Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT! Courts Mammoth Pecat Pengarah, Kerana Peluk Islam?
- PANAS DARI SIDANG DUN KEDAH!! Dendam Phahrolrazi Terhadap Ustaz Azizan TETAP MEMBARA!! #KedahAmanMakmur
- PANASS!! Nasib Baik BN Jadi Kerajaan Negeri Kedah, Kalau Tak? Pelajar KUIN Sila Tengok!! #KedahAmanMakmur
- PANASS!! Pas Kedah Rembat Duit?! Kos Seorang Pelajar KUIN Pindah Ke Kuala Ketil RM8000? #KedahAmanMakmur
- HOT! Pemuda UMNO Sekarang Dah Tak 'Bertelur' Macam Dulu!! @KhairyKJ #PemilihanUMNO
HOT! Courts Mammoth Pecat Pengarah, Kerana Peluk Islam? Posted: 27 Aug 2013 08:37 AM PDT | ||||||||||||
Posted: 27 Aug 2013 06:12 AM PDT Isu KUIN menjadi pendebatan paling hangat didalam Sidang Dun negeri Kedah ni. Tapi dalam banyak-banyak perkara yang terjadi, tingkahlaku Phahrolrazi dalam Sidang Dun amat menarik perhatian. Nampaknya dendam Pharolrazi terhadap Tan Sri Azizan Razak masih lagi berkesumat. Walaupun Tan Sri Azizan sudah kudung kedua-dua belah kaki dan sudah tidak mampu untuk buat comeback lagi dah dalam dunia politik Pas Kedah. Namun itu semua langsung tidak menjadi alasan untuk Phahrolrazi merasa simpati kepada Tan Sri Azizan Razak. Dalam sidang DUN Kedah pagi tadi, Phahrolrazi telah mengejutkan semua wakil rakyat Pas apabila Phahrolrazi secara selamba meminta semua pihak berhenti daripada mempolitikan isu KUIN, dan Phahrolrazi juga meminta Kerajaan Negeri supaya mengeluarkan kertas putih bagi menceritakan secara detail mengenai isu KUIN, seperti siapa yang bertanggungjawab, kenapa dan mengapa masalah di KUIN terjadi. Saranan yang dibuat oleh Phahrolrazi ini jelas menunjukkan yang Phahrolrazi mahu membalas dendam kepada Tan Sri Azizan Razak, kerana Tan Sri Azizan Razak dan bekas rektor KUIN si Jamil la yang bertanggungjawab merosakkan KUIN, malah dalam sidang DUN Kedah kali ini,wakil-wakil rakyat Pas yang pro Tan Sri Azizan mahu menggunakan isu KUIN untuk menghentam Kerajaan BN Kedah, tapi nampaknya Phahrolrazi yang meminta isu KUIN ditamatkan serta meminta kerajaan keluarkan kertas putih bagi isu KUIN dimana nama Tan Sri Azizan Razak pasti akan tertulis sebagai antara makhluk-makhluk perosak yang merosakkan KUIN. Dahsyat sungguh permainan politik si Phahrolrazi ni, hehehe.. cuba meletakan kesalahan Pas Kedah terhadap KUIN 'kesemuanya' terhadap Tan Sri Azizan. Selamatlah exco Pelajaran Dato Tajul masih waras dan tidak melayan permintaan si Phahrolrazi, kalau tak teruk lagi la orang tua tu kena. Kenapalah, si Phahrolrazi ni tak puas hati lagi terhadap Tan Sri Azizan? Orang Tan Sri Azizan taknak kata apa-apa ka? McTheory: Ini jenis dendam sampai mati ni.. dasatt.. | ||||||||||||
Posted: 27 Aug 2013 12:16 AM PDT
Sepatutnya pelajar KUIN perlu berterima kasih kepada Kerajaan BN sekarang, kerana Kerajaan BN Kedah telah menyelamatkan pelajar KUIN dari diperah habis-habisan oleh Pas Kedah. Sebelum kerajaan BN merampas Kedah dari pimpinan Pas, Jamil dan semua ahli lembaga pengarah telah menghantar permohonan kepada KPT untuk menaikkan yuran kursus pengajian pada 13 julai 2012 untuk kemasukan bulan September 2013. Permohonan tersebut telah diluluskan oleh pihak KPT pada 10 Ogos 2012. Maknanya, kika Pas berjaya mengekalkan kuasa mereka di Kedah pada PRU ke 13 yang lepas, bermakna pelajar pelajar baru akan menerima kenaikan yuran pengajian sehingga 200%. Tak percaya? Rujuk lampiran dibawah
Mampukah pelajar KUIN teruskan pengajian dengan bayaran yuran sedemikian? Pelajar KUIN taknak terima kasih pada Kerajaan BN kerana menyelamatkan keadaan? Giloo betul puak Pas ni.. Lagi baca kos transfer seorang pelajar RM8ribu ke KUIN Kuala Ketil! KLIK SINI McTheory: Bersyurkurlahh.. | ||||||||||||
Posted: 26 Aug 2013 08:28 PM PDT Nampaknya adun-adun Pas Kedah, sudah tersilap langkah, hasrat depa nak serang Kerajaan BN sekarang dalam isu KUIN nampaknya hancur lebur apabila peluru yang mereka lancarkan pagi tadi sudah terkena kepala sendiri. Ada adun Pas mempertikaikan kenapa pembinaan asrama di Kuala Ketil dihentikan. Menjawab soalan demikian, Adun Tanjung Dawai kata, kontraktor yang hentikan pembinaan tu sendiri kerana mengikut kronologi, pada zaman Pas tandatangan kontrak dulu, yang luluskan kontrak hanyalah mantan MB, mantan CEO KUIN dan Pengarah KBSB Sdn Bhd. Kontrak ditamatkan selepas KUIN tidak menandatangani perjanjian PFI yang telah didesak oleh KBSB kepada KUIN dulu. Mereka hanya menerima perjanjian seperti mana dipersetujui secara bersama semasa pemerintahan Azizan. Bermakna pembinaan bermula tanpa apa-apa perjanjian dan hanya dua orang saja yang tahu. Tiba-tiba bila Kerajaan negeri baru, KBSB mendesak untuk membuat perjanjian, sedangkan kerajaan sekarang tidak tahu apa-apa kerana tiada perjanjian yang sah! Sebab tu kontrak dihentikan! Teruknya Pas buat kerja dulu, buat bangunan tanpa perjanjian dan detail kontrak, kalau runtuh bangunan tu, nak salah siapa? Pas pertikaikan kenapa Kerajaan BN Kedah sekarang memindahkan pelajar balik ke Mergong dari Kuala Ketil, kerana ia melibatkan kos yang tinggi! Adun Tanjung Dawai jawab, Kos penempatan dan pemindahan yang dilakukan oleh Kerajaan BN sekarang masih kecil jika nak dibandingkan dengan Pas dulu, sebab Pas dulu membelanjakan RM12.5 juta hanya untuk memindah 1500 pelajar KUIN ke Kuala Ketil. Pehh.. mahainya kos pindah, sampai juta-juta. Kalau 12.5 juta tu dibahagikan kepada 1500 pelajar KUIN. Bermakna seorang pelajar KUIN yang dipindahkan tu, boleh dapat RM8000 seorang! Perghh.. kos pindah zaman Pas dulu, hanya nak ke Kuala Ketil saja sampai RM8000 seorang? RM8000 tu boleh beli tiket flight ke London tauu! Patut la zaman Pas dulu takdak duit, rupanya depa dok buat kerja rembat duit macam ni!! McTheory: Kita sambung sidang dun selepas ni.. banyak lagi benda panasss | ||||||||||||
HOT! Pemuda UMNO Sekarang Dah Tak 'Bertelur' Macam Dulu!! @KhairyKJ #PemilihanUMNO Posted: 26 Aug 2013 07:14 PM PDT
Walaupun kita dah nak masuk bulan September, tapi Mc tak rasa langsung bahang pemilihan untuk Pemuda UMNO Malaysia. Tak kisah la peringkat mana pun, malah sampai sekarang masih tidak ada orang berani nak cabar KJ. Mc tau KJ sekarang Menteri KBS, dan popularitinya sedang naik. Tapi dia pun tak sempurna, masih banyak kelemahan pada Pemuda UMNO. Mc tak rasa KJ mampu membaiki kelemahan pada Pemuda UMNO, sebab kalau dia mampu, dah lama KJ buat. Perkara yang Pemuda UMNO sekarang, tak mampu buat, Pertama. Untuk tarik sokongan orang muda bersama UMNO. Bukan sebagai ahli parti, tapi sebagai penyokong. Ada ke? Berapa kerat? Kedua. Menangkan saluran orang muda untuk bantu BN menang pada PRU ke14. Sebab PRU ke 13 kita ditolak! Ketiga. Pemuda UMNO kalahkan Pemuda Dap untuk mendaftarkan belia sebagai pengundi baru. Sedangkan masih 1 juta belia melayu masih belum daftar. Belia cina, Pemuda Dap sapu bersih!! Keempat. Pemuda UMNO sekarang masih gagal membawa masuk belia sebagai ahli UMNO. Terlalu banyak sebab dan remeh untuk golongan pemuda profesional sertai UMNO. Kelima. Tiada seorang pun Pemuda UMNO yang mampu jadi hero bagi menyelesaikan masalah sosial, bila ada masalah melibatkan belia. Contoh, masalah rempit, pernah tengok Pemuda UMNO turun padang meninjau masalah? Bukan untuk lakukan tugas polis, tapi untuk ambil berat, dengar suara mereka, dengar apa yang mereka nak. Kalau tak berani turun jumpa budak rempit, Pemuda boleh turun ke shopping mall untuk dekati golongan remaja di sana. Macam-macam masalah ada, dekati dan ambil tahu. Barulah mereka ini akan kenal Pemuda UMNO sebagai satu entiti yang sememangnya mahu menjaga mereka. Ini tidak, bila jadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan atau Bahagian. Kembang dada, dongak muka rasa diri bagus. Apa layaknya kita sebagai Ketua Pemuda disesuatu kawasan, kalau pemuda-pemuda di kampung tu, kenal dan baik dengan kita pun tak. Ketua Pemuda yang 'syok' sendiri ke? Setiap tahun akan ada pengundi baru yang layak di daftar. Pemuda Dap tekad mendaftarkan semua belia cina yang akan jadi pengundi baru. Pemuda UMNO tekad apa? Tekad untuk kenyangkan perut atau kayakan poket sendiri? Maaflah pada yang terasa, bukan semua Pemuda UMNO tak boleh buat kerja. Tapi terlalu ramai yang duduk sebagai Ketua Pemuda UMNO di mana-mana bahagian hanya untuk buat duit saja. Sikit-sikit cukuplah, ingat tanggung jawab yang diberikan. Seimbangkan diantara 'bussines' dan 'politik' Mc bukan mengajar, tapi itu hakikatnya. Itu pun kalau kita nak UMNO masih jadi kerajaan Malaysia la.. kalau taknak, dan nak rasa jadi pembangkang, teruskan dengan apa yang ada sekarang. Insyallah lagi 10 tahun kita akan jadi pembangkang. Bukan tak boleh nak berniaga atau cari duit. Tengok macam KJ, zaman Tun Lah jadi PM dulu, dia buat duit sungguh-sungguh, sapu habis. Sekarang ni dah senang, baru buat kerja Ketua Pemuda, walaupun macam berlakon. Lepas tu di lantik jadi menteri lagi, itu satu contoh yang baik. Mc cuma nak Ingatkan Pemuda UMNO, sebab kita hanya 'banyak' menang di saluran 1 dan 2 sahaja (saluran warga emas). Tolong buat kerja 'bertelur' sikit untuk bantu UMNO menang di Dun dan Parlimen. Kalau rasa tak mampu, letak jawatan! Kalau dulu orang dengar nama 'Pemuda UMNO' pun dah ketar lutut. Sekarang ni, orang tertanya-tanya, masih ada ke Pemuda UMNO? McTheory: Masih ada.. tapi dah takdak teloq, harimau sarkas!! he he.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment