dari mengulas mengenai dana asing? Oleh kerana kita telah mengenepikan PKR dan DAP dalam membicarakan soal agenda musuh Islam, maka persoalan seterusnya ditujukan kepada Pas, iaitu kenapa Harakahdaily menyiarkan artikel Aspan tersebut? Apakah kerana Pas tidak peduli lagi serta benar-benar percaya bahawa 'wang dari darah umat Islam' yang disumbangkan oleh Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros mampu membantu mereka memerintah Malaysia, menegakkan agama Allah serta melaksanakan hudud? Apakah kedudukan 'halal-haram' menerima wang dari sumber yang jelas haram kerana datang dari musuh yang menindas, membunuh dan merampas tanah umat Islam? Apakah semua itu tidak penting lagi, sepertimana slogan yang dibanggakan Pas iaitu, 'Asal Bukan UMNO', maka Yahudi hatta syaitan pun tak apa? Mirza Mahamood |
Kemampuan Bank Negara Pantau Kemasukan Dana Asing Yang Meragukan Dipersoal Posted: 24 Sep 2012 02:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Sept – Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim berpandangan bahawa kemasukan dana asing ke negara ini adalah sesuatu yang baik jika ianya dalam bentuk pelaburan asing. Ujarnya lagi dana asing juga akan digunakan untuk tujuan pembangunan insan di bawah panji-panji United Nations (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) dan lain-lain pertubuhan yang diiktiraf. "Segala aktiviti ini sememang dipersetujui dan dipantau selain dipastikan ianya selaras dengan undang-undang serta budaya negara kita. Dalam isu ini, saya agak keliru dengan tahap kemampuan atau competency pihak Bank Negara Malaysia dalam pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang kita. “Kes terbaru melibatkan penyaluran dana asing kepada pertubuhan tidak berdaftar seperti Suaram menimbulkan beberapa persoalan yang agak merisaukan. Apakah Bank Negara sedar atau tidak tentang kemasukan dana berjuta-juta ringgit ini?," ujarnya mengulas kemasukan dana asing kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Suaram. Soalnya, jika Bank Negara tahu akan jenayah ini, kenapa sehingga hari ini belum ada apa-apa siasatan atau tindakan terhadap dalang-dalang ini? "Jika Bank Negara sememangnya tidak tahu akan jenayah ini, saya mendesak Kerajaan menubuhkan satu badan baru khusus menyiasat jenayah penyaluran sebegini kerana nyata pihak Bank Negara tidak mampu menjalankan tugas mereka menguatkuasakan Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA). “Penyaluran dana asing secara haram kepada golongan yang secara terang-terangan terlibat dalam gerakan anti-kerajaan adalah satu ancaman ke atas keselamatan negara kita. Ini bukan isu politik tapi isu keselamatan negara," tambahnya lagi. Tegas beliau lagi tindakan itu juga adalah satu gerakan subversif moden. “Ini dikatakan gerakan subversif kerana kegiatan sebegini telah terbukti menyebabkan huru-hara dan keruntuhan beberapa negara di Timur Tengah dan Afrika. Malah telah ada pertubuhan subversif yang berselindung di sebalik 'human rights' atau kebebasan yang telah diusir keluar dari Mesir dan juga Rusia. "Kita tidak perlu menunggu sehingga nasi menjadi bubur seperti di Mesir sehingga jalan-jalanraya kita dipenuhi rakyat yang diperdaya kuasa asing. Ini adalah satu ancaman keselamatan yang serius. Saya ingin mendesak agar pihak Bank Negara menjelas status sebenar kes-kes penyaluran dana asing secara haram ke dalam negara kita. “Saya pasti rakyat Malaysia mahu pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya. Hanya pengkhianat sanggup berdiam diri bila negara sendiri diancam anasir luar," ujarnya ketika ditemui di Lobi Dewan Rakyat petang tadi. -MediaUMNO |
Kawasan TPM Bukan Tiket Pemuda UMNO Pagoh Peluk Tubuh Posted: 24 Sep 2012 02:16 AM PDT PAGOH, 24 Sept – Pemuda UMNO Pagoh tetap konsiten melaksanakan gerak kerja dan pelbagai pengisian lain untuk golongan muda di kawasan berkenaan walapun ada tanggapan yang menyebut seolah-olah kawasan berkenaan kawasan selamat. Ketuanya Hj Ismail Mohamad berkata tanggapan itu bukanlah alasan untuk mereka berpeluk tubuh tetapi sebaliknya memberikan lebih semangat dan insprasi untuk terus merangka dan seterusnya melaksanakan yang terbaik demi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN). Menurut beliau Pagoh yang merupakan kawasan Timbalan Perdana Menteri, tentunya cabaran yang menanti lebih hebat dan atas dasar itulah mereka menjadi jambatan kepada penduduk setempat khususnya orang muda. "Kita bekerja dan terus berkerja…Tidak pernah timbul dan tidak pernah terfikir ini kawasan selamat kerana bagi Pemuda Pagoh tugas dan tanggungjawab kepada orang muda perlu dilaksanakan. "Sebab itulah pelbagai program dilaksanakan yang melibatkan golongan berkenaan…Contoh baru-baru ini kita adakan Gempak Pagoh@Merdeka 2012 ternyata menarik minat golongan tersebut. Inilah antaranya yang akan kita perhebatkan lagi. Dari jentera Pemuda pula insyaallah semuanya berada dalam siap siaga dan hanya menunggu siren sahaja," katanya. Mengenai tumpuan pembangkang yang kini menghalakan ke negeri selatan tanah air itu, beliau seterusnya berpendapat pembangkang boleh meracuni dengan pelbagai janji dan macam-macam lagi. Tetapi ujar beliau rakyat Johor boleh menilai dan membuat penilaian terbaik terhadap apa yang dibawa dan dijaja oleh parti pembangkang terbabit. "Bukanlah maksud saya untuk mendabik dada tetapi bagi saya secara peribadi, pembangkang boleh membawa apa sahaja, tetapi akhirnya keputusan terletak di tangan rakyat Johor. "Kita dah boleh tengok apa yang mereka bawa selepas diberi mandat pada pilihan raya umum 2008 yang lalu di beberapa negeri…Insyaallah….BN akan terus mendapat kepercayaan rakyat nanti," katanya. -MediaUMNO
|
Risda Intends To Expand Investment In Myanmar, Laos Posted: 24 Sep 2012 02:10 AM PDT ALOR GAJAH, Sept 24 – Rubber Industry Smallholders Development Authority (Risda) intends to expand its investment by developing rubber plantations in Myanmar and Laos. Its chairman Tan Sri Rahim Tamby Chik said the two countries were chosen as they have ample landbank with the potential to be developed into rubber plantation or undertake rubber replanting programmes. “The investment involve the supply of technology and sharing experience as well as disclosure of Risda’s rubber industry planting and replanting activities which has reached 40 years in the country,” he told reporters after launching the state level “Kasihi Pekebun Kecil” programme. He said the two-way cooperation is aimed at not only increasing investment opportunities and earnings, but also to foster solidarity and economic collaboration between Asean countries by assisting those countries to overcome poverty. Towards this end, he said Risda’s subsidiaries, Estet Pekebun Kecil Sdn Bhd (Espek) and Risda Plantation Sdn Bhd (RPSB), will organise a four-day visit to the two countries from Oct 15, 2012 to explore investment opportunities there. “The short visits are aimed at gathering information on the intiatives, the country’s rule of law, as well as our rights as an investor in order that the investment to be made are beneficial to both countries,” he said. In other development, Rahim believed that the plantation sector, particularly Risda, will be given focus and additional allocation in Budget 2013 which will be presented in Parliament on Sept 28. He said this is important to ensure that the development process in the plantation sector, which is now vibrant, is not halted. “I believe Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has planned a careful budget in the context of fulfilling the promise to maintain a good livelihood especially among smallholders in the march towards 2020,” he said. |
Rakyat Lihat Pas Makin Jadi Lebai Malang… Posted: 24 Sep 2012 02:07 AM PDT KUALA LUMPUR 24 Sept – Setelah rakan sekutu Pas dalam pakatan pembangkang iaitu DAP dan PKR dilihat seolah-olah cukup konsisten dan tegas menolak pelaksanaan Hudud, timbul persoalan hari ini apakah yang akan dijaja oleh Pas dalam usaha mendapatkan pengaruh dan simpati di kalangan umat Islam. Bertitik tolak daripada gugurnya istilah Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, ramai tertanya-tanya dan ada juga yang ragu-ragu akan prinsip sebenar Pas dalam membawa hala tuju politik mereka. Bagi Pendakwah Bebas, Ustaz Toharudin Yaakub perkara itu tidak dapat lari daripada menjadi bualan dan perhatian umum kerana masing-masing melibatkan prinsip dan perjuangan parti. Cumanya ujar beliau yang menjadi persoalan hari ini sejauh mana Pas akan membawa apa yang didendangkan sejak sekian lama menerusi gabungan ketiga-tiga parti pembangkang terbabit. "Nak bawa Negara Islam tidak ada pula dalam buku jingga… Dan polemik mengenai perkara itu masih berterusan di dalam gabungan mereka. DAP dengan pendirian mereka dan PKR pula dengan pendirian mereka. "Jadi betullah kalau ada yang menimbulkan persoalan apa lagi yang Pas akan bawa khususnya menjelangnya pilihan raya umum kali ini. Tidak pelik banyak lagi retorik yang akan timbul kelak" katanya kepada UMNO-Online hari ini. Ustaz Toharudin seterusnya menambah Pas akan terus bermain wayang dalam usaha memujuk serta memmpegaruhi rakyat untuk bersama dengan mereka. "Saya masih simpan buku yang bertajuk Negara Islam….Tetapi hari ini yang didendangkan adalah Negara Berkebajikan. Kenapa sekarang baru timbul.. Jadi kepada umat Islam, renung-renungkanlah apa yang sebenarnya. "Saya tidaklah mahu membuat sebarang andaian yang lebih, cumanya persoalan yang dibangkitkan cukup menarik untuk dikupas dan dijadikan penilaian sebenar terhadap prinsip dan perjuangan parti berkenaan," katanya. -MediaUMNO |
Tiada Tol Dikenakan di EDL – PM Posted: 24 Sep 2012 01:43 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Sept – Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada tol akan dikenakan di Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor Baharu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cadangan pengambilalihan EDL di Johor Baharu oleh kerajaan daripada pemegang konsesi sedia ada masih di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan. “Walau bagaimanapun, kepentingan semua pihak iaitu rakyat, pihak pemberi pinjam, syarikat konsesi dan kerajaan akan sentiasa dijaga dalam memuktamadkan sebarang cadangan,” kata beliau dalam jawapan bertulis kepada soalan Loke Siew Fook (DAP-Rasah) di Dewan Rakyat pada Isnin. Loke bertanyakan kos untuk kerajaan mengambil alih EDL di Johor Baharu daripada pemegang konsesi Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan kadar tol yang akan dikenakan. |
Perubatan Islam Di Bawah RUU Perubatan Tradisional & Komplementari 2012 Posted: 24 Sep 2012 01:40 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Sept – Kementerian Kesihatan bersetuju memasukkan amalan perubatan Islam di bawah Rang Undang-undang Tradisional dan Komplementari 2012 selepas perkara itu dipersetujui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan semua Jabatan Agama Islam Negeri. Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata notis pindaan menambah perubatan Islam dalam tafsiran rang undang-undang itu akan diberikan ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Isnin. “Sebelum ini, kita tidak masukkan perubatan Islam kerana tidak mendapat persetujuan Jakim tetapi sekarang sudah dipersetujui bukan saja Jakim malah Jabatan Agama Islam negeri. “Selepas ini, pengamal perubatan Islam termasuk bomoh perlu mendaftar menerusi majlis yang akan ditubuhkan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin. Terdahulu, beliau membentangkan Rang Undang-undang Tradisional dan Komplementari 2012 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat. Semalam, anggota parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang meminta kementerian itu mengambil kira perubatan Islam dalam rang undang-undang itu kerana perubatan moden dan Islam sama penting, di samping peningkatan pesakit yang beralih kepada kaedah perubatan Islam atau tradisional. Pengerusi Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), Mohd Fauzi Mustaffa juga melahirkan kebimbangan terhadap kelangsungan amalan itu terhadap masa depan terutama bagi merawat penyakit serta kes sihir yang semakin berleluasa. Di bawah rang undang-undang itu, Liow berkata pihaknya dengan kerjasama Jakim akan memantau proses pendaftaran pengamal perubatan sama ada Islam, tradisional Melayu, Cina dan India di bawah satu majlis yang akan ditubuhkan. Katanya pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang mengingkari arahan pendaftaran itu boleh dikenakan denda antara RM30,000 dan RM50,000 atau penjara dua tahun. Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Menteri Kesihatan itu berkata hampir 15,000 pengamal perubatan tradisional dan komplementari tidak akan terlepas daripada tindakan tegas sekiranya didapati menipu dan melanggar undang-undang berkenaan. Dalam pada itu, beliau berkata berikutan perkembangan pesat perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia dan antarabangsa, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah merangka strategi yang boleh digunakan dalam membangunkan perubatan tradisional dan komplementari di negara masing-masing. Katanya Kementerian Kesihatan juga telah melancarkan dasar kebangsaan dalam bidang perubatan tradisional dan komplementari yang menyatakan bahawa perubatan itu akan wujud bersama dengan perubatan moden dan akan disepadukan dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan bagi meningkatkan kesejahteraan dan tahap kesihatan rakyat. “Di Malaysia, permintaan terhadap perubatan ini semakin meningkat dan berkembang pesat dan pada masa sama kementerian menerima banyak aduan dari semasa ke semasa berhubung perubatan ini selain sering digemparkan dengan pelbagai berita dan peristiwa melibatkan pengamal perubatan ini,” katanya. Liow berkata rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Kompelementari 2012 digubal untuk memastikan amalan perubatan yang dijalankan di negara ini adalah selamat dan berkualiti untuk kesejahteraan rakyat. Setakat ini, 10 hospital kerajaan menjalankan program integrasi menawarkan perubatan moden bersama-sama dengan perubatan tradisional, iaitu Hospital Kepala Batas (Pulau Pinang), Hospital Sultan Ismail (Johor Baharu), Hospital Putrajaya, Hospital Sultanah Nur Zahirah (Terengganu), Hospital Duchess of Kent (Sandakan), Hospital Umum (Sarawak), Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar), Hospital Port Dickson, Hospital Sultanah Hajah Kalsom (Cameron Highlands) dan Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (Kota Baharu). |
Ceramah Burukkan BN Pasal Rasuah Dengan Naik Jet Mewah Rasuah Posted: 24 Sep 2012 01:19 AM PDT Sejak seminggu lepas banyak diperkatakan di blog-blog tentang Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya menggunakan sebuah jet eksekutif untuk ke Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah serta Sarawak untuk majlis ceramah pak-khatan rakyat pertengahan September. Perkara itu bukan cerita kosong kerana banyak gambar-gambar tersebar dalam internet yang mana sumber asal gambar tersebut dimuat naik oleh Tian Chua melalui akaun twitter. Tujuan Tian Chua memuat naik gambar itu tidak lain tidak bukan adalah untuk menunjuk rasa bangganya kerana dapat terbang dengan jet eksekutif. Tidak ubah seperti beruk yang mendapat bunga. Hari ini akhbar melaporkan kenyataan Tian Chua yang berkata pesawat tersebut adalah sebuah pesawat yang disewa. Manakala menurut sebuah blog yang penulisnya adalah orang yang agak rapat dengan Anwar Ibrahim, melalui tulisannya pada 18 September 2012 menyatakan pesawat tersebut dibekalkan oleh seseorang. Berikut adalah apa yang ditulis oleh Sayuti Omar melalui blog mso melayu, Khabarnya Anwar Ibrahim ketika turun ke Sabah dan Sarawak kemudian balik ke Kuala Lumpur dua hari lepas menggunakan jet peribadi. Jet itu dibekalkan oleh seseorang untuknya bagi memudah dan meringkaskan perjalanan beliau untuk menghadiri beberapa majlis parti di Sabah dan Sarawak. Tidak mungkin untuk Anwar menyewa sendiri jet berkenaan? Sudah pasti ada individu atau tokoh korporat yang menyediakan jet itu untuk Anwar. Siapa? Najib sebagai PM mendapat kemudahan itu dan ini menjadikan pergerakannya cepat. Apa yang mungkin berlaku penyediaan jet kepada Anwar itu oleh mereka yang simpati dengan perjuangan Anwar. Mereka tidak tergamak untuk melihat Anwar naik turun AirAsia atau kapal terbang Mas yang meletihkan. Mereka juga pastilah orang yang menyokong dan mengharapkan Anwar akan jadi PM. Dari sudut lain kemurahan hati mereka yang menyediakan jet berkenaan mungkin kerana dia sudah merasai bahawa selepas ini Anwar akan jadi PM. Dengan perkembangan di Sabah dan Sarawak boleh meruntuhkan UBN dan kerajaan akan datang dari Pakatan Rakyat. Sayuti Omar menulis perkara tersebut pada 18 September, kira-kira 2 hari selepas Anwar menggunakan jet eksekutif tersebut, dan ketika perkara itu belum menjadi isu dalam dunia cyber. Setelah menjadi isu Tian Chua mula memusingkan cerita dengan mengatakan pesawat itu disewa. Dalam hal ini saya yakin Sayuti juga telah terlepas tulis perkara berkenaan. Atau mungkin Sayuti sengaja menulisnya kerana dia kecewa tidak dapat turut serta dalam rombongan Anwar untuk menaiki jet berkenaan. Tidak tahu berapa lama lagi tulisan tersebut akan bertahan di blog MSO Melayu. Mungkin akan dibuang selepas ini kerana bimbang akan mencetuskan isu yang lebih besar. Sama-sama kita tunggu dan lihat…. Jika membaca apa yang ditulis Sayuti seperti yang saya gunakan tulisan tebal dan gariskan diatas, terang-terangan terbukti Anwar Ibrahim telah menerima rasuah lebih awal sebelum dia menjadi PM. Jika sebelum menjadi PM dan sebelum berkuasa dia telah menerima rasuah, cuba anda bayangkan jika dia menjadi PM kelak dengan memiliki segala kuasa penuh di tangannya, tidakkah lebih teruk rasuah yang akan dilakukannya ? Terbang ke Sabah dan Sarawak berceramah untuk mengeji BN melakukan rasuah , penyelewengan dan bla…bla…bla…bla….Apa lagi mahu cerita jika diri sendiri pun dibawa ke Sabah dan Sarawak dengan penerbangan rasuah. rbfonline.net |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment